07 February 2011

Bubur Kacang Merah

Bahan-bahan;

  • 300gm kacang merah
  • 2 cm halia-hiris
  • 1 daun pandan
  • 1 buku gula sira
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan biji sagu
Cara penyediaan;
  1. Rebus kacang merah dengan 4 cawan air dalam periuk,sehingga kacang kembang.Masukkan halia,daun pandan dan garam.
  2. Masukkan gula sira dan gula pasir.Kacau hingga gula larut sepenuhnya.
  3. Masukkan santan kelapa cair dan biarkan hingga mereneh.
  4. Masukkan biji sagu dan santan pekat.Kacau berterusan.
  5. Setelah sagu kembang dan menjadi jernih berkilat,keluarkan daun pandan.
  6. Sedia untuk di hidangkan.Boleh di hidangkan panas-panas atau di sejukkan terlebih dahulu ke dalam peti ais.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠