01 April 2011

Asal Seluar James Dean...

Hero pujaan ramai zaman 1950an..
Kauorang tahu tak asal seluar 'james Dean' tu...Aaaaa kalau kauorang semua nak tahu...bacalah tentang segmen yang aku nak tulis ni......nak kongsi gan kauorang semua..aku pun tak tahu jugak pada awalnya...setelah baca baru aku tahu...hehehe...(You all pernah pakai ke seluar 'James Dean' ni????) Aku pernah pakai...cuttingnya pun cantik jugak macam seluar 'Levis'...
PADA awal 1950an, ramai peminat John Wayne dan Marlon Brando terkejut apabila melihat aksi dua aktor pujaan mereka hanya memakai baj yang berleher bulat dan berbentuk huruf T  dalam filem yang di tayangkan di panggung wayang.Itulah kali pertama fesyen seperti itu di tontani.
pengaruh lakonan dua bintang filem HOLLYWOOD yang bertubuh sas itu dilihat amat seksi serta mengujakan muda-mudi sehingga ramai yang terikut-ikut dengan fesyen berkenaan.Lima tahun kemudian, aktor James Dean, pelakon yang paling ranggi pada masa itu memakai baju T yang dipadankan dengan kemeja serta leher terbuka dalam filem Rabel Without cause terbitan tahun 1955.
Gaya kasual james dean dalam filem berkenaan amat memukau penonton.Fesyen ala James Dean itu terus meletup.Seluruh dunia terpengaruh dengan fesyen  terbaru itu.Pada musim panas di Eropah fesyen baju T ala James Dean terus menjadi pilihan ramai.Industri baju T berkembang pesat hasil permintaan ramai sehingga ke seluruh Eropah.Fesyen itu seterusnya merebak ke seluruh pelosok dunia, dari Asia Timur dan Asia Barat sehingga ke Afrika.
Fesyen baju T seterusnya menjadi lebih canggih apabila kumpulan hipi pada tahun-tahun 1960an mencelup baju T dengan teknik ikat.Apabila proses saring sutera menjadi lebih canggih,baju yang di cetak juga semakin laku.Pelbagai fesyen di keluarkan tetapi industri baju T tetap menguntungkan.Di Amerika Syarikat sahaja misalnya, industri baju T bercetak mencatat jualan lebih daripada satu bilion dolar setahun.
Sebenarnya baju T mula di perkanalkan sejak perang Dunia pertama lagi.Askar-askar Amerika di Eropah di benarkan memakai baju berleher bulat dan nipis bagi menghadapi cuaca musim panas.Sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua, baju T menjadi suatu kebiasaan  di pakai oleh askar-askar Amerika di medan perang.
Idea memakai baju T hanya merebak ke seluruh dunia melalui filem hasil fenomena James Dean.Lagipun, baju T diterima ramai kerana inilah antara ciptaan paling ringkas pada zaman moden...
Aaaa you all dah tahu ker...tu la..cerita pasal asal-usul seluar jeans jenama James Dean dengan baju T nya...Aku dapat segmen dari Mastika...you all pernah beli Mastika tak...???Beli la..macam-macam story kat dalam tu...Aku pun dah lama tak beli..baru bulan ni laki aku beli...waktu aku keja selalu jugak la aku beli....panjang lebar pulak aku bercoleteh..nanti you all boring pulak...Okey aku Chowww dulu...Layan....
Ni la orangnya..hensem tak?? Sorry gambar kabur...

 Ini story Ada Apa Dengan Cinta????

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠