30 January 2013

Biodata Pelakon Amar Asyraf (hero Setia Hujung Nyawa)

Tiba2 pulak aku nak share biodata mamat nie....Suka pulak tgk dia berlakon dalam Drama Hujung Nyawa...huhuhu romantik dan sweet...Biodata Amar Asyraf Zailuddin yang membawa watak sebagai Zain Hakimi dalam slot drama Setia Hujung Nyawa. Amar Asraf,26 tahun digandingkan dengan Nelydia Senrose yang membawa watak sebagai Ersalina.  Zain Hakimi dan Ersalina merupakan sepasang suami isteri dalam drama Setia Hujung Nyawa yang di adaptasi dari novel Fatin Nabila sebanyak 28 episode.

Biodata Amar Asyraf (Zain Hakimi) 
Gambar Amar Asyraf (Zain Hakimi)
Biodata Amar Asyraf aka Zain Hakimi (Setia Hujung Nyawa) :
Nama penuh : Amar Asyraf Zailuddin
Umur : 26 tahun
Asal : Melaka
Tarikh lahir : 15 November 1986
Pendidikan: Aswara
Lakonan terdahulu (drama dan telemovie) : Kasih Najihah, Nilapura, Psikik di Tv1, Penunggu Istana, Kitab Cinta, Qada dan Getaran,Dia Bukan Mariam, Dalam Hati Ada Taman, Setia Hujung Nyawa tv3 dan sebagainya.
Biodata Amar Asyraf Zain Hakimi dan Ersalina (Setia Hujung Nyawa) 
Gambar Zain Hakimi dan Ersalina


Amar Asyraf merupakan pelakon yang sedang melonjak naik dengan lakonan yang mantap dan mampu memukau para penonton. Anda boleh saksikan lakonan Amar Asraf (Zain Hakimi) dan Nelydia Senrose (Ersalina) dalam slot drama Setia Hujung Nyawa yang bersiaran bermula pukul 7pm hingga 8pm mulai 24 Disember 2012. Antara pelakon drama Setia Hujung Nyawa ialah Raja Ema, Talha Harith, Zila Bakarin, Hilal Azman, Bea Rameshan Ryzal Jaafar dan lain lain lagi.

Psstt!! Amar Asyraf nie dah bertunang tau....tahun lepas...

29 January 2013

Iklan Nuffang Sanofi Lactacyd

Korang kalau tengok iklan baru aku menari2 kat atas atau sidebar tue klik2lah ya....hihihi...baru hari nie aku nampak iklan tue menari2 dekat header dan sidebar.......Thanks Nuffang...

Ni iklan feminine hygine Sanofi Lactacyd Kalau nak tahu lebih lanjut klik  kat sini.. 

Kalau klik..jangan lupa gitahu...

Siapa Yang Guna Domain .My Memang Masalah

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQxXdP5HGeTygC9246UXtGdfUNDsTVH4pRpDnRF0bcXw7Yi1RNU


Dah berapa hari problem domain nie....ramai jugak blog yang aku suka terjah tak dapat masuk......Aku minta maaf banyak2 kepada blogger yang telah bertukar domain dari blogspot ke my. Maybe kerana percuma setahun, trend, url blog lebih senang ingat tup2 ada problem pulak.....Sekarang aku tgh free,inilah masa aku nak terjah blog yg singgah blog aku...tapi tak boleh masuklah pulok....sakit jiwa tau....kalau selalu keluar gambar di bawah....

إِنَّمَا يَأْمُرُكُمْ بِالسُّوءِ وَالْفَحْشَاء وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya).
Surah Al- Baqarah ayat 169

 Pssstt!! jangan marah sesiapa yg pakai Domain nie ya....

Nelydia Senrose Sepupu Emma Maembong

Aku ada terbaca  di harian metro rupanya Nelydia Senrose ini adalah sepupu kepada Emma Maembong pelakon cantik dan ayu tue....

Emma maembong mula terkenal apabila berlakon dalam drama kau yang terindah di slot akasia tv3...kalau korang ingatlah....
Untuk Pengetahuan korang....Nelydia Senrose Kacukan Melayu - Siam , Emma Maembong Kacukan Melayu - Scotland
  
Dorang nie memang  berkuturunan kacukan patutlah comel..... Adik beradik serta saudara mara mereka  semuanya cun dan comel termasuklah kakak kepada nelydia iaitu Uqasha Senrose dan adik kepada Emma iaitu Cha Cha Maembong.




Dibawah Koleksi gambar Emma Mambong bertudung..

 gambar emma maembong, emma maembong
gambar emma maembong, emma maembong

gambar emma maembong, emma maembong

gambar emma maembong, emma maembong

gambar emma maembong, emma maembong


Semua cun2....Gambar yang last nie...ada iras Julia Rais kan.....

28 January 2013

Biodata Nelydia Senrose & Gambar

Baru lepas layan  slot drama "Setia Hujung Nyawa" terus nak share biodata heroin tersebut...ada sesiapa yg dah tahu ke....Dari awal Nelydia berlakon memang aku sudah meminatinya....Aku suka perwatakan mukanya yang bersahaja bila berlakon....Aku mengenali Nelydia nie...sejak dia berlakon dalam drama Spa Q berlakon jadi anak kepada Norish Karman.....korang perasan tak?


Blog Profile Biodata Nelydia Senrose & Gambar. Setia Hujung Nyawa TV3
Pelakon cantik molek Nelydia Senrose makin mendapat perhatian sekarang ini menerusi lakonannya dalam slot drama Setia Hujung Nyawa di TV3.

Dibawah adalah biodata beliau...

Biodata Nelydia Senrose


1. Nama: Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen
2. Nama Popular: Nelydia Senrose
3. Tarikh lahir: 30 Julai 1994
4. Adik Beradik: Anak ketiga daripada tujuh beradik
5. Kacukan: Gadis kacukan Kelantan-Siam
6. Kerjaya: Pelakon
7. Akademik: Sekolah Menengah USJ 13, Subang Jaya
8. Lakonan Drama: Spa Q 1 dan 2, Spa Qistina, Sirah Cinta, Datin Wannabe, Biru Cinta Di Laguna, Hati Seorang Perempuan, Khalifah, Ahmad Durrah,Mistik Alam Hitam, Puaka Bunga Tanjung,Friday I’m in Love, Chef Cinta dan lain-lain.



Resepi Donut Gebu Dari Izan



Resepi dari blog  Izan Mama Mia 

Resepi nie..aku nak simpan...kot2 nanti kalau ada masa nak cuba resepi nie....anak2 aku memang hantu donut....Resepi yg izan share nie lain pulak....sebab taruk ubi kentang....Kalau korang nak try resepi nie..tgk kat bawah ya....Tq Izan kerana share resepi donut gebu gebas nie....Sayang izan ketat2... 
Bahan
kentang direbus serta dilenyek..sejukkan dalam peti sejuk
tepung gandum
mauripan @ yis
gula
sebiji telur
majerin..(mama guna minyak masak sebagai ganti majerin )
air sejuk
susu tepung
garam

Caranya
bancuh mauripan dengan air sejuk
adun gula,..telur,.garam ,..susu tepung dan tepung gandum..dengan air sejuk,
masukkan kentang....masukkan mauripan...
uli sampai jadi doh...
terap dengan acuan..biarkan seketika hingga ia kembang sedikit..
goreng dalam minyak panas...
golekkan dalam gula...

p/s...makan begitu saja pun sedap juga tanpa salut gula...
p/s...jangan bancuh mauripan dengan garam atau air panas,..nanti mauripan merajuk taknak naik kembang!!..


Pssttt!! kat atas tue pesanan izan....Patutlah aku buat donut bancuh yis gan air suam....pastu donut aku tak gebu gebas hihihi...jadik kecut....

27 January 2013

Make Over Blog Jue Azrin And Family

HAHA! Alhamdulillah, siap juga  tempahan blog nie ,kepenatan melanda diriku kikiki....

Terima kasih much much kepada mereka yang sudi  untuk aku design blognya...walaupun aku nie tak berapa kreatif sangat hihihi , Maaf sesangat sebab kelewatan dan kelembapan aku dalam membuat design blog nie.... Maaf Again !

So,kat atas tue adalah design yg telah  disiapkan, aku harap korang terjahlah blog tue ya....hihihi..korang nak terjah klik SINI  

Psstt!! pasni nak rest kejap....header kat atas tue lenih kurang aku jerkan hihihi orangnya nak design header lebih kurang aku...layan jerlah.. 

TALHA HARITH Muntah DARAH Akibat SIHIR

Macam2lah dunia nie.....kesian pelakon nie..kan....terkena perbuatan sihir dari peminatnya.....Jom! baca...


PETALING JAYA: Pelakon baru Talha Harith atau Talha menjadi mangsa terbaru perbuatan ilmu hitam apabila dia mengalami muntah darah dipercayai perbuatan seorang wanita yang jatuh cinta kepadanya.
Talha, 22, berkata, dia tidak pernah menyedari bahawa dirinya terkena sihir seorang peminat sehingga dimaklumkan selepas selesai menjalani proses berubat secara tradisional pada malam Khamis lalu.
“Kebetulan rakan saya merupakan anak murid kepada seorang pengamal perubatan alternatif. Dia telah melihat kelainan kepada diri saya.
“Daripada situlah saya pergi berubat cara perubatan Islam selama tiga hari dan alhamdulillah segalanya sudah pulih. Saya harap perkara ini tidak berulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.
Selain Talha, beberapa selebriti lain sebelum ini pernah mendakwa terkena sihir dan ilmu hitam seperti Awie, Razali Hussein dan Fezrul Khan.
Untuk artikel penuh, klik di SINI
 
Pssttt!! kalau minat pun....takkan sihir menyihir....khurafat betul....huhuhu...Allah tidak menyukai orang yang bermain dengan sihir nie....

Semakan Online Markah Kokurikulum SPM, STPM, STAM 2012

 
Permohonan Kemasukan KeIPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya bagi Sesi Akademik 2013/2014 telahpun dibuka mulai 7 Januari - 15 April 2013. 
 
Sebagaimana yang telah diketahui, bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), penilaian 10% markah kokurikulum adalah antara syarat kemasukan ke institut pengajian tinggi awam sesi 2013/2014.  
Kepada lepasan SPM, STPM dan STAM 2012, Semakan Markah Kokurikulum boleh dibuat di SINI
pssttt!!! ada sesiapa yg nak tgk bolehlah semak di atas.... aku cuma share gan korang...anak2 aku lambat lagi hihihi

26 January 2013

Artis Tunjuk Buah Dada

Wakakaka.....nak tergelak aku tgk keyword aku hari nie.....ada ke?aku publish entry "artis tunjuk buah dada" kikiki...korang pun mesti cepat2 klik nak tgk artis mana yang tunjuk buah dada tuekan....

Siapalah gerangan yg cari keyword cam tuekan....memang gatal betul....kikiki....Korang layan jerlah sebelum tidur.....


Pssttt!! pasni nak tidur.....aku nak mimpi yang indah2.... hihihi hope korang mimpi indah ya.....Selamat malam....Zzzzzzz Sedapnya tidur.....

Gambar Fasha Sanda Hamil


Alahai...comelnya Fasha....seri mengandung katakan....jeles pulak aku tengok hihihi....terasa mau mengandung jugok....kikiki...

 Fasha Sandha turut sama berkongsi gambar ceria dirinya bersama ibu mertua. Menurut caption yang ditulis oleh Fasha, gambar tersebut diambil ketika sambutan hari jadi ibu mertua Fasha.Seronok pulak tgk Fasha dah okey dengan mak mertuanyakan.....See  senyuman yang terpancar di wajah kedua-dua insan ini.

 Gambar2 nie...telah dikongsi oleh  Fasha  Sendiri di Instagramnya. Memang makin berseri wajah bakal si ibu inikan.....seksi pulak tue....
Patutlah udah lama tak tgk Fasha berlakonkan....mungkin dia stop kejap kot....sebab mengandung.... Layan jerlah....

Manusia Dan TanggungJawab

Salam...buat semua...


Setiap manusia mesti mempunyai 1 tanggungjawab yang besar..tidak kiralah apapun tanggungjawab tersebut.
masa yang tidak mencukupi @ kegiatan sosial yang berlebihan @ mencari rezeki tanpa batasan selalunya menjadi alasan apabila di tanya mengenai masa yang di luangkan kepada anak-anak dan keluarga....


  • Adakah ini alasan yang di berikan maka apakah bermakna sehari semalam 24jam yang Allah s.w.t peruntukkan masih tidak mencukupi?
  • Apakah Tuhan memberikan masa tidak seimbang untuk dunia ini @ kita sendiri yang mengabaikan masa?Jangan berikan alasan yang boleh menjuruskan kita meletakkan kesalahan kepada yang Maha Pencipta alam ini kerana setiap yang Dia anugerahkan di dunia ini adalah yang terbaik untuk makhlukNya.
  • Kita sebenarnya insan yang leka dan lalai dalam segala  hal seperti firmanNya,
                                   "  Demi masa.Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian." (al-Ashr: 1-2 )

Ketika mengejar keduniaan secara berleluasa maka cuba kita fikirkan....apakah sebenarnya yang kita kejar? Harta ? kemewahan ? Pangkat ? Tapi kemana pula khazanah-khazanah ini kita belanjakan?Kita tidak mampu membawa khazanah ini ke liang lahad apabila mati esok.
  • Oleh itu jangan kita mengabaikan tanggungjawab dalam memberikan pendidikan yang sempurna.Sekiranya kita adalah orang yang terlalu sibuk tetapi kita seorang yang berharta maka gunakan harta itu sebagai perbelanjaan agar dapat memberikan didikan agama bukan hanya kepada isteri dan anak-anak sendiri malah kepada umat Islam yang lain.
  • Jika kita miskin maka kita carilah orang yang ikhlas serta bersedia memberikan didikan kepada anak-anak kita.Jangan beri alasan tidak ada orang yang sanggup kerana dunia ini luas dan masih ada insan yang rela berkhimat secara     ikhlas semata-mata hanya       untuk mengadap Allah s.w.t dengan sempurna apabila dia mati kelak.
  • Berharta atau tidak bukan faktor penghalang untuk mencari orang yang ingin mendidik anak.Ia memang tanggungjawab kita untuk mendidik mereka.

    Psstt!! Renungan Untuk Kita Bersama....

Entry Pertama Berblog

Pada awal aku berblog pada tanggal 23 june hari khamis....waktu tue aku sekadar berkongsi gambar anak aku sahaja.....aku tidak banyak menulis....klik Sini kalau nak tgk entry pertama aku....hihihi....lucu pun ada....Entry pertama pun tue just gambar anak lelaki aku yang bernama Haziq Hanif...




Pssst!!!...usia blog aku sekarang...2 tahun 7 bulan....tue pun sebab fieda tanya....kalau tak aku tak ambik kisah pun....hihihi  layan jerlah...

25 January 2013

Gambar Pakwe Anzalna Nasir


Hai! banyak pulak aku publish entry malam nie....korang layan jerlah...,tadi usha2 blog terjumpa pulak gambar pelakon nie dengan pakwenya...so aku nak share gan korang.... aku ambik gambar nie dari Sini

Siapa tak kenal Anzalna?dia jugak berlakon dalam drama Adam Hawa...

Anzalna Nasir dan kekasihnya yang bernama Hanif Zaki.Dah banyak gambar mereka di blog-blog dan forum..  Ada juga mengatakan mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga.Semoga impian untuk mendirikan rumah tangga terlaksana....Amin..Apa-apa pun layan jerlah gambar pasangan nie....


Psstt!!! gambar yang last tue bakal mak mertua ke? hihihi

Gambar Pra Perkahwinan Liyana Jasmay & tunang Fathudin Mazlan

Sekarang niekan isu tentang gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay tersebar....Gambar pra perkahwinan mereka nie sebenarnya dorang nak simpan untuk buat koleksi peribadi....tup-tup tersebar kat Internet....

Aku sebenarnya suka tgk muka Liyana Jasmay nie....cam tak puas tgk....cute sangat2....tunanngnya pulak hensem hihihi....Pasal isu nie jugak Ibu Liyana Jasmay meluahkan perasaan kecewa kerana gambar pra perkahwinan anaknya  tersebar.


“Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi”
“Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja”
“Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu,” ujar Datin Habsah Simpon yang di’hubungi.
 
Pssttt!!! telajak perahu boleh di undur...telajak upload tak boleh nak undur hihihi....Layan jerlah...apa-apa pun gambar dorang sweet dan romantik...Semoga mereka berdua kekal bahagia....


Make Over Blog Ida Si Pari-pari

Akhirnya berjaya jugak siapkan satu blog lagi....Harap Ida suka dengan design tersebut.....Tema yg beliau nak ialah ada kartun si pari-pari.....Jom! singgah dan follow blog ida....Ida nie baru lagi dalam berblog....Korang klik Sini  untuk ke blog ida...


Psstt!! hari nie mood ke laut....otak pun beku...

BLOG JOZAN FC OFFICIAL

Sejak bila Jozan ada blog nie....hihihi....Blog nie di tubuhkan oleh adik banu....dia memang meminati kumpulan jozan nie....dan dia juga selalu bertweet gan zizan di twitter.....Aku pun peminat Jozan Maharajalawak jugak...tapi aku tak pernah tweet gan dorang kikiki...Kat bawah nie adalah banner yg di reka khas oleh Fyza Jozannerz n Wanie Wippy...apa tunggu lagi jom singgah blog JOZAN FC n followwww k..thanks pada yg dh follow.
 




Kalau korang nak follow atau nak baca tentang gosip terbaru Jozan Klik JOZAN FC
 
Psstt!!! tolong promote hihihihi

Make Over Blog Cammy Lia

Assalamualaikum....Pagi2 lagi dah update entry pasal edit blog hihihi....Aku malas nak merapu panjang2....pagi2 nie otak aku beku bercampur pulak dengan kat sini hujan lagilah beku kepala otak aku....Layan jerlah....

Tuan punya blog nie request kaler hijau pucuk pisang dengan hijau lumut....gabungan warna yg sangat2 menyerlah....Hope tuan punyer blog suka dengan hasil design aku.....Korang nak ke blognya klik gambar di atas ya...


Psst!!!...ular sawa kalau kena pijak dengan tayar kereta tak mati erk?....

24 January 2013

5 Hari Menyepi....

Assalamualaikum buat sahabat alam maya.....sudah 5 hari aku menyepi....Aku bukan suka2 menyepi...tau...di sebabkan tenet kat rumah aku problem...terpaksalah aku menyepi....huhuhu...pukul 12.00pm baru tenet nie okey....aku pun tak sabar nak masuk office hihihi....dan tak sabar nak balas kunjungan korang....

Waiting komen belum aku publish lagi...dekat 100 lebih jugaklah waiting komen menunggu aku publish dan membalas balik kunjungan korang......harap korang tak merajuk dengan aku....

edit blog blogger pun belum aku siapkan lagi....gara2 tenet meroyan kikiki....


Psst!! itu sahaja luahan aku untuk hari nie....mungkin korang tertanya2kan....kemana aku menghilang 5 hari....hihihi..banyak benda nak story....besok2lah pulak...

19 January 2013

Tonton Drama Ruby Tv3

Sekarang aku tgh agau dengan drama ruby dekat tv 3 pukul 10.....ada tak sesiapa tgk?citer nie memang bestlah....lagi2 shanaz dalam drama nie watak yg dia bawak lain sikit...cam tak betul pun ada tak adalah control macho hihihihi...







Sinopsis Drama Ruby TV3

Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara, seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis dan Diana. Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby.

Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam. Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah yang tinggal bersama anaknya, Nadia. Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby.
Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut. Pada masa yang sama, Nadia menyimpan perasaan cinta terhadap Ben tetapi hati Ben hanya untuk Syuhara. Berjayakah Datin Afifah merampas empayar Ruby dan macam mana pulak dengan cinta tiga segi antara Syuhara, Benjamin dan Nadia?

Psst!!! menarik tak jalan ceritanya hihihi....Layan jerlah...

Thank Nuffang

Terima Kasih Kat Nuffang kerana aku punya nuffang tue dah okey...Hari tue sewel kejap jadik Non-Glitterati....Lama jugaklah....Lepas tue aku tak puas hati..aku send ticket....


Kenapa Nuffang saya dalam keadaan Non-Glitterati? Sebelum nie Glitterati....Please!!! Tolong Jelaskan...Apa Masalahnya?


Lepas dorang jawab kejap jer....

 
terima kasih ________________________________ From: Nuffnang Helpdesk <helpdesk@nuffnang.com.my> To: ccherosliza@yahoo.com Sent: Wednesday, January 16, 2013 5:30 AM Subject: [ID: 50F6AB92] - New Ticket Created Che Rosliza Che Mat, Your support ticket has been created and sucessfully dispatched to the Blogger Enquiries/Suggestions department. Your ticket information is as follows: Ticket ID: 50F6AB92 Email: ccherosliza@yahoo.com If you submitted your ticket while logged in, you may view your ticket in your Find Tickets page ( http://mandrillapp.com/track/click.php?u=4471370&id=0764c3b98a004ea5bd6f152649d7ce72&url=http%3A%2F%2Fwww.nuffnang.com.my%2Fhelp%2Ffind-ticket&url_id=2e7aaadf04597aadf1ddbc48b5db979c8cde8511&tags=_all,_sendhelpdesk@nuffnang.com.my ).Otherwise, you may use this link: http://mandrillapp.com/track/click.php?u=4471370&id=0764c3b98a004ea5bd6f152649d7ce72&url=http%3A%2F%2Fwww.nuffnang.com.my%2Fhelp%2Fview-ticket%2F50F6AB92%2Fccherosliza%2540yahoo.com&url_id=58a54e5719b7b7d85ea5f049ab8f1f533bba4e69&tags=_all,_sendhelpdesk@nuffnang.com.my This is a computer generated email; if you have follow up questions regarding this ticket kindly use the link above to post another reply. Thank you. Nuffnang Helpdesk

Satu benda pun aku tak faham hihihi...Besoknya Nuffang Send lagi tau....

 
Dear Che Rosliza, Thank you for writing in to us! Upon checking out system, only one of your blogs is serving Nuffnang ads publicly at all times and thus affected your membership status. If you wish for Glitterati status to be reinstated, kindly ensure that all your registered blogs under one Nuffnang account have our Nuffnang ads placed. Once the process is done, you'll be given your Glitterati membership back. Hope this helps, and have a good day! :) ---------------------------
Cheers, Laura Lee Community Executive Nuffnang Sdn Bhd www.nuffnang.com.my Check out NuffnangX at www.nuffnangx.com for a revolution in your blogging experience! This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error please notify the system manager. This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. If you are not the intended recipient you are notified that disclosing, copying, distributing or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited.

Itulah jawapannya....Korang faham tak?kalau faham boleh kasi terang sikit kikiki....Aku nie bab2 omputih blurr...sikit2 tau ler.....Aku bukak nuffang hari nie aku tgk nuffang aku dah cam kat bawah...

Mulalah tersenyum lebar sampai ke telinga kikiki....

Psst!! Selamat Hari Sabtu....Kemana cuti2 nie....

18 January 2013

Kucing Berak Bawah Katil

Hari nie nak cerita kucing berak dalam rumah kita....Yang paling sakit hati kucing nie berak bawah katil huhuhu....cuba korang fikir?...Jenuh jugaklah kita mengangkat tilam dengan pelapik kayu katil untuk bersihkan najisnya....baunya jangan cakaplah harum satu bilik....Korang mesti nak tahu camna boleh membuang najisnya kat bawah tue?...

Okey...kita  nak cerita...sebenarnya kucing tue..bukan kita punya..jiran sebelah punya....kucing tue memang comel cam dalam gambar yg kita google kat atas...yg bezanya....kucing jiran sebelah nie bulunya kaler hitam betul....mukanya lebih kurang sama....

Pagi semalam...pagi2 lagi dalam dekat pukul 6.50am...tuannya lepas..So kita tak perasan dia masuk dalam rumah waktu tue jugak kita sibuk dengan si kakak nak pergi sekolah...bila kakak dah pergi...kita masuk dalam bilik tgk syifa tidur....lepas tue dengar sesuatu bawah katil...kita risaulah..ingatkan apa....dalam beberapa saat terjembul cik tam keluar dari bawah katil terus ke pintu utama kelam kabut...terus aku tutup pintu bilik tue..sebab syifa tgh beradu lagi....Waktu cik tam keluar belum ada bau lagi tau....

Dalam pukul 9.00am kita masuk nak ambik hanger...waktu masuk tuelah wangi semerbak baunya  huhuhu....mula2 tue...kita fikir syifa yg membuang...check pampers tak ada...puas fikir bau dari mana...check2 baru teringat yg kucing masuk pagi tadi...huhuhu....


Nota Kaki: Minat jugak kucing tapi malas nak melayan najisnya huhuhu

Individu Yg Mencuri Duit Lisa Surihani Sudah Di temui

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penipuan membabitkan ibu dan pelakon, Lisa Surihani, 26, yang kehilangan wang RM50,000 selepas kad mesin juruwang automatik (ATM) mereka ditukar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, pihaknya kini mengenal pasti individu yang terbabit mengeluarkan wang itu selepas membuat kad ATM baru tanpa pengetahuan mangsa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Lisa Surihani rugi rm50,000 
Isnin lalu Harian Metro melaporkan Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amira Ahmad, 62, kerugian RM50,000 apabila wang dalam akaun bersama milik mereka hilang selepas kad ATM mereka ditukar. Kehilangan wang itu disedari Siti Amira ketika ingin mengeluarkan wang jam 10.30 pagi di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, dekat sini, 11 Januari lalu. Sumber polis berkata, ketika membuat semakan baki simpanan, Siti Amira mendapati wang dalam akaun bersama itu berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat pengeluaran wang. Menurutnya, apabila dirujuk kepada bank, dia diberitahu kad ATM miliknya tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya. “Berikutan itu, Siti Amira bersama Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi pada hari sama,” katanya. Sumber itu berkata, rekod pengeluaran menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat dan terbaru di Kuantan, Pahang, Selasa lalu. 
 
Nota Kaki: Nak tahu jugak siap yg ambik duit lisa tue....Emmm...Manusia memang tidak pernah cukup...

Oh! anakku Haziq Budak Baik

Tak pernah-pernah buat perangai tak nak pergi sekolah....tiba2 hari nie haziq budak baik buat perangai tak nak ke sekolah hikss....Sabar jerlah....

Nak di jadikan cerita....Malam tadi  cik hubby kita ada bawak balik  handphone baru Galaxy Note 2...katanya dia beli dari kawannya dengan harga rm 1600...mahal tak?.Sebelum tue....haziq budak baik nie tak tahu yg abahnya ada beli handphone baru...yg dia tahu handphone sebelum nie dah kena jual hihihi...s3..


Kita dah pesan kat hubby kita jangan beri haziq budak baik nie  main....nanti dia asyik mintak jer nak main...Malam tadi cik hubby kita  entah camna boleh pulak beri dekat haziq budak baik nie main.....Pagi tadi sebelum pukul 7.00  haziq budak baik  dah bangun....Exited nak main gamelah tue huhuhu....Lepas tuekan bila suruh mandi mulalah cakap tak nak mandi dan ke sekolah.....Kesabaran kita masih lagi di tahap kesabaran...kita suruh dia tanggalkan baju pastu masuk bilik air...haziq budak baik dah start nak menanggis...kita mandikan jugak....dah selesai mandi pakaikan baju....haziq budak baik nie merajuk masuk bilik sambil tutup pintu.Kita masuk bilik pujuk dan peluk dia baru okey....Terus lepak kat luar tunggu kereta datang ambik ke sekolah...time tue haziq budak baik dah tak ingat dah galaxy note tue....
Nasib baik....Haziq budak baik nie cepat merajuk dan mudah di pujuk....

Nota Kaki:Sabar Itu Separuh Daripada Iman Untuk mendidik anak-anak....Tapikan...kadang2 tahap kesabaran kita hilang jugak huhuhu