Pada Abad Ke- 8 Msihi,Sepanyl berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju dan makmur apabila di tadbir oleh penguasa Islam.
Keadaan ini tidak di senangi oleh golongan kafir yang berjiran dengan Sepanyol.Mereka mahu lihat Islam hancur tetapi kebanyakan usaha mereka untuk menakluknya gagal.
Akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk Islam Sepanyol.Caranya Mudah.Dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahkan perpaduan umat Islam.Strategi ini berjaya dan akhirnya sedikit demi sedikit Sepanyol jatuh ke tangan tentera salib.
Tentera salib amat kejam.Masyarakat awam termasuk wanita dan kanak-kanak di bunuh tanpa perikemanusiaan.Satu demi satu daerah di Sepanyol berjaya di takluki sehinggalah tentera ini tiba di wilayah terakhir iaitu Granada.Penduduk Islam di wilayah ini terpaksa bersembunyi di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.Lalu tentera Salib membuat satu taktik penipuan.
Mereka mengumumkan penduduk Granada di benarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan di benarkan menaiki kapal yang telah di sediakan untuk keluar daripada Sepanyol.Percaya apa yang mereka janjikan tentera Salib,maka ribuan penduduk Islam di wilayah itu keluar rumah lalu berkumpul di pelabuhan.
Tentera Salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan Islam yang masih terus bersembunyi di dalam rumah.Ribuan umat Islam yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tanpa dapat berbuat apa-apa bila melihat tentera Salib bukan saja membakar rumah-rumah mereka,malah turut membakar kapal yang di janjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu.
Mereka semua terkepung.Lalu tentera Salib dengan kejam menyerang dan membunuh kesemua umat Islam di pelabuhan itu termasuklah wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan.Yang kedengaran hanyalah gema takbir diiringi jeritan dan tangisan.Tiada seorang pun penduduk Islam yang terselamat.Granada bermandi darah!!!Mayat bergelimpangan,laut yang biru bertukar menjadi merah.Dan tragedi berdarah ini berlaku pada 1 April tahun 1847 Masihi dan di kenali sebagai "APRIL FOOL DAY oleh golongan Kristian.
Kawan-kawanku sekelian,jika orang kafir merayakan 'April Fool' sebagai hari untuk mengenang kemenangan mereka membunuh dan 'memperbodohkan' orang Islam berdasarkan tragedi Granada di Sepanyol,apa motif kita sebagai orang Islam untuk turut sama 'berlawak' mengenakan orang lain pada 1 April?????fikir2kanlah....Aku tak pernah sambut pun April fool tu...kauorang pernah ke? Aku tengok kawan aku mengenakan orang adalah....pada hari tu....
31 March 2011
30 March 2011
Tengah Masak Gas......
Aku bengang betul hari ni....Dah la pagi2 dah bangun...basuh kain semua..settle....Tapi yang aku bengang tgh masak gas pulak habis...Si yob nak balik makan dalam pukul 10.30am.Dia keja pagi hari ni..biasanya kalau keja pagi si yob balik makan kat rumah.Puas telefon kedai gas tapi tak dapat...tu yang bengangnya....line tel dah kena potong ke...aku tak tahu la...sebelum ni tel kedai gas tu senang jer...terus dapat..kauorang pernah tak kena cam aku kena ni......
Tadi mintak gan jiran no tel gas yang lain..tel pun tak dapat jugak..Aduh!!!! kenapa hari ni nasib tak baik pulak...Aku dah tel dengan si yob..bilang dengan dia gas kat umah habis...dia cakap tunggu dia balik...baru dia pegi kedai gas lagi senang cerita..Asyik tel tak dapat jer........
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Terpaksalh.....tunggu si yob balik dalam pukul 10.30am lebih...Bengang betul aku....Gara-gara gas punya pasal......Bengang aku bengang...tak dapat masak untuk laki aku...Huhuhu...
29 March 2011
Suspek Kahak Dalam Paru2 Syifa
Salam buat teman-temanku......
Hari ini aku nak story pasal anak aku yang comel tu Syifa.....,Malam tadi kitorg bawak dia pegi check kat klinik Swasta sebab kesian tengok dia asyik batuk jer...pastu batuk muntah...Ibu mana sampai hati tengok keadaan anak cam tukan....kesian tengok keadaan dia dan campur gan risau..aku ajak si yob (laki aku) pegi ke klinik jap check..Sampai di klinik tengok ramai punyer la ramai..terpaksa la menunggu.....
Si yob (laki Aku) perutnya dah mula keroncong....,aku suruh dia bawak budak org tu pegi makan dulu..sementara aku menunggu turn nak masuk jumpa dokter kat dalam.Tunggu punya tunggu sampai la turn aku..."Nur Faqihah Syifa" nurse kat dalam tu panggil..aku masuk la...laki aku belum siap lagi makannnya...Tengah dokter check syifa baru dengar suara laki aku kat luar...
Dokter check syifa...dokter cakap kahak dalam dadanya sebelah kiri banyak...nak bagi ubat batuk tak boleh because baby lagi...dokter cakap bawak la si syifa ni ke hospital Klang..Mungkin kat sana nanti Si syifa kena sedut kahaknya.Aku dengar jer ngeri bunyinya.....Dalam kepala aku...macam2 aku fikir...dalam kepala si yob entah la...tengok mukanya lain jer...(takut jugak kot...tak tahu dokter sedut pakai apa???)
Pukul 8.30am kitaorg berangkat la ke hospital klang.Hospital dari rumah kami tak la jauh...dalam 20 min dah sampai kot kalau jalan clear.....tu jalan clear...Bila dah sampai kitaorg tanya dekat kaunter pertanyaan...diaorg cakap pegi kat area emergency...aku dengar perkataan "emergency" pun dah takut....terpaksalah jalan..parking kereta jauh...sampai kat bahagian tersebut kami register dan duduk tunggu no giliran "1022".
Tidak lama kemudian no di panggil...kitaorg masuk dan jumpa dokter.Dokter check dada syifa...dokter tanya Demam ke tak...memang syifa tak demam cuma batuk jer...jawabku...Bila siap check dokter cakap tak ada apa2 cuma nafasnya saja berbunyi...sikit.Kalau demam gan batuk itu yang bahaya kata dokter.Aku lega kejap...(tak la kena sedut anak aku...selamat...bisik aku) kata dokter lagi kalau demam datang hospital balik...nanti ambik ubat dekat kaunter...Selamat!!!! Aku tengok muka si yob lega sikit...mau pulak dia senyum..waktu datang tadi diam dan masam mukanya....(risau kot)...Yalah...aku gan syifa dalam pantang lagi...tu klinik yang kitaorg pegi pada awalnya takut bagi ubat...takut..tanggung risiko kalau terjadi apa2 kat syifa...sebab syifa belum sebulan lagi baru 27 hari...Apa yang penting tak la..kena sedut apa yang dokter kat swasta tu cakap....Gara2 Kakak syifa la...(anak aku yang sulong) berjangkit kat syifa...kakaknya batuk gan selesema datang pulak kat adiknya..tu yg berjangkit...Budak2 mana tahu....Banyak kali larang dia datang jugak nak main gan adiknya...Emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
28 March 2011
Mutiara Kata...
***********************************************************************
WANITA
Nafsu mengatakan wanita itu cantik kerana rupa parasnya.Akal mengatakan wanita itu cantik kerana ilmu dan kepandaiannya.Hati mengatakan wanita itu cantik kerana akhlak dan imamnya.
***********************************************************************
SAHABAT
Sahabat yang beriman ibarat matahari yang menyinari semesta alam.Sahabat yang setia ibarat wangian yang mengharumkan si pemakai.Sahabat sejati ibarat pendorong impian untuk mencapai kejayaan.Sahabat berhati mulia ibarat penyuluh membawa ke jalan Allah.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ada apa Dengan Cinta?? |
26 March 2011
Kasihan Syifa....
Hari ini pantang aku dah masuk 23 hari.....Walaupun berpantang aku sudi jugak komen entry kauorang semua..he..he...macam bukan orang dalam pantang gua cakap lu...Syifa tidur aku layan la..blog aku yang tak berapa cun ni...,aku tengok kauorang punya blog semuanya cun!!!!Aku bukan nak citer pasal ni..aku nak citer tentang anak aku syifa yang comel tu...
Nose Cleaner Syifa |
Si syifa ni dah dua hari asyik berhinggus and batuk kasihan dia...nak bagi ubat batuk tak boleh sebab syifa baby lagi...aku tengok pun kesian...batuknya cam tak lepas jer..nasib baik dia tak mengamuk.....cuma dia mengeluh jer...(alah..mengeluh baby camna...mesti ibu2 tahukan)...Pagi tadi aku suruh si yob (laki aku la...) belikan penyedut hinggus dengan vicks baby punyer... Tengok la tu...comel kan...Malam tadi aku cuba jugak sedut gan mulut aku tapi tak dapat...Setengah orang sedut hinggus anaknya pakai mulut jer...(Ibu2 pernah buat tak????) Kesian syifa....Pagi ni lepas mandi aku sedut pakai benda alah tu..baru la...si syifa lega...Hati ibu pun lega Syifa....
Vicks Siap ada harga lagi he..he.. |
Minyak Perutnya,hari tu pakai minyak yuyi tapi tak sesuai gan dia,mungkin minyak tu panas sedikit..
25 March 2011
DIA BERDIRI DI HADAPAN BILIK KAMI.....
Ni aku nak kongsi satu cerita gan member2 blog kat sini...sesiapa yg sudi bacalah....Pengalaman ini di lalui oleh saudara Ahmad Azmi Mohd Farid Orang Kuantan Pahang...semasa famili diaorang bercuti kat Teluk Kemang...Begini storynya......
SAMBIL berdiri di beranda apartmen, saya menghirup segelas oren.Memang mengasyikan duduk di situ pada waktu senja begini.Kaki langit yang merah dan hembusan angin Selat Melaka yang kuat menampar muka,membuatkan fikiran saya melayang ke sana ke mari.
Di ruang tamu,isteri dan anak-anak sedang leka menonton televisyen, ada yang terbaring di sofa, agaknya letih selepas puas mandi-manda di pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan ini, dan selepas itu berendam di kolam renang pula.Hari pertama sampai, begitulah.Dalam pada memerhatikan saki-baki pengunjung yang masih mandi-manda di pantai, tiba-tiba melintas seorang wanita berpakaian serba putih.Dia berjalan seorang diri sambil memandang tepat ke hadapan.Langsung dia tidak menoleh ke kiri dan kanan.
Saya cuba amati wajahnya, tetapi tidak jelas kerana hari semakin gelap.Umurnya mungkin pertengahan 20-an.Rambutnya pula lurus dan beralun di tiup angin.Wanita itu menarik perhatian saya kerana dia bejalan agak tangkas dan berseorangan diri.Dan lagi, orang-orang yang berada tidak jauh darinya langsung tidak memberi perhatian kepada wanita itu.Setiap langkahnya saya perhatikan hinggalah dia sampai ke sebatang pokok dan.........MENEMBUSINYA,lalu terus ghaib!!!Saya terus memerhatikan, seolah fikiran melayang...
"EHHHH!!!" saya tersentak,seperti baru terjaga dari tidur.Mana perginya wanita tadi???Saya mundar-mandir di ruang tamu dan termenung di sofa.Bingung saya memikirkan bagaimana wanita itu boleh menembusi pokok dan ghaib begitu sahaja.Ketika itu juga saya seperti baru tersedar bahawa sebelum hilang, tubuh wanita berkenaan seperti melayang di awangan.Kakinya tidak kelihatan dan pakaian putihnya tidak menjejak ke pasir pantai.
Sekitar pukul 9.30 malam hari ketiga kami di apartmen itu, isteri saya yang baru balik dari makan malam bersama anak-anak, tiba-tiba bertanya, siapa perempuan yang berdiri di depan pintu bilik kami tadi???Saya terkejut.Saya memberitahu isteri,di tingkat empat ini, cuma ada beberapa pintu apartmen saja yang di sewa, itu pun jauh dari apartmen kami.Di kiri dan kanan, tiada penyewa.
"Ya...adaaaa," isteri saya bertegas dan saya menafikan.Melihat isteri saya termenung, saya bertanya apa sebabnya.Menurut isteri saya, semasa keluar dari lif bersama anak-anak, dia melihat ada seorang wanita di hadapan pintu apartmen kami.Wanita itu berpakaian serba putih,usianya sekitar 20-an.Tetapi sewaktu sibuk memegang anak-anak dan membawa barang,dia mengalih perhatiannya dari wanita berkenaan. Apabila menoleh kembali, isteri saya dapati wanita itu sudah tiada.
Tambah isteri saya, sebelum masuk, dia menjenguk apartmen sebelah,manalah tahu sudah ada penyewa baru.Namu sangkaannya meleset.Rupa-rupanya bukan kami saja yang melihat wanita itu.Anak sulong kami,Amy mendengar perbualan kami.Selepas isteri saya bercerita, Amy terus mencelah.Kata Amy, dia juga ada ternampak wanita berpakaian serba putih yang kami maksudkan.Ia berlaku pada malam kedua kami di situ.
Menurut Amy, wanita itu di lihatnya berjalan di tingkat tiga apartmen yang bertentangan dengan apartmen kami.Badannya melayang dan hilang di hujung bangunan,kemudian menembusi dinding!!!Malam itu saya tidak tidur lena,takut wanita berbaju putih merayau dalam bilik kami pula.Esoknya, kami keluar selepas makan tengah hari.
Maaf,saya tidak tahu siapa wanita itu kerana saya tidak menyelidiknya dengan pekerja apartmen.Sama ada dia wanita yang membunuh diri, mati kemalangan atau lemas di pantai berhampiran apartmen kami, itu saya tidak tahu.Sudah dua tahun saya tidak ke Teluk Kemang.Kalau pergi ke sana pun,saya tidak akan menyewa di apartmen berkenaan lagi....Sumpah.
Ada Apa Dengan Cinta?? |
Sesiapa yang suka ke Teluk Kemang berhati-hatilah....Jangan menyewa apartmen tersebut....Takuttttttttt
24 March 2011
Saka Bini....
Dah dua hari aku tak tulis apa kat entry aku ni...,ni aku nak kongsi satu cerita dengan kauorang semua..kalu sudi baca la...Story ni seram sikit...
Pukul 2.00 pagi,Fendi terjaga dari tidur.Rasa mahu membuang air kecil menganggu lenanya.Dia memandang ke sebelah.Isterinya,Rozi sedang lena dibuai mimpi.Fendi melangkah keluar dari kamar tidur menuju ke bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah teresnya itu.
Selepas membuang air, sebelum masuk semula ke kamar tidur, Fendi meninjau bilik tidur anaknya.Sepanjang perkahwinannya dengan Rozi,mereka di kurniakan empat orang anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Sebaik sahaja Fendi menyelak pintu bilik anak perempuannya, Fifi, dia terperanjat apabila mendapati katil anaknya itu kosong. Fendi mengagak, mungkin anak bongsunya yang baru berusia empat tahun itu tidur di bilik abang-abangnya.
Fendi kemudiannya menuju ke bilik anak-anak lelakinya.Maklumlah, rumah teres yang di belinya kira-kira lima tahun lepas itu hanya mempunyai tiga bilik. Tetapi, sebaik membuka lampu, lelaki berusia 30 an itu menjadi lebih terperanjat apabila mendapati katil dua tingkat anaknya itu juga kosong.............."Eh! ke mana pula perginya budak-budak ni?" Fendi mula cemas.
Dia bergegas ke ruang tamu.Hatinya lega semula apabila melihat ke empat-empat anaknya itu ada di ruang tamu.Mereka tidur beriringan sambil di tutupi selimut sehingga ke paras dada.Tetapi Fendi berasa pelik melihatkan keadaan anak-anaknya yang sedang tidur itu.Ke semuanya sedang meniarap.Fendi memetik suis lampu ruang tamunya......."Eh!!??" Sekali lagi lelaki itu terperanjat sebaik sahaja cahaya menerangi ruang tamu rumahnya itu.
Dia melihat ada sesuatu yang bergerak-gerak di dalam selimut anak-anaknya itu.Ada dua atau tiga 'benda' yang sedang 'bermain' di bawah selimut itu,ia bergerak ke sana ke mari!.....Tanpa berlengah Fendi berlari ke dapur dan mengambil sebilah parang panjang yang terletak di sebelah sinki.Kemudian,Fendi bergegas semula ke ruang tamu.
Dia kemudiannya dengan berhati-hati memegang bucu selimut itu dan.......zapp!! Dengan pantas, Fendi menarik dan mencampakkan selimut itu ke tepi.Namun sebaik sahaja dia terpandang 'benda' yang bergerak di bawah selimut anaknya itu, jantung Fendi bagaikan terhenti.Lututnya merasa lemah.Serasa parang yang di pegangnya itu juga hampir terlepas.
Apa yang di lihatnya memang sukar untuk di terima akal, hingga Fendi berasa sangsi,apakah ini realiti atau dia sedang bermimpi.Fendi menyangka benda yang bergerak di dalam selimut anaknya itu ialah ular, Tetapi....!!!!!!! Fendi lihat, ada tiga makhluk kecil seperti bayi yang baru berusia lima bulan.Ke tiga-tiga budak itu sedang merangkak bermain-main di sekeliling anaknya.
Apabila menyedari kehadiran mereka di lihat oleh Fendi,makhluk itu terus berdiri.Mata mereka bulat dan berwarna merah, berkilat seperti biji saga.Ketiga-tiga makhluk itu marah kerana Fendi mengganggu mereka bermain.Beberapa saat kemudian,ketiga-tiga makhluk itu tiba-tiba ghaib! Fendi tergamam.Dia berjalan menuju ke sofa di hadapan anaknya itu,lalu duduk tersandar.
Peristiwa itu menguatkan lagi syak Fendi terhadap seseorang, yang di anggap menjadi punca kejadian-kejadian pelik yang berlaku di rumahnya.Kali ini,Fendi sudah tidak tahan lagi.Anak-anaknya kini turut di ganggu! Dia tidak boleh berdiam diri lagi.Sebelum ini, hanya dia sahaja yang kena.....Yang menganggu Fendi bukan kawan-kawannya.Bukan juga jiran atau saudara-maranya.Tetapi orang yang di syaki oleh Fendi itu ialah ahli keluarga terdekat dan paling rapat dengannya,iaitu isterinya sendiri!....
Fendi mengesyaki Rozi adalah pewaris saka keturunan keluarganya.Sejak dari mula lagi, dia tahu Rozi sebenarnya mewarisi saka itu, dan kini telahannya semakin jelas.Perkara ini bukan baru, dia sudah mula sedar sejak dari awal perkahwinan mereka lagi.Ada beberapa perkara pelik yang berlaku sejak 10 tahun dia dan Rozi berumah tangga dan ia terus berlaku sehingga ke hari itu.Fendi masih ingat lagi,suatu malam di awal perkahwinan mereka, ketika mahu ber mesra dengan isterinya, tiba-tiba dia melihat wajah Rozi bertukar menjadi wajah makhluk yang amat menggerunkan!!!!
Muka Rozi di lihatnya bertukar menjadi hitam dan dia merenung Fendi dengan mata terbeliak ke marahan.Gigi Rozi seolah-olah bersiung sambil air liurnya meleleh-leleh.Fendi hampir terjatuh daripada katil kerana terlalu terkejut.Peristiwa itu Fendi ceritakan kepada isterinya,namun Rozi buat tidak peduli.Kata Rozi,itu semua bayangan dan bukannya betul.
Mungkin Fendi terlalu penat,atau terlalu terpengaruh dengan cerita-cerita hantu ketika berborak dengan rakan-rakannya di pejabat,hujah Rozi menyangkal cerita Fendi.Beberapa malam selepas itu,Fendi terjaga dari tidurnya apabila terdengar bunyi mendesir seperti seekor ular.Kali ini,Fendi benar-benar jatuh dari katilnya apabila melihat Rozi berubah menjadi seekor ular tedung yang sedang bersedia untuk mematuk mangsanya!!!
Satu lagi perkara yang membuatkan Fendi yakin bahawa Rozi menerima saka dari keluarganya,apabila Rozi gemar menyimpan tuala wanita yang sudah di gunakannya. Untuk apa??? Adakah darahnya itu untuk di berikan kepada saka tersebut??? Apabila di tanya, Rozi menafikannya.Kejadian-kejadian pelik yang berlaku itu membuatkan Fendi bertambah yakin, Rozi ada masalah.Sudah puas Fendi berbincang dari hati ke hati dengan Rozi tentang perkara tersebut, namun isterinya tetap mengatakan bahawa itu hanyalah sangkaan Fendi sahaja.
"Sehinggalah sampai pada peristiwa anak-anaknya pula di ganggu oleh saka isterinya itu,Fendi sudah tidak boleh sabar.Tidak lama selepas itu,Fendi dan isterinya bercerai....."jelas Haji Amli Embong,peguam syarie yang mewakili Fendi dalam kes perceraian tersebut.
Story ini adalah kisah benar yang berlaku kepada Fendi...Tapi lama jugak si Fendi bertahan dengan bininya...10 tahun jugak la...Apa terjadi terhadap Si Rozi bekas jandanya itu....Entah la...
22 March 2011
Petua Mencuci Hati
Hari ini dah dua hari aku sampai dari kampung...rasa rindu pulak kat entry aku ni...Hari ni aku ingin berkongsi pasal Petua Mencuci Hati dengan korang semua...Mungkin korang dah tahu atau belum..tak kisah la...sebab aku suka info ni....he..he..Aku ambik dari pakar motivasi kita..siapa tak kenal dengan Datuk Dr .Haji Fadzillah Kamsah kan!!!!! semua orang kenal dia....Tu yang aku nak share dengan kauorg semua...
Segala aspek kehidupan ini bermula dari hati...Oleh itu,di bawah ini ada beberapa cara hendak mencuci hati kita....
- Dirikan solat dan banyakkan berdoa-Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan...Semasa berdoa turut katakan: "Ya Allah,jadikan hatiku bersih".
2.Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W paling minima 100 kali sebelum tidur.Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.Di samping dosa-dosa di ampunkan.Otak tenang,murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3.Solat taubat-Selain daripada memohon keampunan,dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4.Membaca Al-Quran-Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh,penenang terapi.Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhuallah" sebanyak 3 kali.
5.Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari-Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6.Bisikan kepada diri perkara yang positif-Jangan sesekali mengkritik,kutuk diri sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.Katakanlah:"Aku sebenarnya....(Perkara yang elok-elok belaka)
7.Program minda/cuci minda-paling baik pada waktu malam sebelum tidur,senyum,pejam mata,katakanlah di dalam hati:"Ya Allah...Cuci otak aku,Cuci hati aku,esok aku nak jadi baik,berjaya,ceria,bersemangat,aktif,positif. Menurut kajian psikologi apa yang di sebut sebelum tidur dapat di rakam sepanjang tidur sehingga keesokan harinya- CUBALAH!!!!!
8.Berpuasa-Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan...
9.Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan kejahatan,tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10.Kekal wuduk
11.Bersedekah
12.Belanja orang makan
13.Jaga makanan-Jangan makan makanan yang Subhat (Was-was tidak pasti halal @ tidak)
14.Berkawan dengan ulamak
15.Berkawan dengan orang miskin(menginsafi)
16.Pesan pada orang jadi baik..
17.Menjaga pancaindera (mata,telinga,mulut, dan lain-lain)Jangan dengar orang mengumpat.
18 March 2011
Hari ini balik perak
Diam tak diam aku berpantang dah 15 hari....Hari ini aku nak balik ke perak..sebab mak mertua aku nak tengok cucunya yang baru lahir ni...dengan nak buat kenduri arwah bapak mertua aku meninggal yang ke 100 hari...barang semua dah pack dalam beg...syifa belum lagi aku mandikan...biarlah..mandi lambat sikit..Nanti sampai sana dah malam tak yah mandi lagi...betul tak??lagipun kat kampung sejuk and banyak nyamuk.....Kat kampung nanti mesti bising sebab cucu-cucunya ramai yang balik sebab cuti sekolah..
Camna..syifa nak tido nanti...dengan suasana bising tu..buat pekak jer la..telinga ya syifa...pejam mata..konon2 tak bising..he..he...^--^...Pukul 4.00pm baru bertolak..sebab laki aku keja..dapat keluar time tu..hari nikan jumaat..kena ganti pulak sejam...anak-anak aku dah tak sabar nak balik kampung ni....dah lama tak balik..jumpa opahnya...Dua tiga hari ni...blog aku tak bukak la..tak dapat nak bagi komen untuk kauorg semua...Sorry ya...See you again..
+
Jumpa lagi....Okey la..entry aku...aku chow dulu....I Love You All......Apa-apa pun...nanti aku cerita lagi pasal aku balik kampung.....
17 March 2011
BUat insan yang bergelar Ayah...
Ayah....
Ayah adalah orang yang pertama memperdengarkan Azan & iqomat kepadaku disaat kita di lahirkan...
Ayah adalah Imamku.....
Ayah adalah orang yang rela bekerja siang @ malam untuk kehidupanku...
Ayah adalah pejuangku..
Ayah adalah orang yang pertama maju untuk melindungiku daripada bahaya...
Ayah adalah pahlawanku...
saat ini aku merindui ayah dan ingin berada di sisinya sambil bergurau senda dengannya...
Ayah.....
Maafkan aku yang mungkin sering membuat hatimu terluka di sebabkan kata-kata @ tingkah lakuku...
Ayah....
Maafkan aku yang selalu hadir di fikiranmu....di sebabkan khuatir dan selalu memikirkan kami anak-anakmu....
Ayah.....
Terima kasih atas dakapan erat yang kau berikan di saat-saat aku mengalirkan airmata kerana kesedihan ,ketakutan dan kesakitan...
Ya Allah....
Ku mohon limpahkan kasih sayangku pada ayah sebagai mana ayah menyayangi aku sejak dari kecil hingga kini....dan panjangkanlah usianya..supaya aku dapat menabur budi padanya.....Amin....
Mutiara Kata:AKAL itu menteri yang menasihati....HATI..itu ialah raja yang menentukan... HARTA itu satu tamu yang akan berangkat....KESENANGAN itu satu masa yang akan di tinggalkan....
16 March 2011
KEISTIMEWAAN AL-QURAN
Al-quran merupakan kitab suci terakhir yang di turunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.Al-quran tidak di sangkal lagi mempunyai kedudukan yang sangat penting dan juga mempunyai sejumlah keistimewaan jika di banding dengan kitab-kitab sebelumnya.Adapun keistimewaan al-quran itu......Pertama,Al-quran memuatkan ringkasan ajaran-ajaran yang di bawa kitab-kitab sebelumnya.Disamping
itu,al-quran juga "memperkukuh" kebenaran yang di bawa nabi terdahulu,seperti aspek keesaan serta
keimanan kepada Allah s.w.t.Para rasul,kebenaran tentang adanya hari akhirat,syurga dan neraka serta
keharusan berakhlak mulia.
Kedua,al-quran juga memuatkan kalam Allah s.w.t. terakhir yang berperanan sebagai penunjuk serta pemimpin bagi manusia.Oleh kerana itu,kemurnian isinya terjaga dan terpelihara dari tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
Ketiga,keberlakuan al-quran tak di batasi oleh ruang dan waktu.
Keempat,al-quran merupakan kitab suci agama islam dan kerana islam agama dakwah,maka al-quran pun harus di sebar dengan meluas atau di dakwahkan dan agar dakwah itu mudah di fahami,Allah s.w.t. juga telah mewahyukan kalamNya itu dengan bahasa yang sangat mudah.
15 March 2011
Suamiku kahwin lagi...
Salam...
Sedang aku lena di buai mimipi..tiba2 ada sorang perempuan menelefonku mengatakan...yg dia isteri kepada suamiku...,tersentak darahku hingga di kepala...aku merasakan dunia ini gelap gelita...bayangkanlah aku tengah berpantang...anak ketiga kami...Betapa hancurnya hatiku....Perempuan itu terus memberitahu bagaimana diaorg kenal dan bagaimana diaorg kawin...,diaorg kawin rupa-rupanya kena tangkap basah dalam sebuah taman kat tasik titiwangsa.....Aku ingin menanyakan hal tersebut kepada suamiku..suamiku belum balik lagi dari tempat kejanya...

Hatiku berdebar-debar menunggu kepulangan suamiku....waktu keja suamiku masuk pukul 7.00am hingga 7.00pm...aku tak sabar menunggu dia pulang....,hatiku berbisik...sabar za..,sabar za...apakah aku di madukan....oh! aku merasakan....aku melihat anak-anakku yang sedang tidur lena...di buai mimpi indah..mereka tidak akan mengerti kalau aku beritahu mereka...Airmataku mengalir laju tanpa dapat di tahan lagi daripada mengalir....hinggus..tak payah cakap la...tersedar baby yang mahu menyusu sambil merenggek...Tiba-tiba....aku merasa sejuk...di kepalaku...***********
Rupa-rupanya...aku bermimpi..habis basah bantal tidurku di penuhi dengan airmataku....hu..hu.....Nasib Baik MIMPI!!!!!!!!!! (Terlebih tengok cerita Trilogi Cinta Malam Tadi...Sampai Terbawak-bawak di dalam mimpi tidur...Kurang Ajar....) Nasib baik suamiku keja malam..kalau tak mesti dia dengar aku menangis sambil tidur...Pernahkah Anda Bermimpi Seperti Itu....?????
14 March 2011
Khas Untuk Suami
"Sebaik-baik suami antara kamu adalah yang paling baik kepada ister-isterinya dan akulah yang paling baik antaramu terhadap isteriku.Tidak seorang yang memuliakan kaum wanita melainkan ia adalah seorang yang mulia,sebaliknya tidak seorang yang merendahkan martabat kaum wanita kecuali ia seorang yang rendah tidak mengenal budi"- Hadis Nabi.
Ucapkanlah! Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar!
APABILA kita berzikir,mengulangi kalimat-kalimat
memuji Allah seperti : Subhanallah,Alhamdulillah dan Allahuakbar
Secara automatik beberapa kawasan otak yang terlibat semakin Aktif
Itulah hikmat ayat2 tersebut...
memuji Allah seperti : Subhanallah,Alhamdulillah dan Allahuakbar
Secara automatik beberapa kawasan otak yang terlibat semakin Aktif
Itulah hikmat ayat2 tersebut...
13 March 2011
Telan Berudu untuk sembuhkan Ruam!!!!
Salam untuk pembaca..Aku ada terbaca satu artikel..mari kita tengok..apa ceritanya...
PADA 23 September 2007.akhbar-akhbar di China telah menyiarkan sebuah berita tentang seorang budak lelaki bernama ping ping yang diserg ruam di seluruh badannya.Nenek ping ping di beritahu oleh jiran-jirannya,ubat yg paling mujarab untuk menyembuhkan ruam itu ialah dengan menelan BERUDU HIDUP -HIDUP......(Anda bayangkan...)Wanita tua itu pegilah ke lopak air yang berhampiran rumahnya dan membawa pulang semangkuk penuh berudu.Kemudian,dia memaksa ping ping menelan 20 ekor berudu setiap hari.
Anda nak tahu apa jadi????
Selepas 4 hari mengamalkannya,ping ping di kejarkan ke hospital di sebabkan demam panas...Walaupun sudah di rawat oleh Doktor dan di berikan macam2 ubat,ping ping tetap menangis kerana takut berudu itu terus hidup di dalam perutnya!!!!Sebenarnya masyarakat Di china memang menggunakan berudu sebagai salah satu bahaan dalam ubatan tradisional mereka..ubat itu untuk kegunaan luar sajer seta di sediakan dengan cara2 yg tertentu,bukannya menelan hidup-hidup!!!!tak tahu la apa terjadi terhadap ping ping....Sanggup ke anda menelan anak berudu...he..he...kalu aku tak sanggup....

12 March 2011
MUSHROOM SOUP
Bahan-bahan:
- Air
- Susu cair
- Mushroom
- Kiub pati ayam
- Tepung jagung
- Garam
Cara-cara Membuatnya:
- Jerang air,pastu masukkan susu cair,mushroom,tepung jagung kacau saampai pekat...
- Masukkan kiub pati ayam dan garam
- Siap untuk di hidangkan bersama roti.
Resepi ini aku ambik dari blog nana..cam best jer..aku nak try buat bukannya susah..nak diet katakan..he..he..Thanks nana..kongsi resepi simple cam ni...
Tanggal Pusat
Jam menunjukkan hampir pukul 9.30pm...dok tahu nok buat menda..aku bukak blog aku..sebab nok story sikit...pasal hari ini..
Pagi tadi cam biasa nok mandikan syifa bukak baju gan seluar syifa serta pampers..tengok-tengok pusatnya dah tanggal..Alhamdullilah..sebab syifa lambat sikit dari kakak and abangnya tanggal pusat..Biasa abang gan kakaknya belum seminggu dah tanggal..Syifa pulok lebih seminggu....baru tanggal pusatnya.
Tadi cik misi datang check gan timbang sekali..hari tu masa lahir beratnya 3.3kg..sekrg beratnya makin bertambah..3.7kg...alahai...nanti makin bulat la si syifa ni......dah la kuat nek...jaga jer..nak nek...dengan mulutnya terngaga mencari nek..lucu pulak tengok..bila keadaannya cam tu....umur syifa baru 9 hari...aku berpantang pun baru 9 hari..cepatnya time berlalu begitu cepat....
Besok my birthday..13/03...ruginya tak dapat nok suruh laki aku belanja..sebab makan berpantang..pas birthday aku..birthday anok aku yg kedua Haziq Hanif 15/03....kopak duit laki aku..he..he...oklah aku chow dulu..Selamat Malam....

11 March 2011
Z * O * D * I * A* K
Apakah zodiak anda....zodiak ni aku ambik dari blog member..sajer aku snap kat sini..untuk kau orang tengok..mana tahu ada sama tak dengan personalti anda...Tapi zodiak ni bahasa orang putih....Kalau kau orang tak faham bukak la..kamus ya...
BINTANG ARIES
BINTANG ARIES
- Out going
- spontaniuous
- No one to fack with
- Have own unique sexiness
- unpredictable
- erotic
- Funny
- Addictive
- Take you on trips to the moon in bed.
BINTANG TAURUS
- Aggressive
- Freak in bed.Rave to find Loves being in long relationships to give a good fight for what they want.
- Extremly
- Out going
- Out standing
- Kisser sexual as ......
BINTANG LEO
- Great Talker
- Always the life of the party.
- Sexy
- Horny all the time
- Attractive physically or mentally (sumtimesboth)
- Can be laid back or wild
- Knows how to have fun is really good at facking.
- Great Kisser.
BINTANG VIRGO
- Dominant in relationships
- sexy
- Always horny
- Freak in bed
- Always wants the last word loud,caring,smart.
- Loves being in long relationships
- Addictive
- Passionate
BINTANG CANCER
- Great kisser
- Very high sex appeal
- Great in bed
- Most horny
BINTANG PISCES
- Caring
- Smart
- Center of attention
- To sexy,DAMNIT
- Very high sex appeal
- Has the last word
- Extremely weird but in a good way
BINTANG LIBRA
- Very gentle
- Nice
- Love is one of a kind
- Silly and Fun!
- Have own unique sexiness
- Most caring person you will ever meet!
- AMAZING in Bed ...!!!
BINTANG CARPRICORN
- SAssy
- Intelligent
- Sexy
- Predict future
- Irrestible,awesome kisser
- Great talker
- Always gets what he or she wants
- By FAR the best in bed
- Every PERFORMANCE..!!!!
BINTANG AQUARIUS
- Trustworthy
- Sexy
- Rare to find
- Loves being in long relationships
- Extremly energetic
- Amazing in bed,the BEST lovers
BINTANG SCORPION
- Sexy
- Talkative
- Energetic
- Predict future
- Mosterotic
- Freak in bed
- Good kisser
- Not one to mess with Always get what they want.
BINTANG SAGITTARIUS
- Spontanious
- Horny
- High sex appeal
- Rave to find
- Good when found
- Loves being in long relationships
BINTANG GEMINI
- NICE
- Love is one of a kind
- Great listeners
- Very good in bed
- Lover not a fighter but still punch your lights out.
- Trustworth.
09 March 2011
Saintis beri Amran Bencana Alam Minggu Depan..
Apakah betul ramalan tersebut..tunggulah..Tanggal 19 Mac ni..
Fenomena tersebut akan berlaku pada 19 mac ini yang menyaksikan bulan berada pada kedudukan cuma 354,507 kilometer (km) dari bumi berbanding jarak biasa 384,401 km.
Para saintis memberi amran kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca bumi dan menyebabkan Gempa bumi dan letusan gunung berapi...
Fenomena tersebut sebelum ini berlaku pada tahun..1955,1974,1992 dan 2005 dengan cuaca melampau di catat pada tahun2 berkenaan.
Bencana ombak besar tsunami yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum fenomena bulan itu pada januari 2005....
Semuanya Datang dari Allah...Dia yang menentukan segalanya..kita manusia Hanya berserah Kepadanya...

08 March 2011
Syifa (penawar @ penyembuh)
Hari ini adalah hari ke 5...aku berpantang.Sekejap jer masa berlalu...syifa tak pulak ada kuning selepas keluar dari hospital.Nurse datang umah check pun cakap tak ada.Syukur alhamdullilah..tak payah susah lagi nak ke hospital,terima kasih Ya Allah..kau permudahkan semuanya untukku..Badanku dah di urut oleh wak ipah..,hari ni wak ipah cuti..dia nak rehat satu hari..tak mengapalah..besok baru wak ipah datang.
Kalau dalam pantang mesti kena urut...kalau tak sakit2 badan...la..jawabnya.Tak tahu la kalau orang tu dalam pantang dia tak urut..boleh ker dia tahan sakit badan...kalau aku tak tahan...Jahit di bawah pun dah kering sikit ,dah terasa sakit macam hari pertama...,berak pun dah okey,darah nifas pun dah nak kering...SEmua okeylah..Alhamdullilah.....syifa pun okey tak meragam sangat...cuma nak susu jer dia merenggek.
Syifa minum susu badan,susu ibu elok untuk baby supaya tidak kuning.Hari pertama syifa mengamuk sebab tak cukup susu...,terpaksalah ibu menyuruh abah beli susu tepung..baru la syifa tak merenggek,sebab susu ibu belum cukup untuk dia...biasalah hari pertama susah nak dapat susu banyak..yang ada cuma cecair jer.Kata doktor cecair tulah yang paling elok untuk baby.Semoga Syifa sihat dan tak ada kuning.Syifa kan maksud penawar @ sembuh..kalau tak silap ibu....

06 March 2011
Di saat Melahirkan Syifa...
Salam...buat semua...ni nak story sikit..walaupun luka di bawah belum pulih lagi..ibu tetap nak tulis apa yang berlaku di saat melahirkan anak ke tiga ibu..Nur Faqihah Shifa...
Pada pukul 11.00pm ibu dah terasa sakit tapi tak lah kuat sangat..cuma sikit-sikit jer..ingatkan sakit main2 jer..yang sepert selalu ibu rasa.Pukul 3.00am tanggal 04/03/2011 datang lagi sakit tapi kuatnya lebih sedikit dari semalam...,ibu bangun ke dapur buat cam biasa..rebus air untuk buat air masak...takut besok tak ada air lagi..macam mana nak bancuh susu untuk haziq hanif (anak keduaku)semua dah beres ibu duduk kat ruang tamu sorang2..sekejap termenung,sekejap berdiri,sekejap baring semuanya tak kena..Boring duduk kat ruang tamu,Ibu masuk dalam bilik..baring..tapi mata tak mahu lelap..dalam hati Ibu terdetik"aku nak bersalin ke?"..Mulalah Ibu fikir yang macam-macam walaupun ada pengalaman sebelum ni..tapi fobia bersalin tetap ada di dalam diri Ibu.
Ibu tengok jam dah hampir pukul 5.00am.Sakitnya lagi kuat daripada tadi...rasanya...ya Allah! tuhan saja yang tahu..atau ibu-ibu yang pernah bersalin.Ibu tengok seluar dalam Ibu kot-kot keluar tanda..tapi tak ada tanda apa-apa pun....sakitnya bukan main lagi..ibu bangun tengok abah ada kat komputer.."dah bangun laki aku ni.."fikir ibu sejenak..sebab Abah menemani Nur fatin Sahira (anak sulongku) malam tu..dia takut tidur sorang pulak..Ibu tengok jam hampir pukul 5.30am..ibu cakap gan abah sebab tak tahan lagi menahan sakit yang amat sangat..datangnya 5 minit sekali.
Abah kejutkan anak-anak siap barang semua pergi ke hospital klang.Sampai hospital klang stuff nurse check kat bawah tengok dah bukak berapa....bukaknya baru 3 cm...Abah dah register semua ibu kena tahan masuk wad.Sakitnya tak payah cakap lagi bertambah kuat..ibu rasa nak meneran jer walaupun dah bukak 7 cm..semasa tengah check jantung baby sebelum masuk living room...
Doktor ada tanya keluar apa-apa tanda..dalam kesakitan Ibu cakap tak keluar tanda apa-apa pun...,tu yang doktor pecahkan air ketuban walaupun belum bukak 9 cm..pastu dia biarkan ibu kat situ...Tuhan saja yang tahu apa perasaan ibu...betapa azabnya dengan kesakitan nak bersalin..dengan Doktor pelatih yang baru nak belajar jadi doktor..kejap-kejap check kat saluran peranakan ibu..bayangkanlah!!!!rasa nak teranjang pun ada...di saat-saat kepala baby nak keluar diaorang sempat lagi nak check bukak berapa....pastu tak bagi teran..lagi..mereka menyuruh ibu sabar jangan teran lagi...Aduh!!!!!!Cuba bayangkan....apa perasaan ibu-ibu sekelian?
Ibu cakap dengan diaorang tak boleh sabar lagi barulah nurse tolak ke living room..Masuk jer living room..kat situ pun ada pelatih jugak..baju warna purple..di dalam hati ibu.."habislah aku jadi bahan ujikaji mereka..."Tak sampai 1 minit dalam living room ibu dah bersalin..Time jahit kat bawah satu hal lagi...lama betul ibu kat dalam living room menjadi bahan ujikaji pelatih-pelatih tersebut cara-cara untuk jahit anu yang lepas bersalin,dah la tak bius dengan ubat..jahit mati-mati jer...Cuba bayangkan...
Ni lah pengalaman Ibu yang paling mengerikan...Tapi Alhamdullillah Semuanya sudah selamat...kalau diingat balik....emmmm..tak nak pergi hospital klang...

03 March 2011
Jika Anak Anda Demam,apa yang patut seorang Ibu Buat??
Petua ni aku dapat dari blog member...,sajer jer aku snap kat sini jugak..supaya boleh aku tengok di kemudian hari bila anak-anak aku demam @ selesma...,kalau kau org rajin ambiklah dan salin kat blog kauorang untuk buat panduan.Kalau nak ingat susah sikit..kalau aku ingat kejap pastu lupa..
- Jika anak demam: Pastikan anak itu di mandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar.Memang betul pun..masa belajar dulu pun ada,cikgu sains ada cakap..topiknya kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit?Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk..samalah dengan suhu badan kita.
- Bila Anak Selsema:Tetap mandikan 3 kali sehari..supaya bila selepas mandi,lendir itu akan mudah keluar.Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan.Apabila ini berlaku...anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.Ibu cuba praktikkan setiap kali anak-anak ibu ada selsema.Alhamdullillah...maksimun pun 3 kali.
- Bila anak batuk:Tetap mandikan 3 kal supaya panasnya keluar dan bila tidur malam,sapukan minyak telon @ minyak burung unta di belakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi.Insya Allah kahaknya cepat beransur baik.Jika minyak terlalu panas campurkan sedikit dengan minyak kelapa @ minyak zaitun sebelum di lumur pada badan anak anda.
- Waktu Mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi,selepas zohor dan sebelum jam 7 malam.Jika terpaksa mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan di serang selsema.
- Biasakan selepas mandi,sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak,belakang telinga,tapak tangan,dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki.Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga selsema tidak langsung.
P/S....Even Doktor turut pesan,jika anak demam...pasangkan air cond di rumah jika ada,supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.
02 March 2011
Bengang Betul!!!!!
Kau orang nak tahu tak aku bengang apa????
Aku bengang pasal air....dari pagi lagi dah tak ader air...ni pun tak masak lagi..puas aku tunggu..tak ader jugak air...dah la anak aku balik sekolah nak maman...sakit hati betul!!!!kalau kau org sakit + bengang tak?Air dlm tangki tu ader..tapi takkan nak masak guna air tu kan...eeeeiiii entah-entah dalam tangki tu semua ader...bangkai tikus ker..telur nyamuk ker..mesti semua ader...
Kat tempat kau org ader ke problem pasal tak ader air ni?????Tempat aku ader..kalau hari Ahad gan sabtu of course tak ader air..tu memang aku dah tahu..sebab area org kat taman ni..cuti..tu boleh di maafkan lagi..Hari ini..hari apa? seee hari ni kan hari rabu....semua org koje...tak ader jugak..ikan dlm sinki dah lama tunggu untuk aku siangkan and goreng..sabar ye ikan..tunggu air..ader dulu..
Mesti anak-anak aku dah kebulur...nak melantap...sakit hati betul...ni lah dugaan kalau duk pekan ni kan...aku pun dah gigit jari lapar cam kartun kat depan ni...,dah lah aku mengandung....terpaksalah maman roti hu..hu...
sampai bila air ni...adoi!!!!!! help me..help me...mana jabatan air ni...dah la tak info hari ni tak ader air....help me..help me...

01 March 2011
Jaguh Renang
Nilah jaguh renang...tgk la..bukan main seronok lagi..nasib baik air tak dalam.Ibu dah lupa la ni kat mana...mungkin dlm perjalanan ke kuala kangsar..pastu singgah kat air terjun ni..tak stanby pakaian pun..cuma singgah nak tengok air jer..Sahira pantang tgk air..dia mula buat perangai nak mandi..nasib baik dia pakai seluar dalam waktu tu..terpaksalah guna seluar dalam yang tengah dia pakai buat basahan mandi.Kat pekan nanti beli seluar lain untuknya...Sewaktu nak ke pekan dia tak pakai seluar dalam la...dia pakai seluar panjang (jeans) nasib baik tak kencing dalam seluar..he..he..buat lawak la budak ni.
Thomas And Friends
Bukan main suka lagi diaorang ni...bila nampak Thomas..cerita kartun keretapi tu...dua-dua berebut nak duduk..,siap gaduh lagi.Waktu ni Ibu belum mengandung lagi.Tapi Ibu dah tembam..tengok la..dalam gambar tu..,malunya..semua kawan-kawan cakap ge....Tu yang tak tahan tu...nanti dalam pantang..pantang betul-betul mesti slim sikit kan...waktu remaja berat 45kg jer..sekrg....ambik kau....dah la tak keja...makan pulak banyak..tu yg ge...sakit hati jugak tgk org kurus and slim...hu..hu...
Subscribe to:
Posts (Atom)