25 November 2011

Sepatutnya Anuar Zain Menang Tau!!!

Selamat Pagi blogger.....Isu Lagu Terbaik Aim 18 pasal Yuna dah kena tarik balik anugerah tue masih panas lagikan......Pendapat aku memang patut lagu terbaik tue Anuar Zain yang dapat tau...aku taklah minat Anuar Zain....Tapi lagu  sedetik tue memang lagu  bestkan......Aku tak pernah dengar lagu Yuna 'Penakut' tue...macammana lagu penakut tue pun aku tak tahu......Tapi aku kesian jugak dekat yuna.....malulah dia....tapi tak mengapa mungkin bukan rezeki Yuna.....Pelik betul dengan Juri salah kira markah..Logik Tak??.....kat bawah nie pasal penukaran Trofi tersebut....

Penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain berharap pengumuman kemenangannya melalui lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim tidak menimbulkan sebarang pertikaian selepas anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) pada awalnya diserahkan kepada lagu Penakut ciptaan Yunalis Zarai atau Yuna.

Kata Anuar, dia tidak mahu dengan pembetulan ini akan menimbulkan fikiran negatif terhadapnya atas kemenangan Yuna pada malam AIM 18 pada 12 November lalu.

"Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut.

"Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu 'Penakut' sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka," katanya pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.


AIM 18 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Pada malam tersebut, lagu Sedetik Lebih telah memenangi kategori Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki).

Kata Anuar, dia menganggap perkara tersebut sebagai kesilapan besar yang sememangnya boleh menjejaskan kredibiliti seseorang artis yang tidak bersalah.

"Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut.

"Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja," katanya lagi.


Bagaimanapun, katanya dia menerima penghargaan tersebut dengan berfikiran positif agar dapat membantu industri seni pada masa akan datang.

"Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif.

"Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan," katanya.



Berita Sebelum Ini : KEMENANGAN LAGU TERBAIK PENAKUT NYANYIAN YUNA DITARIK BALIK

kredit pic rotikaya.com

P/S: Kat sini....Aku respect gan Yuna.....Dia memang artis yang profesional tau....Aku rasa kalau artis lain....mau ajak naik mahkamah takpun....mengutuk dalam Twitter hihihi....Percaya tak ??....

21 comments:

  1. Lawak & kelakar sungguh...audit yg selalu tegur org tak pandai kira tu pun tersalah kira? Atau spt kata org ada main politik belakang tabir?

    Entry terbaru di blog JR:

    "Bolasepak: Ong Kim Swee Marah Jadi Arnold Schwarzenegger"

    ReplyDelete
  2. itu beza artis yang berpandangan jauh dgn yg kolot

    ReplyDelete
  3. Kesian dengan Yuna & BTW tahniah Buat Anuar Zain..

    Myra pun suka dengan lagu Sedetik Lebih tu :-)

    ReplyDelete
  4. saya memang tak puas hati lagu penakut tu menang... saya lagi suka sedetik lebih... hehehe

    ReplyDelete
  5. sian kat yuna sampai hati pihak aim sobss

    ReplyDelete
  6. dua2 lagu pun sy x minat .. haha .. tp ayat last tu best .. kalau artis lain sah2 kaya lowyer..

    ReplyDelete
  7. mmg patut anuar zain menang...

    ReplyDelete
  8. @dwaty

    Wah! ramai yang suka Anuar Zain menang hihihi ai like....

    ReplyDelete
  9. @Ardini Humaira

    kesiankan...tapi yuna nampak cool jer...

    ReplyDelete
  10. memang mencipta sejarah kesilapan macam ni..

    ReplyDelete
  11. memang ta pernah dgr lagu yuna tuhh...

    ReplyDelete
  12. lagu tu bleh la tahan best tapi lagi syahdu lagu anuar zain la. hehe

    apa2 pun yuna cool je. mcm tu la baru dikatakan namanya artis profesional!

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠