14 August 2013

Cinta Jannah




Drama terbaru di slot Akasia TV3 'Cinta Jannah' menggantikan 'Demi Dia' (Org kata demi dia tak best.betul ke ?).

Pelakon Aeril Zafrel bakal bergandingan dengan Neldia Senrose dalam drama terbaru slot Akasia berjudul Cinta Jannah bermula 14 Ogos ini.

Drama bersiri 24 episod yang diarahkan oleh Azmi Hatta ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 petang di TV3.

Sinopsis 'Cinta Jannah' :

Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah.

Antara barisan pelakon hebat seperti Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff 



Nota Pink: Tak sabar nak tgk drama nie....Hari nie Episod Pertama bermula....Tengok jalan citernya pun best....

17 comments:

  1. teringin juga nak tgk sbb hero dia ensem.. hiihih

    hai CR ada kuih raya l ker

    ReplyDelete
  2. mmg x best langsung demi dia tu..ntah mende2..konflik pi mai pi mai tang tu jg.. lg 1, ceritanya xde isi langsung..

    ReplyDelete
  3. bagi saya Demi Dia tu tak best. hehe. harap-harap la Cinta Jannah best macam Setia Hujung Nyawa. :)

    ReplyDelete
  4. tak tengok pun siang tadi...terlupa..huhu

    ReplyDelete
  5. semlm tgk gak tp skip2.. tp yg x bestnye kenapa mesti ada watak jahat contohnya bapak ngan anak dia yg lg sorg tu..jahat kemain..huh! pas tu watak baik tu pulak x reti nak melawan.. sng2 je biar diri ditindas! huhuhu..

    ReplyDelete
  6. semalam ada tertengok cerita ni. sekali tengok macam best. hihii :)

    ReplyDelete
  7. ..tgk jgk smlm..tp tgk sikit2 la..tyng waktu maghrib, x bape nk sesuai waktunya..

    ReplyDelete
  8. semalam mula yer.. x sempat enok lg, semalam pening...

    ReplyDelete
  9. bestttt....tapi cam geram lak gan watak nelydia tu....adoiiiii....sakit betul....hohohoh

    ReplyDelete
  10. wah,nak tgkla nanti..semalam tak dapat tgk..berebut remote dgn anak..hehe..

    ReplyDelete
  11. Br semlm start tgk. ahhaa kang jap lg mmg melekat la ni bila dh start tgk ni

    ReplyDelete
  12. dah lama tak tgok tv ni camna cik rose?hehe

    ReplyDelete
  13. demi dia ntah apa-apa.. hihi
    syok baca sinopsis ni, nampaknya setiap petang melekat depan tv la mama..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠