16 March 2011

KEISTIMEWAAN AL-QURAN

Al-quran merupakan kitab suci terakhir yang di turunkan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.Al-quran tidak di sangkal lagi mempunyai kedudukan yang sangat penting dan juga mempunyai sejumlah keistimewaan jika di banding dengan kitab-kitab sebelumnya.Adapun keistimewaan al-quran itu......
          Pertama,Al-quran memuatkan ringkasan ajaran-ajaran yang di bawa kitab-kitab sebelumnya.Disamping
           itu,al-quran juga "memperkukuh" kebenaran yang di bawa nabi terdahulu,seperti aspek keesaan serta
           keimanan kepada Allah s.w.t.Para rasul,kebenaran tentang adanya hari akhirat,syurga dan neraka serta
           keharusan berakhlak mulia.
Kedua,al-quran juga memuatkan kalam Allah s.w.t. terakhir yang berperanan sebagai penunjuk serta pemimpin bagi manusia.Oleh kerana itu,kemurnian isinya terjaga dan terpelihara dari tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab.
Ketiga,keberlakuan al-quran tak di batasi oleh ruang dan waktu.
Keempat,al-quran merupakan kitab suci agama islam dan kerana islam agama dakwah,maka al-quran pun harus di sebar dengan meluas atau di dakwahkan dan agar dakwah itu mudah di fahami,Allah s.w.t. juga telah mewahyukan kalamNya itu dengan bahasa yang sangat mudah. 
 
           

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠