23 February 2012

Bahagianya Lisa & Yusry

Wah!!...sekarang mesti sibuk pasal hari perkahwinan Yusry & Lisa kan....Tengok lisa pun berseri-seri muka dia....Jom! kita baca gosip terbaru...


 Setelah hampir lebih setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka dengan ikatan yang lebih sempurna.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini, telah memilih tarikh 23 Februari 2012, sebagai hari bersejarah untuk mereka melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Marriot Putrajaya selepas waktu Maghrib.
Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan menyusuli secara serentak pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam majlis yang bakal dihadiri ahli keluarga, para tetamu kenamaan, rakan-rakan media dan selebriti tempatan.
Bersempena dengan majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang ditunggu-tunggu ini, Astro dengan bangganya membawa sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jinjang pelamin, hanya di Astro Ria.
Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata, “Kami di Astro khususnya Astro Ria amat berbesar hati untuk meraikan majlis perkahwinan aktres jelita Lisa Surihani dan pasangannya Yusri, seorang penyanyi, pelakon, pengarah dan penerbit muzik yang memegang testimonial pelbagai kejayaan dalam industri hiburan tanahair dengan memberikan paparan eksklusif majlis perkahwinan mereka.
Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini ialah apabila ia bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini.”
Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.
Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta  kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.
Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua?
Antara kenalan mereka yang akan ditemubual  dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay & Erra Fazira.
Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di episod pertama dalam dokumentari ini.
Di Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.
Antara paparan  menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.
Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.
P/S:Kita sebagai peminat...harapkan yang terbaik buat mereka berdua.....Amin...Cepat2 dapat baby....

7 comments:

  1. wahh...siap ada dokumentari tu..hee..
    semoga semuanya berjalan lancar :D

    ReplyDelete
  2. suka lisa...comey...mudah2an perkahwinan ini berkekalan hingga hujung nyawa..AMin

    ReplyDelete
  3. terasa mcm baru je lg tgk kisah yusry dgn erra dulu...skang ni dah ngan lysa lak. harap dorang kekal hgga ke akhirnya...ske ngan lysa.cantik.

    ReplyDelete
  4. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

    ReplyDelete
  5. mg apa yg dirancang berjalan lancar.. sk dorg berdua ni..

    ReplyDelete
  6. slamat pengantin br~!!
    suke yusry & lisa.. ^_^

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠