02 October 2013

Badan gemuk bukan disebabkan minuman susu



SUSU mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin A, kalsium dan zat besi selain dapat menguatkan lagi daya tahan penyakit.
Justeru, susu baik untuk kanak-kanak dan golongan dewasa jika mereka meminumnya.
Namun, terdapat sebahagian orang dewasa yang tidak mahu meminum susu kerana berpendapat minuman itu boleh menyebabkan kegemukan.
Menurut seorang pakar pemakanan dari Fakulti Kedoktoran Universiti Indonesia, Dr. Fiastuti Witjaksono, kerap meminum susu tidak akan membuatkan seseorang itu menjadi gemuk.
“Seseorang itu menjadi gemuk kerana dia mengambil terlalu banyak kalori tetapi bukannya disebabkan meminum susu,” katanya pada satu diskusi kesihatan yang diadakan di Jakarta pada Selasa lalu.
Menurutnya, susu mengandungi kalori sama seperti makanan lain.
Namun, kata Fiastuti, kalori yang terdapat dalam susu atau makanan lain tidak akan mengakibatkan kegemukan jika seseorang itu turut melakukan senaman untuk membakar lemak dalam tubuh badan.
“Misalnya, satu gelas susu mengandungi 122 kalori. Justeru, untuk membakar lemak, kita perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan dengan kadar yang laju selama 25 minit.
Dia menggalakkan orang dewasa meminum susu sebanyak satu atau dua gelas sehari demi kebaikan kesihatan mereka.

Kredit SINI

Nota Pink: Aku memang peminat susu hihihi

16 comments:

  1. saya suke susu coklat..hehehe

    ReplyDelete
  2. dr dulu queen mmg suka minum susu.. tp smp skrg x gak gemuk2 tau.. hehehe

    ReplyDelete
  3. suka susu jgak!!
    tapi kalau mnum byk2 loya ..haha

    ReplyDelete
  4. maksudnya minum susu jadi gemuk tu mitos sajalah kan che rose! izan pun dulu2 tak suka susu... skrg sgt suka esp susu segar. kalau susu yg bancuh2 tu takmo.

    ReplyDelete
  5. Bukan saja pemakanan, riadah juga penting dlm penjagaan badan....

    ReplyDelete
  6. memang ramai yang kata kalau minum susu, nanti berat bertambah.. nampaknya perlu diperbetulkan :)

    ReplyDelete
  7. Asiah pun takut nak minum susu hari2 takut gemuk.Upenya tak yea...leh la minum selalu pasni...;)

    ReplyDelete
  8. dya skrg mmg amalkan minum susu segelas sehari..:)

    ReplyDelete
  9. susu , telur dan coklat tu tak menggemukkan .gula / glukosa kat dlm mrk tu yg menggemukan ...

    ReplyDelete
  10. yup... ada je yg kuat minum susu tp kurus kering je.. hakhak.. ;p

    ReplyDelete
  11. hihi.saya pon minum susu jugak.susu kambing

    CR, su nk tanya ni.. template yang CR guna skrg ni ada tak ala2 carrot gitew?

    kalau cr edit blog mesra SEO tak?

    ReplyDelete
  12. err....nur tak minum susu la...
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. saya minum dua gelas susu sehari ^_^

    ReplyDelete
  14. wani time pregnant jer minum susu hihihi

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠