28 June 2010

Salam....
Hari ini abah terlewat bangun tido...sedar2 dah pukul 8.00am...,Sepatutnya dia kerja terlewat la pulak gara-gara tengok bola punya pasal.Nasib baik boleh apply cuti...,kalau tak terpaksa la cari mc.Ni abah tak ada kat umah katanya nak pergi service kereta almaklum la dah lama tak service kereta.Kitaorang ada plan nak balik ke terengganu..tu nak service dulu kereta..takut nanti mati tengah jalan kan naya nanti.Mana abah ni dah dekat pukul 12.00pm perut dah lapar dah ni..nak makan dulu tak ada selera...makan ramai-ramai baru best.Kenikmatan tu lain sikit kalau makan dengan suami ni.Budak-budak ni dah kebulur dah...ibu dah siap masak dah...hari ini masak kari kepala ikan....yum!yum! bestnya....tu yang tak sabar nak melantap ni...lambat pulak abah ni atau pegi Speed beli barang lepas service kereta.Tadi ada tel abah barang dapur dah nak habis...kejap lagi tel la,tengok abah kat mana..okey la nak tel my husband kejap.Eh tu bunyi kereta mesti dah sampai....okey bye.

27 June 2010

Kakak 1 Tahun lebih


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkah kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisaham

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Lagu:Edry Abd Halim
Lirik:Edry Abd Halim
Hari ini dah masuk dua hari kakak gan haziq bergaduh...tension ibu dibuatnya.Pada hal abah beli kerusi dua tuk sorang satu,itu pun bergaduh jugak.Ibu geram ibu cubit la budak dua orang tu...di larang dengan mulut langsung tak dengar.Si haziq pulak mulutnya asyik bunyi je kalau tak dapat mainannya,kakak pulak tak nak mengalah langsung dengan si adiknya.Tu ada baru sorang kalau ramai tak tahu la nak cerita....ibu mana tak jadi singa kalau anak-anak asyik bergaduh hanya berebut mainan.Kena cubit tu...baru tahu...tapi diam kejap je,pastu sambung balik bergaduh....hei!!! geram betul....,tapi nak buat cam mana adik-beradik kalau tak bertengkar tak sah.Kita kecik-kecik dulu kalau bergaduh mesti ibu kejar tak cukup tanah nak lari.Orang dulu-dulu mendidik anak lain...tak cam ibu sekarang...nak pukul sayang...tapi cara dulu lebih bagus kot...tak ada la budak naik kepala...budak sekarang....emmm tak tahu la nak cakap....,itu semua atas didikan ibubapa...kalau manjakan sangat tak boleh jugak....,tahun depan kakaknya sekolah tak la gaduh kot...ya la...kakaknya tak ada kat umah cam mana nak bergaduh...betul tak...,tapi budak-budak ni kalau berpisah rindu bagai nak rat,sorang demam..sini pun demam..tu yang pelik tu...ada la sekali..ibu tinggalkan si kakak kat kampung dalam lima hari...,tak sampai 3 hari opahnya tel cakap kakak demam...,masa tu si haziq pun demam...,tu yang pelik...betapa kuatnya kasih sayang antara mereka berdua...,lagi kuat mereka bergaduh..lagi kuat la...kasih sayang dia orang.Itu la ragam anak-anakku...nak story kat kauorang..

Haziq 2 Tahun lebih



Waktu nie kitaorang merendek kat taman Putra Jaya....penat betul kaki berjalan mronda taman...

Anak jantan Abah

Kenapa muka haziq tue?kikikiki
Manisnya senyumanmu....penawar untuk ibu dan abah..

Buat2 senyum..

Putrajaya


26 June 2010

Kuala Lumpur KLCC



Tengok aksi kakak...nak jadi perenang terhebat hihihi....aku gan cik hubby bawak diaorang pegi mandi-manda kat KLCC....waktu nie...syifa belum ada lagi tau hihihi

Gambar Haziq 2 tahun



Haziq 1 tahun

 




Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009 dengan 2010



Gambar raya 2009...sewaktu anak dua....waktu nie raya kat Perak...gambar tak berapa cantik...




Time nie pulak turn raya kat Terengganu...kaler lebih kurang jer hihihi