MANUSIA lahir ke dunia kerana cinta antara Adam dan Hawa.Rasa pesona dan penuh kenikmatan telah membuatkan pasangan bercinta saling hidup pengaruh mempengaruhi dan lengkap melengkapi.Begitulah yang berlaku pada mereka yang bercinta.Mereka terperangkap dalam kemelut cinta yang datang bertali arus.
Memang benar,cinta boleh datang dan pergi.Malah ada arus yang dapat mengubah persepsi manusia sehingga mereka boleh lupa pada cinta yang lalu.
Hakikatnya cinta dunia hanyalah habuan sementara pada hati yang dahaga.Perpisahan amat menyakitkan,kekecewaan amat menyeksa.Tapi masih ada yang setia menanti mengharap agar cinta yang pergi itu akan kembali.
Atas landasan tanggungjawab dan ikatan suci,maka manusia belajar untuk mempertahankan cintanya.Hingga walau disepak terajang atau dilanda banjir besar,cintanya tetap disitu dan begitu.Sebab itu diwujudkan PERKAHWINAN.Hadiah kebahagian dan kenikmatan akan dimiliki oleh hati-hati yang menghargai dan menjunjung nilai perkahwinan.Tetapi manusia yang menderhaka dan mempermainkan cinta dalam perkahwinannya akan sentiasa menggelupur kepanasan hinggalah dia bertaubat.
Cinta tidak boleh menjadi murni atau tulus kalau bukan hati manusia yang menjadikannya begitu.Cinta hanyalah seperti sehelai kain putih yang belum dicanting.Lalu hati-hati manusialah yang datang membawa pelangi dan mencantingnya menjadi batik nan indah.Kemudian,dengan akal yang waras yang dikurniakan ALLAH kepada makhluk terpuji ini,cinta akan disarungkan ke tubuhnya sebagai pakaian harian.
04 July 2010
1 comment:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda Mungkin Juga Meminati:~Segmen Ilmu
ReplyDelete