Assalamualaikum..
Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri...petikan lagu dari nyanyian Allahyarham P.Ramli...di sini ingin aku kongsikan tentang kes2 yang berlaku di kalangan pasangan suami isteri...aku terbaca dalam satu artikel..terus aku type di sini...
DALAM msyarakat kita cukup banyak kes yang terjadi dikalangan pasangan suami isteri.Walaupun pasangan ini sudah berkahwin lama atau pun baru,tetapi kes-kes yang terjadi dikalangan mereka paling banyak dan cukup menyulitkan.Masalah rumahtangga merupakan masalah besar.Pada kadi,dan mereka yang menjadi juru nikah merupakan orang-orang yang paling banyak menyimpan rahsia suami dan isteri.
Apa tidaknya,kepada merekalah tempat pasangan suami isteri mengadu hal masing-masing sekiranya berlaku krisis.Di isteri dengan masalahnya dan tidak tahan dengan perangai suami lalu mengadu kepada pihak kadi.Begitu juga dengan suami.Tidak tahan dengan karenah isteri yang tidak boleh di tegur dan dilarang,akhirnya akan mengadukan masalahnya kepada kadi juga.Justeru itu,kadilah yang banyak sekali menyimpan rahsia mereka,sama ada rahsia zahir mahupun rahsia batin.
Dalam kisah-kisah yang berlaku dikalangan pasangan suami isteri ini,maka para suamilah yang kadang-kadang banyak membuat aduan.Diantara aduan-aduan itu termasuklah: "kami tidak merasa bahagia dalam kehidupan perkahwinan kami."Isteriku tidak mengimbangi cintaku kepadanya.Isteriku cepat marah.Isteriku cepat naik angin.Isteriku paling kuat cemburu."Isteriku seorang egois.Isteriku banyak minta itu dan ini.Isteriku tidak fikir langsung tentang kesusahan suaminya...,"Isteriku banyak menimbulkan masalah.."dan ada seribu satu masalah yang di timbulkan oleh para suami bila membuat aduan ke pejabat kadi.
Apakah semua aduan itu benar?Apakah pihak yang menerima aduan akan terima bulat-bulat akan aduan itu?Keluhan yang dicurahkan oleh para suami biasa begitulah caranya.Mereka merasakan seolah-olah tidak bahagia hidup dalam perkahwinan mereka.Tetapi bagi setengah-tengah kadi yang menyimpan rahsia pasangan ini mendapati penyebab utamanya jadi begini bersumber dari para suami itu sendiri.Kerana suami tidak pandai memilih isteri dan tidak menjadi isterinya yang akan bertanggungjawab terhadap rumahtangganya dan juga anak-anaknya kelak.
Kadang-kadang ada masalah yang di timbulkan oleh seseorang isteri bermula dari suaminya sendiri.Maksudnya,awal mula penyebab timbulnya sesuatu masalah dari si suami lebih dahulu.Adakalanya si suami suka membesarkan suatu masalah dan melupakan kebajikan,sehingga masalah yang kecil diperbesar sehingga sebesar-besarnya.Si suami biasanya akan ikut emosinya dengan pelbagai curiga dan buruk sangka.
Seharusnya dia mengkoreksi dirinya sendiri lebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.Seorang yang tidak mampu mengatur dirinya sendiri,mana mungkin dia boleh mampu mengatur diri orang lain?Soalnya,bersabar melihat kekurangan seseorang isteri merupakan cara terbaik,sebab,setiap orang pasti akan menghadapi kekurangan,lupa dan salah.
Nabi s.a.w. pernah menerangkan bahawa kekurangan dan kekeliruan watak dominan setiap wanita.Seorang lelaki yang bergaul dengan seorang wanita,hendaknya memahami watak ini agar dia selalu bersikap baik kepadanya,walau pun wataknya memang begitu.Rasullullah s.a.w. dalam satu sabdanya yang ertinya:"Berpesanlah yang baik kepada kaum wanita,ia dijadikan dari tulang rusuk,sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas,jika engkau luruskannya dengan kekerasan,maka engkau akan mematahkannya,jika engkau membiarkannya,maka ia tetap bengkok,maka berpesanlah yang terbaik bagi kamu wanita."(Mutaffaq 'aliah).
Imam Nawawi berkata:Maksud dari hadis di atas,Nabi s.a.w. menyuruh kaum lelaki untuk bersikap lemah lembut dan bijak kepada kaum wanita dan bersabar atas berbagai kekurangan dan lemahnya akal mereka,dan melarang perceraian tanpa sebab,dan bersikap keras terhadap mereka."
Nota Pink: Untuk pasangan Suami Isteri kena harus banyak2 bersabar dalam menempuh liku2 kehidupan...betul tak? Nasib baik aku gan hubby jarang sangat bergaduh hihihi