Berikut sedikit Sinopsis Film Hafalan Sholat Delisa :
Kisahnya bermula dari Sebuah desa kecil bernama lhok Nga di pantai Aceh hidup gadis kecil yang periang Delisa (Chantiq Schagerl) namanya. Ia merupakan anak bungsu dari 4 bersaudara
3 kakaknya iaitu Fatimah (Ghina Salsabila), dan si kembar Aisyah (Reska Tania Apriadi) dan Zahra (Riska Tania Apriadi).Ibunya bernama Ummi (Nirina Zubir) Ayahnya bertugas di sebuah kapal tangki perusahaan minyak Internasional.
26 Desember 2004, Delisa bersama Ummi sedang bersiap menuju ujian pratik shalat.... ketika itu tiba-tiba terjadi gempa. Gempa yang cukup membuat ibu dan kakak-kakak Delisa ketakutan. Tiba-tiba tsunami melanda, menggulung desa kecil mereka, menggulung sekolah mereka, dan menggulung tubuh kecil Delisa serta ratusan ribu lainnya di Aceh serta berbagai pelosok pantai di Asia Tenggara
Alhamdulillah Delisa berhasil diselamatkan oleh seorang tentara bernama Smith, setelah berhari hari tidak sedarkan diri di sebuah bukit. ia mengalami luka parah di bahagian kakinya akibat dari luka itu kaki sebelah kanannya harus di potong, Walaupun demikian dia tetap kuat, akhirnya Abi usman ayahnya berhasil menemukanya, dan delisa boleh bersama dengan ayahnya, tapi umminya belum tahu khabar beritanya, kemudian dia mendapat tahu bahwa ke 3 kakaknya telah pergi dahulu meninggalkanya tapi dia tetap tabah dan sabar.
Dia bangkit dari kesedihan dan tidak mahu kesedihan berpanjangan karena kehilangan keluarganya, delisa tahu ia tidak sendirian masih banyak warga aceh lain yang mengalami hal yang lebih sedih darinya, dia (delisa) telah mejadi malaikat kecil yang mebawa tawa dan ceria di tengah kesedihan, walaupun terasa berat, delisa telah belajar merasakan kepedihan yang ia rasakan menjadi kekuatan dan semangat untuk tetap kuat. Ia berusaha ikhlas, mengajarkan sesuatu tanpa mengharapkan simpati, balasan dan belas kasihan terhadapnya....
"Delisa Malaikat Kecil yang selalu membawa tawa disetiap kehadirannya"
jom! tengok thriller di bawah...
Showing posts with label Sinetron Indon. Show all posts
Showing posts with label Sinetron Indon. Show all posts
10 February 2012
Filem Hafalan Shalat Delisa
Selamat pagi aku nak share satu filem membuatkan korang sedih dan insaf tau....Korang dah tengok movie "Hafalan Shalat Delisa" memang best filem nie....lagi sedih dari Filem "Ombak Rindu" ....Aku tengok filem Hafalan Shalat Delisa tak henti-henti airmata aku keluar tau.....huhuhu sedih yang amat-amat sangat.....
04 October 2011
Nada Cinta Kat Astro

Nada Cinta
Sinetron baru Nada Cinta lakonan Randy Pangalila dan Mikha Tembayong bakal mendapat sambutan hangat di Malaysia, sinetron ini akan ditayangkan pada 27hb September ni di Astro, setiap Isnin -- Khamis jam 6.30 petang. Nada Cinta ialah sinetron muzikal pernah ditayangkan di Indonesia mempunyai 244 episod. Mak datokk!! banyak tu..haha!! jenuh nak khatam, tapi takpe, Nuriz tau ramai yang duk gila bayang dengan hero hensem dan cute, Randy Pangalila ni kan..heheh!! Pelakon lain dalam Nada Cinta ialah Mikha Tembay0ng, Luna Maya, Michella Puteri, Donny Michael, Dewi Sandra dan ramai lagi yang tak berapa kenal.
Sinopsis Nada Cinta dalam BM
Faris adalah ana orang kaya menjalinkan hubungan cinta dengan Rina (lakonan Dewi Sandra) seorang guru muzik dari sebuah keluarga yang sederhana. Hubungan cinta mereka ditentang oleh Tirta ayah Faris. Faris dan Rina dipisahkan, Faris dipaksa berkahwin dengan Nia.
Rina rupanya hamil (hubungan dengan Faris) dan melahirkan anak perempuan, yang kemudiannya diculik oleh Nia dan dihantar ke rumah anak yatim.
Selepas 17 tahun Nada ( anak perempuan Rina) yang dibuang Nia kini sudah dewasa dan menjadi remaja yang sangat cantik dan sukakan muzik. Nada menyimpan hasrat nak bertemu ibu dan bapanya yang tak pernah dia ketahui berada di mana, dia kemudian lari ke Jakarta.
Di Jakarta dia telah terlibat dalam kemalangan dan nyaris dilanggar keretapi, tapi diselamatkan oleh Rina. Pertemuan itu tidak berjaya membuatkan mereka bersatu kembali. Nada membawa haluan sendiri hingga bertemu dengan 3 orang jalanan, mereka membuka warung di depan sebuah sekolah mewah tempat anak anak orang kaya. Kebetulan Rina mengajar muzik di sekolah tu.
Rina dan Nada kembali rapat dan masing masing sukakan muzik. Nada mempunyai suara yang merdu. Di sekolah tu ada Ricky (lakonan Randy Pangalila) seorang pelajar yang kacak dan menjadi tumpuan di sekolah. Ricky terpesona dengan suara merdu Nada.
Rasty kekasih Ricky mulai cemburu melihat Ricky memberi tumpuan kepada Nada, Rasty cuba sedaya upaya nak menyingkirkan Nada dari sisi Ricky.
Rasty rupanya anak Faris dan Nia. Adakah Rasty dan Nada merebutkan cinta Ricky seperti kedua ibu bapa mereka dulu? Atau akankah ini membuat Faris kembali kepada Rina? nantikan kesudahan dan episod akhir Nada Cinta di Astro.
Lagu tema/ost Nada Cinta : Nada Cinta dinyanyikan oleh Randy Pangalila feat Mikha Tembayung, Dewi Sandra dan Michella Puteri.
Lagu lagu lain : Hipnotis, Terbakar, Jangan Sedih, Semakin Lama Semakin Aku, Baru Aku Tahu Cinta Itu Apa, Cintamu adalah Takdir ku, Gejolak Cinta, Sabtu Malam Sendiri, Terlalu sakit, Buntu, Cinta Setengah Mati.

Randy Pangalila
Nada nada cinta ini terangkai dari hatiku
Dulu tak pernah terpikir mengalir seperti ini
Kamu takkan bisa menahan semua rasa
Katakan katakan katakan saja yang ada di hatimu
Coba cobalah kau lihat kau lihat diriku
Coba cobalah kau dengar kau dengar suaraku (ulang )
Kamu takkan bisa menahan semua rasa
nada-nada cinta!

Mikha Tembayong


04 August 2011
Sinetron Hingga Akhir Waktu l Astro Ria
Wah wah, sinetron kawin masal sudah habis ya? Apa gantinya? Ha, Sinetron Hingga Akhir Waktu ni lah gantinya. Pelakon utamanya ialah Marshanda & Asmirandah. Berapa jumlah episode untuk sinetron ni aku sendiri tak pasti cez dah puas aku google tapi tak juga jumpa jawapannya. Aku tuh bukan apa, kalau aku, aku lebih suka tengok sinetron/drama yang berepisode pendek macam sinetron kawin masal & sinetron cinta melody dan lain-lain lagi. Penatlah nak tunggu ending kalau episode sinetron tuh sampai ratus-ratus, betul tak? hehehe… ada siapa yang tahu ke sinetron ni ada berapa episode? Kalau ada yg tahu pls share kat sini ok?
Empat pelakon dalam sinetron ni yang aku tahu iaitu Marshanda, Asmirandah, Lucky Perdana dan Febby Febiola. Tema lagu untuk sinetron kali oleh Nineball berjudul Hingga Akhir Waktu. Sinetron ni kiranya sinetron lamalah juga cez telah disiarkan di Indonesia pada March 2008.
Sinopsis ringkas untuk Sinetron Hingga Akhir Waktu.
Sinetron ini mengisahkan tentang seorang anak gadis kecil yang hilang, bernama Anggrek (Marshanda) kerana kelalaian papanya. Peristiwa tersebut membuat orang tuanya kelam kabut, ibunya mengalami depression yang sangat berat. Kerana merasa kehilangan yang ibunya anggrek akhirnya mengambil seorang anak angkat bernama Nuansa yang dia temukan di jalan untuk dijadikan seperti anak kandungnya bagi menggantikan anaknya anggrek, lakonan Asmirandah.
Manakala Anggrek asli (Marshanda) yang hilang dijaga oleh seorang lelaki yang baik. Kemudiannya anggerik diberi nama Kania oleh Aji (Lelaki yang telah menjaga Anggerik) Mereka bertukar hingga belasan tahun lamanya.....Korang ada layan ke cerita nie.....hihihi..aku layan jugak kejap..sebelum menunggu azan berbuka puasa....Best jugak ceritanya.....aku suka tengok Marshanda dengan Asmirandah....
30 June 2011
Sinetron Kawin Masal
Episode pertama memang lucu giler Sinetron Kawin Masal ni. Sinetron ni Start disiarkan di Astro Ria bagi menggantikan Sinetron Cinta Melody yang telah berakhir pada hari khamis lalu, 23 Jun 2011. Sinetron Kawin Masal ni juga bukan merupakan Sinetron terbaru cez sinetron ni telah disiarkan di RCTI Indonesia pada penghujung tahun 2008. Antara pelakon utama sinetron ni ialah Agnes Monica (Sachiko), Rio (Glenn Alinskie) & Jonas Rivanno (Ben).
Yang bestnya lagi tentang sinetron ni lagu pembuka adalah lagu yang aku suka giler iaitu lagu nyanyian Agens Monica sendiri yang berjudul Godai Aku Lagi. Lagu ni juga kira lagu lama lah iaitu lagu tahun 2008. Manakala lagu penutup pula ialah lagu yang satu ketika dulu memang famous giler iaitu lagu P.U.S.P.A nyanyian ST12.
Ok, jom layan sikit-sikit sinopsis Sinetron Kawin Masal ni. Kawin Masal bermaksud Kahwin Beramai-ramai. Sachiko (Agnes Monica) & Rio (Glenn) telah berkawan sejak di sekolah rendah lagi. Dalam diam Rio mencintai Sachi. Tapi Sachi lebih menyukai lelaki yang samseng, kaki botol dan gila-gila macam Ben (Jonas). Papa Sachi selalu mengawasi kehidupan Sachi kerana papanya tidak mahu sachi berpacaran dengan orang yang tidak betul. Bagi papa Sachi, Rio adalah calon yang sesuai untuk Sachi.
Kemudian terjadi salah faham di mana Papa Sachi menjangkakan Sachi akan berkahwin dengan Rio. Sachi selalu sukakan perkara yang pelik-pelik. Maka untuk perkahwinannya juga dia mau kan konsep yang unik seperti kawin masal… Adalah Rio akan mendapatkan cintanya Sachi? Jom tengok, Setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang di Astro Ria.
Subscribe to:
Posts (Atom)

