22 April 2012

Tasha Shila Di Taja Oleh Datuk

Gosip menyatakan  seorang artis di taja oleh datuk J adalah Tasha Shila. Datuk J memberikan sejumlah wang kepada Tasha untuk membeli akhbar Berita Harian sehingga satu lori banyaknya, manakala ahli kelab peminat pelakon itu seramai 40 orang membantu untuk menguruskan undian buatnya.Tasha jugak di katakan menempah bas untuk peminatnya menyaksikan detik gemilang itu di Arena Of Stars, Genting Higlands bersama bilik penginapan.

Wow! bertuah betul peminat  ahli kelab Tashakan.....

 
Tasha Shila dikatakan ada hubungan dengan Datuk J

 Jom! Kita tengok apa kata Tasha Shila

“Bagi saya, kemenangan ini adalah rezeki. Sekali pun benar saya ditaja untuk membeli undi, tetapi sekiranya takdir tertulis bukan rezeki saya, pasti malam itu saya tidak akan menang.

“Banyak sangat nama Datuk yang dikaitkan dengan saya sebelum ini. Ada Datuk T, Datuk K dan sekarang Datuk J. Apa pula kaitannya Datuk hendak menaja saya. Itu semua tidak benar. Saya tidak ada hubungan dengan mana-mana Datuk dan inilah kenyataan sebenar.

“Tidak dinafikan, saya mengenali Datuk J yang dimaksudkan. Masalahnya, kami hanya kenalan biasa dan saya mengenalinya menerusi rakan artis juga. Kami pernah bertemu tetapi turut ditemani teman artis lain. Kami berbual dan bercakap seperti rakan lain. Tidak lebih daripada itu dan tidak pernah wujud perasaan cinta antara kami,” katanya.

 “Saya bersyukur apabila dicalonkan dalam lima kategori popular dan hargai usaha dilakukan Berita Harian dalam menghargai insan seni baru seperti saya. Apabila sudah disenaraikan, pasti saya turut berusaha meraih undi dan TS Team turut melakukan ‘gerak gempur’ dengan mengundi saya. Saya rasa teman artis lain juga melakukan perkara sama.

“Selain itu, saya mengikuti hampir semua jelajah promosi yang diadakan ABPBH2011 dan ia saya gunakan sebagai medan untuk meraih undi peminat. Keluarga juga saudara mara turut membantu. Kebetulan ibu punya restoran dan mereka turut membantu mempromosikan nama saya kepada pengunjung supaya mengundi.

“Lebih daripada itu, saya tidak nafikan sewaktu bekerja sebagai promoter di Butik Prada, Pavillion, Bukit Bintang saya ada ramai kenalan dari orang biasa hinggalah yang berpangkat dan punya kedudukan.

“Mereka menjadi kenalan saya hingga sekarang. Pastinya apabila berhubung, saya meminta mereka menyokong kerjaya seni saya dengan me­ngundi saya,” katanya.

Mengenai bas dan bilik yang ditempah itu, kata Tasha, ia atas usaha kelab peminatnya dan sangat menghargai usaha mereka. Itu sebabnya Tasha mengambil peluang ke Genting Highlands menaiki bas bersama mereka serta meluangkan masa menghadiri jamuan ringkas TS Team selepas kemenangannya.

“Mengenai pengawal peribadi, perkara itu berlaku kerana salah anggap.

Sebenarnya, lelaki yang menjaga kawasan bilik di mana saya menginap itu bukan pengawal peribadi tetapi pemandu bas yang membawa rombongan saya ke Genting Highlands.

“Dia berasa terharu dengan layanan baik diberikan TS Team terhadapnya, apatah lagi dia seronok sepanjang bersama kami. Sebaik sampai, saya dan pembantu memintanya berehat di bilik tetapi dia secara sukarela mahu menjaga kami semua.

“Mungkin disebabkan itu, ada yang salah faham dengan menganggapnya pengawal peribadi saya.

Dia juga sa­ngat terharu kerana dapat memegang trofi yang saya menangi,” katanya.
 

12 comments:

  1. Jika betul, ini namanya tujuan menghalalkan cara. Org sanggup buat apa saja utk menang, dosa pahala tak peduli disembunyikan dlm seluar dlm. Apa peduli org bukan nampak, Allah nampak mereka tak kisah kerana mereka ingat mereka tak akan mati mlm ini!!

    ReplyDelete
  2. alahaii..no komen lah..artis ne mmg byk sgt dalihnya..

    ReplyDelete
  3. huhuhu nama pun artis ..
    dah lah cantik , sure lah , x kan nak ceritakan kisah yg benar kan huhuhu

    ReplyDelete
  4. kita tak ler tuduh kalau tak nampak...hehehhe.
    buat masa sekarang ni aku percaya cakap dia....huhuhuh

    ReplyDelete
  5. artis ni plastik jer yg lebih..

    ReplyDelete
  6. huhu.. biasalah tu manusia..
    apa2 pon kita just fikir positif je..
    dunia artis nie..macam2 boleh jadi.. :)

    ReplyDelete
  7. Orang cantik mesti ada yang sudi menaja :)

    ReplyDelete
  8. betul tu fieda....sape dia tasha shila ni, tak pasan pun..hehe :)

    ReplyDelete
  9. hehe. pasal artis ni, no komen lah. ;)

    ReplyDelete
  10. xtau nk komen apa.. tp sy anggap tu sbgai rezeki yang telah Allah bagi untuk dia.. :-)

    ReplyDelete
  11. alah...bukan tasha shilla ajer la..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠