Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di
sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5
bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua
hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini
adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel.
Kami taknak kena saman.
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit
atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel
tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi
kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang
patut anda tahu..
(DI ULANG, TAK SEMUA HOTEL!!)
(DI ULANG, TAK SEMUA HOTEL!!)
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan.
Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya
mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007,
kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan
yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala
kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang
sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik?
Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan
dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best
bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam
satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui
yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya
kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk
mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama
buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas
dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam
cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap
terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Rahsia 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa
sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik,
letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya
sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka.
Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak
kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara
paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam
bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman.
Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di
kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun
serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit
selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong
Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang
agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki,
staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air
yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di
bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di
bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala
Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai
kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar
di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau
hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang
anda jumpa bila anda google hotel window fall.P/S: entry nie..aku copy paste dari blog Apit untuk hubby aku baca,sebab hujung bulan nie...kitaorang nak melancong ke Pinang...tak sabar rasanya....bila baca di atas rasa seram pulak nak guna pekakas di bilik hotel huhuhu...tq apit share tentang rahsia hotel....
Yg no 2 tu rasanya paling geli, b4 ni slalu jgk gne cerek hotel..
ReplyDeleteBtw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)
insanbiasabiasa.blogspot.com
oooo...sangat menjijikkan....teringat2 kitorang guna gelas, cerek, air paip....
ReplyDeletewah nak g peneng..best nyew....ehe..mmg seriau dok hotel sebenarnya...
ReplyDeleteyer kew.... loo... bertuahnya izan..ni buat izan sayang lebih nie..hihihi.... izan pun jemu gak dok hari2 mengadap blog rupa tu jer...hahaa... ok rahsia.. kiki
ReplyDeletekami xplan lagi nk g mana2..hujung bln nie anivesary ke 13 thn ..ehe..
uuu..mmg kena hati2lah lepas ni kan...
ReplyDeletebab cerek tu nak termuntah nur baca...bab tingkap tu tu mmg tak sangka sbb hotel mahal pun ada kelemahannya...
Alamak ...ye ker ?
ReplyDeleteTapi memang ada logik pun semua yang Cik Ros tulis di entri ini. Nampaknya semua tempat dah tak selamt sekarang. Tq for the info. Selepas ni kena lebih waspada...sebab saya memang guna semua yang Cik Ros tulis tu sebelum ni..hehe. Adoiii aii.
Seram dengar, selama ni bedal saja apa yg ada dlm hotel.....
ReplyDeleteUhuhuhu.. Geli geleman pulak baca.. Terima kasih atas perkongsian Cik Rose.. Lepas ni kalau nak bercuti ke mana2 & nak menginap di hotel kena alert dengan benda2 macam ni.. Huhu~~
ReplyDeleteSalam K.Cr..
ReplyDeletehuhuh.. gulp.. geli pulak anak tekak ni.. huhuhu
huyoo. yang kes ada perempuan mati tu memang ngeri tu.. mak aih. dah reput lagi.. entah apa lah rasa air tu
ReplyDeleteni rasa geli ni... erk
ReplyDeletetq utk share nih kak.... tp kan mmg mungkin ada betul nyer kan... sbb tu setiap kali nk gune brg2 gitu kt hotel msti dana bsh dulu betul2... tkt jugak kan...
ReplyDeletekirenye kalau duk hotel 5 star pun belum terjamin kebersihannye kan..gud info...pas nie boleh berhati2..;D
ReplyDeletenice sharing.... so, akk kena siap sedia la bawak apa yg patut..
ReplyDeletekak, camne dah tgk ke blog tu? sign in guna emel sama...huhu
mnkutkan bila bca..huhu..kna ati2 ni..huuh
ReplyDeletethanks..info menarik ni..
ReplyDeleteALAMAK..BARU TAHU PASAL NI..HUHU
ReplyDeleteTP SLLNYA YG BUAT MCM NI HOTEL YG CIKAI2 SAJA KOT
YG 5 BINTANG RSNYA TAK..^_^
part letak kondom dalam kettle gelilah...huhu...
ReplyDeletewahhh... so scary lah rose..
ReplyDeleteghituu khanns..,
ReplyDeletepayah laa gini..
ReplyDeletekalo housekeeper tu orang islam...wat keje mcm ni...ntah laa, dia buat keje dpt gaji aje laa. Pahala tak dapat..
sabo jelah..bila baca nih mula naik satu macam nk guna pralatan hotel..hehee
ReplyDelete