
Wardina adalah antara selebriti popular terkenal Malaysia. Wajahnya dikenali ramai, personalitinya cukup disenangi. Wardina dikenali dan sinonim dengan imej seorang ibu yang prihatin dan sering menjadi ikutan ramai remaja wanita dan ibu muda. Di sebalik kelembutannya, Wardina juga dikenali sebagai seorang lantang dan tegas bersuara. Wardina tidak gentar dalam membicarakan apa yang benar. Beliau merupakan seorang bekas pelakon, dan kini bertugas sebagai seorang pengacara rancangan bual bicara pagi popular di TV3 Malaysia Hari Ini.
Wardina kini mencuba nasib sebagai penulis dan jualan 2 buah buku beliau pernah dicatatkan di tangga pertama jualan paling laris MPH. Wardina sedar akan kepentingan menuntut ilmu, kerana ilmu itu sesuatu yang amat tinggi nilainya. Oleh sebab itu, Wardina mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dan kini sekali lagi beliau bergelar seorang pelajar dalam jurusan psikologi. Namun, menurut Wardina kerjaya tetap yang sebenarnya adalah sebagai seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata.
Wardina bermula beraksi di hadapan kamera seawal umur 6 tahun dan pengalaman kerja membawanya mengembara ke Hong Kong, Indonesia, dan Australia. Di kemuncak popularitinya Wardina mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk memakai hijab. Walaupun ramai yang menganggap kerjayanya akan terkubur namun sebaliknya berlaku.
Kini Wardina bergiat aktif menyertai pelbagai program kemasyarakatan bersama NGO, badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk bersama-sama berganding bahu, bersama sesiapa sahaja bagi mengajak masyarakat mengubah diri dan pemikiran kepada perkara-perkara yang positif dan baik. Wardina juga gemar menghabiskan masanya menyertai program-program ilmu dan agama secara tidak formal untuk memantapkan diri sebagai seorang Muslim. Antara falsafah hidup Wardina - “Untuk berjaya di dunia kita memerlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga kita memerlukan ilmu, untuk berjaya dunia akhirat kita amat memerlukan ilmu”.
Nota Pink: Sewaktu dulu aku amat meminatinya...aku suka cara dia bercakap lagi2 dalam sitcom "Spanar Jaya" you all ingat tak? hihihi
suka jugak dengan wardina nie...memang nampak tegas bila berbicara dalam apa jua aspek,,
ReplyDeletepeminat wardina jgk .. biasalah manusia kan berubah mengikut usianya..
ReplyDeletesya pon minat die...die cantik...:)
ReplyDeletesuke dgn wardina ..
ReplyDeletedik ! akk doakan kurus cepat2 .. jom herbalife ! ;)
itulah mkin mrah rzki dia skrg.alhamdulillah ;-)
ReplyDeletesy masih simpan lg cover dia ms jd dewi remaja dulu..
ReplyDeletedulu dia mmg seksi kan..sosial jugak.. tp alhamdulillah dia kini muslimah sejati..suka jugak tgk penampilan dan cara dia.. yup, ingt lagi lakonan dia dlm spanar jaya tu.. ;)
ReplyDeleteita pun suke tengok dia comel je kan
ReplyDeletesuka dia juga... mmg suka sgt tgk dia.. manis jer.. comel cute.. hehehe
ReplyDeletedulu selalu layan spanar jaya jugak. best hee dgn mat rocknya
ReplyDeleteadmire dengan dye ni....yup!~ spanar jaya...hehe...jadi minah spanar....
ReplyDeletealhamdulilah perubahan ckit3 kan..sy x th bila..moga di bukak kan hati sy
ReplyDeleteaiza minat wardina sejak dia jadi dewi remaja dulu lagi.. lepas dia bertudung lagi bertambah suka..
ReplyDeletewardina salah seorg artis yg istiqomah dalam perubahannya...
ReplyDeletecantik sangat Wardina ni. Tambah2 lagi bila lepas dia bertudung :)
ReplyDeletesuka cara penghijrahannya
ReplyDeleteSalam K.CR
ReplyDeletecma cukup kagum dgn dia.. blh dikategorikan salah seorg icon muslimah & ibu..
selamat berjaya utk wardina :)