17 October 2013

Drama Bukan Aku Tak Cinta(novel)

Assalamualaikum....

Sesiapa yang berminat dengan Nelydia Senrose  pasti gembirakan...apa khabar gembira tue...jom baca di bawah....



Nely dikhabarkan akan berlakon dalam adapatasi novel bertajuk Bukan Aku tak Cinta. Drama bersiri 60 episode ini akan ditayangkan di Mustika HD.


Sinopsis:  

Tengok cover nampak citer ganas kan, tapi sebenarnya citer ni sweet sangat. Lain daripada lain. Selalunya novel kahwin paksa kan,tapi kali ni kahwin secara sukarela. Heroin yang suka pada si hero,hingga sanggup lakukan apa sahaja. Begitulah cinta Mastura pada ziyad.
“Kalau aku suruh kau terjun dalam kolam tu, kau nak terjun?”
“Untuk buktikan cinta Mas kat abang… terjun kolam pun Mas sanggup. Okey! Mas terjun! Tapi untuk pengetahuan abang... Mas tak tahu berenang!”
“Mastura!!!!!!!” 

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah  bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.
Kredit :SINI
siapa hero dia?kita tunggu dan lihat.

Nota kecik: Ada ke yang sudah baca Novel "Bukan Aku Tak Cinta" aku belum pernah baca lagi...

16 comments:

  1. Salam akak rose..hero tu klu bleh nazim othman pliz...sesuai sesgt.hehe

    ReplyDelete
  2. mcm best je citer...hero tu harapnye si fizo omar la kan...hahahaa..jgn panggey rosyam noor sudehhh...tp
    heroin skang ramai yg spesis pan asian..kalau tak nely si saleha tak pun si emma membong..kalau si nad jenal tu pun ok gak kan...~~~over plak aii nii..~~

    ReplyDelete
  3. belum ada lagi novel ni...
    mcm menariklah..

    ReplyDelete
  4. Memang best kan lakonan dia sekarang ni

    ReplyDelete
  5. aritu nk beli jg novel ni tp da nmpk novel lain...x beli da...
    hero nyer? mmm kalu sy nk azlee khairi bleh x? hehehehe

    ReplyDelete
  6. belum baca lagi novel ni..mesti cerita best kan akak..

    ReplyDelete
  7. tak pernah baca lagi novel ni..hehe..cam menarik~

    ReplyDelete
  8. adehhh..dulu de mustika hd skang xde dh..

    ReplyDelete
  9. Menarik jugak jln citer dia, lain la dari trending cerita yg duk ada skang ni kan.

    ReplyDelete
  10. huhu..xleh tgk citer ni...x melanggan

    ReplyDelete
  11. tak sabar nak tunggu cerita nie keluar

    ReplyDelete
  12. Meletop lagilah drama ni. Rugi saya tak tulis novel hehehe

    ReplyDelete
  13. wahh ramai yg amek dia ni berlakon adaptasi novel eh...mmg best dia berlakon...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠