18 May 2011

Tanyalah Pada Diri Sendiri

Salam...Aku nak tulis n3 ni.....hehehe....korang komen ya..jangan tak komen...pulak...(paksa Orang Komen Pulak hehehe).Aku nak story pasal budak2 sekolah..walaupun dah lepas 'Hari Guru'...ada aku kisah...korang baca ya...mungkin boleh menjadi satu iktibar dari story ni....

Azman menghampiri papan hitam,kemudian menulis satu soalan matematik yang agak rumit.Selesai menyediakan permasalahan itu,dia memandang para pelajar.
    "Siapa boleh jawab soalan ni?" Tanya Azman.
    "Saya Cikgu," seorang pelajar lelaki bersuara dan mengangkat tangan.
    "Bagus, sila ke depan," Azman menghulurkan kapur kepadanya.Tapi baru separuh jalan menulis, Azman menegur pelajar tersebut. "Salah tu,macam mana awak ni,tadi kata tau jawapannya," ucap Azman sambil menggeleng-geleng kepala.Pelajar tersebut balik ke tempat duduknya, kecewa.Malu pun ya, bila kawan-kawan di sebelah ketawa terkekeh-kekeh.Seorang pelajar lain bangun, cuba menyelesaikan soalan berkenaan tetapi pantas di perleceh Azman, "Salah tu.Soalan mudah pun awak tak tau jawab." Kembali ke tempat duduknya, pelajar berkenaan menggaru-garu kepala kerana pada anggapannya apa yang di tulis tadi sudah betul. Tapi kenapa cikgu mengatakannya salah?
    "Siapa yang nak cuba lagi?" soal Azman  sambil ekor matanya memerhati para pelajarnya dengan senyuman sinis. "Saya Cikgu," tiba-tiba kedengaran suara seorang pelajar yang duduk di tepi tingkap.Walaupun berulang kali di tegur dan di arahkan supaya berhenti, namun pelajar berkenaan tidak memperdulikannya.Dia terus menyelesaikan soalan tersebut hingga selesai sekalipun guru matematiknya berulang kali mengatakan "salah! salah! salah!" Apabila pelajar berkenaan kembali ke kerusinya, Azman tersenyum. 'Ujian' yang di lakukannya membuahkan hasil. Ketiga-tiga pelajar tersebut sebenarnya boleh menjawab soalan tersebut,tetapi yang membezakan mereka ialah pelajar ketiga melakukan sesuatu mengikut keyakinan diri. Pelajar-pelajar lain pula takut di tegur, malu pada ejekan dan mengalah dengan cabaran yang akhirnya tidak membawa mereka kemana-mana. Cuba tanya diri kita sendiri, adakah kita akaan lakukan seperti pelajar ketiga tadi walaupun di sanggah, di ejek dan di perlekehkan?


P/s: Korang pernah tak masa zaman sekolah di perlakukan cam ni...,Isteri@Ibu Cute pernah...Cikgu tu sajer nak menguji kita huhuhu...(SELAMAT HARI GURU)

4 comments:

  1. mcm penah baca cerita ini..tp di mana ya..

    btw citer ni ada moral yg bagus..sy lak cikgu x penah kijam wat camni..hehe

    ReplyDelete
  2. As'salam...jalan2 singgah sini..org kita mmg macam tu..pantang ditegur mula goyah keyakinan..
    Emm...nak follow jugak jap lagi...

    ReplyDelete
  3. cari follower x jumpa la....

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠