30 September 2011

Kabinet Dapur (berangan dalam Mimpi)

Hai!......hari nie aku nak cerita pasal kabinet dapur.....Aku tengah berangan nak dapur cam kat bawah hihihi....Berangan jer ler.....Korang boleh berangan jugak cam aku okey.....Layan jer la...gambar2 kat bawah nie.....


Cantik tak stail cam gini....kemas jer.....Tapi aku tak suka mejanya...kaca...aku  risau takut pecah hihihi...Logik tak alasan aku?...


putih..sgt sejuk mata memandang.....Tapi hari2 kena gelap kau.....kalau tak...tak hingin nak tengok dapur kalau tak berlap....Ya la....warnanya putih bersih....kalau minyak melekat kat dinding cepat jer nampak.....hihihi lagi2 cik hubby aku cerewet sikit...tak tahan telinga dengar dia bising dapur tak berlap!!!

color macam ni....cam comot jer...bagi aku...aku tak suka sakit mata hihihihi


Aku tak suka ler....benda kat atas nie...Aku bukan Chef wan pakai herba nie semua.....Jarang guna...@ tak guna langsung.....




Sliding door nampak tersusun sikit...Suka hihihihi


buat rak di pintu? Aku tak sure....tapi pendapat aku cantik dan kemas...aku takut...anak2 aku bukak dan tutup terus jatuh botol yang ada kat rak tue...(anak2 aku ganas sikit huhuhu)

Cantik letak tong sampah kat situ...Tapi kena hari2 buang sampah...Kalau tak.....Faham-fahamlah ya....

wet kitchen
vs
laundry room


Aku berangan mat jenin......Dalam mimpi la...aku dapat dapur cam gini hihihi...dapur aku ada kabinet jugak tapi tak secantik di dalam gambar nie.....Sekarang aku rasa geng anai-anai dah tibai aku punyer kabinet...malam2 dengar pak anai-anai nie menggigit huhuhu sedih betul....Aku dengan cik hubby  ada plan nak besarkan dapur...Tunggu!!!!

"Jowm Join Bloglist Eyryn Bercerita !

Assalamualaikum..^^




klik sini la ye^^

Kalau korang rasa nak join Bloglist nie...Klik Di atas okey....Bukan senang nak join Bloglist diaorang nie hihihi

29 September 2011

7 Benda Ajaib Di dunia









Gambar-gambar di atas merupakan benda-benda ajaib di dunia yang telah memenangi tangga teratas sebagai 7 benda ajaib di dunia.

Sebanyak 21 benda ajaib di dunia, dan hanya 7 benda sahaja yang telah dipilih. Antaranya adalah seperti gambar-gambar di atas.

Kesemua undian undian ini ditetapkan oleh LISBON OFFICIAL DECLARATION OF THE NEW 7 WONDERS OF THE WORLD.

Menyenarai baru 7 benda ajaib setelah pelbagai penemuan baru diseluruh dunia yang boleh dianggap sebagai benda ajaib dunia. Banyak benda yang perlu di kaji sebelum ianya boleh dikategorikan sebagai 7 benda ajaib dunia.

Taj Mahal masih lagi menjadi sesuatu yang menakjubkan, diikuti dengan tembok besar China, Bangunan Petra, Patung besar Christ, Machu Picchu Peru, Piramid & Collesium..

27 September 2011

Jom tambah follower

Maksud Bunga Rose


Ramai wanita pasti suka bunga ros...aku pun suka hihihi  lagi2 ada orang memberi kita bunga ros. Tak kisah la sekuntum atau sejambak, pasti akan rasa teruja dan gembirakan..... Tapi tahukah korang terdapat makna tersirat disebalik warna dan bilangan bunga ros itu? Sebelum itu di ingatkan kepada korang....lebih2 lagi pada yang couple, ini hanyalah sekadar informasi sahaja yang mungkin benar dan mungkin jugak tidak. Jangan la terlalu obses dengan makna-makna ni semua ye muuuaahhh icon smile Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros yang Diberikan
rose Makna Tersirat Disebalik Warna dan Bilangan Bunga Ros yang Diberikan

Makna Berdasarkan Warna Bunga Ros

- Merah Cinta yang tulus ikhlas, Keghairahan dan Keberanian
Hantarkan ros merah untuk menyampaikan pesan yang anda sangat cinta dan sayang akan seseorang; umpana berkata “Aku cinta pada mu”.
- Pink Menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran, bunga yang memaparkan kegembiraan.Hantarkan bunga ros berwarna pink gelap untuk menunjukkan tanda penghargaan dan terima kasih; umpama mengucapkan “Terima Kasih”. Hantarkan bunga ros berwarna pink cerah untuk menunjukkan kekaguman dan simpati
Kuning Membawa maksud persahabatan,kegembiraan, kelegaan dan kebebasan. Juga memberi maksud permulaan untuk sesuatu yang baru Hantarkan bunga ros kuning untuk menceriakan hari seseorang; untuk mengucapkan tahniah pada rakan atau kekasih pada hari yang menggembirakan
- Putih Menunjukkan kesucian, bunga ros pengakuan, the bridal rose; “You are heavenly”, “I am worthy of you” Biasanya digunakan sebagai gubahan bunga pengantin tradisional untuk menggambarkan kegembiraan cinta.Boleh juga digunakan untuk menyampaikan pesan: “You are heavenly, I miss you”
- Lavender Cinta pandang pertama dan pesona
Hantarkan bunga ros berwarna lavender untuk menyampaikan mesej “cinta pandang pertama” pada seseorang yang istimewa. Anda juga boleh menghantarnya pada seseorang untuk membuat satu impresi yang istimewa
- Oren Keghairahan dan keinginan yang tulus murni
Pilihan yang bagus untuk untuk mengharapkan perhubungan itu untuk pergi lebih jauh lagi. Ia juga sesuai untuk menggambarkan perkongsian perniagaan yang baru
- Hitam Permulaan yang baru, Kelahiran semula, kematian
Kadang-kadang ada yang menganggap bunga ros merah gelap sebagai ros atau mawar hitam. Ia mungkin digambarkan sebagai selamat tinggal atau kematian, tetapi ia juga boleh memberi mesej positif seperti permulaan kepada sesuatu yang baru
- Biru Mustahil dan tak dapat disempurnakan
Bunga ini hanya wujud secara fantasi sahaja dan bukannya secara semulajadi. Sesuai diberikan untuk menunjukkan hubungan itu adalah mustahil dan tidak dapat diteruskan
Sekali lagi aku  ingin ingatkan, ini adalah sekadar trivia dan informasi tambahan sahaja. Jangan terlalu obses dengan makna-makna yang tersirat ini. Takut boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini.....hihihihi cewah....aku cuma ingin share gan korang pasal warna bunga ros ni.....ada ke sesiapa pernah dapat bunga ros nie.....Dalam hidup aku tak pernah dapat......buang masa jer beli bunga-bunga nie...kata my hubby hihihi....cerita ler sikit.....

25 September 2011

Kesian Khairul Fami Che Mat

Khairul Fahmi
Kesian betul aku tengok mamat nie....asyik kontravesi jer kan.....pasal dia ber tweet gan awek pun jadik isu panas!!!!tak boleh nak privasi langsung....semua orang ambik pork pasal story dia......Bagi pendapat aku....Mamat nie ada hak untuk menentukan pasangan hidup dia....Lagipun dia still muda lagi baru umur 22 tahun....masa depan tu..panjang lagi....Buat apa kawin muda...pastu cerai berai....kerana tak tahan godaan hidup....Kalau nak kawin pun...biar la...usia tu matang dulu.....ekonomi stabil baru fikir pasal kawin....Usia muda biasa la....mesti bercinta-cintun....Korang nak tahu...aku pun kawin usia 27 tahun kau.....hihihi....Ya la...aku tak nak kawin awal2...tak puas enjoy...tidak la menyesal bila kawin nanti hihihi...Korang kawin Usia muda @ lebih kurang aku? cer...cer..cerita....sikit...

24 September 2011

Bulu Kening Ada Maksud



Bulu kening bertemu di tengah (bersambung) -
* suke amik pusing hal remeh.
* selalu kecik hati dan emosional.
* kuat berfikir sampai kepala tak boleh nak rest.
* kuat jeles.
* perlukan seseorang yang selalu bagi semangat dan kongsi masalah.
* suke membantah

Bulu kening tidak teratur dan liar -
* cepat terburu-buru
* kurang berhemah
* cepat terlibat dalam pertengkaran sebab selalu campur tangan
* banyak main2 sampai umur mencecah 30-an. selepas itu, pandai mengatur diri dan akhirnye berjaya.

Bulu kening lurus -
* gagah
* suke berdebat

Bulu kening melengkung -
* jenis pak lawak

Bulu kening tipis -
* tahap konfiden yang rendah
* tak percaye dengan kebolehan sendiri
* kurang berminat terhadap seks

Bulu kening tebal -* orang yang advanture dan suke mengembara
* susah nak setia pada yang satu
* banyak berceloteh
* hepi go lucky

22 September 2011

Syifa Jatuh Katil

Hai! semua!....Hari nie aku nak story pasal my baby (Syifa) jatuh katil malam semalam...gara2 aku sibuk nak betulkan lampu tido.....Nak di jadikkan cerita....aku tak perasan pulak si syifa nie dah ketepi katil....Si syifa nie sekarang dah pandai guling2 cam adik Shinchan tau....kalau letak kat ruang tamu habis dia guling2kan badannya....kalau nak dapatkan mainan yang berada jauh....


Kebiasaannya...bila aku letak syifa atas katil aku sendal gan bantal...entah la...mungkin aku pun tak sedap badan... tiba-tiba...malam tue aku boleh terlupa.....huhuhu.......Tengok2 syifa dah menanggis  kat bawah katil...nasib baik dia jatuh tue...tak laju la dia golek...(guling)...aku terkejut kejap terus angkat dia dan peluk dia pujuk supaya syifa reda menanggis......aku check badan gan kepala tak ada kesan lebam dan bengkak...Al-hamdullillah!!! syukur....Kalau tak aku terpaksa pasang telinga mendengar  Cik hubby aku berleter kau.....huhuhu......
Tak lama pun Syifa menanggis....pastu dia diam dan senyum......nasib baik tak ada apa2 simpan malaikat 44.....Itulah perasaan seorang ibu bila anaknya di timpa kesakitan....Kan!!!......Mulai sekarang aku akan lebih berhati2......Kalau tak...Menyesal seumur hidup huhuhu.....Kalau terjadi apa-apa.....

21 September 2011

Terima Kasih Cik REdBloodSnow

Aku Nak ucapkan Berbanyak terima kasih Buat Blogger Fames nie....Dah la cantik....Sudi pulak insan cantik nie promote my blog...terharu betul!!!...Patut la...bila bukak blog my follower bertambah....Thanks kepada Insan Yang cantik  yang bergelar "The Eyes Of RedBloodsnow" Kalau korang nak terjah Blog "The Eyes Of RedBloodsnow" Klik  Sini



Cik Redbloodsnow



 Kepada Lelaki bujang...Sorry ya...dia dah berpunyer tau....





Top 5 Reddish Pengomen² Tegar From 7th July 2011 - 21st September 2011





Waduhhh waduhhh noks, lamaaaa giler zie tak update my monthly Top 5 Reddish Pengomen Tegar ni. Keletihan terlampau arr buatkan Zie terpaksa skip kejap. So now, this segmen is back in action, bebeh! ^_^

...Jom tgk siapa my TOP 5 PENGOMEN yg Teramatttt lah TEGAR :D









1) UCHIMARU-KF


**click banner to view his blog**



2) AMIR FX


**click banner to view his blog**


#3) MYRA JAY


**Click banner to view her blog**




4) EVA ROMINA


**Click banner to view her blog**




5) CIK ROSE CUTE


**Click banner to view her blog**

10 gunung berapi berbahaya yang masih aktif di dunia

1. Chaitén
semua-nyata.blogspot.com
Terletak di Chile selatan, tepi kaldera mencapai 1,122 meter di atas aras laut dan 3km dengan diameter. Gunung Chaiten mula meletus pada  Mei 2008. Kekuatan letusan itu meningkat secara dramatik menghasilkan ledakan arus awan dan lava. Pada bulan Februari 2009 , terjadi sebahagian letusan disebabkan runtuhnya kubah aliran piroklastik lebih bawah melalui lembah sungai.
2. Mayon
semua-nyata.blogspot.com
Gunung Mayon terletak di bahagian Albay, di Luzon, Filipina. Sebahagian dari Lingkaran Api Pasifik, merupakan salah satu gunung berapi paling aktif, telah meletus di Filipina selama lebih dari 49 kali dalam masa 400 tahun terakhir.
3. Mount Etna
semua-nyata.blogspot.com
Terbesar daripada tiga gunung berapi aktif di Itali terletak 3,329 meter di atas aras laut di pesisir timur Sisilia. Salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia, Gunung Etna adalah dalam keadaan hampir konstan. Yang paling terakhir adalah letusan abu pada bulan April 2010.

4. Mount Nyiragongo

http://www.volcano-facts.com/volcano-pictures/thumb/mount-nyiragongo.gif
Gunung Nyiragongo terletak di Taman Negara Virunga di Republik Demokratik Congo. Mempunyai kawah dengan selebar kira-kira 2 km. Sejak tahun 1882, gunung ini telah meletus sebanyak 34 kali. Lava Nyiragongo terus turun dengan kelajuan hingga 60 mph.
5. Whakaari / White Island
semua-nyata.blogspot.com
Pulau putih ini terletak 28 km di timur Pulau Utara Selandia Baru. Letusan telah terjadi di sini baik melalui aliran lava dan ledakan abu . Letusan terbesar terjadi pada tahun 1981-1983 banyak mengubah lanskap, dan ada juga letusan pada tahun 2000 dan 2001.
6. Mount St Helens
semua-nyata.blogspot.com
Gunung St Helens terletak di Scamania County, Washington, USA. Peristiwa yang paling terkenal berlaku di sini mungkin letusan pada bulan Mei 1980 yang menyebabkan 57 kematian dan kerosakan harta benda seluas lebih dari 230 mil persegi. Pada tahun 2008 wapnya mulai meletus dari rekahan di kubah lava.
7. Kīlauea
semua-nyata.blogspot.com
Kilauea merupakan gunung berapi aktif di Kepulauan Hawaii dan merupakan salah satu dari lima gunung berapi yang bersama-sama membentuk pulau. Letusan gunung ini bermula pada bulan Januari 1983 dan terus menghasilkan aliran lava yang bergerak dari ventilasi melalui jaringan yang dibuang ke laut. Letusan ini telah meliputi lebih dari 117 km persegi dan dibina dalam laut yang berkedalaman 2 km.
8. Soufrière Hills 
semua-nyata.blogspot.com
Ini gunung berapi Soufrière Hills mempunyai banyak kubah lava yang membentuk puncaknya di pulau Karibia Montserrat. Setelah lama tertidur, gunung ini menjadi aktif pada tahun 1995 dan terus meletus. Pada 5 Februari 2010 ledakannya menyebabkan berlakunya ledakan arus awan di beberapa bahagian gunung itu pada suatu waktu.
9. Popocatépetl
semua-nyata.blogspot.com
Popocatépetl adalah puncak tertinggi kedua di Mexico pada 5,426 meter, dan terletak kira-kira 70 km di tenggara Mexico City. Gunung ini merupakan gunung yang paling berbahaya di Mexico dengan lebih dari 20 letusan besar sejak 1519. Yang paling baru pada bulan Desember 1994 dan sejak itu aktiviti gunung berapi ini aktif berterusan..
10. Sakurajima
http://volcano.oregonstate.edu/vwdocs/volc_images/north_asia/ML10.jpg
Awalnya sebuah pulau, setelah aliran lava dari letusan 1914 dari Sakurajima sekarang bersambung ke Semenanjung Osumi di Jepun. Aktiviti Sakurajima menjadi lebih menonjol lagi pada tahun 1955, dan gunung berapi telah meletus secara berterusan sejak itu, dengan 7300 letusan tercatat dalam masa 45 tahun terakhir.dalimunthe

Disebalik lafaz akad nikah,korang tahu apa maknanya??



Renungan besama utk yg dah berkahwin dan yg bakal berkahwin.

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM....”
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah,

“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemuMu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

19 September 2011

Hebat Tak Kita Seorang Wanita???

Jika kita mengkaji kisah-kisah para wanita di zaman Rasulullah s.a.w, kita akan dapati mereka adalah wanita-wanita Islam yang sangat hebat. Zaman Rasulullah s.a.w dikenali sebagai zaman generasi Quran yang unik.



Keunikan ini tidak hanya terbatas kepada kaum lelaki Islam, bahkan di kalangan wanita Islam juga tertonjol keperibadian yang cemerlang yang sukar kita lihat pada kebanyakan wanita Islam pada hari ini. Apa uniknya pada mereka dan tidak pada kita? Mereka ini adalah wanita yang sangat berani menyatakan kebenaran, proaktif, pandai berhias dan melayani suami, sabar dan tenang, kuat tubuh badan, bijaksana, lantang menyatakan pandangan sesuai dengan masa dan ketikanya, mampu mengawal emosi, malu dan sebagainya.

Wanita sering dikaitkan dengan emosi dan perasaan. Bahkan ia adalah fitrah seorang wanita yang mana jika didorong oleh iman dan akal yang waras ia akan menjadi rasional. Sebaliknya jika didorong oleh nafsu, maka binasalah ia. Namun dunia hari ini penuh dengan cabaran dan tekanan hingga menjadikan wanita sukar untuk mengawal emosi. Contohnya tekanan di tempat kerja dan anak meragam menjadikan kita rasa cepat marah dan kurang sabar terutamanya ketika penat dan sibuk. Mari kita lihat contoh seorang sahabiah yang mampu mengawal emosinya dalam berhadapan dengan ujian.

Secara ringkasnya, kisah Ummu Sulaim, seorang wanita yang amat teguh pendiriannya terhadap Islam. Ini dapat dilihat apabila suami pertamanya mengajak beliau kembali kepada agama yang asal dan beliau enggan berbuat demikian sehingga sanggup berpisah dengan suaminya. Setelah suaminya meninggal dunia, beliau telah dilamar oleh Abu Talhah yang mana pada ketika itu Abu Talhah belum memeluk Islam. Abu Talhah telah meminangnya dengan mahar emas dan perak. Lantas wanita hebat ini berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam. Sekiranya engkau terima, maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”. Akhirnya Abu Talhah bersetuju dan berkahwin dengan beliau.

Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau dikurniakan seorang anak bernama Abu Umair. Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya. Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.

Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”. Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim, “Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?” Jawabnya: “Tidak”.

Kemudian Ummu Sulaim dengan tenangnya berbicara, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”. Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.

***

Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan kaedah yang menarik. Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami yang dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan Islam sebagai maharnya.

Selain itu, kita dapati wanita-wanita Islam di zaman itu, hebat dalam menyuarakan pandangan mereka apabila seorang sahabiah bertanya Rasulullah s.a.w, tentang bagaimana mereka boleh mendapatkan pahala jihad sedangkan mereka tidak dibenarkan untuk keluar berjihad sepertimana kaum lelaki.

Satu lagi kisah menarik adalah seorang sahabiah Khaulah binti Tha’labah bertegas untuk mendapatkan haknya apabila beliau tidak mahu berganjak selagimana Rasulullah s.a.w tidak putuskan sesuatu dalam isu rumahtangganya iaitu zihar. Begitu juga Saidatina A’isyah r.a terkenal dengan kebijaksanaannya terutamanya dalam meriwayatkan hadith dan mengajar kepada kaum muslimin

Begitu juga halnya dalam urusan jihad. Ketangkasan Khaulah Azwar telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang bangsa Rom. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa. Dalam perang Uhud pula, Nusaibah menjadi perisai Rasulullah s.a.w yang sanggup menjadikan tubuhnya sebagai sasaran musuh-musuh Allah. Kekentalan Sumayyah dalam mempertahankan imannya sehingga beliau memilih kesakitan di dunia berbanding keperitan neraka. Beliau terkenal dalam sejarah umat Islam sebagai wanita pertama yang syahid.

***

Setelah kita melihat beberapa contoh di atas, kehebatan mereka bukanlah disebabkan mereka ini memang semulajadi hebat semata-mata. Tetapi, kehebatan mereka ada faktor dorongan yang menjadikan mereka ini bertambah hebat. Faktor yang utama adalah keimanan yang mantap dalam jiwa mereka serta jati diri yang tinggi terhadap Islam sehingga terserlah kepada keperibadian mereka dalam kehidupan. Kita amat yakin bahawa akhlak seseorang itu samada mulia atau buruk adalah cerminan dan penzahiran kepada iman seseorang. Tujuan Rasulullah s.a.w diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Ini dinyatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w

“Hanyalah aku diutus (oleh Allah) untuk menyempurnakan akhlak.” (HR.Ahmad, lihat Ash Shahihah oleh Asy Syaikh al Bani no.45 dan beliau menshahihkannya).

Apabila iman yang mantap sebati dengan fitrah, kemampuan, dan tanggungjawab seorang wanita akan melahirkan wanita yang hebat dan cemerlang. Neraca dan nilaian seseorang itu hebat bukan disebabkan cemerlang dalam kerjayanya mendapat pangkat yang tertinggi, atau mempunyai harta yang banyak atau kata-katanya berjaya mempengaruhi ramai manusia atau cemerlang dalam mengurus rumahtangganya dan sebagainya. Tetapi selagimana ia tidak disulami dengan erti iman dalam apa jua niat, perkataan dan perlaksanaa, hakikatnya ia tidak bernilai dan hanya bersifat sementara walaupun pada pandangan manusia ia hebat.


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula
berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).


15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.


18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.



6 JENIS WANITA MALANG


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan
yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang
Syadaqah."


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit
atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering
menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali
sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Seksinya Neloofa (lofa)

Gadis kacukan Melayu dan Pakistan Arab yang bernama Noor Neelofa Mohd Noor atau nama artis beliau Lofa kini sedang mencipta nama dipersada seni tanah air.

Artis ini bermula sebagai peserta Dewi Remaja sama dengan pelakon Sacha Al-Yahya dan Rebecca Nur Islam namun diawal kemunculannya sudah menimbulkan gossip panas yang menghantui beliau. Jom layan gambar gambar dia..

Zoomkan