31 October 2011

Jom! Main Tag2 ( Kena Tag gan Fieda la...)

Ha...fieda nie cik rose nak jawab soalan cepu emas nie hihihi....Walaupun tanganku penat godek2 Blog kakak ipar punyer pasal.....Bawah nie soalan dari fieda.....
 Korang duk mana ye..??  
sekarang duduk kat Telok Panglima Garang Selangor
 
Paling suka makanan dan minuman ape..?
Semua makanan suka...yang paling suka Nasi Minyak Ganu Dan minuman pulak Air Apple

Kaler favourite...?
PINK GAN PURPLE...kadang2 kaler hitam pun suka...

Kalau gi pasar malam biasanya beli apa..?
bakso atau bihum sup

Time raya biasanya brp pasang baju...?
tak banyak pun... 2 jer...

Movie melayu yg paling melekat di hati..
p.ramlie hihihi

Pengalaman paling manis..?
dating gan suami hihihi

Suka makan kek dan kuih ape..?
kek perisa pandan dan kuih lompat tikam

Biasa pagi2 suka sarapan tak...?
nie soalan cepu emas nie.....pagi jarang makan...minum susu, milo @ horlicks jer....

Apa perasaan bila tgk anak2 muda yg seksi dan menggedik tak tentu pasal..?
menyampah pun ada...tapi bila ingat balik zaman cik rose bujang dulu...dalam hati...mesti terdetik...aku dulu cam tue jugak.....huhuhu

Prinsip hidup..?
Berkawan biar ramai...Musuh jangan di cari....hihihi

Koleksi Tudung Heliza Helmi

Hai Blogger Cute...Dah makan tengah hari belum??....Kalau yang belum makan tue makan dulu ya....aku nak kongsi koleksi dari Heliza Helmi nie.....cantik-cantik hijabnya kau.....kalau korang tak caya...tengok nie.....Lagi satu Heliza Helmi nie cantik...pakai apa pun cantik.....

 Nah!! kau...semua cantik-cantik.....harganya pun boleh tahan......Aku ambik gambar nie kat Facebook dia.....Apa pendapat korang.....Yg mana cantik hijab ke Heliza Helmi...hihihi.....Bagi aku dua2 cantik.....Ciri2 wanita muslimah....

Jom! Main Tag2

Aduh!!! pagi2 bukak blog...aku telah di tag oleh adik Ieda nie....Aku pun tak faham....tag2 nie....hihihi tak per ler aku follow jer yg diaorag kasi...

• Each person must post 11 things about themselves in their jurnal. 
• Answer the questions the tagger set for you in their post and create eleven new questions for the people you tagged to answer 
• You have to choose 11 people to tag and link them to the post.  
• Go to their page and tell them you have tagged him/her 
• No tags back 
• No stuff in the tagging section about you and tagged if you are reading this, You legminately (aka really,trust with all honestly) have to tag 11 people

~11 perkara tentang Diriku~ 


:: panggilan sebenarnya: Lieza (Blogger ramai sangat yang panggilan Lieza...Aku tukar nama samaranku menjadi: Cik Rose Cute
:: Aku Suri rumah Sepenuh Masa
:: Adik beradik aku 8 orang...(Khairul Fahmi Che mat tue...adik aku yang no 6)
:: Aku mudah ketawa @ senyum dan juga selamba, otak pun giler
:: suka jugak aktiviti luar
:: suka jln2 dan tengok barang cantik2...Tak beli pun..
:: suka tgk wyg...Tapi sekarang dah tak ada masa...sebabnya melayan anak2 kat rumah
:: Suka sangat makan ubat untuk kesihatan...
:: My family no 1...Pastu baru kawan2...
:: Tak suka rempit!!! Motor pun aku tak tahu nak bawak....hihihi camna nak rempit!!!






~ 11 question from ida ~


* suke nyanyi or menari x    (hihihi dua-dua suka....)
* tempat plg jauh kowg penah pegi (Johor tue pun waktu tengah couple gan cik abang)
* ada haiwan peliharaan x (Tak ada....Susah nak pelihara ada anak2...)
* warna yg plg gojes (Pink @ Purple)
* apa yg kowg buat sblm tido (Minum Air suam pastu basuh muka gan gosok gigi)
* sampai hr ni, dh brpa kaly kowg tkr hp (4 kot...)
* benda yg plg kowg syg (Jam Tangan)
* benda/perkara yg plg kowg takut (Sihir gan ular Eee! geli)
* gayat dgn tempat tinggi x (Gayat jugak)
* tempat plg besh idaman kowg (Tempat air terjun yang paling tinggi tue)
*  xtvt outdoors yg plg kowg suka(Bowling gan Badminton)




11 Soalan Dari aku Pulak..





* tempat yang paling seronok pernah korang pergi?
*dah mula guna gelaran blogger sejak..
*selalu cerita tentang apa di blog?
*senang stress bila..
*apa yang paling senang korang buat untuk hilangkan stress?
*tempat yang paling diinginkan untuk birthday party?
*kenapa pilih tempat tu?
*hadiah yang tersayang & the best korang ialah?
*siapa pemberinya?
*apa yang diinginkan sebenarnya untuk birthday present?
*peramah atau pemarah?
Okey Aku Tag: Fieda, Lya, Intan Belian, Ezad, Nasz,Kak Tie, Cik Purple, Ibu Aqil, Cik Jaat, Wanita Mutalib,Faizal

29 October 2011

Di Belit Ular Ketika Berzina

Aku nak kongsikan bersama satu kisah yang aku ambik kat Sini  Memang teruja betul aku baca kisah pasangan ini....Jom! Baca..
DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :
“SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA

SEKADAR GAMBAR HIASAN


Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

 “Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal.
Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. “Apa yang boleh saya bantu encik?” Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.
Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi

"Masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. “Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya....."

“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas. Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. “Awak pernah pukul
 ular ke?” Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.

Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.
Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. “Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.
Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang manusia pun tidak kelihatan.....Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian.

Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram. “Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut.

Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.
“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya
manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.
Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.
Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

P/S: Sesiapa yang melakukan Zina...jadilah ini sebagai pengajaran.....huhuhu....Boleh pulak tak perasan ular sawa ada kat situ.....Mata sudah di tutup oleh syaitan tu yang tak nampak ular sawa tengah mengeram.....

Semuanya Hot!!!

megan fox

 Korang tengok Megan Fox nie seksikan....Dalam cerita Transfomer yang terbaru Megan Fox Nie Tak Ada kenapa Erk?? Aku tengok heroin lain Pulak....Cantik jugak heroin terbaru tue....


selena gomez

 Nie Pulak Selena Gomez...Comel giler....Selena Gomez nie.....mukanya macam campuran sikit...sekali tengok macam muka melayu pun ada...dua kali tengok cam muka Arab hahahaha....itu mata aku la.....scarlett johansonn

Minah nie pulak mukannya macam pelakon Jesicca Alba....Korang kenal Jesicca Alba....hihihi...Tapi best jugak minah nie berlakon.....Tapi yg pelik kenapa pelakon dekat negara barat cantik-cantik? hihihi soalan bodoh aku tanya....Ada sesiapa nak jawab....kalau nak jawab type dekat komen ya.....

28 October 2011

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Tiada apa yang dapat ku luahkan....hanya berterima kasih  kepadamu....Semoga kita sentiasa hidup bahagia di samping anak-anak tersayang Wahai Suamiku.....


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……

Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA dengan kenangan sewaktu  bersamamu……
dan mungkin juga TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada-pada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK
Tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaiki
semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang marah atau kecewa  jangan MENGHUKUM dan
MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu di sebabkan perkara kecil sahaja...

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang  pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  dan KENIKMATAN……
Kelak , nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seseorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU , MENYANJUNGIMU SEPENUH JIWA untuk menumpang dan segala-galanya….......
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu memujinya dan mengganggapkan dia begitu  istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN
Tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan
MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN  Dan KENIKMATAN makanan lain……
Kelak , nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….
MENGASIHIMU ….dan
MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN , KETAMPANAN Atau WANG RINGGIT……
Kelak , dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL
dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna , sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA
sebagai manusia biasa serta kita harus  BERSYUKUR
dengan yang apa KITA sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA , BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA!

“Begitulah  hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti , namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”.......


Wah!!! malam2..hujan turun dengan lebatnya...sempat lagi bermadah hihihi

Mihun Kantonese by ratu siput

Bukak jer blog Ratu siput terus aku terliur and copy resepi...hihihi anak-anak aku mesti suka kalau jenis yg berkuah nie.....Hai! Cik Ratu kau jangan marah pulak copy paste resepi nie...dengan gambar2nya sekali bagi orang terliur hihihi




 


 
MIHUN KANTONESE 
by Ratusiput


1 bungkus mihun / kuew tiew 
2-3 biji telur
1-2 sudu besar kicap cair


3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
2-3 kiub ayam
2-3 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar serbuk lada sulah
udang
sotong
isi ayam (fillet)
sayur-sayuran (carrot, kobis bunga, baby corn, sawi)
fishcake (dihiris nipis)
2 biji telur
tepung jagung

CARA-CARA :


untuk mee
1. mihun/kuew tiew dicuci bersih, dicelur dan ditos.kemudian gaulkan bersama telur dan digoreng sekejap bersama sedikit kicap cair sehingga sedikit garing.


untuk kuah
1. tumiskan bawang putih bersama halia yang telah ditumbuk sederhana lumat sehingga naik bau.kemudian masukkan 4-5 mangkuk air (size seperti mangkuk plastik taufufa pasar malam).
2. kemudian masukkan kiub ayam,sos tiram,lada sulah,carrot dan baby corn.biarkan sehingga mendidih.
3. apabila mendidih,masukkan bancuhan tepung jagung.kacau sebati dan biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat.masukkan garam dan ajinomoto.masukkan juga udang,sotong fillet ayam,hirisan fishcake dan sayur sawi.biar masak untuk 3-5 minit.
4. tutup api kemudian pecahkan telur.gaul sebati.boleh terus dicurah di atas mee untuk dihidang.sedap dimakan ketika kuah masih panas dan jangan lupa lada jeruk untuk melengkapkan rasa.

Lisa Surihani

 
 Pengambaran filem "Istanbul Aku Datang" Di negara  Istanbul, Turki  selama  3 minggu di sana.
Jom!  layan  gambar-gambar menarik Lisa Surihani dan Beto Kusyairy ni. Aizat dan Tomok khabarnya masih belum berada di Istanbul lagi sehingga artikel ini ditulis. Yang penting, rambut Lisa cantik sangat! Gambar ini aku perolehi melalui laman Facebook rasmi filem Istanbul Aku Datang
Tetap Bawak Ibunda Tercinta sebagai Teman Lisa kat sana ya....yang sebelah tue bukaan pakwe Lisa tau....Tu hero dalam filem tersebut ....


Gambar di atas adalah gambar sunting Lisa Surihani sewaktu pengambaran di jalankan....hihihi korang layan jer la.....Heronya Beto Kusyairy.....Aku suka jugak Beto nie berlakon.....Korang kenal tak Beto Kusyairy nie???

27 October 2011

Sorry....

Hai! Blogger Cute....Hari nie mungkin aku tak dapat terjah blog korang huhuhu...sebabnya aku busy...Busy menerjah bloglist yang aku join....dari segmen Ben Ashaari dan  Tejal Bicara Azim Razak ada tak sesiapa join cam aku nie......hihihi...Bloglist tu kan banyak....mesti lambatkan....Aku mintak maaf banyak2 okey....

26 October 2011

JOM! JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS!!!


Nak join klik banner
Tarikh Tutup : 29/10/2011

Saya join segmen ni untuk menambah kenalan di alam maya dan juga  tingkatkan  followers saya yang sedia ada .....Jom Join...

Kecantikan Lelaki



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab:Ayat 71
"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

25 October 2011

"Pencarian Bloglist Transparent-Art






Jom Join segmen di atas.....Kalau sesiapa merasa ingin join Klik Banner di atas okey......Pastu korang tag la...sapa..korang rasa nak tag okey....Segmen nie nak 20 orang letak dalam bloglist okey...
Tag : Fieda , Ibu Aqil,  Cik Purple

Miera Liyana Nak Bertunang???

Selamat Pagi blogger Cute.....Korang ada baca Metro Ahad yang sudah....Pasal Miera Liyana Gan Shah Jaszle tue.....Dia gitahu kat Metro....Shah Jaszle ajak dia bertunang......Sebelum tue....kan ada gosip yang tersebar Di tenet gambar dia bergambar mesra dengan sorang mamat nie.....Kesian kat mamat nie.....

Kesian kat mamat nie.....hensem mamat nie..nama dia  "Lash Mokthar"...Si Lash nie terasa sebab Miera Liyana menyatakan kat Metro "Miera Liyana meminta rakan yang di gosipkan bersamanya iaitu Lash Mokthar  agar tidak salah faham perhubungan mereka berdua dengan layanannya terhadap jejaka itu.Miera Liyana juga menyatakan hubungan mereka sekadar teman biasa walaupun bergambar mesra.....Ada pulak gitu....hihihi kalau korang tidak ada apa-apa hubungan yang rapat  nak ke bergambar berpeluk-peluk dengan lelaki?? Kalau aku tak nak....buat rugi jer.....Padahal gambarnya dengan mamat nie...dah tersebar kat tenet dengan bermacam-macam aksi diaorang berdua nie berposing....


Sebelum nie tak pernah dengar gosip Shah Jaszle dengan minah nie...tup-tup nak ajak bertunang hihihi....kita tunggu dan tengok betul takk?? kalau betul...semoga Allah permudahkan jodoh mereka....betul tak...Miera Liyana nie...baru 18 tahun.....boleh ke jadik isteri mithali....kot2 kawin baru setahun 2 tahun dah cerai-berai...korang layan jerlah.....

24 October 2011

Nasib baik blog boleh bukak

Hai! selamat pagi semua....korang sarapan apa? aku biasa pagi2 nie..kurang sarapan..minum milo atau air suam....jer....Tak tahu kenapa..pagi2 makanan tak mau masuk walaupun perutku berbunyi minta di isi hihihi.Aku bukan nak cerita pasal makan hihihi...aku nak cerita...pagi tadi dalam pukul 9.00 am....blog aku buat perangai.....dah la.. no tel lama aku dah tak boleh guna...Cik google pulak mintak no tel gan no verify....lagi la tak ada....tel pun yang lama pun aku tak tahu...aku campak ke mana....dekat satu jam lebih la...aku godek2.Last2 aku type no tel baru aku....Mula2 Cik google tak nak....aku type jugak....baru cik google send no verify yang baru...Pastu aku masukkan no phone baru gan no verify baru.....tengok dah boleh bukak......Seronok giler...bila dapat masuk ke blog aku.....hihihihi
Nie gambar semalam...teman Cik hubby aku nak beli baju...punyer la lama Cik hubby memilih baju....Boring aku menunggu....last2 aku posing dengan syifa ambik sendiri dengan phone burukku....hihihi

23 October 2011

Tak lama Lagi Syifa 8 bulan..

Hari nie aku nak story pasal syifa pulak hihihi....Sekarang syifa dah pandai duduk...tapi bukan syifa duduk sendiri tau...ibunya letak hihihi....boleh la...syifa belajar imbang badannya....
Nie tengah main sikat Barbie...Kakaknya punyer...

Tutup mulut Syifa....


 Syifa tahu Ibunya Ambik gambar


Tengok kaki barbie kat tangannya...


geram dengan Patrick....habis did gigit....

Nie dalam bilik kakak...Anak pertama...
Gambarnya...memang blurr sikit....aku ambik pakai Handphone murah.....hihihi

22 October 2011

IKEA Cantik-cantik...

Assalamualaikum my dear blogger....Pagi nie aku tak tahu nak story apa hihihi....Aku pergi kat Cik Google cari barangan IKEA aku upload gambar deconya....hihihi...untuk sesiapa yang suka pegi IKEA...Aku tak pernah jejak lagi IKEA....Nantilah aku nak ajak Cik hubby aku.....

Untuk ruang tamu cantikkan....sukanya dapat ruang tamu cam nie.....hihihi


Nie pulak bilik tidur...semua kaler putih.....aku suka cadar dengan almari cantik....

Nie ruang untuk buku atau tempat melepak kot....

gambar nie...aku tak tahu deconya camna hihihi...bawah ruang tamu atas bilik ke....aku tak tahu.....Tapi kalau tengok gambar kat atas tue semuanya cantik2....

21 October 2011

Cerita Lawak Hari Jumaat

Assalamualaikum....Untuk Para blogger di hari jumaat ni....Rasanya pagi cerah...pastu bila petang sikit hujankan.....Cuaca sekarang tidak seperti dulukan....Sekarang kalau nak hujan....hujan jer tidak mengikut musim.....Di sini sebenarnya bukan nak cerita pasal hujan....Aku nak kongsi satu cerita....Bagiku cerita nie lawak sikit...cuba korang baca...kalau tak ketawa...senyum pun boleh hihihi...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotanny

20 October 2011

Isu Enot Buat Kek Bentuk Girl

Hai! you all....korang baca tak kat Facebook pasal Enot tue.....Hish! memalukan kaum hawa jer....Cuba korang tengok gambar kat bawah nie.....Apa tanggapan korang? Aku malas nak komen apa-apa.....Korang tengoklah sendiri......


 Dah terang2 kek tue menjolok mata....Apahal si enot  pegi up-load gambar tue dalam facebook diakan....Kan Dah jadik Kontravesi  Tahu la tangan awak berseni....Tapi berpada-padalah....Kita Orang Islam......Mesti masuk dalam Melodi nanti nie.....Korang Caya Tak??