20 October 2011

Menjaga Lidah Ketika Berbicara Dengan Suami



SUAMIKU..KUPOHON REDHAMU.. Entri kali ini lebih kepada memberi peringatan kepada diriku dan juga kaum wanita yang lain agar sentiasa menjaga lidah ketika berkata-kata terutama ucapan kepada suami yang menjadi penyebab kaum wanita yang paling ramai menghuni neraka...Cuba pejamkan mata anda membayangkan selama ini betapa banyak dosa-dosa atas perkataan yang telah dikeluarkan hanya kerana satu anggota yang tak bertulang iaitu: 

LIDAH dan kesannya yang sangat mengerikan..AZAB NERAKA yang dijanjikan oleh Allah untuk para Kaum Wanita yang berdosa dan yang akan kekal menghuni di dalamnya untuk selamanya... "Sebagai peringatan untuk para wanita di paparkan suatu peristiwa di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. 

Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka: 

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah; dan keduanya  "Kamu kufurkan kebaikan suami." Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya : 

1. Banyak beristighfar  dan  kedua   Banyak bersedekah. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun'] Rasulullah SAW menyambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi. Fadhilat beristighfar: a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."

Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita. b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit Atau sedekah Juga Termasuk:

 1. Tuturkata  dan  percakapan  yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam. 

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang. " SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW" *Sekadar peringatan ya sahabat2ku :) ~ Dari Cik Rose Cute....

11 comments:

  1. nice utk zie yg bakal bergelar isteri ..hehehe

    ReplyDelete
  2. kak...buat lah perenggan... pinor mata baca ni hihihi..

    ReplyDelete
  3. p'kongsian y amat bharga.. smoga kt kaum2 isteri akan lbh bhati-hati & mjaga lidah kt stiap kali nk btutur dgn suami

    ReplyDelete
  4. @! AzzaAzman @ Chempaka Sari !

    Akak pun rasa cam tue jugak...puas godek..tak jadik jugak hihihi

    ReplyDelete
  5. thanks utk peringatan ni akk...aah betul azza tue ckp..mmg agak berpinar nak bc..

    ReplyDelete
  6. @CIK TOM

    masa tulis tue lupa nak buat perenggan huhuhu..kesian korangkan....

    ReplyDelete
  7. terkedu membaca entry ni..lepas ni kena istighfar lebih 100x sehari..insyaAllah ;)

    terima kasih sudi berkongsi..

    ReplyDelete
  8. bella belum kahwin lagi,.tapi entry ni boleh buat ingatan and persediaan sebelum bella jadi isteri,hehe

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠