30 April 2012

26 April 2012

Tip Hilangkan Mengantuk

Ada tak sesiapa yang pernah rasa mengantuk di pejabat atau time belajar tak pun mengadap komputer? Lagi-lagi kalau waktu malam sebelum tu  tengok bola atau kerja terlalu banyak menyebabkan kita lewat tidur... Nak ke korang tidur di tempat kerja atau time belajar?nanti  terkantoi ngan bos atau cikgu malu pulakkan.....Kat bawah nie ada tip hilangkan mengantuk hihihi...Semoga korang tak mengantuk di tempat kerja atau time belajar....


67120 wanita mengantuk thumb 300 225 Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar



  1. Hampiri kawasan bercahaya 
    Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu. 
  2. Basuh muka
    Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
  3. Wangian aromaterapiMinyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radio
    Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
  5. Senaman ringan
    Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.

25 April 2012

Hari Nie Baru Dapat Online

Hai!...rindunya dekat korang semua....dua hari aku tak dapat bukak tenet gara2 tenet problem kat pencawangnya....aku tak tahu pulak pencawang yang mana...mungkin kelana jaya ke aku tak pasti....huhuhu memang rindu betul gan korang....Korang mesti  rindu jugak kat aku (perasan!!!).....hihihi...Cik hubby aku pulak asyik perli jer....sebab aku tak dapat bukak blog....(Dalam hati sabar jer....)

  Aku sajer letak pic gedik aku....


Besok aku mungkin kejap kot aku online....Dalam pukul  12.00 hubby aku ajak balik kampung kat Perak....Ibu mertua aku bising dah lama tak balik kampung.....Mungkin kejap lagi aku terjah blog korang okey.....

Note: Kalau dah jadik blogger nie...dua hari tak dapat bukak blog pun rasa tak senang duduk hihihi....Yalah...aku tidak dapat tahu isu-isu terkini....dan peristiwa yang  berlaku di sekeliling kita....Korang pun rasa cam aku jugak ke?






 

23 April 2012

Telatah Syifa Di dalam Kereta

Hari nie lambat aku publish entry....sorry ya kawan-kawan...blog korang pun aku tak terjah hihihihi....sibuk melayan telatah syifa yang makin cerdik dan lasak...Aku bukak blog pun kejap-kejap....di sebabkan syifa pun ingin mengetuk keybord dengan jejarinya...

Jom! layan gambar syifa di dalam kereta semasa kitaorang keluar hari ahad hari tue...

Sibuk si syifa nie nak pegang stereng kereta...waktu nie...abahnya membeli barang...sementara menunggu...syifa lepak kat stereng kereta jap...

Bila besar boleh belajar kereta...bawak abah dan ibu...

Senyum seorang anak membuatkan hati seorang ibu sejuk...



Akhirnya senyum menunjukkan giginya yang baru nak tumbuh hihihi


Mood: Hari nie aku memang malas tak tahu kenapa hihihi....Biasalah perempuan...mesti ada time moodykan....

22 April 2012

" segmen : tambah follower tambah kawan "


Due-30 ApRiL 2012
JoM JoiN Ramai2..
SaLaM PerkenaLan Dan sesiapa rasa ingin menambah followers anda joinlah sekali

tag

Izan,Ibu aqil

Tasha Shila Di Taja Oleh Datuk

Gosip menyatakan  seorang artis di taja oleh datuk J adalah Tasha Shila. Datuk J memberikan sejumlah wang kepada Tasha untuk membeli akhbar Berita Harian sehingga satu lori banyaknya, manakala ahli kelab peminat pelakon itu seramai 40 orang membantu untuk menguruskan undian buatnya.Tasha jugak di katakan menempah bas untuk peminatnya menyaksikan detik gemilang itu di Arena Of Stars, Genting Higlands bersama bilik penginapan.

Wow! bertuah betul peminat  ahli kelab Tashakan.....

 
Tasha Shila dikatakan ada hubungan dengan Datuk J

 Jom! Kita tengok apa kata Tasha Shila

“Bagi saya, kemenangan ini adalah rezeki. Sekali pun benar saya ditaja untuk membeli undi, tetapi sekiranya takdir tertulis bukan rezeki saya, pasti malam itu saya tidak akan menang.

“Banyak sangat nama Datuk yang dikaitkan dengan saya sebelum ini. Ada Datuk T, Datuk K dan sekarang Datuk J. Apa pula kaitannya Datuk hendak menaja saya. Itu semua tidak benar. Saya tidak ada hubungan dengan mana-mana Datuk dan inilah kenyataan sebenar.

“Tidak dinafikan, saya mengenali Datuk J yang dimaksudkan. Masalahnya, kami hanya kenalan biasa dan saya mengenalinya menerusi rakan artis juga. Kami pernah bertemu tetapi turut ditemani teman artis lain. Kami berbual dan bercakap seperti rakan lain. Tidak lebih daripada itu dan tidak pernah wujud perasaan cinta antara kami,” katanya.

 “Saya bersyukur apabila dicalonkan dalam lima kategori popular dan hargai usaha dilakukan Berita Harian dalam menghargai insan seni baru seperti saya. Apabila sudah disenaraikan, pasti saya turut berusaha meraih undi dan TS Team turut melakukan ‘gerak gempur’ dengan mengundi saya. Saya rasa teman artis lain juga melakukan perkara sama.

“Selain itu, saya mengikuti hampir semua jelajah promosi yang diadakan ABPBH2011 dan ia saya gunakan sebagai medan untuk meraih undi peminat. Keluarga juga saudara mara turut membantu. Kebetulan ibu punya restoran dan mereka turut membantu mempromosikan nama saya kepada pengunjung supaya mengundi.

“Lebih daripada itu, saya tidak nafikan sewaktu bekerja sebagai promoter di Butik Prada, Pavillion, Bukit Bintang saya ada ramai kenalan dari orang biasa hinggalah yang berpangkat dan punya kedudukan.

“Mereka menjadi kenalan saya hingga sekarang. Pastinya apabila berhubung, saya meminta mereka menyokong kerjaya seni saya dengan me­ngundi saya,” katanya.

Mengenai bas dan bilik yang ditempah itu, kata Tasha, ia atas usaha kelab peminatnya dan sangat menghargai usaha mereka. Itu sebabnya Tasha mengambil peluang ke Genting Highlands menaiki bas bersama mereka serta meluangkan masa menghadiri jamuan ringkas TS Team selepas kemenangannya.

“Mengenai pengawal peribadi, perkara itu berlaku kerana salah anggap.

Sebenarnya, lelaki yang menjaga kawasan bilik di mana saya menginap itu bukan pengawal peribadi tetapi pemandu bas yang membawa rombongan saya ke Genting Highlands.

“Dia berasa terharu dengan layanan baik diberikan TS Team terhadapnya, apatah lagi dia seronok sepanjang bersama kami. Sebaik sampai, saya dan pembantu memintanya berehat di bilik tetapi dia secara sukarela mahu menjaga kami semua.

“Mungkin disebabkan itu, ada yang salah faham dengan menganggapnya pengawal peribadi saya.

Dia juga sa­ngat terharu kerana dapat memegang trofi yang saya menangi,” katanya.
 

21 April 2012

Apex Dah Putus Dengan Dahlia Teck

Korang mesti tahukan gosip terbaru apek gan seseorang....Aku malas nak komen banyak2....Lagipun apek nie muda lagi...macam-macam godaan....orang glamour dan duit banyak cam gitulah....Dan gosip terbaru yang aku baca kat SINI menyatakan apek sudah tiada hubungan lagi dengan Dahlia Teck aweknya...

Apex mengesahkan kepada majalah URTV  yang dia sudah berpisah dengan Dahlia Teck.

"Saya dah tak ada awek.Saya sekarang sudah single.Dalam keadaan sekarang,saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu.Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan",katanya dalam majalah urtv.


Kata Apex lagi " Apa sebenarnya tentang kami ,cukuplah saya dan dia yang tahu.Tidak ada punca orang ketiga.Saya lebih  senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soa cinta,"...Baguslah tue apek....

P/S; Apex nie ramai betul gosip dengan awek2....sesiapa yang rasa ingin nak jadi awek apex...tahap kesabaran mesti kena tinggi dan kuat...almaklumlah apex muda lagi dan mudah tergoda oleh awek2 cun...hihihi

Syifa bawak Beg


Besar betul beg syifa....beg nie dapat saguhati beli pampers...

Padahal beg nie berat...si kakak dah isi barang kat dalamnya...tetap jugak dia bawak....

Sentiasa tersenyum ceria....walaupun kadang2 bebanan tidak dapat di tanggung hihihi

dah penat bawak...duduklah pulak....

Nie kenapa pulak nie....mungkin sedih..si kakak tak nak melayan karenahnya....Sekarang syifa asyik merenggek jer dan air liur selalu keluar...mungkin nak tumbuh gigi lagi....Kesian pulak tengok keadaannya cam gitu....Anak korang kalau nak tumbuh gigi merenggek tak?


P/S: Ada tak sesiapa layan cerita korea kat tv 8 setiap malam jumaat? hihihi cerita tue best jugak...

20 April 2012

19 April 2012

Alhamdulillah...Tenet Dah Okey Dan Hadiah Fieda Dah Sampai

Selamat Pagi Semua....Hari nie baru aku dapat bersua kembali gan korang....Gara-gara kilat yang kuat hari tue...aku punyer modem tenet kena sambar petir....Padahal aku dah tutup cuma flat modem tue aku tak cabut....Nasib baik komputer okey.....

Modem tue terpaksa kena tukar.....Sebelum nie aku pakai modem kaler putih...sekarang kaler hitam.....Nasib baik tak kena bayar....sebab kitaorang dalam granty lagi.....Selamat duit hihihi


 
Fm di atas tue tanda ucapan Terima Kasih  dari fieda....kerana aku top 5 pengomen terhebat di blognya....Terima kasih fieda...cik rose dah letak dekat peti...Sorry lambat...sebabnya nak publish tak boleh...hadiah fieda sampai...hari tue jugaklah tenet kena sambar petir...

P/S: Kalau kilat...ada tak sesiapa yang on komputer atau laytop?...Bahaya....Aku kalau kilat tak pernah on...takut....

16 April 2012

Strawberi Cameron Higlands

Aku baru selesai masak,syifa dah tido...inilah time aku nak berblog pulak hihihi...Sekarang nak berblog susah sikit Kalau syifa ada...dia datang dekat aku menyibuk jejari keciknya  nak menekan keybord.Semalam aku online kejap jer...aku jenguk blog korang melalui tab aku...Kalau salah type atau salah eja harap maaf..hihihi...hari nie aku nak story pasal buah strawberi yang jiran sebelah umah aku kasi.Dorang pergi bercuti Cameron Higlands....Jeles pulak aku...(jahatnya...)


Jiran aku bagi satu kotak ..aku sorang jer yg melantak....cik hubby aku tak suka...begitu juga dengan anak-anak aku....kata dorang masam...Aku tibai jer...benda free...Kalau beli kat pasaraya  pasti mahal...

Note: Selamat Hari Isnin....Cepat betul waktu berlalu...Dah ganti Puasa semua?Aku belum ganti lagi...Kalau nak diet atau kurus bolehlah kita amalkan berpuasa...

15 April 2012

Siapa Suka Makan Sayur Taugeh

Aku terkejut jugak bila baca isu sayur taugeh nie dekat FB....Aku rasa ramai jugak yang suka taugeh....Kalau dalam nasi kerabu dengan char kuey teow  mesti ada taugehkan.....Emmm kalau di fikirkan macam2 sekarangkan....




Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.
hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

kepututsan yg mungkin boleh didapati...
lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.
kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya
langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman
taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.
siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2
taugeh tu.

dan kenapa taugeh jadik mangsa?
sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm
batangnya.
tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis
semasa proses
penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu
barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.
tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching
dgn taugeh2 bumiputera.

Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..
My Note: Sebelum beli sayur kena tengok peniaga dulu cina atau india.Kalau pergi Pasar...pernah nampak sayur  taugeh yang kaler putih berseri memang cantik segar jer.....(Nasib baik aku tak makan taugeh Korang makan tak?)

14 April 2012

Emmm Sedapnya Mempelam

Sila jamu mata dengan mempelam..Ada yang terliur tak?hihihi Kalau terliur cepat2 beli kat pasar atau pasaraya okey....Tadi berjogging....lepas berjogging makan mempelam...sedap manis lenting kata orang ganu hihihi...

Sebelum di kopek kulitnya...Ada dalam 5 biji cik hubby aku beli 2 biji aku dah melantak hihihi

Dah tinggal separuh baru teringat nak snap gambar....kuningkan isinya....

Pagi2 lagi aku dah melantak mempelam...Syif join sekali...

Khasiat Buah mangga ialah ia turut membuatkan pengaliran darah dalam tubuh berjalan lancar dan keadaan itu amat baik untuk lelaki ketika melakukan hubungan seksual, sekali gus membentuk gaya hidup seks yang lebih sihat.


Note: Kat sini langit mendung dari pagi hingga sekrg....hujan belum lagi...Tempat Korang Pulak?

13 April 2012

Teruknya Aku

Hai! Selamat Pagi Semua...Terima kasih aku ucapkan kepada sesiapa yang sudi baca blog aku...Walaupun aku tidak pandai menyusun ayat2 yang power hihihi...

Buat Masa Sekarang Syifa Baby Ibu hihihi


Tadi aku baca kat  Blog Intan  jeles pulak aku bila tengok scan baby  dan dia story pasal baby dalam kandungannya...Terukkan aku....hihihihi Sesiapa yang sudah menjadi seorang ibu pasti teringin merasai saat bahagia sewaktu mengandung walaupun anak yang ke berapa....
Aku nak tanya korang?Kalau korang dengar sahabat atau kawan kita mengandung?korang ada rasa teringin jugak tak ?hihihi....aku tanya ikhlas nie....Jangan tipu tau...Lagi-lagi yang susah dapat zuriat....huhuhu

Setiap ibu hamil ingin tahu: Berapa besarkah si-bayi anda sekarang? Sudahkah dia berambut? Bilakah kuku jarinya dibentuk? Apakah rupanya? Artikel-artikel di sini disertai gambar-gambar yang menunjukkan perkembangan bayi dalam kandungan (fetus atau janin) dari minggu ke minggu, termasuk saat-saat perkembangan yang terpenting, sepanjang kehamilan anda.

Anda juga boleh menonton video meninjau kehamilan animasi 3D kami yang menunjukkan perkembangan fetus atau janin anda dari saat persenyawaan hingga masa bersalin. Semua video tersebut disertai sari kata Bahasa.

Sebelum bermula, kami juga ada informasi bagi ibu-ibu yang ingin memahami proses ovulasi.


Fetal development diagram - conception

Persenyawaan

Saksikan apa yang berlaku bila persenyawaan dicapai.

Fetal development diagram - one month

Satu bulan

Bayi anda adalah embrio yang mempunyai two lapisan sel, yang kemudiannya akan bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu.

Fetal development diagram - two months

Dua bulan

Pada masa ini, saiz bayi anda adalah lebih kurang saiz kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Dia mempunyai jari tangan berselaput.

Fetal development diagram - three months

Tiga bulan

Pada masa ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan berat badannya lebih kurang separuh buah pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

Fetal development diagram - four months

Empat bulan

Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

Fetal development diagram - five months

Lima bulan

Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

Fetal development diagram - six months

Enam bulan

Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

Fetal development diagram - seven months

Tujuh bulan

Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

Fetal development diagram - eight months

Lapan bulan

Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

Fetal development diagram - nine months

Sembilan bulan

Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.


ultrasound scan

Bulan ke bulan dengan skan ultrasound

Lihat ringkasan kami mengenai perkembangan bayi anda dari dua bulan kehamilan. Dalam setiap bulan, terdapat gambar 3D yang interaktif dari imbasan yang mungkin memberi gambaran tentang rupa bayi anda.
Note: Walaupun sakit dan azab ketika bersalin...teringin mempunyai anak ataupun tambah bilangan anak tetap ada bagi seorang yang bergelar ibu....Betul tak?

12 April 2012

Abah Suka Syifa Kacau Ibu

Assalammualaikum

Alhamdulillah,hari ini 12 april 2012  maka genaplah  Nur Faqihah Syifa 1 tahun 1 bulan 8 hari....Kini makin banyak kerenah yang dimiliki oleh syifa,semakin pintar,suka memanjat dan belek buku kakak sekolah.

Sekarang nie udah pandai kacau aku  bila online,pantang dengar lagu rancak  mesti goyangkan badan dengan tangan sekali .Yang paling best suka sakat abang tengah tidur...hihihi geram tengok telatahnya...

Tapi sekarang syifa tak nak duduk dalam stroler,tapi aku paksa jugak...penat nak mendukung...dukung kejap bolehlah pastu kebas tangan...abah pun dah tak larat tak mau dukung syifa jugak...


gambar ni aku,snap time dia tengok tv,memang suka betul tengok tv lagi2 rancangan baby Tv hihihi



Senyum...Bila tahu ibu snap gambarnya...


 Gambar nie paling dekat aku snap....



 Syife time baby...lahir2 pipinya dah cubby tau...


Gambar nie...aku dalam pantang....Syifa lahir memang pipinya dah cubby dan rambutnya lebat

Note: Rasa-rasa korang berubah tak muka syifa dari baby sampai sekarang....hihihihi

Aidil Zafuan Tidak Akan Abaikan Anak-anaknya

Isu Rita gan Aidil belum settle lagi hihihi...Aidil menegaskan dia tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya....Baguslah kalau cam gitu....Jangan pulak lepas cerai abaikan anak-anak....Anak-anak bukan tahu apa pun....



``Gilalah Saya Kalau Abai Anak-Anak''
SEREMBAN – Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, menegaskan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon, Rita Rudaini Mokhtar.
Menurutnya, semua keperluan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna, 1, diuruskan dengan baik dan beliau sentiasa bertanyakan khabar mereka dari semasa ke semasa.
“Gilalah kalau tidak mengambil tahu tentang anak-anak. Saya tidak pernah mengabaikan makan minum mahupun susu mereka.
“Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai masalah rumahtangga kami berdua. Biarlah kebenaran terhadap perkara ini hanya diketahui oleh saya dan Rita,” katanya di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Rita Rudaini semalam yang mengakui menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Aidil Zafuan yang memaklumkan telah membuat permohonan untuk bercerai.
Menurut Aidil Zafuan, beliau mempunyai alasan sendiri untuk tidak pulang ke rumahnya di Kuala Lumpur tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya tidak mahu cakap kerana ia akan memburukkan lagi keadaan,” katanya.
Jelas pemain skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu, beliau tidak pernah menghilang atau melarikan diri daripada menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
Mengenai status perkahwinannya, Aidil Zafuan memberitahu, beliau tidak mahu berselindung dan mengakui telah memfailkan tuntutan permohonan bercerai di mahkamah.
“Saya telah membuat tuntutan itu dan saya menyerahkan segala urusan kepada peguam dan sedang menanti perkembangan proses tersebut.
“Saya tidak mahu memburukkan isteri dan tidak mahu masalah ini menjadi kontroversi umum,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap, semua pihak menghormati keputusan yang dibuat dan tidak membuat tohmahan atau menganggu kehidupannya serta Rita Rudaini selepas ini.
Aidil Zafuan, 25, dan dan Rita Rudaini, 36 bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008, setelah hubungan mereka tidak mendapat restu daripada keluarga pihak lelaki.

11 April 2012

Ular Tedung Selar Terbesar Di Benut Johor

Besar betul ular tedung selar menjalar kat pokok kelapa....Kalau sekali patuk terus kita mati.Aku rasa ular tedung selar nie warna kelabu...Korang nampak tak kepalanya....Eeiii menakutkan....

 
Ada orang cakap Mat indon yang tangkap gambar nie...aku pun tak pasti betul tulen ke tak gambar ni, tapi mengikut maklumat yang diperolehi ianya di jumpai di daerah Benut Johor.

 Memang besarkan....Tapi ular tedung selar sebesar nie memang wujud....Sebab adik aku yang lelaki pernah jumpa ular tedung  selar sebesar tue......Adik aku kerja jaga menjaga pencawang kabel nak menuju ke tempat kerjanya memang hutan tapi nasib baik jalan dah tar cantik...,waktu tue dia baru nak turun  dari bukit pencawang kabel  tiba2  ada ular tedung selar melintas terkejut adik aku terus break motor capuk dia.....

Adik aku cakap memang besar ular tue...Aku tanya dia ular sawa ke? dia cakap bukan.... ular tedung selar warna kelabu...Katanya.

Aku tanya dia balik macam tak percaya ada ular tedung selar sebesar  peha dia.Dia cakap memang betul...waktu adik aku tekan break motor dia...ular tedung selar tue terkejut dan mengembang.

Sewaktu ular tedung selar mengembang  paras ular tue atas kepala adik aku, perasaan adik aku ketika tue dah berdebar-debar,dia takut ular tue serang dia.

Di dalam hati adik aku mengucap dan berkata-kata" Aku tak kacau kau..kau jangan kacau aku ,aku cuma nak balik..." Lebih kurang 5 saat barulah ular tedung selar berlalu masuk hutan.Cuba korang bayangkan........ Aku dengar story dia seram giler....


Nota Kaki: Waktu adik aku story arwah mak aku ada lagi.....Arwah mak aku cakap mungkin juga makhluk jelmaan syaitan...Nasib baik adik aku tidak di patuknya,  mungkin juga  Allah itu Maha Besar dan  umur adik aku masih panjang lagi.........yalah niat adik aku nak bekerja..jalan tue hari2 dia lalu...Korang tahukan pencawang kabel yang tinggi tue...kalau kat kampung kat atas bukit kat dalam hutan pencawang tue ada...Setiap pencawang ada satu bilik untuk jaga tinggal untuk beberapa hari.Kerja macam nie ada jugak potongan KWSP..

Rita Akan Di ceraikan

Korang ada baca suratkhabar muka depan Utusan Tak?Kesian artis niekan....mungkin itu jalan yang terbaik buat mereka...Sempena  hari jadi ke-36 yang disambut esok akan menjadi kenangan paling 'meruntun hati' dalam hidup pelakon Rita Rudaini Mokhtar apabila dia menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, telah membuat permohonan untuk bercerai.



  Menurut Rita, pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri sudah memaklumkan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai permohonan perceraian itu.

Sms Yang di tuju kepada Rita

"Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak.

Apa kata Rita Rudaini...

 "Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya.  Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil 'menghilangkan' diri setelah keluar dari rumah mereka.



 Nota Kaki: Susah jugak kalau kawin tak dapat restu ibubapa dan mak mertua tak suka kita  emmm...

Aaron Aziz Dah Nak Jadik Rakyat Malaysia

 Tertanya-tanya juga apa status permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia. Maklumlah Zed Zaidi telah menimbulkan isu kemenangan Aaron Aziz kerana beliau orang luar.

Di sebalik polemik yang dicetuskan Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi mengenai isu pengiktirafan artis luar yang memenangi anugerah utama Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang, rupanya ada berita baik untuk peminat Aaron Aziz.

MyPR Aaron Aziz bakal dikeluarkan



Permohonan Aaron Aziz untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap di Malaysia dikatakan telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan. Cuma mereka masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat pengumuman dan masa terbaik bagi pelakon filem Ombak Rindu itu untuk mengambil MyPR, kad pengenalan berwarna merah untuk permastautin tetap di pejabat tersebut.

"Sebenarnya dah diluluskan cuma tunggu untuk diambil", katanya ringkas.

Perkara tersebut dikongsi sendiri Aaron yang ditemui sebaik selesai wawancaranya bersama Berita TV9 petang semalam. Aaron bagaimanapun enggan mengulas lanjut. Petikan dari  www.gua.com.my
GUA merasakan isu yang ditimbulkan sengaja digembar-gemburkan ekoran perhatian yang telah diberikan oleh media tempatan khususnya penerbit filem, stesen televisyen dan stesen radio kepada bintang kelahiran Singapura itu.

GUA hairan dengan sikap sesetengah artis tempatan yang cepat melatah dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka seakan-akan masih mahu bergantung pada tongkat dan mengelak untuk berusaha dengan lebih gigih bagi memperbaiki kekurangan mereka sendiri.

Tidak keterlaluan jika GUA katakan mereka ini merupakan golongan yang merasakan mereka jaguh kampung tetapi masih tidak berani bersaing di kampung sendiri. Cukup gentar apabila ada orang luar berjaya di kampung sendiri tanpa mahu mempelajari apakah rahsia kejayaan mereka bagi mengangkat taraf diri sendiri agar setanding dengan orang luar.

Jika sifat begini diteruskan, tidak ke manalah artis tempatan sebaliknya hanya menjadi ayam kokok di parlimen ciptaan mereka sendiri tanpa sedar tidak semua artis berpaksikan parlimen yang mereka cipta.

Lebih mendukacitakan apabila tentangan tersebut dilakukan terhadap ahli Seniman sendiri dan perkara ini diakui sendiri oleh Aaron yang mengesahkan dia merupakan ahli Seniman yang memiliki nombor keahlian yang sah. Bukankah Seniman sewajarnya melindungi ahli persatuan mereka dan bukannya sebaliknya?

Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang berlangsung Ahad lalu mengiktiraf Aaron Aziz selaku pemenang anugerah utama Bintang Paling Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Pemilihan pemenang dilakukan oleh pembaca akhbar Berita Harian.

  Nota Kaki:Memang rezeki betul Aaron Aziz....Tahniah....Kredit SINI

Segmen : Blogwalking & Review Miss Z


Memandangkan hari ni aku tak de buat ape2,so aku nak join segmen ni..  : D
Kepada sesape yg ingin join klik banner di atas...
Selamat BW dan ber'review'... (^_^)

tarikh tutup : 14/4/2012.
2 petang.

"Segmen Blogwalking & Review By AzRiey"

Korang nak join jugak???
klik  banner di atas ...:)

TARIKH TUTUP 17 APRIL 2012...
 
Syarat-syaratnya:-
1.Buat entry bertajuk "Segmen Blogwalking & Review By AzRiey"
2.Then letak banner ni dan link kan ke blog Riey
3.Then follow blog Riey yang tak seberapa ni yer.Follow Rie
4.Tak wajib tag kawan. Kalau nak tag juga tak ada masalah =). Pastikan mereka tahu.
5.Lastly tinggalkan link entry korang tu di bahagian komen entry Blog Rie
 
 
Di alu-alukan untuk yang ingin tambah follower dan review blog korang...

10 April 2012

Photografer Very Nice

Assalamualaikum....dan selamat Pagi....hari nie aku tak tahu nak publish entry apa.....Fikir punya fikir...terus aku bukak FB cuci mata layan gambar kawin....cantik-cantik gambarnya....Jom! Layan...Mana tahu yg tengah kerja boleh bukak mata sikit hihihi
Nie Bukan model tau hihihi tapi cam modelkan...
hahaha very nice photokan...
Sweetnya....

Gambar nie....dah macam alam lain pulak...
Romantiknya...pemandangan pun cantik....

 
Simple tapi menarik......

Korang pernah berangan tak ?nak photoshot satu famili? So sesiapa yang berangan nak photoshot satu famili pun boleh jugak tau....cukur jambul,birthday party...semua boleh...hihihi...




Banyak lagi contoh photoshot....aku sempat upload yang nie jer....Cuci mata Di pagi hari....Gambar di atas tue bukan Syifa tau...

Nota Kaki: Sesiapa  yang rasa nak photoshot yang kreatif klik  Pak Ngah  Tue tuan punyer FB