Showing posts with label Apa-apa Jer. Show all posts
Showing posts with label Apa-apa Jer. Show all posts

05 November 2013

Sony Xperia Z1..


Berangan nak pakai "Sony Xperia Z1"

Boleh ke? hihihi (Soalan tuju kat Cik hubby kita)

Pengsan jap cik hubby kita

Mahal giler...Elok guna duit tue...renovate  rumah 

Berangan jer nak pakai telefon nie..

Tunggu..kalau aku kaya...

Macam2 boleh beli

"Entry Mengarut.."

Okey Bye!!



11 September 2013

Ular Tedung Besarnya...

Korang tak caya ada ular tedung besar...tengok...pakcik nie berani betul tangkap ular tedung selar kelabu...sekali ular nie patuk....emmm fikir2kanlah...

Gambar nie aku terjumpa kat FB...tengok kepalanya...besar tak? kalau kelapanya mengembang lagi besar kot...tgk2 komen kat situ katanya gambar nie ambik kat Pahang...tak tahu betul ke tidak...

teringat balik aku ada post entry yg pekerja dari Indonesia tangkap gambar ular tedung atas pokok kelapa kat daerah  Benut Johor...Kalau korang nak baca klik SINI

09 September 2013

Blog Korang Ada Masalah tak?

Kalau korang perasan...bila korang masuk sini...perasan tak aku punya header tue tak betul...pastukan aku punya sidebar tue tak nampak....penat2 jer aku edit nak cantik last2 jadi cam tue...Apa masalahnya ya...Pada mulanya aku fikir..aku tersilap sentuh coding ke...rupa-rupanya tak....ada jugak blogger lain senasib dengan aku...huhuhu....cik google ada problem ke....atau  aku guna template "MINIMA"...aku usha jugak blog yg guna selain template minima tak ada pulak headernya tak betul...kikiki...Kita tunggu jerlah sampai petang....tgk camna...senget lagi ke idak...

30 August 2013

Google Chrome

Assalamualaikum....

Sebelum nie setia dengan "Mozilla",sekarang dah bertukar aku guna "Google Chrome"...Daripada semalam blog aku ada eror bila bukak blog pakai MOzilla tak tahu kenapa...lagi satu nak komen korang pun tak boleh...Mozilla dah merajuk dengan aku kot...hihihi Hari nie cik hubby godek2 memang tak boleh guna jugak pakai Mozilla.

Akhirnya cik hubby download "google Chrome" barulah tak ada eror...Baru senang hati nak balas kunjungan korang...

23 August 2013

Pakai Motor Tak Mampu Nak Tukar Tayar Motor Pancit

Kisah nie berlaku sewaktu aku dengan famili berbuka di luar dekat MCD  Shah Alam yang sebelahnya ada stesyen minyak.Lepas kitaorang habis makan  dekat MCD,kitaorang pun beransur nak balik.Tiba-tiba cik hubby aku pulak nak membuang katanya sakit perut ,terus cik hubby aku masuk tandas dekat stesen minyak.Aku dengan anak-anak setia menunggu di dalam kereta.

Tidak lama kemudian lebih kurang dalam 15 minit kot,my hubby keluar dari tandas,datang pulak budak lelaki india minta tolong dengan cik hubby.

Budak Lelaki India: "Bang...,minta duit 10.00 bang...nak tukar tayar motor pancit..."

Cik Hubby: "Mana Motor mau tengok,betul ke tayar pancit?"

Budak  tue bawak cik hubby ke motornya.Cik hubby aku tengok memang  motornya tayar pancit,Lepas tue cik hubby aku kasi duit kat dia rm 2.00 jer.. sebab duit semua note besar-besar..takkan nak kasi rm 50.00 hihihi...tue pun 2.00 balance makan MCD tadi.Budak itu pulak terdesak terus ambil walaupun rm 2.00.Terus My Hubby masuk dalam kereta,tidak lama kemudian ada seorang jejaka melayu parking motor sebelah budak tadi ,dari jauh kitaorang nampak budak tue sembang dengan jejaka melayu tue sambil tunjuk motosikalnya yang pancit tadi.

Pernah tak korang mengalami situasi di atas?

Nota Pink: Korang Pakai Motor jangan pulak tak mampu nak tukar tayar bocor pulak kikiki...Aku rasa budak tue cam budak "Mat Motor" biasaannya mat motor memang cam tuekan...pakai jer motor tapi duit kurang...itu pengalaman aku waktu remaja dulu...yg tahu serba sedikit tentang mat motor.





Lelaki Ini Menipu


Assalamualaikum....
Tadi terbaca kat Fb tentang isu orang menipu so aku nak share dengan korang seorang brother nie mengalami sendiri  peristiwa tersebut,sekarang nie macam2 orang boleh menipu...berhati-hati ya kawan-kawan lagi2 kepada wanita yang memabdu kereta.



Amacam Bro.. ada berani mau buat kerja ni haa..
Lelaki ni selalu menipu pemandu kereta di laluan Lebuhraya Maharajelala, Federal Highway dan Jalan Syed Putra, modus operandi dia lelaki ini akan tuang minyak brek pada tayar kereta hadapan dan akan bgitau pemmndu yg sedang memandu bahawa kereta mereka rosak. Dia akan offer utk baiki dan kite perlu bayar rm360 sedangkan kereta kita tidak rosak...hati2 dan sebarkan.
Pengalaman diri sendiri untuk iktibar rakan rakan

JANGAN MUDAH TERPEDAYA !!

Saya memandu kereta berseorangan di lebuh raya lingkaran tengah (Berdepan dengan Midvalley) menghala ke Cheras semalam (13/08/2013) waktu itu lebih kurang jam 1.30tgh. Sedang saya memandu, saya diberitahu oleh seorang penunggang motosikal bahawa tayar depan di sebelah kiri saya berasap. Saya membiarkan sahaja kerana sekiranya berasap pastinya ia akan berbau memandangkan saya membuka tingkap kereta ketika itu .

Kemudian muncul pula seorang penunggang motosikal memberitahu tayar depan sebelah kiri berasap. Saya memberhentikan kenderaan di laluan kecemasan untuk melihat apa yang berlaku. Penunggang kedua itupun memberhentikan motornya dan menghampiri keretaku. Saya melihat memang ada kesan minyak di tayar keretaku tetapi masih tiada bau hangit. Penunggang motor itu memberitahu minyak brek telah bocor dan adalah amat merbahaya untuk teruskan pemanduan. Saya jawab, “aku akan segera ke woksyop berhampiran untuk kepastian”. Penunggang motor itu bertanya saya dari mana. Saya jawab dari Melaka (Padahal saya balik Bandar Tun Razak Cheras di kawasan saya membesar selama 30 tahun) Penunggang motor itu mengatakan bahawa tiada woksyop yang berdekatan di kawasan itu . (Ketika ini saya dah mengesyaki bahawa dia adalah penipu yang berpakat dengan penunggang motor yang pertama tadi). Belum sempat berbuat apa apa, penunggang motorsikal tadi telah “mengusik” tayar kereta saya tanpa saya dapat melihat apa yang dia buat.

Saya pergi ke kereta dan hidupkan enjin kereta. Apabila saya menekan pedal brek, langsung leak semacam tiada tekanan, ini disebabkan minyak brek telah bocor(Kemungkinan penunggang motor tadi telah membuka valve minyak di tayar. Penunggang motosikal tadi memberitahu bahawa dia seorang mekanik di shell Bangsar dan bersedia membantu. Dia suruh saya membawa kereta perlahan lahan kedepan lebih kurang satu kilometer kerana di situ ada kawasan lapang (ada kawasan lapang di tepi lebuhraya?) saya mengikutnya untuk mengetahui modus operandi mereka dengan bersedia sebarang kemungkinan . kami masuk ke simpang menghala ke lebuhraya Seremban . Lebih kurang 100 meter terdapat sedikit hutan dan memang ada kawasan yang telah dilapangkan sedikit. Terdapat kawasan seperti kawasan pembinaan. Ketika ini seorang penunggang motosikal sampai membawa segala peralatan membuka tayar.

Beliau terus membuka tayar untuk melihat “Kerosakan” yang telah berlaku tanpa arahanku. Saya mendiamkan diri memerhati sahaja(Gila! Badan besar tu. Walau bagaimanapun saya belum panik lagi dan cukup bersedia sebarang kemungkinan walaupun saya dah lama tak turun gelanggang hee.. anak buah pak guru katakan).

Penunggang motosikal tadi memberitahu bahawa hos dan joint tiada masalah, Cuma piston sudah jem dan perlu diganti segera(Kalau piston jem apa pasal banyak minyak bersembur kat keretaku?). Penunggang motor tersebut memberitahu dia boleh gantikan piston di situ juga kerana penunggang ketiga tadi datang membawa spare part sekali (? Sah konspirasi nak kebas duit aku). Ketika ini kalau saya tolak ,pasti sesuatu akan berlaku, memang tiada orang disitu .

Saya berserah padaNya bantuku sebelum sesuatu berlaku(tarik nafas dan hembus). Tiba tiba dalam beberapa minit datang sekumpulan pekerja Alam Flora bermotosikal berhenti di situ dan menyapu sampah betul betul berdekatan dengan ku.Alhamdulillah Dan jawapan saya pada mereka berdua tu “Aku nak pergi woksyop “.

Penunggang motor tu terus start enjin motor dan pergi meninggalkan kereta saya yang dah dicabut tayar. Saya tengok sekeliling memang penuh dengan minyak kereta disitu. Saya pasang balik tayar dan start enjin dan jalan (walaupun tanpa minyak brek yang dah bocor tadi) Alhamdulillah sampai juga ke woksyop di kawasan rumah aku di BTR. memang tiada apa apapun kerosakan besar pada keretaku.

(modus operandi dia orang pertama akan pancutkan minyak pada tayar dan beritahu tayar berasap dan minyak keluar, orang kedua akan suruh kita berhenti dan tunjukkan minyak tu serta bawa kita ke tempat yang mereka sudah sediakan dan orang ketiga akan bawa spare part untuk proses penggantian .)

Sekarang sekurang kurangnya sy dah tahu modus operandi mereka dan kawasan operasi mereka. Kalu nak diceritakan secara terperinci memang panjang. Ada sebab kenapa saya berhenti dan tidak teruskan perjalanan. Cuma bayak iktibar yang boleh diambil dan dikongsikan untuk semua. Semua yang terjadi ni pasti ada hikmahnya.
(siap korang bertiga lepas ni.. aku akan fillow up)


Nota Pink: Tengok gambar lelaki dalam gambar tue seram giler...besar pun besar huhuhu

04 August 2013

Pesanan Jika Memandu Waktu Malam (Khas Untuk Wanita)



 https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p480x480/67606_392611107507759_624843811_n.jpg

PERHATIAN...!!!!
Pesanan dari Polis Diraja Malaysia..

Jika anda memandu diwaktu malam dan cermin kereta dilempar telur... jangan pasang wiper atau pancut air.... Teruskan pemanduan dengan apa yang mampu dilihat sehingga anda tiba di tempat selamat... Ini kerana telur ayam bercampur air akan menjadi seperti SUSU dan akan kaburkan 92.5% tahap penglihatan anda dan memaksa anda berhenti untuk membersihkannya. Ketika inilah anda akan menjadi mangsa rompakan. Ini adalah teknik baru yang digunakan oleh perompak jalanan.

MOHON SHARE...
mungkin ia akan dapat menyelamatkan rakan2...keluarga dan orang tersayang anda dari menjadi mangsa perompak2 yang semakin hari semakin licik...


Nota Pink: Sekarang nie Penjenayah makin berlambak2....

Untuk Blogger Zaza Nizam

Assalamualaikum....

Entry nie khas untuk Blogger Zaza Nizam dan juga yang selalu komen blog aku yg tak seberapa nie....Jangan marah jika aku tak berdatang ke blog korang,mungkin link blog korang tidak tertera..tue yang susah aku nak balas kunjungan korang...contoh cam gambar kat bawah...

 Sebenarnya aku malas nak buat entry...tapi di fikir balik nanti dia kata aku sombong pulak...selalu jugaklah..Blogger Zaza Nizam nie singgah blog aku....tapi bila nak balas jejak balik tak boleh..sebab tiada link tertera contoh gambar di atas yg telah aku print screen...

Nota Pink: Hope Zaza Nizam letak link blog ya...okey tq

23 July 2013

Tak Dapat Balas Kunjungan Kalian

Minta maaf banyak-banyak ya....pagi tadi cik hubby aku godek2 komputer aku nie terus tak boleh komen blog you all....pastu bila aku klik link blog you all  loadingnya lama sangat2....adoi!!! sakit kepala....mungkin problem mozilla kot....sebabnya aku klik mozilla dah jadi "Not Responding" sakit jiwa betul....

Sebenarnya cik hubby aku nak repair yang pasal mula2 on komputer gelap semacam...tiga saat 4 saat baru komputer aku nie terang benderang...tup-tup bertambah problem lain,yang gelap gelita still masih ada....huhuhuhu...Terima kasih kepada cik hubby aku bikin problem makin bertambah....huhuhu

Okey Tq


27 June 2013

Pelakon Melayu Bogel

Assalamualaikum....

Korang pasti terkejut tengok tajuk kat atas tue....aku pun terkejut jugak....Tadi aku saja2 jer tengok kat bahagian "search Keyword" almaklumlah....blog nie  dah lama tak ber update... tengok2 ada pulak orang search tajuk  "pelakon Melayu Bogel" kikiki...kelakar pulak rasanya...siapalah gerangannya...

Siapalah artis berbogel tue ya....hihihi....Pasni nak kedai....nak masak...

06 June 2013

Ikan Patin Kesukaanku

Assalamualaikum....

Hari nie masak ikan Patin kesukaanku...Terima kasih kepada suami tercinta kerana memahami diriku yg amat gemar makan ikan patin...lagi2 kalau masak tempoyak kikiki....(Sila menjamu mata sambil telan air liur ya...)

Hai! nak letak resepi jugak ke....tak payahlah...pasti korang tahu camna nak masak tempoyakkan kan!kan!....hihihi Okey Bye!! nak sambung edit blog...

 Jiran sebelah rumah aku depan rumahnya...paip saluran air  bocor...Sekrg tukang penyelenggaraan sedang di lakukan...
 Nota Pink:Nanti nak story pasal aku pergi Pinang minggu lepas...seronok jugak tapi penat mendukung Syifa huhuhu

23 April 2013

Senarai Penuh Calon PRU 13 Untuk Seluruh Negeri Di Malaysia

Dah petang2 terasa pulak nak share calon PRU 13 seluruh Negeri Malaysia.Yalah....tak lama lagi nak mengundi...."Marilah kita..pergi mengundi...tunaikan kewajipan kepada negara"


SENARAI CALON PRU 13 SELURUH NEGERI
  1. PERLIS 
  2. KEDAH 
  3. PULAU PINANG
  4. PERAK
  5. SELANGOR
  6. WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
  7. WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
  8. NEGERI SEMBILAN
  9. MELAKA
  10. JOHOR
  11. KELANTAN
  12. PAHANG
  13. TERENGGANU
  14. SARAWAK
  15. SABAH
  16. WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
      
SENARAI CALON PRU 13 MENGIKUT PARTI :
  1. BN 
  2. PAS 
  3. PKR 
  4. DAP

23 March 2013

Nak Story Sikit

Adoi!!! kalau korang ke blog tutor aku...pastu nak tgk tutor pasti "Not Found" kan! kan! kan!!!...Sebenarnya aku dah tukar urlnya...."http://hairulizatutor.blogspot.com/ " hari tue urlnya lain...Sorry sangat2 ya....nanti aku update balik tutor tue....ya..muuuaahhhh!!!

Nota Pink: Satu kerja pulok nak menukar huhuhu....Tak mengapa demi adik2 ,kawan2 serta kakak2 yg nak tgk tutor tuekan....terpaksa aku meluangkan waktu sedikit....

18 March 2013

Ada Jugak Krim Lendir Siput Babi

Aku baca pun terkejut....kecik2 dulu suka jugak usik siput babi nie...tak tahu pulak lendir siput babi boleh melicinkan kulit muka....kalau tak kecik2 dulu aku dah letak kat muka aku kikikiki...(padahal aku geli siput babi..kecik2 dulu usik siput babi guna kayu...ada kawan aku tue siap pegang dengan tangan pastu usik kat kawan2...menjerit aku lari...)

Lendir Siput Babi Licinkan Wajah
Lendir Siput Babi Licinkan Wajah


Khasiat Lendir Siput Babi Licinkan Wajah |

 JIKA di Malaysia gulai lemak siput sedut menjadi makanan kegemaran ramai namun berbeza pula halnya di China, Peru, Latvia dan negara-negara Afrika Utara yang menganggap siput babi sebagai hidangan istimewa.
Malah haiwan perosak tanaman khususnya sayur-sayuran itu diternak secara komersial di ladang-ladang pembiakan. Selain dipasarkan secara segar di pasar awam, siput babi itu juga dijual dalam bentuk paket dan tin di pasar raya.
Menurut laman web www.21food.com, produk sejuk beku haiwan itu mendapat sambutan ramai. Sebagai contoh, sebuah ladang di Pachacamac dekat Lima, Peru menjadi pembekal siput babi jenis Helix aspersa.
Ladang ini membekalkan siput babi sehingga 3,000 kilogram (kg) seminggu dengan harga antara RM15 hingga RM16 sekilogram.
Ladang yang diberi nama Mynshop Sac ini ditubuhkan pada tahun 2007 yang bertujuan meningkatkan dan mengkomersialkan siput spesies tersebut. Siput ini dijual segar dan boleh dijadikan krim kecantikan.
Di China pula, ladang yang diusahakan sudah berusia lebih 17 tahun. Ladang yang terletak di Xinqiao, Beijing itu, Jinmengxuan Snail Breeding Co. Ltd. juga membekalkan siput baka aspersa.
Bekalan siput ini sentiasa berterusan sepanjang empat musim setiap tahun.
Bermula daripada ladang yang kecil, kini ia merupakan ladang pembiakan siput babi terbesar di China. Ladang ini membekalkan 9,000 kg hingga 11,000 kg siput sebulan.
Penyelaras bagi program Inisiatif Afrika Barat dan Pembangunan Pertanian Lestari (UMCOR), Yehezkiel. C Freeman, berpendapat siput babi adalah bagus untuk manusia dan sedap dimakan terutamanya jika dibakar.
Tambahnya, siput ini mempunyai banyak khasiat dan tinggi kandungan protein. Ia selalu dimakan oleh individu yang mengamalkan diet.
“Pada awalnya, masyarakat Afrika memakan siput apabila mereka ke hutan untuk mencari madu lebah.

Khasiat Lendir Siput Babi
Khasiat Lendir Siput Babi


“Namun, selepas program UMCOR, kami telah mengajar mereka membina sangkar siput dan cara memberinya makan,” jelas Freeman.
Menurut Catlin Cottage dalam www.snailfacialcream.com, siput dan manusia berkongsi banyak elemen kulit yang sama. Siput membekalkan serum yang kaya antioksida yang berfungsi mengatasi masalah penuaan.
“Penggunaan serum atau krim siput juga boleh mengatasi masalah kulit yang terbakar dan terdedah kepada cahaya matahari,” jelasnya.
Pelakon terkenal Hollywood, Katie Holmes merupakan salah seorang pengguna krim siput menurut akhbar Daily Mail. Krim yang digunakan Holmes itu juga didakwa boleh menghilangkan parut pada wajah.
Antara jenama produk krim siput yang terkenal ialah Missha, Dr. Jart+ dan Labcconte
Selain daripada dijadikan krim kecantikan, siput babi juga dikatakan boleh dijadikan alat urutan terapi di salun kecantikan.
Menurut pemilik sebuah salun kecantikan di bandar Krasnoyarsk, Rusia, Alyona Zlotnikova, siput babi mampu mempercepatkan pertumbuhan semula kulit, menghilangkan kedutan, parut dan kesan terbakar.
Alyona akan meletakkan siput hidup di muka dan badan pelanggannya. Siput yang bergerak dan mengengsot di sekitar wajah tersebut dianggap sebagai terapi.
Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut mengandungi asid gloikolik dan elastin.
Pengarah Institut Pembedah Laser Dermatologi di Amerika Syarikat, Dr. Elizabeth Tanzi, berkata, terdapat beberapa pendapat yang mengatakan krim daripada lendir siput boleh menenangkan dan antiradang.
“Namun tiada kajian saintifik yang boleh membuktikan kesahihannya. Jadi, saya masih ragu-ragu tentangnya,” jelasnya.
SUMBER 


Nota Pink:Aku terbaca kat blog Fyna terus aku nak share gan korang....mana tahu kot2 korang nak cuba tip nie...kalau aku tak sanggup...geli wei!!! hehehe

21 February 2013

Haiwan Comel Dan Cute








































 
 
Semua cute2kan....geram tgk....Baru balik makan KFC...dekat bandar puteri....layan jerlah...

07 February 2013

Pulau Impian Nelydia Senrose, 19 (PULAU MALDIVES)

Pantai berpasir putih yang luas dan pulau-pulau yang tak berpenghuni layaknya dalam cerita Robinson Crusoe, lagoon-lagoon besar di tengah-tengah pulau dan pemandangan laut dengan kilauan warna biru dan turquoise yang indah. Maldives menawarkan semua keindahan ini dengan 1,190 pulaunya yang tersebar di Samudera India yang luas.Inilah pulau impian Nelydia Senrose ingin pergi dalam drama "Setia Hujung Nyawa"

 
Hijau, biru, gading dan segala warna yang menyejukkan ada di Pulau Maldives atau yang kita kenal dengan Maladewa ini. Terletak di Samudera Hindia, pantainya lembut seperti tepung putih, pasir putih kristal memberikan jalan untuk air jernih, nuansa pirus menjadikan campuran warna yang sempurna warna dari biru;. Terumbu karang asli dan kehidupan bawah lautnya merupakan yang paling luar biasa di planet kita.
Sungguh tempat yang segar untuk bersantai dan menikmati nikmatnya hidup. Bukit-bukit romantis yang menghiasi pulau-pulau juga senantiasa menemani kita. Just surfing dan matahari! Wow, seperti syurga yang menjadi nyata, bukan? Di tempat ini ada sembilan puluh pulau resort yang pas sekali untuk bulan madu atau sekadar hiburan.



Indahnya pemandangan....patutlah Nelydia Senrose beria2 sangat nak kesana....

 Wow!!! airnya begitu jernih.....Indahnya ciptaan Allah....Kalau di syurga lagi indahkan....

Pssttt!!! aku berangan dalam mimpi jerlah nak kepulau nie hihihi

08 January 2013

Story Balik Kampung

Lama betul aku tak publish entry.....huhuhuhu kepenatan balik kampung belum hilang....lama jugak aku bercuti dari berblog nie....ada tak yg rindu kat aku? hihihi.....Menyinggah blog korang pun belum sempat lagi.....Banyak benda nak story....tak reti nak mula dari mana dulu...korang layan jerlah gambar2 di bawah hihihi...


Nie Bapak Mertua adik aku Siti....Tue Burung Kakak tua tau....mulutnya bising betul....

First time tengok burung kakak tua dekat2.....memang cantik...

Burung nie tgh makan buah rambutan.....jangan kacau nanti gigit jari...

Gambar dari dekat....

Hubby aku nak bergambar tapi takut2....hihihi....

Ready bergambar pun jauh2....takut burung tue gigit nanti....

Nie gambar dari tepi....cantik bulunyakan....Bapak mertua adik aku...memang suka burung....Hari itu dia cerita dia tangkap burung nie dalam hutan....aku dah tak ingat hutan mana....

Psstt!!! banyak lagi story aku nak tulis...sampai di sini dululah....nanti korang boring pulak baca...sebab panjang sangat hihihi

25 December 2012

Teknik Make-up Yg Power

Gadis yg ingin menjadi seperti orang lain...Orang beritahu dia boleh jadi apa yg dia nak..So gadis ini ingin menjadi....you all see gambar2 di bawah hihihi


Korang tengok hasilnya...ada iras2 tak? tue teknik make-up sebenarnya...Cara make-up sekarang super powerkan.....Kalau aku make-up...mungkin ada iras Jeniffer Lopez wakakaka......Layan jerlah.....

Psst!!!  pasni nak masak kejap pastu edit blog orang tempah....komen korang aku belum publish lagi....aku balas kunjungan korang baru aku publish....hihihi...begitulah rutin harianku....seorang surirumah dan blogger...