29 January 2014

KHASIAT 6 BUAH-BUAHAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum...dan Selamat Malam untuk sahabat di alam maya...sebelum tidur nak share dengan korang tentang khasiat 6 buah-buahan kegemaran Rasulululah yang patut kita tahu


KURMA
Kajian menunjukkan bahawa buah kurma kaya dengan zat besi dan kalsium.Unsur zat besi dan kalsium adalah unsur yang paling tinggi bagi pembentukan susu ibu,pembentukan darah dan sumsum tulang dan ini sesuai bagi pertumbuhan kanak-kanak.Kajian lain pula membuktikan kurma antara makanan yang cepat diproses sebagai bekalan tenaga dan tidak beri tindak balas terhadap pesakit kencing manis. Kerana gula yang terdapat dalam kurma merupakan gula yang diperlukan oleh tubuh.

ANGGUR
Allah s.w.t telah menyebut mengenai buah anggur dalam al-Quran sebanyak 6x.Semua perkara berkaitan buah anggur dalam al-Quran melambangkan nikmat dan kurnia Allah kepada hamba-Nya.Khasiat yang terdapat dalam buah anggur ialah mineral(fosforus dan kalsium),vitamin A&B serta gula (glukos &fruktosa).Kandungan yang terdapat dalam buah anggur sangat diperlukan oleh limpa bagi tujuan simpanan dan akan dikeluarkan ketika diperlukan seperti ketika berpuasa.

BUAH TIN
Allah telah bersumpah tentang buah ini di dalam al-Quran.Apakah keistimewaan buah tin sehinggakan Allah bersumpah di atasnya?Menurut kajian,buah tin tidak mengandungi garam,lemak dan kolestrol tetapi mengandungi kalium,serat dan zat besi yang lebih tinggi.Hasil penelitian,dalam 100 gram buah tin mengandungi 20% daripada keperluan zat serat harian dalam tubuh.Dari jumlah tersebut,28% adalah jenis serat terlarut.Penelitian menunjukkn bahawa serat terlarut membantu mengurangkan gula dan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan,manakala serat tak terlarut dapat melindungi dan mencegah kanser usus besar (kolon).

Buah tin juga mempunyai bahan yang dapat melawan kanser.Mengandungi polyphenols yang tinggi sebagai antioksidan yang berfungsi sebagai radikal bebas dalam tubuh yang menyebabkan kanser.Ia juga mengandung benzaldehyde serta coumari ns,benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan coumarins adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.

BUAH ZAITUN
Buah zaitun dapat digunakan sebagai bahan makanan yang bertindak sebagai zat makanan,mencuci dan membaikpulih perut dan menjadi penawar racun serta membantu pesakit gastric dan penderita kegagalan fungsi buah pinggang.Jika digunakan sebagai minyak sapuan luar,ia berfungsi sebagai pelican dan pelembut kepada kulit yang mengalami  eczema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
Dari sudut sains pemakanan,minyak zaitun mengandungi asid lemak tak tepu yang dikelaskan sebagai  monounansaturated yang mampu merendahkan kolestrol berbahaya dalam darah.

TEMBIKAI
Rasulullah s.a.w menjadikan tembikai sebagai makanan kegemarannya.Baginda gemar makan tembikai dengan kurma kering.Tembikai mengandungi 92% air dan 8% gula.Kaya dengan vitamin C dan mengandungi antioksidan lycopene dan beta karotena yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutama kanser.Ia juga mengandungi asid folik,sejenis vitamin B yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan mengalami kecacatan dan penyakit jantung.

DELIMA
Buah delima adalah salah satu buah yang dipilih oleh Allah untuk disebutkan di dalam al-Quran.Dalam hadis meriwayatkan dari Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya: “Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan.”( HR. Imam Ahmad).

Dalam buku At-Tibb an-Nabawi ada menyebut: “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya.” Buah delima diyakini dapat membantu masalah penghadaman(sembelit),buasir,gangguan ulser dalam perut,membantutkan pertumbuhan sel kanser,batuk,radang paru-paru,pendarahan sewaktu kehamilan dan menjada kesihatan jantung.

#Melihat kepada keistimewaan buah-buahan kegemaran Rasulullah s.a.w ini menjadikan kita mensyukuri nikmat yang tidak terhingga ini. ;)

Kredit SINI


6 comments:

  1. tq sharing! nina suka anggur :)

    ReplyDelete
  2. wahh.. ini buah-buahan Sunnah... Love Rasulullah SAW...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... In Shaa Allah... moga2 kita amalkan

    ReplyDelete
  4. nice sharing..
    Nur suka tembikai. :)

    ReplyDelete
  5. moga kita pun sama2 gemar mkn buah kegemaran Rasul kita ni.. jgn tahu mkn doyan jer.. hihihi...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠