24 July 2014

Kad Raya Dari Blogger Mia dah sampai

Assalamualaikum........
Tak sempat nak update blog....sibuk kemas dan deco rumah....tak lama lagikan nak raya.....hihihi.....tahun nie aku buat langsir sendiri....beli jer kain langsir yg semester rm 2.80....langsir kat rumah nie...dah lama tak bertukar.....

Sebenarnya aku buat entry nie.....untuk memberitahu bahawa kad blogger dari mialiana dah selamat sampai......cantik kad raya tue....Aku dapat kad raya nie sebab join segmen dari Mialiana dan terpilih dapat kad raya...Terima kasih ya Mia....

Comel tak gambar vector blogger mia....Okey dengan kesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya dan tersalah tulis atau korang terasa...harap di maafkan....Berhati-hati di jalan raya....biar lambat sampai janji selamat perjalanan korang balik kampung....ya....

 


20 July 2014

Resepi Donut Gebu

Assalamualaikum...

tadi ronda2 jap kat blog seorang blogger dan terbaca resepi donut nie....terasa mau buat...tapi tak tahu bila lagi.....anak-anak aku memang hantu donut...sebelum nie ada jugak salin resepi...buat2 tak jadi gebu....huhuhu nak try ikut resepi nie pulak hihihi mana tahu kot2 jadi....Resepi aku Copy Sini


Bahan-bahan: tepung cap Itasir, butter cap Tantura, gula perang dan natural yis serta segelas sederhana air suam.

Cara membuat:
1. Letakkan 3 sudu makan yis dan sesudu makan gula.
2. Curahkan air suam segelas sederhana dan gaul sebati.
3. Campurkan 3 sudu makan butter Tantura dan gaul mesra.
4. Letakkan tepung mengikut kuantiti air tadi.
5. Biarkan doh kembang kira-kira sejam.
6. Tumbuk doh dan uli memanjang seperti rantai tangan. Sambungkan hujung dan hujung membentuk tayar.
7. Setelah semua telah terbentuk, panaskan minyak dan goreng.
Selesai.

Ini rupa doh yang menggebu kembang.

19 July 2014

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com


Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Pesawat MH17 Ditembak Jatuh (Bukti dan Video)

Pesawat MH17 Ditembak Jatuh
KUALA LUMPUR: Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu

Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.

Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.

Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.

Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).

Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.

Major: Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini.

Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine?

Soalannya dibalas oleh seorang komander militan.

“Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung. - astroawani





Kredit SINI

17 July 2014

Segmen: Kad Raya CikkMIraDotCom

Assalamualaikum, selamat pagi semua.. Pasti korang semua terkejut sebab pagi2 lagi Atikah dh join sebanyak 6 GIVEWAY termasuklah giveaway nii ... hah ?? Sbb nyerr dlm bulan RAMADHAN nii Atikah blm lagi join mana2 giveaway, n Atikah nk sangat2 kad hari raya.. hehe.. hope dpt ? :)

Jom join GIVEAWAY nii, comel betol kad hari raya nii :D


Tarikh Tamat : 20/07/2014
Tepat pukul 12:00 MLM

Siapa cepat Dia dapat..
Hanya 20 Orang SAHAJA tau ! 

16 July 2014

Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Slot Akasia TV3



Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Peratus Slot Akasia Terbaru TV3. Drama dari adaptasi Novel Rindu Awak 200 Liyana Hazim akan bersiaran mulai 15 Julai 2014 bagi mengisi Slot Akasia TV3. Drama terbitan Creative Skill Solution menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra,Afzan Rahman, Karl Shafek serta ramai lagi. Jangan lupa saksikan drama Rindu Awak 200%  pada setiap isnin hingga khamis pukul 7.00 malam di Slot Akasia TV3.


rindu-awak-200

Barisan Pelakon Drama Sayang Awak 200%
  • Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
  • Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
  • Mimi Ernida sebagai Daria
  • Zuhairi sebagai Zahirin
  • Jonathan Putra  sebagai Raizil
  • Adeline Tsen sebagai Irene
  • Karl Shafek Ibrahim sebagai Ilhan Darwisy
  • Afzan A.Rahman sebagai Azad
  • Fazahmaddaud sebagai Raziqah
  • Fathildani sebagai Iqbal
  • Fazah Mad Daud
  • Ika Nabella sebagai Nazneen
Sinopsis Drama Sayang Awak 200% Akasia TV3
Zill Faezrul terpaksa berkahwin dengan Armel Aisya kerana atas pilihan kedua ibu bapanya. Zill Faezrul pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan Armel Aisya kerana masih lagi terkenang akan kekasihnya yang sudah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu. Manakala, Armel Aisya juga tidak bersetuju pada mulanya untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Namun untuk membuatkan bekas teman lelaki Armel Aisya cemburu dan membuktikan bahawa dia juga boleh bahagia, Armel akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Selepas berkahwin, masing-masing membuat haluan sendiri. Mereka juga tidak bersefahaman dan saling tidak melengkapi antara satu sama yang lain. Armel juga langsung tidak mengenali Zill Faezrul iaitu suaminya sendiri. Zill Faezrul yang sentiasa menghilangkan diri juga menimbulkan tanda tanya kepada Armel. Ada kalanya, Armel juga pernah berfikir siapakah gerangan Zill Faerul seorang jejaka kampung yang mampu memiliki sebuah kereta Range Rover Evoque.
Promo Drama Sayang Awak 200% Akasia TV3

Luahan Hati Anak Lelaki Uncle Yang Langgar Peugeot CDM25

Assalamualaikum....Selamat Pagi..

Sekarang nie...heboh pasal video kes langgar kereta Peugeot CDM25 tuekan....Kalau you all  tengok video tue....macam tak berbaloi jer tuan punya kereta Peugeot CDm25 maki pakcik cina tue..Perempuan Islam yang memalukan diri sendiri...dahlah pakai tudung campur pulak dengan bulan ramadhan.Tak tahu menjaga tatertib dan sopan santun yg mulia menghormati orang yg lebih tua tak kiralah bangsa dan agama.Ramadhan gagal mendidik beliau kerana mengikut nafsu.Berdosa mengherdik orang yg lebih tua daripada kita walaupun apa kesalahannya dan apa bangsanya...Islam tidak mengajar kita seperti itu...Kat bawah nie luahan anak pakcik cina tue....  


Susulan dari insiden Peugeot CDM25 dilanggar oleh lelaki yang agak berusia berbangsa cina semalam kali ini anaknya tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan biadab pemilik CDM25.

Berikut luahan hati beliau:

To The driver of CDM 25, white color Peugeot 208, that was my father that you bullied. I am going to share this video with the whole f**king world to show what a f**king b**ch you can be even though your religion forbids it. And the worst thing is you harassed my father in the holy month of Ramadan.

What do you expect an elderly man will be capable of that you need to take the steering lock to hit my father’s car? I hope this rays you will reflect that you could be in lock up if my proceeded to charge you of harassment. 

But because my father has a kind heart, but i don’t. Especially to b**ches like you. You are now the f**king God Mother of all b**ches. - Robin Sim



Sumber mymediahubonline.blogspot.com

kami org2 Islam@Melayu memohon maaf kepada uncle berkenaan disebabkan perangai buruk perempuan ni. Dalam Islam, kami tidak diajar bersikap demikian dengan org yg berlainan agama. Adat dan adab Melayu kami juga mengajar supaya sentiasa bersopan dan saling menghormati. Jgn kerana perempuan ini, kami semua dianggap "tidak bertamadun".

14 July 2014

Full Template Ay Liana Ramli

Sebenarnya...blog dah lama aku edit....baru hari nie kesempatan nak wat entry..

Design full template dari Amy Liana Ramlan  tema blog adalah pink campur purple sikit-sikit...Kalau korang nak tgk full klik jer nama tuan blog tue...

Hukum Murtad

Bangga dapat tukar Agama huhuhu sedih pulak baca isu sebegini...



Wahida Abd Rahim? Kenapa Kau Isytiharkan Keluar Islam dan Peluk Agama Kristian Secara Terbuka? | Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah : Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ.
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.[6]

Ada pun berkenaan permintaan taubat, terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan dan ia menghasilkan lima pendapat:[7]
Wajib meminta orang murtad untuk bertaubat.
Dianjurkan meminta orang murtad untuk bertaubat.
Harus meminta orang murtad untuk bertaubat.
Wajib meminta taubat kepada orang yang asalnya kafir, kemudian memeluk Islam, kemudian murtad. Permintaan taubat tidak dibolehkan bagi orang yang asalnya Islam, kemudian murtad.
Orang yang murtad tidak perlu diminta untuk bertaubat melainkan memadai diperintahkan untuk kembali kepada Islam sambil diacukan pedang di lehernya.
Setelah mengemukakan lima pendapat di atas serta menganalisa dalil-dalil setiap pendapat, Syaikh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim hafizhahullah menjelaskan pendapat yang terkuat:[8]
Dalam pandangan saya, dan Allah sahaja yang lebih mengetahui, bahawa nas yang disampaikan secara terus kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hanya menunjukkan kewajipan hukuman mati terhadap orang yang murtad. Dan ini sudah merupakan ketetapan dasarnya. Akan tetapi jika imam (atau hakim) berpendapat untuk menundakan (hukuman) dan menilai permintaan taubat terhadap orang yang murtad sebagai langkah kebijaksanaan yang memiliki maslahat, maka hal itu boleh dilakukan, sesuai dengan perbuatan para sahabat yang (sememangnya) terpercaya.
Juga atas dasar keumuman firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Kemudian jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Taubah 9:05]
Saya turut bersetuju dengan kesimpulan di atas. Dalam suasana banyaknya fitnah kepada Islam pada akhir zaman ini, sama ada dari kalangan umat Islam sendiri atau dari kalangan bukan Islam, adalah dianjurkan agar hakim menunda hukuman untuk tempoh yang tertentu agar orang yang menzahirkan tindakan murtadnya diberi kaunseling dan diajak untuk bertaubat.
Jika dirujuk kepada hukuman para tokoh al-Salaf al-Shalih rahimahumullah, akan didapati bahawa mereka berbeza-beza dalam menundakan hukuman.[9] Ada yang menjatuhkan hukuman bunuh serta merta, ada yang menundanya selama 3 hari, 20 hari, sebulan dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada kemaslahatan yang ingin dicapai dalam kes yang berbeza-beza. Walaubagaimana pun ingin ditegaskan bahawa sekali pun mereka berbeza-beza dalam tempoh penundaan, pada akhirnya hukuman bunuh tetap dijatuhkan jika orang yang murtad enggan bertaubat atau tidak menunjukkan harapan untuk bertaubat.

Dan jika mengikut Hadith sahih , ada tiga perkara yang menghalalkan darah Umat Islam dilalirkan jatuh kemuka Bumi ini ,

1. Murtad dan Tanpa sesal malah berbangga bila Murtad itu
2. Bermukah dengan Isteri orang lain
3. Hutang darah dibayar darah

Saya sokong hudud , jika tidak dibuat Begini Akan ramai lagi Umat Islam yang Bakal tidak hormat dan patuh kepada Islam ... Keluar masuk sesuka hati ..

Hari ini jika ada Melayu yang Cuba Murtad tidak Dibenarkan malah Akan Di kaunseling dulu kita nak tahu kenapa mereka ini nak Murtad ... Sehingga hari ini kita Umat Islam yang berbangsa Melayu Di malaysia tidak pernah ada Surat beranak Atau IC yang tulis Bangsa : Melayu .... Agama : lain lain . Allahuakbar

Dan bagi yang bukan Islam Cuba faham , hudud tidak terlibat dengan anda semua yang beragama lain .

bunga rose ala cik rose cute

Assalamualaikum......
nak story sikit pasal bunga yg aku tanam iaitu bunga ros.Aku memang minat bunga ros.....walaupun bunga ros nie cerewet untuk kita jaga......tetapi bila keluar bunga.......seronok rasanya.

Comel tak? hihihi hobi baru aku....kat depan rumah penuh dengan pasu gantung bunga rose jepun atau orang panggil bunga pukul 10 pagi...nanti banyak bunga baru snap dah story kat sini....

13 July 2014

Pelakon Filem Harry Potter Meninggal Dunia


New York - Pelakon filem "Harry Potter" ditemui meninggal dunia di daerah Death Valley, kata pihak berkuasa California, Jumaat. Ketua Polis Inyo County berkata, mayat beliau ditemui oleh pejalan kaki pada pagi hari tersebut, dan dipindahkan menggunakan helikopte.

"David Legeno yang melakonkan watak sebagai manusia serigala dalam filem "Harry Potter" disyaki meninggal akibat diserang demam panas, tetapi pemeriksaan forensik sedang dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.

Tiada tanda-tanda kekerasan ditemui," kata pihak polis


Bintang berbadan tegap kelahiran London itu adalah petinju profesional dan atlet bela diri yang melakonkan watak sebagai Fenrir Greyback, manusia serigala yang ganas dalam film Harry Potter.

Ia juga tampil dalam beberapa siri television dan film termasuklah "Snow White and the Huntsman", "Snatch", "Centurion" dan "Batman Begins".

12 July 2014

Ahli Terbaru Running Man



Bagi peminat setia program realiti popular Running Man sudah pasti mengenali ahli-ahli tetap program itu bukan?

Terbaru, pelakon kacak yang berasal dari Korea Selatan, Joo Won dilaoporkan akan menyertai program realiti popular ‘Running Man’ bagi menggantikan ahli terdahulu iaitu Song Jong Ki.

Malah menurut sebuah portal, pelakon yang popular menerusi drama ‘Good Doctor’ itu sudah pun menjalani penggambaran Running Man sejak awal bulan ini.

Menurut Syarikat pengurusannya iaitu Sim Entertainment, aktor itu telah beberapa kali ditawarkan untuk menjalani ujibakat bagi proram berkenaan sebelum ini namun oleh kerana jadualnya yang padat mereka terpaksa menolaknya dengan baik.

“Joo won telah beberapa kali ditawarkan untuk menjalani ujibakat bagi program tersebut namun oleh kerana kesibukannya, dia terpaksa menolak.

“Bahkan hingga kini pun dia masih lagi sibuk dengan penggambaran filem dan juga teater muzikal.

“Walaubagaimanapun, sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran ‘Running Man’, Joo Won akan terus bergegas ke set penggambaran.” katanya kepada Newsen.

Joo Won sebelum ini pernah mengendalikan rancangan realiti popular KBS iaitu ‘1 Night 2 Days’ untuk musim kedua sebagai ahli tetap namun dia terpaksa menghentikan penglibatannya di pertengahan jalan berikutan jadualnya yang terlalu padat.

Dalam perkembangan terbaru, Joo Won bakal bergandingan bersama Yoona dari kumpulan Girls Generation dalam drama bersiri ‘Nodame Cantabile.’

Wah!! Running man ahlinya akan bertambah seorang lagi.....menggantikan Song Jong Ki

Nelydia Senrose Akui Ada Selisih Faham Dengan Qi Razali




Sedangkan lidah lagi tergigit apakan lagi suami isteri. Eh. Ini bukan pertama kali rasanya hubungan Nelydia Senrose & Qi Razali didakwa mempunyai masalah namun mereka berdua masih teguh bersama dan memegang janji untuk mendirikan rumahtangg bahagia hingga ke akhirnya.
Menerusi portal GUA hari ini, Nelydia Senrose mengakui baru baru ini terdapat sedikit salah faham antara mereka berdua sehingga menyebabkan mereka bergaduh di sebuah pusat membeli belah dan disaksikan para peminat yang terus tertanya tanya apakah puncanya.
“Saya tidak terkejut sama sekali isu ini timbul kerana ia perkara normal dan ianya berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukan kerana hubungan kami ada masalah, sebaliknya kerana isu luar yang lain,” ujarnya.
Khabarnya pasangan ini bergaduh sehingga Nelydia Senrose menangis di khalayak ramai namun pelakon ini berkata hubungannya dengan Qi Razali baik baik sahaja dan harap peminat yang terlihat insiden itu tidak salah faham.

aku malas nak komen lebih2...sekadar berkongsi cerita hihihi

WAJAH ANAK AMAR ASYRAF - 'AMAR TAUFIQ'



Comelnya....anak Amar Asraf nie....geram tengok...


Sebelum ini, Amar Asyraf memuat naik gambar dia mendukung anaknya (tanpa memperlihatkan wajah), tapi terkini menerusi laman instagramnya, Amar akhirnya telah berkongsi wajah anaknya itu yang diberi nama Amar Taufiq. 

"Saya dan isteri telah sepakat memilih nama Amar Taufiq sebagai nama anak sulung kami," ujar Amar di status terbarunya itu. 

Jom tengok! 

 

Kredit Sini

Mini GA 2 by LOLLISTA




KLIK BANNER UNTUK JOIN


Senarai hadiah:
 1 x RM20(Top Referral | 1 x RM30(Total RM50/Cash) 

Mini GA 2 dianjurkan oleh SimanisLollista

dan disponsor oleh


Tarikh tamat 25 Julai 2014. Umum pemenang 26 Julai 2014.-TOTAL 2 minggu

Segmen 2 Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Assalamualaikum.....

Dah lama tak join segmen...tiba2 hari nie...tergerak hati mau join....


Sesiapa yang berminat nak join sama, boleh klik banner di atas

11 July 2014

Drama Korea Doctor Stranger

Akhirnya tamat sudah drama korea yg membuatkan aku nak tahu penghujung ceritanya....hihihi...you all layan tak drama korea dibawah,yg di lakonkan oleh Lee Jong Suk

doctorstranger1
Memang menarik jalan ceritanya...rugi kalau korang tak tgk....
“Doctor Stranger” bercerita tetang Park Hoon (Lee Jong Suk) yang di culik dan dibawa ke Korea Utara untuk tebusan supaya ayah nya sucees membuat pembedahan jantung ke atas seorang ahli ternama di korea utara. Ayah Park Hoon (Lee Jong Suk)  merupakan seorang pakar bedah sakit jantung..akhirnya pembedahan yg di lakukan berjaya...janji mereka..setelah ayahnya sucess membuat operasi pembedahan tersebut,mereka berdua akan di hantar balik ke korea selantan tetapi janji tersebut telah di batal dan park hoon dan ayahnya di arahkan di bunuh oeh pihak korea selantan.Pihak korea utara tidak mebunuh park hoon dan ayahnya,mereka berdua di arahkan tinggal dalam satu tempat di korea utara.Dari situlah akhirnya park hoon di latih dan dibesarkan untuk menjadi seorang doktor muda yang genius oleh ayahnya sendiri dan kat situ juga dia berkenalan dengan  Song Jae Hee.Apabila Ayah parkhoon mati, Park Hoon dan kekasihnya berusaha lari untuk kembali ke Korea Selatan,tetapi tidak berhasil dan di tembak atas jambatan sempadan antara korea utara dan korea selantan...nak tahu episod seterusnya....korang tengok sendiri ya....hihihi

doctor_stranger_still
Traller drama tersebut

Design Full Template By Blogger

Assalamualaikum....

Lama betul aku menyepi.....Sebelum tue...selamat berpuasa untuk semua...dah lama tak publish entry pasal edit blog....sekarang nie...mengadap komputer pun kejap jer....sekrg sibuk melayan bunga2 yg aku tanam depan rumah hihihi...tue yg tak menyempat nak update blog....ungkin suatu hari nanti kembali aktif...


Design full template dari Kedai Online Manjaku.com  kali nie order dari lina yusof tema blog adalah pink campur hijau sikit-sikit...kalau korang nak beli baju untuk kanak-kanak atau tudung memang ada jual kat sini....semua cantik2...kalau tgk fb lagi cantik2  Facebook Lina Yusof  harga pun boleh tahan...


Design Full template by Jari Berbicara tempahan nie pulak dari Nera Nira untuk design Blogshop shaklee dan kehidupan dia,gabungan kaler yg di pinta pink campur biru...template pulak nak siple jer...akhirnya siap jugak...nasib baik beliau suka design tersebut.

Terima kasih kepada Lina dan nira kerana percayakan aku untuk design blognya...Okeylah...aku chow dulu...nak tengok pokok bunga jap hihihi