08 November 2013

INFO - DRAMA WEB BERSIRI 'SWEETHEART FANTASIA'

SILKYGIRL dan SG Men hari ini mengumumkan pelancaran sebuah lagi siri web “SweetHeart Fantasia” hasil kerjasama bersama Tonton yang akan ditayangkan mulai 11 November 2013. Siri web ini diinspirasikan daripada dua jenama haruman terkenal SILKYGIRL dan SG Men iaitu SweetHeart dan Fantasia EDT. 

Siri web 13 episod dengan durasi 5 minit setiap satunya menampilkan duta bintang SILKYGIRL, Emma Ma’embong bersama wajah SG Men, Syarul Ridzwan yang juga merupakan seorang actor yang kini sedang meningkat naik. Berlatar-belakang kotaraya Kuala Lumpur, siri romantik ini berkisar percintaan di antara Julia dan Jimmy yang harus menempuh pelbagai rintangan serta dugaan dalam menerima diri masing-masing. 

 


Menerusi “SweetHeart Fantasia”, Emma Maembong memegang watak sebagai Julia Jane, seorang aktres baharu yang pernah gagal dalam percintaan sebelumnya sehinggalah dia bertemu dengan Jimmy Daeng (lakonan Syarul Ridzwan), seorang jejaka yang baru menceburi bidang pengarahan filem dalam industri hiburan Malaysia. 

“Kami sangat berbangga dapat bekerjasama bersama Tonton dalam menghasilkan siri web yang begitu menarik, dan pastinya penonton akan terhibur dan terpesona dengan aksi yang ditayangkan menerusi siri ini,” kata Ng Chee Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Cosmetic Group. 

 

“SweetHeart dan Fantasia EDT merupakan sebahagian daripada Siri Romantik dalam rangkaian haruman SILKYGIRL dan SG Men, dan kami mahu membawa ‘kesegaran’ haruman hebat ini kepada para pelanggan. Ini adalah peluang terbaik dalam menggabungkan 2 aktor paling berbakat di Malaysia dalam sebuah drama percintaan,” Tambah Ng lagi. 

“Kami sangat teruja apabila Tonton dipilih sebagai platform digital untuk tayangan siri web ini oleh Alliance Cosmetic Group. “SweetHeart Fantasia” pastinya menjadi kandungan eksklusif terbaik untuk tontonan 3.3 juta pengguna berdaftar di Tonton menerusi kesemua peranti elektronik mudah-alih,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital. 

“Sweetheart Fantasia” turut memperkenalkan elemen interaktif buat penonton menerusi beberapa siri peraduan mini sebelum ini. Ramai peminat telah menyertai ujibakat bersama Emma dan Syarul untuk watak lakonan dan 10 peminat bertuah telah dipilih untuk tampil sebagai pelakon dalam kesemua episod. 

Bermula 11 November ini juga penonton turut berpeluang memenangi barangan daripada SILKYGIRL dan SG Men, apabila menjawab dengan tepat soalan yang dipaparkan di akhir tayangan setiap episod web. 

Para peminat “SweetHeart Fantasia” boleh mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan siri ini selain menyertai peraduan di sweetheartfantasia.com serta tonton.com.my. 


GAMBAR-GAMBAR LAIN: 

 

 

 

 

 



Kredit SINI


Emma Maembong nie lawakan...dengar gosip dia couple dengan Zizan...entah betul ke tidak..aku pun tak pasti..

6 comments:

  1. Emma ni putih melepak penampakkan gayanya...

    ReplyDelete
  2. macam comel je hero n heroin kan..budak2 remaja suka la cerita cengini..mak2 macam sy ni nk tgok tv pun takde masa.hehe

    ReplyDelete
  3. hero tu yg berlakon jadi gile dlm love you mr arrogant kan.. heroinnya emma mmg dah kenal la..cantik sgt..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠