Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

06 February 2013

Biodata Novel Setia Hujung Nyawa (Fatin Nabila)

Lepas melihat 'fenomena' Setia Hujung Nyawa yang melanda sekarang ni, aku tergerak hati untuk mencari siapakah penulis novel Setia Hujung Nyawa. Menerusi carian imej di Google,  aku terjumpa satu pautan ke laman web rasmi ALAF 21, penerbit rasmi untuk novel tersebut karya FATIN NABILA.


Orang Terengganu rupanya penulis Novel nie....Sajer aku nak share gan korang....Muda lagi penulisnya....Waktu aku sekolah Menengah...Aku suka jugak mengarang kisah2 cinta nie....yang suka bacanya kawan2 aku yang tinggal asrama SMAS dulu sampai remuk mereka pakat baca....Waktu sekolah dulu....aku seorang yg jiwang karat...suka baca novel ....dan kuat berangan....


 
 
 Tajuk : Setia Hujung Nyawa
Penulis : Fatin Nabila
Harga : RM 19.90

Sinopsis
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
 
 
 
Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Feb­rua­ri 1980. Anak pertama daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang ke­wartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi. Beliau berazam mahu menjadi seorang penulis yang di­segani dan mampu mendekatkan dirinya dengan golongan pembaca melalui tulisan-tulisannya. Novel DAKAPAN RINDU, karya pertamanya bersama Alaf 21 diharapkan dapat memberi hiburan bermakna dan buah fikiran seadanya kepada mereka yang gemar membaca kisah-kisah percintaan.