04 April 2013

Pendaftaran & Semakan Daftar Pemilih Pilihan Raya Umum Malaysia



Ada sesiapa yg  dah daftar untuk mengundi. Dah check ke untuk semakan daftar pemilih? Bagi yang belum lagi, klik saje nama tajuk di atas tue.... Selain tu, korang juga boleh semak daftar pemilih melalui sms.(aku pun belum daftar lagi)



Korang mengundi siapa?biarlah menjadi satu rahsia.... kikiki aku belum pernah mengundi lagi...So tiada pengalaman...ceritalah sikit pengalaman korang yang pernah mengundi...

SYARAT-SYARAT LAYAK MENDAFTAR

(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur 21 tahun;
(c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
(d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

CARA UNTUK MENDAFTAR - UNTUK PEMILIH BIASA

(a) datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;
(b) serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;
(c) semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;
(d) menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan
(e) dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.


Psssttt!! semalam aku ada story pasal pencuri masuk rumah kat taman niekan....rupa2nya tuan punya rumah tue...tak kunci pintu dari dalam...dia kunci pintu untuk grill sahaja....lagi mudahlah pencuri tue masuk huhuhu

16 comments:

  1. dah semak tak sabar nak mengundiiiiii. hihihihi

    ReplyDelete
  2. jum kita ngundi, tak sabar dohni..
    hati2 dengan pencuri..

    lawa header CR sebab ada gambo kucing sekali :)

    ReplyDelete
  3. sy semak kt mama sy je ;-)

    p/s bkn kt bali tp bandung ;-)

    ReplyDelete
  4. selamat mengundi kpd yg layak~ ;)

    ReplyDelete
  5. selamat mengundi... laa.. yeke.. patot la.. mmg mudah la keje si perompak!

    ReplyDelete
  6. dh semak dah..kena blk kg,..hiih baru pestime nak mengundi

    ReplyDelete
  7. dh semak dah.tp tak tau smpt tak nak ngundi.dh dekat nak beranak dh nie.hiks..

    ReplyDelete
  8. salam k.cr..
    yay! cma dah semak.. hihi.. :))

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠