12 November 2011

Filem Ombak Rindu

ombak rindu, maya karin
Bila terdengar tentang novel Ombak Rindu ini, tiba-tiba aku teringat zaman sekolah dulu dan novel Ombak Rindu ini adalah antara novel yang popular waktu itu. Memang feeling  habislah aku baca novel nie tau.....semalam aku tengok kat astro filem nie Astro tayang sikit.....korang ada tengok tak??? Aku memang terujalah nak tengok filem nie.....sebabnya..jalan ceritanya menarik.....kalau baca dalam novel.....Filemnya....Tak tahu lagikan....Kita tunggu 1 Disember 2011.....hihihi

Selepas novel Lagenda Budak Setan yang kami kira berjaya menarik ramai penonton untuk ke pawagam menonton filem tersebut, kali ini satu lagi filem yang diadaptasi dari novel popular Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Sedikit sinopsis Ombak Rindu,


ombak rindu
Ombak Rindu
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
Paling menarik apabila Maya Karin yang membawa watak Izzah seorang yang bertudung dan memerlukan beliau untuk mendalami ilmu agama serta adat budaya. Maya Karin mengatakan,
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.

13 comments:

  1. wajib tgok nih. hahaha... dh lama menantii

    ReplyDelete
  2. ermmm kalau boleh tgk .. memang nak tgk .. kalau kat wayang x dpt lahh .. hubby x suke tgk wayang huhuhu

    ReplyDelete
  3. @ieda

    Ya ker...Cam Cik rose pulak dua2 suka tengok wayang tapi ada anak2 susah sikit hihihi

    ReplyDelete
  4. dh penah bc novel dia..ada aaron ajiz..ai pasti tonton hehe

    p/s: sy tag cik rose satu GA best punya jom join

    http://cikbetty.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html

    ReplyDelete
  5. perhhhh dah nak launching ke movie die???? x sbrnye nk tgk!! hehe =P




    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  6. sinopsis dia mcm best.. dulu sy xsuka sgt bc novel2.. sbbnya bila baca sikit mesti terus tertidur.. hihii

    ReplyDelete
  7. @IntaNBerliaN

    Rugi Intan...time remaja la....baca novel hihihi...baru jiwang...

    ReplyDelete
  8. @fieda

    Novelnya best giler.....Tapi tengok jugak dekat Astro Filem tue tayang sikit....Cam best jer...

    ReplyDelete
  9. comel sgt2 maya karin bertudung.. nmpk keayuan dan kelembutan gadis melayu..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠