23 August 2013

Lelaki Ini Menipu


Assalamualaikum....
Tadi terbaca kat Fb tentang isu orang menipu so aku nak share dengan korang seorang brother nie mengalami sendiri  peristiwa tersebut,sekarang nie macam2 orang boleh menipu...berhati-hati ya kawan-kawan lagi2 kepada wanita yang memabdu kereta.



Amacam Bro.. ada berani mau buat kerja ni haa..
Lelaki ni selalu menipu pemandu kereta di laluan Lebuhraya Maharajelala, Federal Highway dan Jalan Syed Putra, modus operandi dia lelaki ini akan tuang minyak brek pada tayar kereta hadapan dan akan bgitau pemmndu yg sedang memandu bahawa kereta mereka rosak. Dia akan offer utk baiki dan kite perlu bayar rm360 sedangkan kereta kita tidak rosak...hati2 dan sebarkan.
Pengalaman diri sendiri untuk iktibar rakan rakan

JANGAN MUDAH TERPEDAYA !!

Saya memandu kereta berseorangan di lebuh raya lingkaran tengah (Berdepan dengan Midvalley) menghala ke Cheras semalam (13/08/2013) waktu itu lebih kurang jam 1.30tgh. Sedang saya memandu, saya diberitahu oleh seorang penunggang motosikal bahawa tayar depan di sebelah kiri saya berasap. Saya membiarkan sahaja kerana sekiranya berasap pastinya ia akan berbau memandangkan saya membuka tingkap kereta ketika itu .

Kemudian muncul pula seorang penunggang motosikal memberitahu tayar depan sebelah kiri berasap. Saya memberhentikan kenderaan di laluan kecemasan untuk melihat apa yang berlaku. Penunggang kedua itupun memberhentikan motornya dan menghampiri keretaku. Saya melihat memang ada kesan minyak di tayar keretaku tetapi masih tiada bau hangit. Penunggang motor itu memberitahu minyak brek telah bocor dan adalah amat merbahaya untuk teruskan pemanduan. Saya jawab, “aku akan segera ke woksyop berhampiran untuk kepastian”. Penunggang motor itu bertanya saya dari mana. Saya jawab dari Melaka (Padahal saya balik Bandar Tun Razak Cheras di kawasan saya membesar selama 30 tahun) Penunggang motor itu mengatakan bahawa tiada woksyop yang berdekatan di kawasan itu . (Ketika ini saya dah mengesyaki bahawa dia adalah penipu yang berpakat dengan penunggang motor yang pertama tadi). Belum sempat berbuat apa apa, penunggang motorsikal tadi telah “mengusik” tayar kereta saya tanpa saya dapat melihat apa yang dia buat.

Saya pergi ke kereta dan hidupkan enjin kereta. Apabila saya menekan pedal brek, langsung leak semacam tiada tekanan, ini disebabkan minyak brek telah bocor(Kemungkinan penunggang motor tadi telah membuka valve minyak di tayar. Penunggang motosikal tadi memberitahu bahawa dia seorang mekanik di shell Bangsar dan bersedia membantu. Dia suruh saya membawa kereta perlahan lahan kedepan lebih kurang satu kilometer kerana di situ ada kawasan lapang (ada kawasan lapang di tepi lebuhraya?) saya mengikutnya untuk mengetahui modus operandi mereka dengan bersedia sebarang kemungkinan . kami masuk ke simpang menghala ke lebuhraya Seremban . Lebih kurang 100 meter terdapat sedikit hutan dan memang ada kawasan yang telah dilapangkan sedikit. Terdapat kawasan seperti kawasan pembinaan. Ketika ini seorang penunggang motosikal sampai membawa segala peralatan membuka tayar.

Beliau terus membuka tayar untuk melihat “Kerosakan” yang telah berlaku tanpa arahanku. Saya mendiamkan diri memerhati sahaja(Gila! Badan besar tu. Walau bagaimanapun saya belum panik lagi dan cukup bersedia sebarang kemungkinan walaupun saya dah lama tak turun gelanggang hee.. anak buah pak guru katakan).

Penunggang motosikal tadi memberitahu bahawa hos dan joint tiada masalah, Cuma piston sudah jem dan perlu diganti segera(Kalau piston jem apa pasal banyak minyak bersembur kat keretaku?). Penunggang motor tersebut memberitahu dia boleh gantikan piston di situ juga kerana penunggang ketiga tadi datang membawa spare part sekali (? Sah konspirasi nak kebas duit aku). Ketika ini kalau saya tolak ,pasti sesuatu akan berlaku, memang tiada orang disitu .

Saya berserah padaNya bantuku sebelum sesuatu berlaku(tarik nafas dan hembus). Tiba tiba dalam beberapa minit datang sekumpulan pekerja Alam Flora bermotosikal berhenti di situ dan menyapu sampah betul betul berdekatan dengan ku.Alhamdulillah Dan jawapan saya pada mereka berdua tu “Aku nak pergi woksyop “.

Penunggang motor tu terus start enjin motor dan pergi meninggalkan kereta saya yang dah dicabut tayar. Saya tengok sekeliling memang penuh dengan minyak kereta disitu. Saya pasang balik tayar dan start enjin dan jalan (walaupun tanpa minyak brek yang dah bocor tadi) Alhamdulillah sampai juga ke woksyop di kawasan rumah aku di BTR. memang tiada apa apapun kerosakan besar pada keretaku.

(modus operandi dia orang pertama akan pancutkan minyak pada tayar dan beritahu tayar berasap dan minyak keluar, orang kedua akan suruh kita berhenti dan tunjukkan minyak tu serta bawa kita ke tempat yang mereka sudah sediakan dan orang ketiga akan bawa spare part untuk proses penggantian .)

Sekarang sekurang kurangnya sy dah tahu modus operandi mereka dan kawasan operasi mereka. Kalu nak diceritakan secara terperinci memang panjang. Ada sebab kenapa saya berhenti dan tidak teruskan perjalanan. Cuma bayak iktibar yang boleh diambil dan dikongsikan untuk semua. Semua yang terjadi ni pasti ada hikmahnya.
(siap korang bertiga lepas ni.. aku akan fillow up)


Nota Pink: Tengok gambar lelaki dalam gambar tue seram giler...besar pun besar huhuhu

15 comments:

  1. Salam Rose..mudahnya diaorg nk cari duit dgn cara menipu,pasni kena hati2lah.

    ReplyDelete
  2. huh, bikin takut. mcm2 teknik dibuat. alhamdulillah, Allah hntr pertolongan. btw, blog ni cute :D

    ReplyDelete
  3. sempat lagi akak snap gambar penyagak ni eyh....
    hoho...memg teruk! berani dyeorg carik pasal dgn anak tok guru....hehe

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing this info kak, moga kita semua berada di bawah lindungan Allah SWT dan dijauhkan dari perkara2 yang tidak diingini...

    ReplyDelete
  5. kalu lelaki x pe lg. kalu pompuan mcm kite ni yg mmg zero psl kete? ya allah..minta dilindungi

    ReplyDelete
  6. Berani Cik Rose kita rupanya. Baguslah kisah ini disebarkan untuk jadi peringatan terutamanya pada pemandu wanita.

    ReplyDelete
  7. eeeeeeeeee udah la muke buruk jht lak tu... mcm2 cara org nk menipu, ni yg dana seram ni kak... udahla dana pg balik keje sorang2... edy lak jauh, kalu jd gini mmg tak caya lah.... kene terus call kwn2 laki yg ada jwb nyer.. kalu di tipu gitu mana lah kite paham kan psl rosak2 nih

    ReplyDelete
  8. betapa bahayanya sekarang ni..
    macam-macam ade

    ReplyDelete
  9. mmg seram.lepas ni mmg akan lebih berjaga2..

    ReplyDelete
  10. aiyo..takutnya,kak..risau pulak nak drive sorang-sorang..

    betul ke tu gambar orgnya,kak?hehe..

    ReplyDelete
  11. takde kerja lain ke...? menipu je..

    ReplyDelete
  12. berani betul awak ni kan, alhamdulillah x de pa per.

    ReplyDelete
  13. menakutkan kalau drive sorang2 ni kan..

    ReplyDelete
  14. Haishh..mcm2 cara org nak dapatkan duit cara mudahkan..

    bahaya betul..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠