11 July 2010

Puding Zebra

Bahan-bahan:
28gm agar-agar
900ml air
300gm gula
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung jagung/3 sudu besar mentega
2 helai daun pandan
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan sedikit air panas
sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakan;
1.Masak agar-agar dengan daun pandan dan air hingga hancur,masukkan gula dan didihkan lagi hingga larut.
2.Pukul telur hingga kembang,masukkan tepung jagung dan susu.Pukul lagi hingga bersatu.
3.Tuangkan ke dalam agar-agar dan masukkan mentega.Bahagikan kepada dua bahagian,satu bahagian warnakan kuning dan satu lagi campurkan koko.
4.Tuangkan sesenduk warna kuning,sejukkan sedikit dan tuangkan pula warna coklat ketengah.Ulangan proses membelang sebagaimana kita membuat kek marble.

1 comment:

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠