25 March 2011

DIA BERDIRI DI HADAPAN BILIK KAMI.....

Ni aku nak kongsi satu cerita gan member2 blog kat sini...sesiapa yg sudi bacalah....Pengalaman ini di lalui oleh saudara Ahmad Azmi Mohd Farid Orang Kuantan Pahang...semasa famili diaorang bercuti kat Teluk Kemang...Begini storynya......
SAMBIL berdiri di beranda apartmen, saya menghirup segelas oren.Memang mengasyikan duduk di situ pada waktu senja begini.Kaki langit yang merah dan hembusan angin Selat Melaka yang kuat menampar muka,membuatkan fikiran saya melayang ke sana ke mari.
Di ruang tamu,isteri dan anak-anak sedang leka menonton televisyen, ada yang terbaring di sofa, agaknya letih selepas puas mandi-manda di pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan ini, dan selepas itu berendam di kolam renang pula.Hari pertama sampai, begitulah.Dalam pada memerhatikan saki-baki pengunjung yang masih mandi-manda di pantai, tiba-tiba melintas seorang wanita berpakaian serba putih.Dia berjalan seorang diri sambil memandang tepat ke hadapan.Langsung dia tidak menoleh ke kiri dan kanan.
Saya cuba amati wajahnya, tetapi tidak jelas kerana hari semakin gelap.Umurnya mungkin pertengahan 20-an.Rambutnya pula lurus dan beralun di tiup angin.Wanita itu menarik perhatian saya kerana dia bejalan agak tangkas dan berseorangan diri.Dan lagi, orang-orang yang berada tidak jauh darinya langsung tidak memberi perhatian kepada wanita itu.Setiap langkahnya saya perhatikan hinggalah dia sampai ke sebatang pokok dan.........MENEMBUSINYA,lalu terus ghaib!!!Saya terus memerhatikan, seolah fikiran melayang...
"EHHHH!!!" saya tersentak,seperti baru terjaga dari tidur.Mana perginya wanita tadi???Saya mundar-mandir di ruang tamu dan termenung di sofa.Bingung saya memikirkan bagaimana wanita itu boleh menembusi pokok dan ghaib begitu sahaja.Ketika itu juga saya seperti baru tersedar bahawa sebelum hilang, tubuh wanita berkenaan seperti melayang di awangan.Kakinya tidak kelihatan dan pakaian putihnya tidak menjejak ke pasir pantai.
Sekitar pukul 9.30 malam hari ketiga kami di apartmen itu, isteri saya yang baru balik dari makan malam bersama anak-anak, tiba-tiba bertanya, siapa perempuan yang berdiri di depan pintu bilik kami tadi???Saya terkejut.Saya memberitahu isteri,di tingkat empat ini, cuma ada beberapa pintu apartmen saja yang di sewa, itu pun jauh dari apartmen kami.Di kiri dan kanan, tiada penyewa.
"Ya...adaaaa," isteri saya bertegas dan saya menafikan.Melihat isteri saya termenung, saya bertanya apa sebabnya.Menurut isteri saya, semasa keluar dari lif bersama anak-anak, dia melihat ada seorang wanita di hadapan pintu apartmen kami.Wanita itu berpakaian serba putih,usianya sekitar 20-an.Tetapi sewaktu sibuk memegang anak-anak dan membawa barang,dia mengalih perhatiannya dari wanita berkenaan. Apabila menoleh kembali, isteri saya dapati wanita itu sudah tiada.
Tambah isteri saya, sebelum masuk, dia menjenguk apartmen sebelah,manalah tahu sudah ada penyewa baru.Namu sangkaannya meleset.Rupa-rupanya bukan kami saja yang melihat wanita itu.Anak sulong kami,Amy mendengar perbualan kami.Selepas isteri saya bercerita, Amy terus mencelah.Kata Amy, dia juga ada ternampak wanita berpakaian serba putih yang kami maksudkan.Ia berlaku pada malam kedua kami di situ.
Menurut Amy, wanita itu di lihatnya berjalan di tingkat tiga apartmen yang bertentangan dengan apartmen kami.Badannya melayang dan hilang di hujung bangunan,kemudian menembusi dinding!!!Malam itu saya tidak tidur lena,takut wanita berbaju putih merayau dalam bilik kami pula.Esoknya, kami keluar selepas makan tengah hari.
Maaf,saya tidak tahu siapa wanita itu kerana saya tidak menyelidiknya dengan pekerja apartmen.Sama ada dia wanita yang membunuh diri, mati kemalangan atau lemas di pantai berhampiran apartmen kami, itu saya tidak tahu.Sudah dua tahun saya tidak ke Teluk Kemang.Kalau pergi ke sana pun,saya tidak akan menyewa di apartmen berkenaan lagi....Sumpah.
Ada Apa Dengan Cinta??
Sesiapa yang suka ke Teluk Kemang berhati-hatilah....Jangan menyewa apartmen tersebut....Takuttttttttt 
 
 
 
 
 
 
 

4 comments:

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠