Dalam minggu nie...aku sarapan dengan yogurt jer tau...Memang sedap!!! masam2 sikit...Aku lagi suka yogurt perisa buah-buahan....yang perisa original best jugak, tak sesedap yogurt perisa buah hihihi
Yang perisa nie...sedap!!! anak aku yang sulong memang suka perisa buah-buahan...Macam aiskrim katanya....Syifa suka jugak...bila tengok kakaknya makan dia menjerit minta di suap ke mulutnya...
Yang bekas hitam tue kurang sikit sedapnya....Aku target ada jugak orang yang tidak meminati yogurt nie betul tak?...Kalau untuk sesiapa yang ingin berdiet...elok melantap benda nie...memang elok...
KHASIAT YOGURT UNTUK KITA BERSAMA
Berikut adalah manfaat dan khasiat yogurt dari segi kesihatan..
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan. Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.
2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
Inilah 7 manfaat dan khasiat yogurt yang dibawakannya kepada kita. Memang elok menjadikannya sebahagian daripada makanan tambahan dalam diet mingguan kita.
P/S: Memang banyak khasiat yogurtkan...Marilah kita pakat-pakat mengamalkannya...