21 February 2011

Hasil Resepi Dari Mat

LEMPENG BAWANG


Bahan-bahan yg Di perlukan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air-atau ikut lembut
  • 2 camca besar minyak makan
  • 1 biji telur
  • 1 labu bawang besar- di dadu kecil 
  • Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali garam,kacau rata dan tambah garam secukup rasa,bila dah ok-rehatkan adunan 10 minit.
  2. Panaskan Non-Stick Pan berukuran 8 inci,oles sedikit minyak makan dan bila panas,tuang sesenduk bancuhan lempeng tadi,ratakan dan masak dengan api perlahan hingga permukaan lempeng kelihatan kuning.
  3. Berhati-hati terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga kekuninggan dan kelihatan sedikit garing.
  4. Angkat dan lakukan proses yg sama untuk baki bancuhan-buat hingga siap,hidangkan bersama kuah kari,sambal tumis atau sos kegemaran anda...

*****************************************************************************
LEMPENG PISANG

Bahan-bahan:
  • 250gm pisang - di lecek halus
  • 200ml susu segar - Guna 100ml susu sejat t 100ml air.
  • 1 cawan quaker oat
  • 3/4 camca teh baking powder
  • Sedikit gula - jika perlu
  • Garam secukup rasa
  • Madu- untuk hiasan
  • Mentega-untuk hiasan
Cara Membuatnya:
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali madu,mentega dan garam.Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa.Rehatkan bancuhan tadi selama 5 minit(Tujuan biar ianya menjadi pekat sedikit)
  2. Lenser kuali Non-Stick Pan dengan sedikit minyak dan sapu di atas kuali,panaskan dengan api sederhana.
  3. Sendukkan bancuhan tadi ke dlm kuali dan leper-leperkan sedikit.Tutup permukaannya selepas 1-2 minit,buka dan jika permukaan kelihatan berlubang2,boleh terbalikkan lempeng,masak sekejap lagi,angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki bancuhan.
  4. Hidangkan bersama mentega dan madu.
*********************************************************************************
BEBOLA UBI GORENG

Bahan-bahan:
  • Ubi kayu secukupnya
  • Kelapa parut putih-gunakan kelapa sedikit muda
  • Sedikit gula halus
  • Bancuhan tepung untuk menggoreng (tepung gandum 3/4 cawan t sedikit garam t 1 cawan air t sedikit pewarna kuning,gaul sebati hingga tidak berbintil-bintil @ bancuhan tepung beras seperti menggoreng pisang)
  • Sambal kicap
Cara Membuatnya:
  1. Ubi kayu di kerat-kerat kupas kulitnya,cuci dan belah-belah,rebus bersama sedikit garam hingga empuk.Toskan dan letak dalam bekas.Campur sedikit gula (anggaran 1 sudu camca teh)dan juga kelapa parut putih.Lenyek atau tumbuk perlahan menggunakan anak lesung batu hingga hancur dan semua bergaul rata.(kalau taknak goreng dgn tepung,boleh alihkan ke dlm loyang,tekan-tekan hingga padat,potong dan hidangkan.
  2. Kemudian buatkan bentuk bebola,buat sehingga siap.
  3. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng terendam hingga kuning keemasan.
  4. Angkat dan toskan minyaknya di atas paper towel.Hidangkan bersama sambal kicap untuk minum petang atau pun sarapan pagi.
**********************************************************************************
CUCUR UDANG TEMBAM

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan besar Instant Yest (Mauripan)
  • 1 3/4 cawan air - Yg ni kurang lebih,tapi mat sukat dekat-dekat 2 cawan air dia..
  • 1 mangkuk taugeh - Mangkuk sup kecil
  • 5 pokok kuchai - cuci dan kerat-kerat
  • 1 pokok daun bawang - hiris
  • 1/3 camca teh serbuk kunyit
  • 1 camca teh garam
  • 20 ekor udang sederhana besar,cuci bersih,tos dan lap kering-kering dengan paper towel.
Cara Membuatnya:
  1. Dalam satu bekas,masukkan tepung,serbuk kunyit,Instant Yeast,garam dan kacau rata..
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair atau pekat.(Sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sedikit.
  3. Masukkan taugeh,daun kuchai dan daun bawang,gaul rata dan perap 30 minit.
Untuk cucur udang Tembam
  1. Panaskan minyak untuk goreng terendam.Panaskan senduk mungkin bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas.Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam panas 3/4 penuh.
  2. Lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas.Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk(Gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi)
  3. Ulangi proses membuat sehingga selesai.Goreng hingga kuning keemasan.
  4. Angkat cucur yang telah masak,toskan dan letakkan atas paper towel.Boleh hidangkan bersama sos lada..
Bahan Sos Lada:
  • 5 biji cili merah
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan cuka
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 camca teh garam
Cara Membuat sos:
  1. Kisar cili dan bawang putih hingga halus,tuang ke dlm periuk.
  2. masukkan gula dan garam,masak dengan api perlahan hingga pekat.Tuang cuka,kacau dan masak lagi hingga menjadi sederhana pekat.
  3. Sejukkan..

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠