08 April 2012

Pengacara Melodi Di siasat Polis

Aku nak tulis gosip lagi baca sahaja okey......(jangan percaya tau hihihi) pengacara melodi dengar katanya di siasat polis....Emm aku pun tak tahu betul ke tidak jom! baca gosip tersebut...

HAMPIR seminggu nama pelakon serta pengacara popular, Dira Abu Zahar dipetik sebagai selebriti yang menyebabkan kecederaan terhadap pengunjung wanita sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Ismail, Sabtu minggu lalu.

Dia menafikan khabar angin itu dan meminta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan ke atas setiap persoalan yang ditujukan kepadanya.


Dira bagaimanapun ada menjelaskan, dia belum bersedia berbuat demikian kerana kes berkenaan sudah berada dalam siasatan pihak polis.


Pengadu, Hamizah Abd. Hamid, 29, membuat laporan polis di Balai Polis Ampang Jaya, Selangor tetapi kes tersebut diserahkan kepada Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Seperti juga Dira yang menganggap berdiam diri sebagai lebih baik, Hamizah, wanita yang mendakwa menjadi mangsa sepakan dan tendangan Dira dalam kejadian pukul 1.30 pagi, 1 April lalu itu juga enggan mengulas lanjut.

Dia bimbang jika maklumat yang diberikan boleh menimbulkan keraguan dan mengganggu siasatan polis.

"Saya tengah kusut memikirkan perkara ini. Buat masa ini biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan.

"Apa pun, orang yang salah harus menerima hukuman setimpal. Apabila saya sudah bersedia, saya sendiri akan beritahu perkara sebenar kepada anda," jelas Hamizah menerusi satu SMS yang dikirimkan kepada Sensasi Bintang.

Hamizah dilaporkan terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang berikutan cedera disepak di bahagian muka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah bertarikh 1 April 2012.

Memandangkan kejadian berlaku di daerah Dang Wangi, kertas siasatan laporan berkenaan dihantar untuk tindakan lanjut pegawai penyiasat Balai Polis Dang Wangi.

"Ya, kami memang menerima laporan yang dibuat oleh Hamizah yang mendakwa dipukul oleh seorang pengacara program televisyen popular, "Melodi", jelas Aminuddin kepada Sensasi Bintang.

Nota Kaki: Hari ini 8/04/2012...aku nak tanya korang ada tak dia dekat Melodi? (Aku no komen)....

16 comments:

  1. ahahha akak x tgk , tapi ada blogger tgk tanye kenapa dira x ada ???
    haaaaaaaaaaa baru akk tahu ekekek ;)

    ReplyDelete
  2. xde lam melodi td..tercari2 jgk...uuuuu..seriau nyer permainan diorg ni

    ReplyDelete
  3. x berapa kenai la pengacara ni....jarang tgk tv hehehhee

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cik Rose,

    Macam2 la depa ni kan......buat malu kaum sejenis ja.....

    ReplyDelete
  5. pepagi camtu kat kelab hiburan..apa la peranan seorg ibu dan isteri waktu tu..tak puas-puas lg berhibur..kan dah menempah musibah..tak kira la dia sapa pun..dok umah tdr kan best kul 1 pagi tu..tak pun blogwalking lg bgs haha

    ReplyDelete
  6. fara lebih suka zizan dgn awal jadi pengacara melodi..jujur..hehe :D

    ReplyDelete
  7. confirm xde dira kat melodi tadi. awal & zizan host nyer :)

    ReplyDelete
  8. ADA TENGOK MELODI TADI..MMG TAKDER DIRA..AGAK2 KENA BANNED KOT

    ReplyDelete
  9. gila ganas pngacara nih..mrosakkan nma sndiri je

    ReplyDelete
  10. looooo..ni kene puncenyee..terjawab soalannnn bile bace entry dalam blog nana!!

    ReplyDelete
  11. Mungkin dia dah boring kot asyik bantai org dgn mulut tiap minggu, skrang bantai org dgn penerajang pula...huhuhu...

    ReplyDelete
  12. ooo .. ptt la melodi td takde dia eh..ngee~

    ReplyDelete
  13. lol..patutla zizan sorg2 je tadi..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠