24 April 2014

Vitamin Ca-C 1000 Sandoz

Assalamualaikum...



Aku nak story sikit dan share dengan korang....,Aku sekarang mengamalkan diet..almaklumlah...nak kuruskan...Aku nak kurus bukan nak cantik...tapi untuk sihat...Kalau dah gemuk...macam2 penyakit ada..betul tak?

Dalam diet harian aku...aku tak ada makan ubat apa2..Just minum "Vitamin Ca-C 1000 Sandoz"..setiap hari satu tablet dan kena banyak minum air putih.Aku juga mengamalkan makan nasi putih dengan berlaukkan ikan @ayam  rebus atau kukus,tak payah letak garam just letak bawang merah + bawang putih dan halia...kalau nak pedas sikit hiris cilipadi...sedap jugak makan macam tue...Itulah diet harian aku huhuhu...

Senang jer cara makan "Vitamin Ca-C 1000 Sandoz" kalau beli kat guardian sekotak ada 3 botol.Setiap sebotol ada 10 tablet.Aku memang suka vitamin nie sebabnya bila masuk kat dlm air yg kita nak minum,nanti vitamin tue terurai macam Eno yg iklan dlm tv...ada tengok iklan tue?...rasanya sedap...seperti kita minum air orenge itulah..rasanya...Setiap hari satu tablet sahaja tak boleh lebih nanti teroverdose....okey..

Nak Share tentang bahayanya kurang kalsium

Tahukah Anda Bahaya Osteoporosis ?
Osteoporosis adalah kondisi dimana tulang menjadi rapuh dan mudah retak karena kekurangan "calcium". Daerah yang paling sering mengalami keretakan tulang akibat kekurangan "calcium" adalah : tulang belakang, pinggul dan lengan bawah.
Beberapa faktor penyebab Osteoporosis :
  • Usia, semakin lama hidup semakin besar kemungkinan menderita Osteoporosis
  • Menopause, selama menopause produksi hormon estrogen akan menurun, inilah yang menyebabkan terjadinya kerapuhan tulang
  • Kekurangan "calcium" dalam makanan
Dengan selalu menjaga jumlah "calcium" yang cukup dapat menghindarkan orang dari resiko rapuh tulang dan retak tulang akibat Osteoporosis.
Cara yang paling efektif dalam memanfaatkan "calcium" adalah dengan mengkonsumsi jumlah "calcium" yang sesuai dengan yang dianjurkan
Kebutuhan "calcium"per hari
Anak-anak, Remaja, Dewasa mudaWanita hamil dan menyusui
UmurCalcium mg/hariUmurCalcium mg/hari
0 - 6 bln360
6 bln - 1 th540< 19 th2300
1 - 10 th800
10 - 18 th1500> 19 th1900
Kebutuhan "calcium"per hari
Orang DewasaCalcium mg/hari
Wanita1500
Pria1000
Kebutuhan "calcium"per hari
Orang TuaCalcium mg/hari
Wanita1500
Pria1000
Mengapa Calcium Sandoz ® ?
 Calcium Sandoz® mengandung Calcium Lactate Gluconate yang mudah diserap oleh tubuh sehingga membantu tercapainya kebutuhan yang dikehendaki
 Calcium Sandoz® mempunyai persediaan yang lengkap :
     - Calcium Sandoz® Forte Effervescent
       mengandung 500 mg Calcium
     - Calcium Sandoz® syrup untuk anak-anak
     - Ca-C 1000 Sandoz® Effervescent rasa Orange dan Lemon yang
       merupakan kombinasi Calcium dengan Vit C 1000 mg
     - Calsan® table kunyah berbentuk unik untuk anak-anak
 Calcium Sandoz® dapat membantu memenuhi kebutuhan Calcium pada :
     - Anak-anak dalam masa pertumbuhan
     - Wanita hamil dan menyusui
     - Wanita menopause
     - Remaja, dewasa dan orang tua yang kekurangan Calcium

Kemasan
Ca-C 1000 Sandoz®
Rasa orange : Dus berisi 12 tube @ 10 tablet effervescent
Rasa lemon : Dus berisi 12 tube @ 10 tablet effervescent
Calcium Sandoz® Forte
Table effervescent, dus 12 tube @ 10 tablet
Sirop, botol 120 ml
Calsan® table kunyah
Botol plastik isi 30 tablet


Kredit Sini



23 April 2014

Edit Blog "Anda Sihat Keluarga Bahagia"

Assalamualaikum...

Tema Blog Kaler kelabu + biru
Ok,cerita pasal blog nie..adalah pasal Shaklee,owner seorang pengedar shaklee..Jemputlah singgah dan follow blog beliau...

Jom! Singgah Anda Sihat Keluarga Bahagia

Jangan lupa follow ya...

Kepada sesiapa yg sudi singgah dan komen blog I nie...I ucapkan berbanyak-banyak Terima Kasih... Teringin berwalking cam dulu huhuhu


Suka Makan Hati Ayam Akibatnya...

Assalamualaikum....



KEBURUKAN MAKAN HATI AYAM | Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.



Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.



Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.




Kandungan racun dalam hati:



* Antibiotik tylosin

* Penisilin

* Oxytetracycline

* Kanamycin.



Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik



Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.



Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.



Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:



1. Hati2. Paru-paru3. Perut4. Hempedal5. Buah pinggang6. Jantung7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam8. Telur ikan



Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.



Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .



Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul-Nya saja yang mengetahui dengan tepat.


22 April 2014

Daging Kambing Ada Kelebihannya...

Assalamualaikum....

Hari nie story pasal daging kambing....aku tahu pastinya ada yg tidak menyukai daging kambingkan...Tak mengapa...yg tidak suka daging kambing harus baca kelebihan daging kambing daripada daging lembu atau kerbau..

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.


Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.

Wallahu'Alam.

Aku suka jugak makan daging kambing....kalau arwah mak aku tak suka daging kambing...

13 April 2014

Engku Emran Mahu Rujuk Erra Kembali?

Assalamualaikum...Jom! layan gosip bekas suami Erra Fazira mau rujuk kembali.....Apa salahnyakan....kesian Engku Aleesya...




Punca Sebenar Engku Emran Mahu Rujuk Erra Kembali? Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mungkin itu adalah peribahasa paling tepat buat tiga beranak ini iaitu, Engku Emran, Erra Fazira dan Engku Aleesya yang pernah melalui hari-hari sukar dalam kehidupan mereka.
Ini kerana, baru-baru ini ayat yang ditulis oleh Engku Emran melalui Twitter dan Instagramnya seolah membayangkan yang dia masih sayangkan Erra! Atau lebih tepat lagi, masih ada rindu dalam hati. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
091b5accc24e11e38d0c0002c9dc0ec4_8
“Salam ALL… ok this wil be my last pix for tday and id like to dedicate this posting to ALL of u who hv doa-ed fr the best for this innocent girl’s parents… tq fr giving me the idea to create the hashtag on her baju… we were in KLCC last nite to look fr a place that can do as such but failed… 
“But Alhamdulillah tday Aleesya n I managed to find a shop that wud do it… last nite Aleesya n I had an intimate chat again… i asked her if she wud help me win back Mom… and she replied YES!!! (Saya bertanya apakah dia mahu membantu saya memenangi semula Ibu … dan dia menjawab YA!!!) wtout hesitating followed by a looooong giggle… Aleesya only giggles when shes v excited…

11 April 2014

Kisah Cinta Emma Maembong Dan Zizan Pelawak

Assalamualaikum...layan gosip jap...lama tak bergosip hihihi

BERBULAN menyembunyikan kisah cinta akhirnya terpaksa akur, memang wujud kasih sayang di antara mereka. Tidak menolak ada yang meragui keterbukaan kisah ini, bagi Emma Maembong ada sebab yang lebih kukuh mengapa dia memilih untuk merahsiakan hubungan ini terlebih dahulu.
Jujurnya selepas selesa dengan status terbarunya sebagai kekasih Zizan Razak, ada yang ingin mengetahui bagaimana sikap sebenarnya terhadap hubungan ini. Menyusup beberapa kisah sebelum ini ada yang melabelkan gadis kacukan ini sebagai “pengongkong". Terkejut untuk mengetahui telahan tersebut, bagi Emma tiada asas untuk dia berubah sedemikian rupa.
“Kalau saya suka kongkong, baik saya jangan berkawan dengan artis. Jelas, saya sendiri tahu bagaimana skop kerja di dalam bidang ini. Saya dan Zizan meletakkan kepercayaan sebagai perkara utama. Saya percaya dia dan dia percaya saya. Selebihnya terpulang pada diri masing-masing. Mungkin saya muda, tetapi saya lebih suka bersikap matang dalam hal sebegini," katanya.
Menafikan kontroversi yang melanda kedua mereka sebelum ini memberi tekanan dalam hubungan, ada batas yang perlu dipersetujui bersama sepanjang tempoh percintaan. Namun pengakuan wanita berusia 21 tahun ini bukanlah bermakna untuk mengelak kisah tidak enak mereka terus diperdengarkan.
“Saya juga pernah berada dalam hubungan lain sebelum ini, malah ketika itu saya belum lagi dikenali. Tetapi memang cerita-cerita tidak benar ini cukup mudah keluar tanpa bukti yang kukuh.
“Dan bila terus-terusan hubungan saya dan Zizan dikontroversi, saya tahu ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan Zizan sendiri memang sudah dikenali," katanya.
Tidak ada sebab untuk mereka terus menjadi orang lain, pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, dia dan kekasihnya itu kini akan terus menjalani kehidupan yang sama. Tidak terbit rasa takut untuk mempamerkan cinta, bagi Emma itu bukan soal mahu menunjuk.
“Bukan saya mahu menunjuk, malah selepas kontroversi yang melanda itu kami masih seperti biasa. Jujurnya saya suka berkongsi, jadi saya akan jadikan laman sosial saya untuk memberitahu peminat mengenai aktiviti saya. Bukanlah asyik kongsi kisah cinta sahaja," katanya.
Utamakan Ayah
Hubungan yang kini sudah diketahui umum, jauh di sudut hatinya tiada apa yang lebih penting dari kemahuan ayahnya sendiri iaitu Ismail Embong yang juga pelukis terkenal negara. Keputusan untuk lebih sensitif dalam soal berpakaian dan pergaulan juga ada kaitan dengan 'lelaki nombor satu' dalam hidupnya itu.
“Memang saya mahu mulakan sedikit demi sedikit. Ayah ada buat permintaan ini, jadi saya ambil keputusan untuk hormat dia. Zizan tidak ada kena mengena dengan keputusan yang dibuat ini," katanya.
Bercerita momen pertama dia membawa Zizan bertemu ayahnya, jelas Emma status Zizan bukan perkara yang dipandang. Pembawakkan diri Zizan, serta penggunaan dialek Terengganu, menjadikan Zizan cepat selesa dengan ayahnya.
“Zizan lelaki pertama yang saya bawa pulang bertemu dengan ayah. Jujurnya ayah tidak pernah tanya apa hubungan kami tapi saya yakin dia tahu. Dia tidak kenal Zizan siapa, tetapi mereka cepat mesra kerana Zizan menggunakan dialek Terengganu.
“Sama juga saya dengan ibu Zizan, memandangkan kami masing-masing memahami dialek Terengganu, jadi hubungan itu lebih mudah terbina," katanya.
Mencuit hati Emma tentang kisah bernikah, nyata gadis ini tidak goyah. Setiap butir perkataan yang disampaikan cukup tersusun. Katanya di kala ini perkahwinan bukan destinasi pilihan lagi.
“Memang Zizan ada kata akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini, tetapi itu sebelum kami dalam hubungan.
“Jujurnya saya tidak ada perancangan ke arah itu. Bila itu tidak pasti, mungkin selepas ayah saya membenarkan," katanya tersenyum.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140411/hi_01/Dia-lelaki-nombor-satu#ixzz2yZ0EtBCi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 Blog Full Edit

Assalamualaikum...

Lagi nak share 3 blog yang telah di edit...hope korang tak jemu okey...sebenarnya banyak story nak tulis tapi tahap kemalasan yg melampau...huhuhu...apa lagi ada penyakit 'M' yg terlebih...Alsudahnya...blog tak berupdate...

Tempahan full edit dari SecretBlossomZone Tema blog pink,purple dan kaler biru...last2 nielah hasilnya...

Tempahan full blog Nuyun Najmi ,kaler blog pink campur purple..blog berkisarkan tentang kehiupan nuyun dan bisnes shaklee.

Tempahan full blog TeddyBearPinkHealth kaler blog coklat campur pink,blog berkisarkan tentang produk Shaklee...

Hope dorang semua suka dengan design di atas..Syukur berat dah turun 3 kilo...kena usaha lagi...

07 April 2014

Full Edit Blog Dari Blogger

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...mengambil kesempatan sedikit untuk review blog yg di tempah...lama jugak aku menyepi huhuhu....


Blog pertama adalah blog Norshuada Ishak tema blog ialah kaler dark purple,hope shuada suka design blog tersebut...blog nie dah lama siap...baru hari nie aku sempat review...nak follow blog beliau boleh klik Kesihatan Dan Kebahagian Milik Semua


Blog kedua  adalah tempahan blog dari Mummy Rose tema blog pink campur coklat.Kalau korang nak buat birthday party atau apa2 jer...bolehlah singgah blog mummy Rose ...macam2 koleksi coklat untuk korang jamu mata...nak tengok boleh klik Choco Wrapper Gift

2 blog jerlah untuk di review hari nie...lepas nie sambung mengedit lagi...