25 May 2012

Wah!! Lisa Mau Berenti Berlakon

Wah!!! memang betul firasatku.......akhirnya Lisa sendiri mengaku bahawa dia akan berenti berlakon....Yalah aku tengok dari segi penampilan lisa nie...memang ku duga dia lebih mementingkan rumah tangganya....Bertuah Yusry...Kiranya Yusry tidak tersilap pilih.Bagi aku kalau lisa tidak berlakon tapi dia boleh berada di belakang tabir membantu yusry betul tak? Aku hormat dengan keputusannya....Bukan apa..nanti timbul macam-macam publisiti murahan dari media masa untuk membuat cerita buruk tentang artis hihihihi...Lagi-lagi lisa dah kahwin...kita tidak tahu masa hadapan....media sekarang sibuk buat isu hot mereka untuk lariskan majalah mereka....

Rezeki Lisa Surihani selepas berkahwin seolah tidak putus-putus apabila berlakon untuk filem ‘Dendam Orang Mati’, dan kini beliau bakal menjalani penggambaran sebuah drama bersiri 15 episod, ‘Di Manakah Juwitaku’, untuk tayangan di Astro Ria.

Apa yang mengejutkan, Lisa Surihani membuat kenyataan bahawa drama yang beliau akan lakonkan ini mungkin merupakan drama yang terakhir. Selepas ini, Lisa akan lebih memilih untuk berlakon dan tidak akan mengambil tawaran berlakon drama bersiri yang mana memerlukan komitmen tinggi.

Beliau menghormati pelakon yang berlakon drama, namun selepas bergelar isteri,Lisa Surihani, tidak mampu memberikan komitmen sepenuhnya dalam bidang lakonan, apatahlagi untuk berlakon drama. Tegas Lisa, suaminya, Yusry bukanlah orang yang menghalang perkembangan karier beliau, tetapi keputusan itu dibuat oleh dirinya sendiri.

Apa pun keputusan Lisa Surihani....kita hanya menyokong keputusannya....betul tak? Sebagai seorang isteri wajib menjaga dan melayan makan minum suami.

16 comments:

  1. yusrie mampu, apa salahnya..

    ReplyDelete
  2. Alooor x best nyeee huhuhu

    ReplyDelete
  3. hehehe...tindakan yang baik :)..

    nak jadi isteri solehah kena berkorban :)

    betul kan dear :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah .. lagi baik kalau lisa terus berubah jadi isteri yang solehah .. btw , lisa cantik kalau bertudung :)

    ReplyDelete
  5. Kalau itu boleh membuat mereka bahagia apa salahnyakan...lagi pun yusri mampu..

    ReplyDelete
  6. itu keputusan yang dia asakan paling baik. bagus jugak tu. utamakan suami drpd berlakon.

    ReplyDelete
  7. Memang susah jadi pelakon, sebab skrip film/drama kita ada unsur2 yg bercanggah dgn Islam spt bersentuhan dgn bukan muhrim...

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. kita terima keputusan Lisa dengan hati yang terbuka... niat Lisa bagus sebab nak menumpukan sepenuh perhatian pada rumahtangga sebab macam Cik Rose kata sekarang media ni memang nak melariskan majalah mereka dengan mencari cerita2 hot artis.... Kita sokong jer la keputusan Lisa.. :)

    ReplyDelete
  9. Bagus dia berhenti berlakon utk kebaikkan mereka berdua. Yusry pun mampu tanggung. Tgk bini Edry tu, takde expose sgt....

    ReplyDelete
  10. tabik spring kat lisa,di saat tgh popular ni,dia undur kan diri demi rumah tangga

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. kita patut hormati keputusan lisa.. Diapun tentu dah fikir baik buruknya sebelum buat keputusan.. Moga lisa akan jadi isteri solehah, ameen...

    Akak tag ros
    http://tudungmurahcollection.blogspot.com/2012/05/tudung-murah-collections-giveaway.html

    ReplyDelete
  12. lisa ni mmg matang dari usia die. pemikiran die jauh ke dpn. ;)

    ReplyDelete
  13. Bagusnya ..suka umi ..tapi kita mungkin tak tengok lisa dikaca tv lagi uhuk3 ..

    ReplyDelete
  14. yusri pun dh byk duit kan... tp xpelik sgtlah sbb is3 norman n edry pun bhnti keje pas kawen... yela, duit dah berlambak kn.. hihii

    ReplyDelete
  15. dia kata taknak berlakon siri yg panjang2 dgn filem yg perlukan komitmen kan?? mungkin dia akan berlakon lagi dalam telefilem raya ker...cameo ker..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠