31 December 2012

Full Template Nisah Idham

Alhamdulillah...akhirnya siap jugak template nie.....Terima kasih Nisah kerana menyukai template nie.....Kalau korang nak mengenali Nisah Klik SINI  header tue nisah buat sendiri...aku cuma edit yang lain selain dari header....Korang jangan lupa terjah blog Nisah Idham ya.....

30 December 2012

Perjumpaan Budak Darjah Satu

Hari nie si kakak (anak aku yg sulong) ada perjumpaan sekolah budakdarjah satu.Seronok betul si kakak tak sabar2 nak ke sekolah....nak jumpa kawan2 baru....Anak korang ada ke yg masuk kelas satu tahun depan? hihihi

Hari nie jugak ada test percubaan menentukan kelas....Ibu doakan kakak dapat kelas yg bagus ya.....Jangan pulak jawab jawapan gelojoh sangat...nanti banyak salah hihihi....


Pssttt!!! pagi2 dah hujan sejuk giler beb.....menusuk ke tulang....cuaca pun redup dengan langit gelap....Tempat korang sama tak?....Lagi sehari menuju tahun 2013.........Umur pun makin meningkat hmmmmm.....




28 December 2012

Gambar: Sekitar Majlis Pernikahan Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha





Ketika ini, sedang berlangsung majlis pernikahan yang paling di’nanti hujung tahun ini antara Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & kekasih hatinya, Leuniey Natasha.
Majlis akad nikah ini mengambil tempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan.
Entri ini akan di’tulis dari masa ke semasa & sementara itu, kita layankan dahulu beberapa keping gambar sekitar majlis nikah pasangan popular ini yang telah sampai di internet.
UPDATE-1: Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sah bergelar suami isteri.
gambar majlis pernikahan mereka


Kredit SINI


 Pssst!!!!! Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.....



27 December 2012

Kesibukan Melanda Diriku Tahap Gaban!!!

Aduh!!!! memang betul2 sibuk.....tak sempat nak berwalking kat blog kat korang....komen belum publish,melipat kain belum....masak dah masak....kalau tak kelaparan nanti hihihi Aku tgh  siapkan edit blog orang belum siap2 lagi.....idea dah nipis...harap dorang bersabar tunggu turn huhuhu...


Korang tgk gambar tue....aku rasa nak cabut kepala kikiki....

Nasib baik Syifa Memahami ibunya....

Edit Blog nie....perlu kesabaran yg tinggi tau....bermain dengan coding2....buat kepala kita berdenyut sikit2 kikiki...Bila time bendera merah...lagi berdenyut2....betul tak?...Harap korang tidak merajuk dengan ku ya....Bila dah settle semua nie...baru aku singgah blog korang.....Terima kasih kepada sesiapa yg tak jemu2 singgah dan komen....


Pssst!!! group GSF jangan marah ya....Inshaa Allah nanti aku terjah korang kalau ada masa dan waktu....

25 December 2012

Full Template LOVE.HAPPINESS.PEACE

Nak tgk full Klik Sini ya....Tema pilihan Purple + Merah....Harap Nadia suka design tersebut...

Teknik Make-up Yg Power

Gadis yg ingin menjadi seperti orang lain...Orang beritahu dia boleh jadi apa yg dia nak..So gadis ini ingin menjadi....you all see gambar2 di bawah hihihi


Korang tengok hasilnya...ada iras2 tak? tue teknik make-up sebenarnya...Cara make-up sekarang super powerkan.....Kalau aku make-up...mungkin ada iras Jeniffer Lopez wakakaka......Layan jerlah.....

Psst!!!  pasni nak masak kejap pastu edit blog orang tempah....komen korang aku belum publish lagi....aku balas kunjungan korang baru aku publish....hihihi...begitulah rutin harianku....seorang surirumah dan blogger...

24 December 2012

Luahan Semua Blogger Otai

Sejujurnya, saya bukanlah dikategorikan sebagai blogger yang berpengalaman di dalam dunia blogging, tapi sejujurnya apa yang akan saya nasihatkan nanti pernah dinasihatkan kepada saya ketika saya mula-mula masuk ke dunia blogging. Berikut antara nasihat saya kepada semua mengenai :

1. Widget follower - Sila guna widget google friend connect. Kalau yang bukan guna template blogskin, memang tiada masalah sebab blogspot dah sediakan. Tapi yang guna blogskin dan buat widget follower sendiri, tolonglah betulkan id blog korang tu. Disebabkan id blog korang tu salah, orang lain tak boleh follow blog korang. Korang juga yang rugi nanti. 

2. Tempat komen entri - Tolong buang word verification. Saya tau, dengan penuh kesabaran saya sanggup meneka word verification sampai dapat. Tapi kalau dah kerap masuk blog yang ada word verification, susahla camni. Korang juga akan kehilangan pengomen nanti.


3. "Pop-up display" di dalam blog - Ini satu hal lagi. Selalu orang suka buat pop-up display untuk fanpage facebook dan twitter. Kalau yang ada butang close tu tak mengapa lagi, ni ada yang langsung hide butang close. Kena tunggu 5 minit pulak tu. Saya nak tanya, apa korang akan rasa masa tu? Sendiri tau jawapannya kan. Maaf kalau ada yang terasa, harap dapat buang pop-up display ni untuk kebaikan korang juga :)


4. Penulisan entri - Guna font yang sesuai dan jangan terlalu shortcut. Sejujurnya saya tak galakkan korang guna shortcut bila menulis entri sebab kita tak tahu pembaca blog kita ni muda dari kita, sebaya dengan kita ataupun umur atasan dari kita. Jika nak selamat, gunalah font dan ayat yang mudah dibaca dan difahami.


5. Kemasan blog - Saya tak kisah korang nak hias macam-macam dalam blog tu, tapi sila kemaskan bahagian sidebar blog. Kalau blog korang cantik, orang lain pun suka lawat blog korang kan. Betul tak? :)


Ini sahaja yang saya mampu nasihatkan dulu. Harap yang lain, sila ikutlah ye. Kalau ada apa-apa yang korang nak saya betulkan dalam blog ni, komen saje di bawah ni.


Pssttt!!! nie aku copy kat blog Solehah 

Zul Ariffin Dah Ada Buah Hati

Zul Ariffin

KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai akhirnya menemui jawapan apabila lelaki itu mengesahkan tentang perhubungan tersebut.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, berkata, perhubungan cinta itu sudah tujuh bulan dijalinkan dan ia masih lagi di peringkat awal dalam mengenali antara satu sama lain.
"Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filem Penanggal sekitar bulan Mei lalu.
"Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut.
 
Zul tertarik dengan sifat lemah lembut Gayatri.

"Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya," katanya.
Beberapa bulan lalu, gosip Zul yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri tersebar namun Zul mahupun penerbit filem itu enggan memberikan sebarang komen tentang hubungan tersebut.
Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua mereka, hUbungan cinta yang dijalinkan itu tetap dipersoalkan.
Zul dikatakan mempunyai citarasa ke arah wanita yang lebih matang memandangkan sebelum ini dia juga pernah bercinta dengan Abby Abadi lebih kurang selama dua tahun.
Sementara itu, Zul berharap agar tiada yang cuba membangkitkan isu tentang jarak umur antara mereka yang jauh berbeza kerana keputusannya untuk menjalinkan hubungan dengan Gayatri tidak ada kena mengena dengan status atau usia wanita itu.
"Sejak dahulu lagi, saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan.
"Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas. Apa-apa pun hubungan ini masih lagi baru dan kami belum lagi memikirkan ke arah perkahwinan," ujarnya.


Psssttt!!! aku terbaca kat Mstar Online....Semoga Cepat Kawin...

23 December 2012

Gambar Ngeri Kesan pembuangan Tatu dan hukumnya

Seram giler aku tengok....rasanya tak sanggup nak tgk...mesti sakit giler....


Di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Kenapa Islam melarang umatnya untuk membuat tatu? mesti ada sebabnya...


Nak tahu kenapa? Cer tengok gambar dibawah kesan membuat tatu @ membuang tatu...


 

Takut tak korang tengok? kalau takut jangan buat tatu hukumnya Haram!!!!


Keterangan/Hujah: 
  1. Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
     
  2. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud : Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)
     
  3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.
     
  4. Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan tersebut.
     
  5. Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
     
  6. Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.

Template Gadis Bunga

Kali ni blog gadis bunga  yang menempah Full Template. Blog beliau adalah blog personal. Sukakan template yang ada bunga2.... Warna pilihan adalah soft pink dan merah. Kombinasi yang bagus jugak....cam kaler blog aku hihihihi....Jom! jenguk blog dia....


 header beliau...

footer beliau.....Kalau korang nak tengok full blog gadis bunga klik SINI ya....

Nie Ke..Tunang Shahrizal Jaszlee

Dah bertunang ya pelakon nie.....baru kutahu hihihi lambat betul....Bakal tunangan jaszlee nie bakal doktor rupanya...untung Jaszlee...




Pelakon kacak, Shahrizal Jaszle atau Shah Jaszle telah mengikatkan tali pertunangannya bersama Redzwani Puteri di kediaman keluarga perempuan pada hari Sabtu yang lalu.
Kedua-dua pasangan ini yang baru menjangkau umur 24 tahun mengambil keputusan untuk mengikatkan tali pertunangan setelah setahun mengenali diri masing-masing.
Difahamkan, Shahrizal Jaszle pada mulanya ingin melaksanakan perkahwinan secepat mungkin, namun diminta oleh ahli keluarga perempuan supaya mengikut adat memandangkan Redzwani Puteri adalah puteri bongsu mereka.
Apatah lagi, Redzwani Puteri baru sahaja menamatkan pengajian jazah kedoktoran di Management and Science University (MSU) Shah Alam dan memulakan tugasnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang pada bulan Oktober yang lalu.
Foto kredit sepenuhnya kepada The Photolicious









22 December 2012

Astagfirullahhalazim!!! Gay Pun Ada Masjid Ke?


Sebuah masjid khas untuk kaum gay atau homoseksual akan dibuka di Perancis bagi memudahkan golongan ini beribadah di masjid. Pengasas masjid ini bahkan berharap akan dapat melangsungkan pernikahan sesama jenis di masjid tersebut.
Pengasasnya, seorang lelaki bernama Mohammed Ludovic Lutfi Zahed yang berasal dari Algeria, namun sudah lama tinggal di Perancis berhasrat untuk mendirikan masjid tersebut sebelum hujung tahun ini. Zahed  mengakui dirinya sebagai lelaki homoseksual.

Lokasi masjid ini berada di dalam kompleks biara Buddha tempatan. Tujuan Zahed membuka masjid khas kaum gay ini sebagai alternatif masjid konvensional, yang seringkali menjadi tempat ibadah dengan suasana yang dikatakan penuh intimidasi bagi lelaki gay.
“Di dalam masjid biasa, wanita perlu duduk di belakang dan mengenakan penghadang dan lelaki gay takut akan serangan lisan mahupun fizikal,” tutur Zahed kepada akhbar Turki, Daily Hurriyet dan diterbitkan oleh International Business Times.
“Setelah melaksanakan ibadah Haji, saya menyedari bahawa masjid bagi kaum gay merupakan suatu yang diperlukan bagi kaum muslim yang gay, yang ingin melakukan solat,” tambah lelaki yang telah pun berkahwin dengan pasangan gaynya, iaitu Qiyam al-Din yang berasal dari Afrika Selatan.

Zahed juga menceritakan serba sedikit pengalaman hidupnya kepada wartawan Daily Hurriyet . Zahed mengakui pada mulanya dia sengaja menekan perasaan homoseksualnya kerana Islam.
“Ketika saya berusia 12 tahun, saya mulai mempelajari Islam dan melakukan solat. Pertama, saya sangat terkesan oleh Salafist di Algeria, tetapi kemudian saya menjauhi mereka kerana serangan ganas yang mereka lakukan. Setelah malam pertama saya dengan lelaki, saya menyedari bahawa saya homoseksual. Saya menyedari bahawa saya menekan perasaan saya sendiri dengan bantuan Islam,” terangnya.
Zahed menambah, dalam masjid khas untuk kaum gay ini, baik wanita mahupun lelaki dibenarkan untuk solat bersama tanpa adanya pemisahan tempat.
Ketika ditanya apakah perkahwinan sejenis akan dilangsungkan di masjid itu, Zahed menjawab: “Kami akan mulai dengan solat-solat Jumat, namun kami akan menganjurkan majlis pernikahan setelah itu.”

sumber: billyinfo.blogspot.com



psst!!! nie macam  mengalakkan lagi  mereka melakukan perbuatan yg terkutukkan.... huhuhu...Dunia Sekarang....

Segmen Review Blog Saya by Eira

Tadi aku berblogwalking terjumpa pulak satu segmen nie....terus terasa mau join hihihi Sesiapa yg terasa mau blognya di review jom join bersama....

 
 
jom join sama-sama
 
Nak Join Klik Banner Di atas..


Rahsia Zikir

Sumber : Fb Sham Kamikaze

Allahuakbar..
Google
Zikir yg boleh kita amalkan..Amalkan setiap hari selepas solat, ketika memandu, membuat kerja..
InsyAllah..Selamat beramal..kredit SINI
 
Pssstttt!!! malam nie hubby sampai Dari Penang....gembiranya rasa hati hihihihi..

21 December 2012

Tempahan Template By Adriana

Dah petang rupanya.....Tadi off kejap komputer....sebab kilat berdentum2...kecut perut aku....dahlah  hubby aku tak ada....kilat gan ribut dua2 aku takut huhuhu....kalau ribut cepat2 aku baca yasin....korang pulak buat apa? hihihi....

Seharian aku siapkan blog dari adriana....tema blognya hijau apple campur kuning lembut2 sikit.....akhirnya dah siap....

Gambar di atas adalah header gan footer....kalau korang nak tgk full klik SINI menuju ke blog Adriana...

Pssttt!!! pasni nak sambung lagi....edit blog orang...mungkin malam aku jenguk korang ya....

Happy Birthday Buat Waniey

Assalammualaikum...dan selamat pagi...

Hari ni adalah hari ulangtahun kelahiran salah seorang ahli GSF iaitu waniey..Selamat Hari Lahir akak ucapkan..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu di samping suami tercinta....dan anak2...




Birthday
Happy Birthday Cake Pictures, Images and Photos
Happy Birthday, Mama Qalief!
I hope you have a GREAT month!!

Kalau Korang Nak keblog waniey Klik SINI atau header waniey yg cute tue....

Pssttt pasni sambung edit blog yg menempah....