23 September 2013

Isu Rozita Che Wan (baju dalam Merah)

Tadi terbaca kat Kosmo tentang gosip cik ta kita nie....terus aku nak share gan korang...takkan pelakon cantik nie..tertinggal baju dalam kat set pengambaraan....tak logik betul...emmmm


POPULAR dan jelita menyebabkan nama Rozita sering digunakan untuk melariskan produk.



SELEPAS kecoh isu perkahwinannya dengan Zain Saidin, kini aktres jelita, Rozita Che Wan ditimpa pula dengan isu baju dalam terpakai berwarna merah yang didakwa miliknya, dijual di internet.
Mungkin isu tersebut remeh tetapi apabila baju dalam didakwa milik Rozita atau Che Ta yang kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama tersebar begitu luas di internet, sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut.
Tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Che Ta hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersamanya baru-baru ini.
Kosmo!: Adakah Che Ta tahu tentang isu baju dalam berwarna merah yang kononnya milik Che Ta dijual di internet?
CHE TA: Saya tahu selepas adik saya, Ayu beritahu tentang perkara itu pada minggu lalu. Apa lagi, saya hanya mampu tergelak besarlah sebab sampai baju dalam pun mereka mahu jadikan isu.
Apakah reaksi Che Ta apabila mendapat tahu ada orang menggunakan nama Che Ta untuk menjual baju dalam tersebut?
Sebenarnya sampai sekarang saya tidak berhenti tergelak bila orang tanya tentang perkara itu. Bagi saya itu kerja orang gila dan tidak masuk akal. Selagi perkara seperti ini tidak menjejaskan periuk nasi dan imej, saya tidaklah mahu saman atau membawa isu ini ke pihak berkuasa.
Che Ta malu atau tidak dengan isu ini?
Saya tidak rasa malu sebab baju dalam itu bukan saya punya (ketawa). Namun, sebab mereka menggunakan nama saya dan menarik orang untuk membaca apa yang ditulis, saya geram juga sebab nama Rozita Che Wan yang dijual. Kalau boleh tolonglah hentikan kerja-kerja yang tidak berfaedah ini.

ROZITA tidak melatah dengan isu terbaharunya itu.



Adakah kejadian seperti ini pernah berlaku?
Sebelum ini ada orang jual nama saya kononnya guna korset satu jenama yang mahal juga sedangkan sebenarnya saya langsung tidak pernah pakai korset jenama tersebut. Bab barang yang ada jenama ini, kalau mereka menggunakan nama saya, saya agak sensitif kerana mereka telah menipu pelanggan dan peminat saya, jika ada lagi yang ingin lariskan produk dengan memetik nama saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas ini.
Bagaimanakah reaksi peminat Che Ta pula?
Peminat sekarang semuanya bijak, mereka mampu bezakan mana cerita benar atau tidak. Saya tidaklah terjejas sangat, begitu juga dengan peminat. Mereka faham, bermacam perkara yang orang tidak bertanggungjawab boleh lakukan untuk menjatuhkan seseorang, tidak kiralah artis atau orang biasa. Selagi saya mampu tersenyum, ketawa dan bekerja seperti biasa, perkara seperti ini bukan masalah besar.
Nampaknya nama Che Ta cukup popular sehingga ramai yang mempergunakan nama Che Ta untuk lariskan produk. Tidak terfikir untuk hasilkan produksi sendiri?
Bagus juga idea itu, selepas korset, baju dalam pula, kalau macam ini saya nak buka perniagaan baju dalam jenama Rozita Che Wan, lagi bagus tidak perlulah orang guna nama saya lagi (ketawa). Setakat hari ini, saya hanya ada perniagaan tudung yang diberi nama Padusi sahaja bersama adik-beradik saya yang lain.
Bagaimana pula dengan persiapan perkahwinan yang dijangka bakal berlangsung pada Disember depan?
Sekarang saya perlahankan kerjaya lakonan untuk memberi fokus kepada kedua-dua anak saya yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Saya hanya memberi fokus kepada program Ratu Rania dan juga Primadona. Saya belum buat sebarang persiapan perkahwinan, mungkin bulan Oktober barulah akan mula merancang dan mempersiapkan apa yang patut.


26 comments:

  1. kalau betul Che ta kena fitnah...kesian kat dye...huhu

    ReplyDelete
  2. sian cik ta.. sam[pai baju dalam pun nk guna nama dia..

    ReplyDelete
  3. xkan bleh tertinggal bju dlm plak kan.. hahaha... bersngka baik je la...

    ReplyDelete
  4. sangat la tidak bermotif dorang ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. hadoi rasa kelakar laa pulak...
    benda cam tu pun nak jual juga..
    sape yang beli?
    macam2 lew

    ReplyDelete
  6. my feberet artis ni. hihih....

    ape lah gosip baju dalam pulak... haha...

    ReplyDelete
  7. haii..mcm2 la psl dia ni.. deqla x minat... rasanya ramai lagi retis yg cantik smulajadi kan..dia ni mekap je lebih..haha.. ;p

    ReplyDelete
  8. sampai baju dalam pon nak jadikan isu kan...ade2 aje la diorang ni kan...

    ReplyDelete
  9. Jahat kan manusia manusia ni. Baju dalam pun nak jadi isu

    ReplyDelete
  10. sy pakai bra merah org x bising pon? hehehehe

    ReplyDelete
  11. kesiannya.. selalu je ada isu dia ni.. hihi..

    ReplyDelete
  12. Isu baju dalam merah lah pulok.. Ish2! Macam2..
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  13. Orang cantik dan popular, ramailah yang nak mempergunakan namanya. By the way blog Cik Rose cantik dan menyegarkan dengan wajah baru. Pink tuuuu...... :-)

    ReplyDelete
  14. yang pasti tak minat dengan dia...

    ReplyDelete
  15. Memang banyak cerita lawak mengenai Cik Ta....

    ReplyDelete
  16. Teringin nak tgk Che Ta tanpa bulu mata palsu..:))

    ReplyDelete
  17. hakikatnya..che Ta mmg cantik..kalo betul ia cuma fitnah sian kat Che ta..

    ReplyDelete
  18. ahaha duhh kelakar..
    tak pee Allah tahu yg mana betul dan yg mana salah :)

    ReplyDelete
  19. mcm2 kan... artis dan fitnah mmg xboleh elak...

    ReplyDelete
  20. Macam-macam isu boleh berlaku semata-mata nak buat berita.

    ReplyDelete
  21. Blognya cantik amat....putranya lucu,imut pintar....salam kenal..
    Ijin juga bagi info Gratis Obat maag Lotus root starch....cocok untuk maag kronis....

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠