31 March 2013

Happy Brithday Buat Mama Alesya (Lela)

Assalammualaikum..Selamat Malam...

Sebelum aku terlupa....hari nie juga birthday Mama Alesya(lela)..nasib baik ada group gsf bagitahu....



KLiK SINI.. untuk singgah ke Blog Mama Alesya (K.Lela)



Happy Brithday buat lela...Semoga yang di impikan menjadi kenyataan....dan bahagia di samping suami tercinta....

Nota Pink: Selamat Malam Untuk Semua....aku nak tengok tv hihihi

Segmen Blogger Muslimah

!Assalamualaikum!
WARNA BAJU: Coklat
WARNA TUDUNG: Pink Lembut
NICKNAME:Cik Rose Cute
MANGSA TAG
Izan
Fieda
 
Harap Korang Join ya...

Nota Pink:Tema Blog aku coklat campur pink....Cute tak? hihihi

Happy Birthday Buat Mama Mia (Izan)

Wah!!! birthday izan hari nie ya....hihihi...Sorry izan lambat buat entry.....Kita sebayalah izan....



Happy Birthday Buat iZan...Semoga Panjang Umur dan bahagia di samping suami tercinta....hingga hujung nyawa...Dapat hadiah apa? kita belum sampai lagi hadiahnya...hihihi..

Sudilah tengok kek nie ya....Cari kat google khas untuk izan.... Selamat Menjamu mata....

Nota Pink: Aii tgh sibuk nie....Insha Allah....akan ku terjah blog korang....tunggu ya....

NAK CERAH NAK GEBU SECARA SIHAT????



NAK CERAH NAK GEBU SECARA SIHAT???? TESTIMONI BAIK PUNYA BAWAH NI!!

Salam semua, hari ini nak Promote dekat korang, satu produk yang my friend jual dan my friend pakai sendiri yang memang betul2 berkesan. Produk tersebut adalah Beutskin Essence dan SNE Capsule. Adira sekarang makin putih-gebu pun disebabkan produk ini lah. Memang betul, Adira sendiri mengaku  dia telah mengamalkan produk ini sudah lama lagi dan apa sahaja event SNE Marketing, Adira akan turut serta juga. Okey,berbalik pada produk Beutskin  dan SNE Capsule ini, produk ini sememangnya sudah diakui kehebatan dan kebaikannya terutama sekali SNE Capsule, di Hospital KPJ pun ada mengiklankan produk ini. Malah ada di klinik-klinik juga telah menggunakan SNE Capsule sebagai salah satu kaedah rawatan. Jom kita tengok rupa bentuk produk BEUTSKIN dan SNE CAPSULE:



PRODUK BEUTSKIN ESSENCE


PRODUK SNE CAPSULE



Apakah kebaikan-kebaikan kedua-dua produk ni? Korang harus baca sebelum beli bagi korang faham. Jom tengok dan baca kat bawah ni:

:: SNE KAPSUL ::

1. Menghapuskan radikal bebas 
2. Mengaktifkan Saluran darah

3. Mengaktifkan Sel - Sel di Dalam Badan 
4. Mengimbangi Hormon Dalam Badan

5. Mengubah Gen Badan Manusia Lebih Elok  
6. Menguatkan Buah Pinggang Dan Hati


7. Membekalkan Makanan Sihat 
8. Mengukuhkan Sistem Immuniti

9. Menghilang dan memudarkan jerawat, jeragat, parut
10. Merawat 1001 penyakit sprt kanser,kncing mnis dan lain2 lagi



:: BEUTSKIN ESSENCE ::

1. Memutihkan  2. Kecerahan Kulit  3. Memperbaiki Gen 4. Metabolik

5. Anti-Pengoksidaan
6. Memantapkan bahagian aset2 penting... ehem!
7. Masalah period
8. kesuburan ( nk bagi pregnant )

Banyakkan kebaikan2 kedua produk ni? Yang paling penting produk ni selamat, lulus KKM. Kalau korang nak tahu, produk ni memang dah lama ada dekat Malaysia. Lebih dari 7 tahun. Bagi saya lah walaupun banyak produk yang ada dekat pasaran, tapi produk ni paling bagus dan selamat. Walaupun mahal tapi berbaloi sebab produk ni menyihatkan dalaman kita bukan memberi kesan sampingan pada tubuh badan kita. Ha.. jom tengok tetsimoni kawan saya sendiri :
Okey ni gambar dye dulu2...memang sebelum berjumpa dengan produk ni. Memang agak gelapkan kulit dia. Jap-jap tak puas hati lagi, kita bagi gambo yang besar sket.


Gambar penuh. Boleh tengok betul-betul. Dah puas?? Okey kita nengok pulak gambar dia masa mula-mula dlm 5 bulan dia gunakan beutskin essence

Nampakkan??? Berbeza tak??? 5 bulan taw dia sabar guna, hasil dia sangat menggembirakan! Saya pun teruja. Okey tengok pula gambar terbaru dia selepas 7 bulan pakai, memang makin berseri2


Nampakkan? Makin berseri-seri tak? Jadi percayalah korang bahawa produk ni memang bagus. Ha..tengok gambar lain lagi....


Okey dah cukup.. he he :) 
Kesimpulannya beliau mengamalkan produk2 ini selama 7 bulan lebih dah.. Lama kan? yang penting kita kena setia dengan setiap produk yang kita makan. Jangan cepat ubah fikiran tukar produk bila nampak produk terbaru.

Bagi korang yang berminat nak cuba atau nak tanya produk ni bolehlah pegi terjah facebook bisnes dia. Ooops lupa nak bagitahu namanya Mia. Klik bawah ni utk ke facebook beliau.


Harga yang beliau jual sama seperti harga di HQ SNE MARKETING sendiri:

BEUTSKIN ESSENCE RM210
SNE CAPSULE RM198

POSTAGE RM7 SEMENANJUNG
POSTAGE RM9 SABAH SARAWAK

FREEGIFT HAIR SERUM ELIPS
FREE MEMBERSHIP SNE



Nak tengok Blog beliau pun boleh. Blog beliau ni, saya lah yang hias... promote sikit! he he



ATAUPUN KORANG BOLEH SMS/VIBER.WHATSSUP BELIAU:

016 304 6005 ( MIA )

Pssttt!!!  Jangan lupa Contact Mia ya....Entry Di atas selama seminggu di promote okey...

30 March 2013

TAHNIAH AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA

Alhamdulillah.... Syukur ....Ayu Raudhah telah pun selamat melahirkan bayi lelaki yang sangat2 comel.... di Johor Bahru.Mudah-mudahan akan menjadi anak yang soleh....Tahniah AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA Semoga mereka berdua bahagia dunia dan akhirat ya...Amin..


COMELNYA....GERAM NAK CUBIT PIPINYA....hihihi

Jom! Shopping Busana Baseyya

.Assalamualaikum

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjH10uB2A3ybyognStYvMCUli_EFInpPB2fl4WMDAE49_54VyeaV38vAMXcNpUNVHHXUP0qekUQjmdD3EFPu7iIXbCeTAB6H-51tn9xk04q4DYiUTEKsP9f3GUajlPuR-W0Q494JvLGzrXs/s1600/IMG_9018.JPG 

 


Holoww korang .Sampai dari kampung terus bukak blog dan baru teringat aku belum review satu blog yg aku edit....Blog tue adalah blog shopping online untuk busana.... Ada sesiapa yang sedang mencari busana terbaru zaman kini . Jom kita shopping beramai-ramai di Busana Baseyya . Mereka ada menyediakan pelbagai jenis busana  masa kini dengan pelbagai corak , bentuk , warna yang unik lagi cantik .
You all boleh lihat sample/contoh busana  yang dijual di Busana Baseyya .Memang cantik dan harga pun berpatutan....Jom!! Terjah!!!....
 
 
Nota Pink:Blog Busana Baseyya nie....udah lama aku edit....baru sekarang aku buat entry....aku lupa pulak link urlnya....hihihi...tue yang lambat sikit tue....Kalau korang nak tgk hasil edit aku klik Busana Baseyya di atas ya....

27 March 2013

Edit Blog Call Me Diana...

Korang Jangan Muntah Pulak...Aku asyik duk preview blog yang aku edit hihihi....Aku buat begini sebab untuk menghargai dorang yg edit blog gan aku....Korang jangan marah ya....

 Tema blog nie pulak adalah kaler biru....memang semua biru tak ada campur2....hihihi kalau korang ke blognya...mata dah jadi biru sebab kaler semua biru....Jom! Ke blog Call Me Diana

1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci




Nak Join Klik Banner Comel Di atas..

Terjumpa Giveaway nie dari blog Izan (Group GSF)   terus terasa mau join..
Syarat-syarat:-

  • Buat 1 entry bertajuk "1st Give Away Love LIMITED EDITION by cci" dan backlinkkan entry tersebut disini.
  • Copy Banner di atas dan letakkan di entry korang
  • Follow Blog cci dan Fan Page cci 

  • Mencari 10 orang pemenang + 10 org pemenang= 20 Orang
  • Pemenang akan dipilih secara random dan pandai membodek cci :P
Hadiah-Hadiah:-

1x Note Pad Book
2x Set Button Badges
10x Bookmark
5x Greeting Card
2x Watermark
2x Header

Tarikh Mula:- 25hb March, 2013
Tarikh Tamat:- 07hb April, 2013
Masa:- 11.00mlm

Happy Birthday Buat Kina

Tadi terbaca kat blog Deqla  pasal birthday seorang ahli GSF...baru tahu....Sorry kina...akak lambat wish....sibuk....dengan design blog orang....Birthday Kina adalah pada tanggal 24 Mac hari tue....

Happy Buat Kina...Semoga kina sucess selalu dan menghadapi ujian yang bakal mendatang....Semakin usia kita meningkat semakin berat ujian yang Allah beri untuk memantangkan usia kita...Semoga kina tabah menghadapinya....

Jom! Borong

Hahaha....Sudah settle hal mendesign blog....besok balik kampung....tak lama pun cuma 2 malam jer....Jom! Borong maksudnya....aku baru lepas edit blog "borong kak bunga Collection"

Temanya adalah kaler purple....Jom! berkenalan dengan tuan punyer blog nie....Kalau korang nak tgk full blog nie klik Borong Kak Bunga Collection   di sini terdapat juga tudung Chiffon 3 Layer Ala Freeda...

Nota Pink: Aku nak terjah blog korang kejap...rindu pulak nak baca entry korang....story yg nak aku sampaikan....tapi kesuntukan masa....peramlah dulu...buat pekasam....hihihi


26 March 2013

Edit Blog Mrs&Mr 8788

Kali nie tema kaler purple yg di request oleh Mrs&Mr 8788  memang sepenuhnya kaler purple....tak ada campur2....Hope tuan punyer blog suka dengan design tersebut....Memang penat edit blog...penat tangan dengan otak...jenuh memikirkan nak design supaya orang suka....hehehe...Entry yg terlalu pendek....hope korang suka...

Nota Pink: Entry nie dah lama taip...sajer simpan buat pekasam kikikiki

24 March 2013

Are you gay?

hahaha....mungkin korang terkejut dengan tajuk di atas....Sebenarnya aku nak story pasal Seorang pemuda Thailand nie....telah membuat pembedahan untuk menjadi seorang perempuan huhuhu...

Golongan transgender Thailand memang terkenal dengan kemampuna mereka untuk kelihatan lebih hot dari wanita sebenar. Treechada Petcharat (26) yang merupakan pemenang tahun 2004. Beliau dilahirkan sebagai Saknarin Marnyaporn sebagai seorang lelaki tetapi Saknarin Marnyaporn merasakan diri beliau seorang wanita yang terperangkap di dalam tubuh seorang lelaki. Pada usia 17 tahun beliau melakukan perubahan jantina dan menukar nama beliau kepada Treechada Petcharat.












 
Psstt!! tak sanggup aku tengok wajahnya...memang cantik mengalahkan aku....huhuhu.....Apa pendapat korang?....Pesanan untuk lelaki....berhati-hati...hehehe

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Aku di tag oleh Puan Kutu  terus terasa mau join segmen yg menarik nie....Jom Join sama2...



Satu Giveaway, 30 Penaja,
58 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?

 

KLIK BANNER UNTUK JOIN
 
Tarikh Tutup : 31hb Mac 2013



Make Over Blog Kau Yang Terindah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAGqpHigBPw7XgIEOh_BXIkIkNBjkXOaGEc6B0-4YUmNteeUHVdH7OSfW-qka7KiZbyEFnLz5wTeovZ1_gxcrhI7UqBUMTUjv11gOjb2phSqcRzC1itYf590zME1B7DEr52n8zrvLV654l/s1600/1.png

Blog empunya nama merisal nie dah lama aku edit.....aku lupa nak publish...terperap dalam draft....tue ler pasal....aku tak boleh letak entry aku dalam draft..pasti aku lupa....hehehe...Tema blognya pelangi dan lebihkan pink....Kalau korang nak ke blog Merisal Klik Kau Yang Terindah merisal baru lagi dalam berblog....Jom! kenal2...

23 March 2013

Nak Story Sikit

Adoi!!! kalau korang ke blog tutor aku...pastu nak tgk tutor pasti "Not Found" kan! kan! kan!!!...Sebenarnya aku dah tukar urlnya...."http://hairulizatutor.blogspot.com/ " hari tue urlnya lain...Sorry sangat2 ya....nanti aku update balik tutor tue....ya..muuuaahhhh!!!

Nota Pink: Satu kerja pulok nak menukar huhuhu....Tak mengapa demi adik2 ,kawan2 serta kakak2 yg nak tgk tutor tuekan....terpaksa aku meluangkan waktu sedikit....

Make Over Blog

Udah lama tak publish entry make overblog blog....kadang2 aku terlupa....banyak sangat fikir....Okey hari nie...aku sajer nak tayang blog yg sudah di make over oleh aku yg tak berapa kreatif nie....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipruGkH0ARMP0KKlOs5mglVa_pRHCp71yaqSkaz1JEbPuoGGNBAOqMuKXEgOR6zhMVRrSV-pQVlo1F9jm8wAT49gxFjNEkh1YBBz-yE_Bg3VXAiFBGNfc3aQNwJn97TEqvBeMv4kUlQI0/s1600/18.png
Pasti u all kenal nie blog siapakan kikiki yang paling kenal pasti ahli group GSF....Dah seminggu yana menyepi dari berblog...mungkin dia sibuk...Almaklumlah orang baru habis pantang....nak ke blog yana klik MAI LURVE aku edit blognya dua...yang satu lagi belum beroperasi lagi...korang tunggu jerlah....(gedik betul hubby yana hehehe) Jangan marah yana...akak gurau...

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgD305Wv9efVOTgUyBHr93jf5gpIQTxPvo435DmKdUnBibTnKxkwqplN1BI6TEnM3wqfA5yOiRVqZECd5Yq3CWNUycwKSyWNtJrKqkWYgv5J28b9-MGoSBxUwIjfnzC_panGTlF-fIOLqEL/s1600/1.png

Blog Yang kedua pulak yang aku edit adalah empunya diri "Cik Wanie" asalnya orang kedah tapi bekerja kat Negeri Sembilan....jauh benor mencari rezeki ya wanie....tema blognya adalah coklat campur kaler merah....nak ke blog wanie Klik Cerita Aku Kehidupan Aku


Nota Pink: Harap Yana Dengan Wanie suka template yg tidak seberapa tue....Pasni nak sambung edit lagi....kalau ada waktu aku terjah u all...

 

22 March 2013

Dapat Chocolate Dari CHOCOBERT

Baru kejap tadi van pos laju sampai hantar coklat yang di kirim oleh Umu Atiah  terima kasih banyak2 ya atiah....Akak belum makan lagi..simpan dalam peti biar keras sikit...baru enak dan tidak melekit kat tangan bila makan nanti hehehe...

Cute Tak hehehe....huruf  T tue incik hubby dah terpegang...dah hilang sikit....

Untuk pengetahuan u all, coklat yang di hasilkan oleh atiah nie memang tersangat-sangatlah sedap....rasanya tidaklah manis sangat2 kata orang sesedap rasa...., 

kalau u all nak beli or nak tempah coklat dari Atiah untuk birthday or ulang tahun perkahwinan u all , u all boleh terjah dekat blog CHOCOBERT.. Macam2 coklat yang di hasilkan oleh atiah..kalau u all tengok kat blog tue macam2 design coklat yang ada....hasilnya pun  cantik!!.. 

yela, mana nak tau kot2 u all nak buat birthday party anak u all kan....Silalah menempah dengan Atiah....Harganya pun berpatutan......

Nota Pink: Tadi dah terjah blog group GSF tapi belum habis terjah lagi...ada lagi 10 blog huhuhu...pastu sambung edit blog orang yang menempah dari aku...

"SELAMAT HARI JUMAAT...UNTUK LELAKI JANGAN LUPA SOLAT JUMAAT YA..."
 


21 March 2013

Empat 'nyawa' Merlin



KEJAYAAN besar drama bersiri epik fantasi, Merlin boleh dianggap sebagai sebuah fenomena yang berlaku di seluruh dunia.
Ia sukses mengangkat nama empat pelakon utamanya iaitu Colin Morgan sebagai Merlin, Bradley James (King Arthur) Angel Coulby (Gwen/Queen Guinevere), Katie McGrath (Morgana).
Sejak tayangan musim pertama pada tahun 2008, drama bersiri pengembaraan epik fantasi ini berjaya mendapat tempat di hati penonton.
Merlin kini telah ditayangkan di lebih 180 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri.
Ternyata, sehingga ke musim keempat, rating Merlin di seluruh dunia begitu menggalakkan dan tinggi.
Bagaimanapun, tahun 2012 bakal menyaksikan pengakhiran pengembaraan epik Merlin dengan munculnya musim kelima yang dikatakan lebih dramatik.
Ia bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang menarik, malah karakter-karakter utamanya juga memberi impak yang mendalam kepada penonton.
Itulah apa yang diperkatakan Colin, Bradley, Angel dan Katie kepada Kosmo! dalam temu ramah menerusi perbualan telefon yang bertempat di Sri Pentas, Petaling Jaya Selangor baru-baru ini.
Tuah Colin
Walaupun bukan pertama kali terlibat dalam lapangan seni terutamanya bidang lakonan, namun, pemilik nama Colin Morgan yang memegang watak utama dalam Merlin mengakui tuahnya semakin bersinar setelah siri TV tersebut berlangsung selama lima musim.
"Tidak dinafikan, setelah memegang watak sebagai Merlin, saya mula dikenali bukan sahaja di negara saya sendiri, malah di negara lain juga.
"Saya rasa sangat bertuah dan berterima kasih di atas sokongan yang peminat drama bersiri ini berikan sepanjang ia bersiaran di televisyen," tutur lelaki tinggi lampai bermata biru ini.
Tambahnya, dia sama sekali tidak menyangka siri Merlin akan menjadi fenomena seperti hari ini.
"Dari episod pertama lagi Merlin sudah menerima sambutan yang baik. Kami sebenarnya tidak dapat bayangkan bagaimana ia terjadi dan memang sangat terkejut dengan sambutan yang diberikan," jelasnya.
Katanya lagi, watak Merlin tidak banyak yang berubah, namun dalam musim terakhir ini, Colin menjelaskan, kali ini jalan cerita Merlin lebih bersifat sofistikated dan peminat pasti tidak akan kecewa dengan musim terakhir ini.
Idaman Bradley
Selain Merlin, satu lagi watak penting siri TV ini sudah tentu King Arthur lakonan Bradley James yang pada awalnya merupakan putera dan pewaris kerajaan Camelot.
Dia menaiki takhta menggantikan mendiang bapanya, Raja Uther.
Ujar Bradley yang merupakan kelahiran Devon, England ini, sememangnya King Arthur merupakan karakter yang sangat dinanti-nantikannya sepanjang penglibatannya dalam lima musim Merlin.

TUNJANG utama Merlin (dari kiri), Angel Coulby, Colin Morgan, Bradley James dan Katie McGrath.


"King Arthur merupakan watak yang dinanti-nantikan seumur hidup saya. Ini kerana King Arthur bukan sahaja karakter yang dikenali di United Kingdom sahaja, malah di seluruh dunia.
"Saya berasa sangat berbesar hati melakonkannya dan berbangga setiap kali mengingatinya," tutur Bradley.
Ditanya tentang apa yang paling digemarinya sepanjang terlibat dengan Merlin, jawab jejaka berusia 29 tahun ini, dia paling suka ketika babak melakukan adegan berperang bersama pelagak ngeri.
"Saya sangat teruja dan seronok bersama mereka sepanjang babak tersebut. Mereka sentiasa bertenaga dan sentiasa tampil dengan gerak aksi yang kreatif.
"Saya juga seorang yang lasak jadi, ia bagaikan keseronokan bagi saya melakukan aksi lagak ngeri tersebut bersama mereka semua," jelasnya sambil ketawa kecil.
Angel merindui Katie
Dalam musim kelima Merlin, Angel Coulby yang sebelum ini melakonkan watak pekerja istana, Gwen mula menjiwai watak Queen Guinevere selepas mengahwini King Arthur. Kali ini dia perlu lebih banyak bersemuka dengan wanita sihir jahat yang bernama Morgana.
Namun akuinya, setelah beberapa musim berlalu, penampilannya bersama Morgana yang dilakonkan oleh Katie McGrath itu, semakin kurang.
"Ya, memang kami sudah lama tidak bekerja bersama dalam Merlin. Rasanya mungkin dalam tempoh dua atau tiga tahun kami tidak ada babak yang menggandingkan kami secara langsung.
"Bagaimanapun ada beberapa babak saya kembali bergandingan dengan Katie menerusi beberapa siri terakhir dan saya sangat gembira bekerja bersamanya semula. Nantikan kemunculan babak kami kerana ia merupakan babak yang tegang berlaku antara Gwen dan Morgana," jelas wanita kelahiran London, England ini.
Katanya lagi, dia serta pelakon lain sangat berterima kasih kepada sokongan yang diberikan oleh peminat saban tahun.
"Dahulu, ketika penggambaran bagi musim pertama Merlin, hanya empat orang sahaja yang duduk di tepi tembok dan menjadi penonton.
"Kini, ia telah meningkat kepada beratus-ratus peminat yang sanggup menonton 'secara langsung' di set penggambaran Merlin. Ia merupakan sebuah pengalaman yang paling mengujakan buat kami semua, " luah Angel.

MUSIM kelima Merlin menyaksikan Angel Coulby perlu menjiwai karakter Queen Guinevere.


Kuasa lebih Morgana
Sepanjang sesi temu ramah dengan media Malaysia, Katie McGrath merupakan individu yang paling banyak berceloteh dan memberikan jawapan terhadap soalan yang diajukan.
Katanya membuka bicara, kesemua mereka berasa bertuah kerana dapat terlibat dalam Merlin.
Selama lima tahun bersiaran di seluruh dunia, mereka sangat gembira dengan penerimaan peminat terhadap penampilan mereka dalam Merlin.
Bagi pengikut setia siri ini, pasti mengetahui jika sebelum ini, karakter Morgana boleh dianggap sebagai kurang pasti dan yakin dengan kuasa dan dirinya sendiri. Bagaimanapun dalam musim terakhir Merlin ini, Morgana menjadi lebih 'gelap' dan berkuasa.
"Saya suka dan sangat menikmati karakter baharu Morgana ini. Saya pernah lakonkan watak cerah (baik) dan gelap (jahat) Morgana namun watak gelap ternyata lebih mengujakan saya dan saya memang menggemari watak antagonis ini.
"Kali ini, Morgana seorang yang sangat bijak memanipulasikan keadaan dan menggunakan orang lain demi mencapai apa yang dimahukannya. Ya, saya sukakan semua itu!," ceritanya penuh teruja.
Katie mengakui dia dan para pelakon Merlin yang lain pasti akan merindui setelah lima musim berkerjasama untuk siri TV tersebut.
"Kami semua telah melakukan yang terbaik untuk menyajikan yang terbaik buat peminat siri Merlin ini. Harapan kami agar dapat memberi kepuasan kepada penonton dan peminat, itu yang paling penting," tuturnya bersulam emosi.

Nota Pink: Memang Seronok drama niekan....aku tidak pernah miss tengok hehehe...

20 March 2013

Drama Korea - That Winter, The Wind Blows

Assalamualaikum.....Korang layan tak drama korea "That Winter,The Wind Blows" aku layan hahaha....seronok pulak jalan ceritanya...Kalau sesiapa nak tgk bukak siaran 393 tayangan series 2 hari jer hari rabu dan khamis pukul 9.00 pm...

Drama Korea "That Winter The Wind Blows" ini dibintangi oleh artis cantik Song Hye Kyo dan aktor Jo In Sung. Series drama ini  sebanyak  16 episod  memiliki kisah yang cukup romantis.
That Winter The Wind Blows merupakan sebuah drama berseries  tentang seorang pemuda dan seorang wanita buta yang tidak percaya pada cinta.
Oh Young (Song Hye Kyo) adalah pewaris sebuah perusahaan besar yang kehilangan ibubapanya dalam sebuah kemalangan dan menyebabkan Oh Young (Song Hye Kyo)  hilang  penglihatan matanya. Meskipun kaya dia merasa kesepian karena orang yang dicintainya telah pergi untuk selamanya.
Sementara itu, Oh Soo (Jo In Sung) adalah penjudi dan playboy yang tinggal dalam kehidupan yang tak tenteram setelah di tinggalkan oleh orang tuanya pada usia masih kanak2 serta cinta pertamanya.
Dalam rangka untuk membayar sejumlah besar hutang,Oh Soo (Jo In Sung)  telah melakukan pendekatan kepada Oh Young (Song Hye Kyo) untuk tujuan merampas sejumlah wang.. tetapi akhirnya Oh Soo (Jo In Sung)  telah jatuh cinta dengan Oh Young (Song Hye Kyo)..
Berikut data-data serial Drama Korea "That Winter The Wind Blows" :
  • Sutradara : Kim Kyu Tae
  • Produser : Lee Dong Hoon, Lee Young Joon
  • Skenario : Noh Hee Kyung
  • Pemain : Jo In Sung, Song Hye Kyo, Kim Bum, Jung Eun Ji
  • Stasiun TV : SBS
  • Genre : Melodrama
  • Episode : 16
  • Tanggal tayang : 13 Februari - 3 April 2013

Nota Pink:Best jugak drama nie tau....pukul 9.00pm nanti ada....hihihi

"Chantek Dress Special Anniversary Giveaway!"


Klik Banner Kalau Nak Join Yea
Due 01.04.2013

Syarat-Syarat penyertaan:

Melalui Blog
1. Mula - mula, letak banner chantekdress di blog masing-masing. Make sure ada link ke blog chantekdress ya.
2. Buat satu entry bertajuk "Chantek Dress Special Anniversary Giveaway!"
3. Dalam entry tu, mula-mula copylah semua syarat penyertaan, banner, hadiah, info. Kemudian, story lah apa-apa tentang chantekdress. Sekiranya anda pernah membeli baju dari chantekdress, letakkan sekali gambar anda memakai baju tersebut dan itu akan dikira sebagai BONUS!
4. Selepas itu, hantarkan link blog (link entry GA) anda melalui email,chantekdress@gmail.com atau boleh comment pada link ini. Tetapi saya nasihatkan anda email sebab saya nak tahu butir-butir peribadi seperti nama dan phone number.  Sekiranya tiada butir peribadi, penyertaan anda akan terbatal.


Melalui Facebook
Hadiah-hadiah mmg best:
Hadiah untuk kategori blog
1. Tempat pertama - Dress bernilai RM85, fashion belt, Key Chain, satu hadiah misteri
2. Tempat kedua - Dress bernilai RM85 dan fashion belt
3. Tempat Ketiga - Dress bernilai RM60 dan fashion belt
4. Tempat keempat - Dress bernilai RM50
5. Tempat kelima - Fashion belt dan keychain
Hadiah untuk kategori facebook
1. Tempat pertama - Dress bernilai RM85 and fashion belt
2. Tempat kedua - Dress bernilai RM60
3. Tempat Ketiga - Dress bernilai RM50
4. Tempat keempat - Fashion belt dan keychain
5. Tempat kelima - Fashion belt
Nota Pink:Blog Contest aku...aku dah delete....hehehe...tue sebab join kat sini...aku dah tak kemaruk join contest dah...kalau sempat jer join....

19 March 2013

RUPA BINDI IRWIN : ANAK CROCODILE HUNTER SEKARANG

Korang ingat lagi tak "CROCODILE HUNTER" dulu aku selalu tengok kalau tv 3 siarkan...Aku nak share gan korang rupa anaknya sekarang....Dulu kecik jer...sekarang anaknya dah besar umur 14 tahun

Time nie kecik lagi...(tue buaya betul ke buaya tipu kikiki)

Laporan asal Sunshine Coast

Comelkan....beza betul dulu gan sekarang....Teringat iklan Adibah Nor "CRODCODILE HUNTER"

18 March 2013

Cabut Gigi

Baru lepas balik dari klinik gigi...bukan aku  yg cabut gigi...anak aku yag sulong cabut gigi...Gigi depan 2 batang  dah longgar.....(kena cabut awal2 nanti gigi asal nak tumbuh tak cantik)Korang layan jerlah story aku nie hihihi

 INilah budak yang kena cabut gigi tue....Nasib baik tak nangis...(Ibu tahu anak ibu kuat)

Ada Jugak Krim Lendir Siput Babi

Aku baca pun terkejut....kecik2 dulu suka jugak usik siput babi nie...tak tahu pulak lendir siput babi boleh melicinkan kulit muka....kalau tak kecik2 dulu aku dah letak kat muka aku kikikiki...(padahal aku geli siput babi..kecik2 dulu usik siput babi guna kayu...ada kawan aku tue siap pegang dengan tangan pastu usik kat kawan2...menjerit aku lari...)

Lendir Siput Babi Licinkan Wajah
Lendir Siput Babi Licinkan Wajah


Khasiat Lendir Siput Babi Licinkan Wajah |

 JIKA di Malaysia gulai lemak siput sedut menjadi makanan kegemaran ramai namun berbeza pula halnya di China, Peru, Latvia dan negara-negara Afrika Utara yang menganggap siput babi sebagai hidangan istimewa.
Malah haiwan perosak tanaman khususnya sayur-sayuran itu diternak secara komersial di ladang-ladang pembiakan. Selain dipasarkan secara segar di pasar awam, siput babi itu juga dijual dalam bentuk paket dan tin di pasar raya.
Menurut laman web www.21food.com, produk sejuk beku haiwan itu mendapat sambutan ramai. Sebagai contoh, sebuah ladang di Pachacamac dekat Lima, Peru menjadi pembekal siput babi jenis Helix aspersa.
Ladang ini membekalkan siput babi sehingga 3,000 kilogram (kg) seminggu dengan harga antara RM15 hingga RM16 sekilogram.
Ladang yang diberi nama Mynshop Sac ini ditubuhkan pada tahun 2007 yang bertujuan meningkatkan dan mengkomersialkan siput spesies tersebut. Siput ini dijual segar dan boleh dijadikan krim kecantikan.
Di China pula, ladang yang diusahakan sudah berusia lebih 17 tahun. Ladang yang terletak di Xinqiao, Beijing itu, Jinmengxuan Snail Breeding Co. Ltd. juga membekalkan siput baka aspersa.
Bekalan siput ini sentiasa berterusan sepanjang empat musim setiap tahun.
Bermula daripada ladang yang kecil, kini ia merupakan ladang pembiakan siput babi terbesar di China. Ladang ini membekalkan 9,000 kg hingga 11,000 kg siput sebulan.
Penyelaras bagi program Inisiatif Afrika Barat dan Pembangunan Pertanian Lestari (UMCOR), Yehezkiel. C Freeman, berpendapat siput babi adalah bagus untuk manusia dan sedap dimakan terutamanya jika dibakar.
Tambahnya, siput ini mempunyai banyak khasiat dan tinggi kandungan protein. Ia selalu dimakan oleh individu yang mengamalkan diet.
“Pada awalnya, masyarakat Afrika memakan siput apabila mereka ke hutan untuk mencari madu lebah.

Khasiat Lendir Siput Babi
Khasiat Lendir Siput Babi


“Namun, selepas program UMCOR, kami telah mengajar mereka membina sangkar siput dan cara memberinya makan,” jelas Freeman.
Menurut Catlin Cottage dalam www.snailfacialcream.com, siput dan manusia berkongsi banyak elemen kulit yang sama. Siput membekalkan serum yang kaya antioksida yang berfungsi mengatasi masalah penuaan.
“Penggunaan serum atau krim siput juga boleh mengatasi masalah kulit yang terbakar dan terdedah kepada cahaya matahari,” jelasnya.
Pelakon terkenal Hollywood, Katie Holmes merupakan salah seorang pengguna krim siput menurut akhbar Daily Mail. Krim yang digunakan Holmes itu juga didakwa boleh menghilangkan parut pada wajah.
Antara jenama produk krim siput yang terkenal ialah Missha, Dr. Jart+ dan Labcconte
Selain daripada dijadikan krim kecantikan, siput babi juga dikatakan boleh dijadikan alat urutan terapi di salun kecantikan.
Menurut pemilik sebuah salun kecantikan di bandar Krasnoyarsk, Rusia, Alyona Zlotnikova, siput babi mampu mempercepatkan pertumbuhan semula kulit, menghilangkan kedutan, parut dan kesan terbakar.
Alyona akan meletakkan siput hidup di muka dan badan pelanggannya. Siput yang bergerak dan mengengsot di sekitar wajah tersebut dianggap sebagai terapi.
Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut mengandungi asid gloikolik dan elastin.
Pengarah Institut Pembedah Laser Dermatologi di Amerika Syarikat, Dr. Elizabeth Tanzi, berkata, terdapat beberapa pendapat yang mengatakan krim daripada lendir siput boleh menenangkan dan antiradang.
“Namun tiada kajian saintifik yang boleh membuktikan kesahihannya. Jadi, saya masih ragu-ragu tentangnya,” jelasnya.
SUMBER 


Nota Pink:Aku terbaca kat blog Fyna terus aku nak share gan korang....mana tahu kot2 korang nak cuba tip nie...kalau aku tak sanggup...geli wei!!! hehehe

Ikan Berkepala Babi

Memang besar Kuasa Allahkan....aku pun terkejut bila tengok gambar ikan berkepala babi.Babi dengan ikan boleh mengawan ke?Pelik tapi Benar...
Memang sangat pelik bila melihat babi berbadan ikan yang dipercayai telah ditemui di Palembang.
Semua yang terjadi atas izin dan kekuasaan Allah. Subhanallah!!!
Kredit Sini
NOta Pink:Akhirnya dapat jugak no tel Mai Nak Cerita  
hihihi...gembira rasa hati... 


17 March 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah



Klik Banner Di atas Kalau korang terasa mau join sepertiku...Hope bertuah kikiki
Tarikh Tutup 30 Mac 2013

Dua Hadiah Yg menjadi pujaan Hatiku..

1) Dress
2)Shawls

Selamat Ulang Tahun Dya

So,Kesempatan ini akak ingin wish 
Selamat UlangTahun Kelahiran
Buat Dya...  
 
Semoga Dya Di panjangkan Umur,
Di murahkan Rezeki
Dan
Sentiasa Mengingati Allah
Semoga 
Umur baru nie...dapat memantangkan
dya untuk menempuhi cabaran hidup
Amin...
  

 
 
Nota Pink:Happy Birthday Buat Semua Yang Lahir Bulan Mac...

Selamat Hari Lahir Untuk Cendol

Happy Birthday Untuk Cendol....Akak doakan semoga berjaya dalam pelajaran nanti...Jauh betul cendol belajar...Jangan hampakan harapan Ibubapa dan keluarga ya....

 

 

Aku cilok gambar cendol dari blognya....Jangan marah ya....

Nota Pink:Nasib baik deqla kasi tahu hihihi...Tak lupa juga Happy Birthday Untuk Tihara....Sorry sangat2 dah lama tak jenguk blog tihara yg hijau tue....In shaa Allah...akan ku usahakan ke blog tihara...

16 March 2013

Happy Birthday Untuk Mama Qhayra

Ramai betul birthday bulan mac nie ya....termasuk jugak aku kikiki...

http://4.bp.blogspot.com/-9D2CMWp3vlw/UHL_MZpqsdI/AAAAAAAADhc/d3-M-18lE4o/s1600/header%2Bdesign%2Bdeq.png
Hari nie adalah birthday untuk Mama Qhayra Aku terbaca kat blog izan tentang birthday ahli group GSF jugak...

Happy Belated Birthday
to
 
Mama Qhayra
 
Semoga mama Qhayra dipanjangkan usia
di samping Suami Tercinta...kurniakan rezeki yang Murah
 Dan Di rahmati Oleh Allah.....
Amin...
 
 

 Terimalah kek yg cun nie untuk santapan Mama....Jamu mata jerlah hihihi