11 July 2010
Kek Coklat Kukus (Seridewi/Keluarga)
Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir.
1 cawan susu cair.
1 cawan minyak jagung.
1/2 cawan susu pekat.
3 biji telur.
1 sudu teh serbuk penaik.
1 sudu teh soda bikarbonat.
2 penutup botol esen vanilla.
11/2 cawan tepung gandum.
Cara Membuatnya:
1.Campurkan serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat dan minyak jagung dalam periuk.Kacau perlahan dan masak hingga sebati.Ketepikan seketika.
2.Pukul telur hingga kembang dan masukkan dalam bahan yang di masak tadi.
3.Gaul rata adunan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati.
4.Tuangkan dalam loyang dan kukus selama 50 minit.
Kek Coklat Kukus
Resepi kek ni,ibu ambik dalam blog Salamdariborneo.Sorry ya akak jangan marah ya...saya ambik resepi kek coklat kukus ni....,nak try buat jadik ke tidak nanti.Kakak gan Haziq memang suka Kek Coklat.
Bahan-bahan:
1 cawan serbuk koko (kadang2 saya guna 3/4 cawan tambah 1 sudu teh nescafe)
1 cawan gula pasir.
1 cawan susu cair.
1 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat.
3 biji telur.
1 sudu teh serbuk penaik.
1 sudu teh soda bikarbonat.
2 penutup botol esen vanila.
1/1/4 cawan tepung gandum.
Cara membuatnya:
Campurkan serbuk koko,gula,susu cair,susu pekat dan minyak dalam periuk.Kacau perlahan dan masak hingga sebati.Ketepikan seketika.
Pukul telur hingga kembang dan masukkan dalam bahan yang di masak tadi.
Gaul rata adunan dan masukkan pula tepung sedikit demi sedikit,gaul hingga sebati.
Tuang dalam loyang daan kukus selama 45 minit.
Spagetti Aglio Olio Cendawan
Jom cuba resepi yang amat ringkas,mudah dan verstail ini.Jika terasa lapar pada waktu malam dan anda tidak mempunyai banyak bahan di dalam peti sejuk,ini adalah resepi yang patut di cuba.Anda boleh menggantikan cendawan dengan hirisan ayam atau udang serta makanan laut lain.Rasanya juga lebih enak.Tetapi jika tiada,cendawan kering seperti di dalam resepi ini pun boleh!
Anda Perlukan;
200gm spagetti
6-8 ulas bawang putih-ketuk dan cincang.
Beberapa keping cendawan kering-direndam hingga lembut.
2 sudu besar minyak zaitun.
1 sudu kecil herba-parsli
1/2 sudu kecil lada hitam yang telah di kisar.
2 biji cili kering-di buang biji dan di potong-potong (jika suka)
garam secukup rasa.
Untuk Menyediakannya:
1.Didihkan air dan masukkan spagetti.Apabila spagetti masak (biasanya 8-10 minit atau ikut spesifikasi di paket)tapis dan lalukan air ke atasnya agar spagetti tidak terus masak.Spagetti seharusnya di masak al dente kata orang Itali,maksudnya tidak terlalu masak dan tidak pula mentah.Ketepikan.
2.Atas api sederhana,panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih hingga layu(jangan sampai garing).Masukkan cendawan (udang atau hirisan ayam )dan bahan-bahan lain.Kacau rata.
3.Akhir sekali,masukkan spagetti dan gaul sebati.
Puding Zebra
Bahan-bahan:
28gm agar-agar
900ml air
300gm gula
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung jagung/3 sudu besar mentega
2 helai daun pandan
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan sedikit air panas
sedikit pewarna kuning
Cara Menyediakan;
1.Masak agar-agar dengan daun pandan dan air hingga hancur,masukkan gula dan didihkan lagi hingga larut.
2.Pukul telur hingga kembang,masukkan tepung jagung dan susu.Pukul lagi hingga bersatu.
3.Tuangkan ke dalam agar-agar dan masukkan mentega.Bahagikan kepada dua bahagian,satu bahagian warnakan kuning dan satu lagi campurkan koko.
4.Tuangkan sesenduk warna kuning,sejukkan sedikit dan tuangkan pula warna coklat ketengah.Ulangan proses membelang sebagaimana kita membuat kek marble.

Pasta (Buku Rasa Ogos 2008)
Bahan-bahan
250gm spagetti-direbus
Untuk kuahnya:
175 gm pes tomatopuri
100 gm pes tomato
200 gm daging cincang
1 batang lobak merah-di hiris nipis
100 gm cendawan butang
2 biji bawang putih
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya:
1-panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2-masukkan pes tomato,sos tomato serta daging cincang.Tambahkan sedikit air dan gaul rata.
3-masukkan lobak merah dan juga cendawan butang yang di cincang.
4-perasakan dengan garam,gula secukupnya.
5-Biarkan mendidih dan pekat kemudian di angkat.
6-Hidangkan bersama spagetti yang siap di celur tadi.

08 July 2010
Ibu Dan Syurga
Ibu ada terbaca dalam buku Hidayah.Kedudukan ibu dalam islam.Untuk dikongsi bersama anda.
"YA RASULULLAH!siapakah yang paling berhak menerima baktiku?"Nabi s.a.w. menjawab,"Ibumu." "Kemudian siapa lagi ya Rasulullah?" Nabi menjawab, "Ibumu." "Kemudian siapa lagi,ya Rasulullah?" Nabi
menjawab "Ibumu."Kemudian siapa lagi,ya Rasullullah?" Nabi menjawab, "Ayahmu." (HR.Bukhari dan Muslim).
Demikian soal jawab antara seorang sahabat dengan Rasullullah s.a.w. di suatu ketika.Berdasarkan riwayat di atas,perintah untuk berbuat baik kepada ibu di ulang hingga tiga kali berturut-turut.Hal ini menunjukkan bahawa ibu memiliki kedudukan yang tinggi dalam pandangan Islam.
Memang,keberadaan manusia di dunia ini tidak pernah lepas dari peranan orang tua,terutama ibu.Ibulah yang melahirkan kita ke dunia ini.Ibu jugalah yang membimbing kita hingga kita membesar dan berjaya.
Boleh jadi kita tidak akan pernah menghirup segarnya udara di subuh hari.Boleh jadi kita tidak pernah dapat merasakan betapa asyiknya berlarian di tepi pantai jika sebelumnya ibu tidak melahirkan kita ke dunia ini.Beruntung Allah s.w.t menciptakan Siti Hawa sebagai pasangan Adam a.s hingga dunia ini semarak oleh anak cucunya."IBU" di ertikan sebagai "sumber" segala sesuatu."Sumber yang tidak saja melahirkan manusia ke dunia,tidak saja mengasuh dan merawat kita dengan segala ketabahan dan kesabarannya,tapi juga sumber penentu kemana anak-anaknya melangkah dalam mengharungi bahtera hidupnya kelak.
Ke syurga ataukah ke neraka?Ibu mempunyai peranan strategik dalam menentukan tujuan yang sering-sering di singgung Allah s.w.t.ini.Lebih dari itu,"IBu adalah sekolah.Bila kamu persiapkan,kamu persiapkan bangsa yang baik akarnya,"demikian seorang penyair Arab pernah bertutur.Sedemikian tingginya kedudukan ibu dalam islam,sampai-sampai salah satu riwayat menyebutkan,"Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu,"-meski banyak ulamak yang mendhaifkan riwayat ini.Al-quran sendiri telah menegaskan,"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya dalam dua tahun.Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua ibu bapamu,hanya kepadaKulah kembalimu," (Luqman: 14 ).
Bahkan salah satu hadis menyebutkan,"Keredhaan Allah terkait dengan keredhaan kedua orang tua," (HR al-Hakim ) .Rasullullah s.a.w.bersabda,"Mahukah kalian aku tunjukkan dosa yang paling besar di antara dosa-dosa besar?" Baginda mengulang pertanyaan ini hingga tiga kali.Para sahabat menjawab, "Ya Rasullullah kami mahu wahai Rasullullah."Rasullullah berkata, "Jangan kalian sekutukan Allah dan janganlah berbuat derhaka terhadap orang tua kalian."
Ya Allah,ampunilah segala kesalahan kami dan kesalahan kedua orang tua kami.Dan sayangilah mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya kepada kami,sewaktu kami masih kecil dulu,amin..
Sedemikian tingginya kedudukan ibu dalam islam,sampai-sampai salah satu riwayat menyebutkan,"Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu,"-meski banyak ulama yang mendhaifkan riwayat ini.

07 July 2010
Sebelum shopping makan dulu kat cafe.Lupa la pulak apa nama cafenya.Konon-konon nak makan makanan barat,dah order semua,si haziq langsung tak duk diam,ada je menda dia nak main,kat belakang kitaorang ada sepasang lesbian..sorang tu penuh dengan tanda cinta kat leher,eiiii geli tengoknya.Tapi tengok gitu-gitu jer takut nanti diaorang perasan la pulak.Abah pulak asyik mengejar si haziq cammana nak makan ni...mungkin dia tengok suasana cam best jer,tu yang dia nak main.Makanan ibu dah sampai,ibu order pasta..yum!yum!..abah punya belum lagi.Kopak duit abah makan kat situ dekat rm 100 la...,tapi tak apa sempena bonus abah belanja,makan kat White Cofee tak cam tu.
06 July 2010
ALKISAH ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk-duduk bersama sahabat-sahabatnya diserambi masjid,tiba-tiba datang seorang pemuda Arab,berdiri di depan pintu masjid meratap sambil menangis.Rasullullah s.a.w. kemudian menghampirinya dan menegurnya.
"Hai anak muda,mengapa engkau menangis seperti itu,"
"Ya Rasullullah s.a.w,ayah kami baru saja meninggal dunia,"
"Lantas!,"
"Akan tetapi tak seorang pun yang mahu memandikan dan mengkafankannya,"
Lalu Nabi s.a.w. mengutus Abu Bakar dan Umar bin Khattab untuk melihat mayat orang tua pemuda tersebut.Namun alangkah terkejutnya mereka ketika di rumah pemuda tersebut.Keduanya melihat dengan jelas bahawa mayat itu kepalanya seperti babi hutan yang hitam legam.Kedua-duanya kembali menghadap Rasullullah s.a.w. dan melaporkan kejadian aneh itu.
Mendengar berita tersebut,Rasullullah s.a.w. segera berangkat ke tempat mayat itu.Setelah menyaksikan sendiri,ternyata mayat itu benar-benar berwajah babi hutan.Lantas Rasullullah s.a.w. berdoa kepada Allah s.w.t.,kemudian wajah simayat tersebut berubah dan kembali seperti wajah manusia biasa,sehingga para penziarah yang sudah lama berkumpul di tempat itu,bersedia memandikan,mengkafan serta menyembahyangkan jenazah tersebut.
Ketika semuanya sudah selesai,mayat itu segera di angkat dan di bawa ke kawasan perkuburan.Namun tatkala mayat itu di turunkan kejadian aneh berlaku lagi.Betapa terkejutnya mereka tatkala kain kafan bahagian kepala di buka,ternyata wajah mayat itu berubah seperti kepala babi hutan yang hitam legam lagi.
"Wahai anak muda,sebenarnya amal perbuatan apa yang pernah di lakukan oleh ayahmu semasa hidupnya?"Rasullullah s.a.w. segera menanyakan kepada anak si mayat.
"Ya Rasullullah,ayah saya adalah orang yang meninggalkan solat,"
Mendengarkan keterangan sedemikian Rasullullah S.A.W segera memberi peringatan kepada semua yang hadir seraya berseru:"Wahai sahabat-sahabatku! Saksikanlah olehmu sekalian bahawa orang yang meninggalkan solat,kelak pada hari kiamat oleh Allah akan Di bangkitkan dengan wajah seperti babi hutan yang hitam kelam.Kerana itulah,mari kita selalu berlindung kepada Allah s.w.t.,mudah-mudahan kita semua di jauhkan dari perkara sedemikian itu,"Firman Allah s.w.t: "Katakanlah:"Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang di haramkan bagi orang yang hendak memakannya,kecuali kalau makanan itu bangkai,atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor..."(al An'am:145)
.Berkaitan kisah diatas,maka satu pesanan penting yang dapat kita ambil adalah kewajipan umat Islam untuk lebih memilih dalam mengambil makanan mahupun minuman,apakah di benarkan agama atau tidak.Ini kerana kemungkinan apa yang kita ambil juga akan memberi kesan kepada kesihatan dan perilaku kita.Penderitaan yang di tanggung tubuh Tok Sedik berangkali akibat kebiasaannya,boleh juga satu balasan yang sengaja mahu memperlihatkan kuasa Allah s.w.t di muka bumi ini.Wallahualam.Ini adalah pengajaran yang saya baca di dalam Hidayah...Tentang Tok Sedik Suka Memakan Babi.

"YANG baik bukanlah banyak kekayaan dan anak,melainkan pengetahuan yang banyak,kesabaran besar dan saling berlumba dalam ibadat kepada Allah.Apabila berbuat baik,bersyukur kepada Allah,tetapi apabila anda berbuat buruk,mintalah keampunan Allah.Di dunia ini kebaikan hanya untuk dua orang;orang yang berbuat dosa tetapi meluruskannya dengan bertaubat dan orang yang bergegas melakukan perbuatan baik."
"Apabila orang melepaskan sesuatu yang berhubungan dengan agama untuk meluruskan urusan dunianya,Allah akan menimpakan kepadanya sesuatu yang lebih merugikan dari itu."
"Ada banyak orang yang di beri waktu (oleh Allah) dengan perlakuan baik terhadap mereka dan banyak orang tertipu kerana kegiatan dosanya ditirai (oleh Allah)dan banyak yang terpesona oleh pembicaraan baik tentang diri mereka sendiri.Dan Allah tidak mencubai seseorang seberat Ia mencubai orang yang diberiNya waktu(untuk tetap berdosa)."Madah Ali Bin Abu Talib R.A

DAN sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Luqman,hikmat kebijaksanaan,(serta Kami perintahkan kepadanya):"Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)!"Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri,dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah),kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Amat Terpuji.(Luqman:12)
Dan (ingatlah!)Tatkala Luqman berkata kepada anaknya,semasa ia memberi nasihat kepadanya:"Wahai anak kesayanganku!Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain),sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar!" (Luqman: 13)
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata:"Wahai anak kesayanganku! sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau buruk )sekalipun seberat biji sawi,serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi,sudah tetap akan di bawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalasnya);kerana sesungguhnya Allah Amat Halus PengetahuanNya,lagi Amat Meliputi segala yang tersembunyi,"(Luqman:16)
Wahai anak kesayanganku!Dirikanlah sembahyang,dan suruhlah berbuat kebaikan,serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar,dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang di kehendaki diambil berat melakukannya,"(Luqman:17)
"dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah)kepada manusia,dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur,lagi membanggakan diri,"(Luqman:18)

05 July 2010
PADA malam itu aku berjaga lagi walaupun telah tiga malam berturut-turut berjaga.Ini semata-mata untuk menyiapkan kerja khusus yang perlu dihantar segera.Rakanku Rosyahida yang turut sama stay-up malam itu sudah mula mengantuk.
"Syazrin,aku tidur dululah.Dah pukul 1.30 pagi,"kata Rosyahida.
"Okey,kau tidurlah dulu.Aku nak siapkan kerja ni..sikit saja lagi,"aku barkata pula.
Kemudian Rosyahida pergi ke tandas berhadapan bilik kami.Tidak lama kemudian,aku terdengar jeritan.Tanpa berlengah,aku meluru ke pintu.Aku lihat Rosyahida tersenyum dan mengatakan tiada apa-apa yang berlaku.Rosyahida dengan muka selamba beralih ke meja tulisnya.Aku hairan sedangkan sebentar tadi Rosyahida mengatakan dia ingin tidur,namun perasaan hairan itu aku pendamkan sahaja.Pukul 3.30 pagi,aku mulai mengantuk .Aku lihat Rosyahida masih di mejanya tulisnya.Dia termenung sambil mengoyak-ngoyakkan kertas.
"Rosyahida!kau tak mahu tidur ke?Kalau nak tidur tutuplah lampu tu...dah pukul 3.30 pagi ni",kataku.Tiba-tiba aku melihat Rosyahida menjulurkan tangannya ke suis di seberang bilik.Panjang sungguh tangan yang dijulurkannya sehingga merentasi bilik ini.Aku sangat terkejut dan terus menjerit dan berlari ke bilik kawanku,Syakilla.Di sana ku lihat Syakilla tidur dengan orang lain,tetapi aku tidak pedulikan dan terus mengejutnya.Syakilla dan orang yang tidur di sebelahnya terjaga.
Ya Allah! Rosyahida rupanya.Jadi siapakah di dalam bilik itu?Aku terus menceritakan mengenai kejadian itu kepada mereka.Selesai bercerita,Rosyahida memberitahu dia memang menjerit tadi setelah terserempak lembaga sedang memberus gigi di bilik air sehingga giginya berdarah dan daging bibirnya terlerai.

04 July 2010
MANUSIA lahir ke dunia kerana cinta antara Adam dan Hawa.Rasa pesona dan penuh kenikmatan telah membuatkan pasangan bercinta saling hidup pengaruh mempengaruhi dan lengkap melengkapi.Begitulah yang berlaku pada mereka yang bercinta.Mereka terperangkap dalam kemelut cinta yang datang bertali arus.
Memang benar,cinta boleh datang dan pergi.Malah ada arus yang dapat mengubah persepsi manusia sehingga mereka boleh lupa pada cinta yang lalu.
Hakikatnya cinta dunia hanyalah habuan sementara pada hati yang dahaga.Perpisahan amat menyakitkan,kekecewaan amat menyeksa.Tapi masih ada yang setia menanti mengharap agar cinta yang pergi itu akan kembali.
Atas landasan tanggungjawab dan ikatan suci,maka manusia belajar untuk mempertahankan cintanya.Hingga walau disepak terajang atau dilanda banjir besar,cintanya tetap disitu dan begitu.Sebab itu diwujudkan PERKAHWINAN.Hadiah kebahagian dan kenikmatan akan dimiliki oleh hati-hati yang menghargai dan menjunjung nilai perkahwinan.Tetapi manusia yang menderhaka dan mempermainkan cinta dalam perkahwinannya akan sentiasa menggelupur kepanasan hinggalah dia bertaubat.
Cinta tidak boleh menjadi murni atau tulus kalau bukan hati manusia yang menjadikannya begitu.Cinta hanyalah seperti sehelai kain putih yang belum dicanting.Lalu hati-hati manusialah yang datang membawa pelangi dan mencantingnya menjadi batik nan indah.Kemudian,dengan akal yang waras yang dikurniakan ALLAH kepada makhluk terpuji ini,cinta akan disarungkan ke tubuhnya sebagai pakaian harian.

02 July 2010
MEREKA yang mengalami masalah mulut berbau pastinya malu umtuk rancak berbual bersama rakan-rakan.Cara mengatasinya anda boleh mencuba petua dengan berkumur menggunakan helaian daun sirih.Ramas daun itu dengan air suam dan berkumur-kumurlah setiap hari.Mungkin anda tidak lagi mengalami situasi mulut berbau.Sesiapa yang ada masalah tersebut cuba la petua ni,ibu petik dalam newspaper kosmo.
Hari ini,ibu tukar latar belakang blog lain sikit.Sajer je tukar selera boring tengok blog warna merah kosong je...,ni ada bunga sikit jer.Blog ni sajer je untuk koleksi kitaorang untuk tengok apa yang dah berlaku yang lepas-lepas.Kalau up-date dalam blog ni,so boleh di ingat balik apa tarikh yang berlaku betul tak?.Bangun pagi tadi ibu rasa badan haziq panas,ni mesti gara-gara mandi semalam kat (kalampung)air sungai memang la sejuk.Mungkin petang semalam ibu mandikan haziq kot.Because kakak,ibu tak bagi pun dia mandi,petang tu ujan lagipun kakak tak keluar main kat depan tak berpeluh pun.Haziq ibu mandikan sebab dia berak terus ibu basahkan kepala gan badannya.Ibu siram kepala haziq dia marah betul mungkin sejuk kot...biasa la sekarang musim hujan.Penat la nak story panjang-panjang..lain kali sambung.
01 July 2010
Hari ini ibu nak story sikit.Pagi tadi Ibu bangun pukul 6.00am untuk siapkan sandwic untuk kitaorang pegi berkelah kat (Kalampung)You all pernah dengar tak tempat yang di sebutkan tadi.Kalau ikut higway dekat je dalam masa 2 jam sampai la....,best jugak lepak kat sana dengan member2.Yang ibu nak story ni bukan pasal diaorang tapi....pasal anak-anak ibu yang dua orang tu..,sampai je sana budak duaorang dah tak sabar nak main air.Diaorang ingat air sungai tu cetek ke?ibu tengok pun tahu air tu dalam.Ibu belum tukar seluar mandi lagi,abah dari rumah dah pakai...,ingat di hati nak turun lambat sikit ke dalam sungai tu,si haziq lagi la tak sabar,nampak je air nak terkam,pakaian belum bertukar lagi...,terpaksa la..ibu tukarkan jugak..,pelampung abah beli satu seorang nanti bergaduh.Main punya main kat tepi sungai tu...pelampung kakak hanyut..Abah pulak nak capai tangan kakak takut tenggelam dalam air sampai tersadung atas batu dan gigi kapaknya patah.Marah betul abah pada ibu because seluar mandi ibu tak tukar lagi.Abah marah bersebab,dia yang melayan budak berdua tu...,Oh! ya...pasal pelampung tadi dapat la di selamatkan....gigi abah tak dapat la..ibu nak tolong sambung,balancenya pun dah terjatuh dalam sungai.Sampai sekarang abah merasakan giginya terasa ngilu.Kasihan abah ya...,Ibu mintak maaf la..ya,ni gara-gara Si haziq dengan kakak..mandi kat kalampung.Nanti ibu snapkan gambar kita orang pegi sana....okey..Kalau ibu ingat gigi abah gelihati pun ada(Jangan mare abah ya...)
29 June 2010
Haziq belajar tulis..
Nie barang semua dari Singapura....Cik hubby aku pegi sana...dia cakap kat sana murah sikit cam kedai 2.00 ringgit tue....Barang kat atas tue....kereta mestilah Haziq punyer....yang tulis tue kakaknya punyer...tapi haziq nak main....
28 June 2010
Salam....
Hari ini abah terlewat bangun tido...sedar2 dah pukul 8.00am...,Sepatutnya dia kerja terlewat la pulak gara-gara tengok bola punya pasal.Nasib baik boleh apply cuti...,kalau tak terpaksa la cari mc.Ni abah tak ada kat umah katanya nak pergi service kereta almaklum la dah lama tak service kereta.Kitaorang ada plan nak balik ke terengganu..tu nak service dulu kereta..takut nanti mati tengah jalan kan naya nanti.Mana abah ni dah dekat pukul 12.00pm perut dah lapar dah ni..nak makan dulu tak ada selera...makan ramai-ramai baru best.Kenikmatan tu lain sikit kalau makan dengan suami ni.Budak-budak ni dah kebulur dah...ibu dah siap masak dah...hari ini masak kari kepala ikan....yum!yum! bestnya....tu yang tak sabar nak melantap ni...lambat pulak abah ni atau pegi Speed beli barang lepas service kereta.Tadi ada tel abah barang dapur dah nak habis...kejap lagi tel la,tengok abah kat mana..okey la nak tel my husband kejap.Eh tu bunyi kereta mesti dah sampai....okey bye.

27 June 2010
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkah kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisaham
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Lagu:Edry Abd Halim
Lirik:Edry Abd Halim

Hari ini dah masuk dua hari kakak gan haziq bergaduh...tension ibu dibuatnya.Pada hal abah beli kerusi dua tuk sorang satu,itu pun bergaduh jugak.Ibu geram ibu cubit la budak dua orang tu...di larang dengan mulut langsung tak dengar.Si haziq pulak mulutnya asyik bunyi je kalau tak dapat mainannya,kakak pulak tak nak mengalah langsung dengan si adiknya.Tu ada baru sorang kalau ramai tak tahu la nak cerita....ibu mana tak jadi singa kalau anak-anak asyik bergaduh hanya berebut mainan.Kena cubit tu...baru tahu...tapi diam kejap je,pastu sambung balik bergaduh....hei!!! geram betul....,tapi nak buat cam mana adik-beradik kalau tak bertengkar tak sah.Kita kecik-kecik dulu kalau bergaduh mesti ibu kejar tak cukup tanah nak lari.Orang dulu-dulu mendidik anak lain...tak cam ibu sekarang...nak pukul sayang...tapi cara dulu lebih bagus kot...tak ada la budak naik kepala...budak sekarang....emmm tak tahu la nak cakap....,itu semua atas didikan ibubapa...kalau manjakan sangat tak boleh jugak....,tahun depan kakaknya sekolah tak la gaduh kot...ya la...kakaknya tak ada kat umah cam mana nak bergaduh...betul tak...,tapi budak-budak ni kalau berpisah rindu bagai nak rat,sorang demam..sini pun demam..tu yang pelik tu...ada la sekali..ibu tinggalkan si kakak kat kampung dalam lima hari...,tak sampai 3 hari opahnya tel cakap kakak demam...,masa tu si haziq pun demam...,tu yang pelik...betapa kuatnya kasih sayang antara mereka berdua...,lagi kuat mereka bergaduh..lagi kuat la...kasih sayang dia orang.Itu la ragam anak-anakku...nak story kat kauorang..
Subscribe to:
Posts (Atom)