18 October 2014

Kek Kuali

Assalamualaikum....

Kek kuali korang pernah rasa tak hehehe....first time dengar....terasa pulak nak buat...Sebelum aku cuba resepi nie...aku share gan korang dulu ya...



Gambar nie yg sudah siap untuk di mkn..








Jom Tengok resepi kat bawah....nampak macam senang jer....macam buat lempeng...cuma acuannya lain...


  • 5 biji telur
  • 1 cawan minyak sapi tulen
  • Setengah cawan gula halus
  • 1cawan tepung
  • 6 sudu susu pekat
  • Setengah sudu baking powder
Cara-cara uli tepung

Pukul telur,gula hingga sebati sebiji-sebiji telur.
Pukul tak payah kembang asal sebati gula hancur jer....susu juga.
Pastu ayak tepung,baking...gaul mesra dan agihkan pelbagai warna dan perasa...merah rasa ros ke,hijau rasa pandan...dan seterusnya...tak kisah nak letak perisa apa ya...ikut selera korang.
Panaskan kuali dengan api perlahan..guna kuali seperti yang terdapat gambar di atas..jangan guna kuali rata..asal lengkung dan kalis minyak tak lekat...oleskan kuali dengan minyak sapi.
ambil 1 sudu besar adunan tadi diatas kuali yg kita oleskan minyak sapi....macam nak buat lempeng hihihi....gelekan separuh masak lipat 2 okey tekan 2 sekejap untuk lekat dan angkat.
Ambil pula adunan 1 sudu besar setengah lagi gelekan separuh masak...ambil yang no 1 tu letakkan di atasnya dan lipat menutupi. Masak jap sambil tekan2...okey dah masak angkat...
Ambil lagi 2 sudu besar adunan leperkan lagi separuh masak ambil lagi kek yg sudah berlipat tadi..letakkan dan tutup lagi.
Begitulah seterusnya...hingga 7 sampai ke berapa yg korang mau lipat ya...Jangan pening ya...cuba dulu resepi nie....memang sedap....Sekali cuba akan tahu hasilnya...

Aku copy kat FB kawan Kak Noriah Ina





15 October 2014

filem seram, The Exorcism of Emily Rose



Assalamualaikum.....Kisah benar yang berlaku kepada gadis yang bernama Anneliese Michel...aku dah tengok filem nie...memang seram giler wei....



Kalau berani boleh tonton hihihi


 Dilahirkan pada 21 September 1952 di Jerman, Anneliese Michel menjalani kehidupan normal sama seperti gadis seusianya.


Anak kepada pasangan Josef dan Anna Michel ini dibesarkan dalam pegangan Katolik yang kuat.

Anneliese bersama keluarganya
Gadis ini dikenali sebagai seorang yang periang dan disukai ramai. Namun, itu semua sebelum Anneliese ditimpa penyakit misteri yang bermula pada tahun 1968.

Pada mulanya, doktor mengatakan gadis ini sekadar menghidap penyakit batuk kering. Dia diberikan rawatan di Hospital Mittelberg, Jerman. Setelah sembuh, Anneliese dibenarkan pulang semula ke rumah.

Seperti biasa, Anneliese memulakan persekolahan di sekolah menengah Aschefenburg. Semuanya bermula dengan lancar sehinggalah Anneliese tiba-tiba diserang penyakit misteri. Anneliese menghadapi kesukaran untuk bertutur.


Anneliese Michel semasa menderita kerasukan
Dia juga sukar berjalan dan sering berpaut pada meja, kerusi atau apa-apa sahaja yang berada dalam capaiannya untuk berdiri.

Pada tahun 1973, Anneliese mula ditimpa kemurungan yang serius. Perubahannya mendadak dan disedari oleh orang-orang disekelilignya.

Semasa upacara menghalau syaitan
Keadaan itu berlanjutan agak lama sehinggalah dia mengadu melihat bayangan misteri yang menyeramkan dan sering menghantui dirinya.

Anneliese sering menggambarkan bahawa dia melihat raut misteri wajah syaitan pada dinding rumahnya. Anneliese menyatakan bahawa syaitan itu mempunyai tujuh tanduk dan mahkota.

Bukan itu saja, ahli keluarga juga pernah beberapa kali melihat Anneliese dalam keadaan tercampak, seperti dibaling ke tanah.

Yang misterinya, tidak kelihatan sesiapa pun yang memperlakukan gadis itu sedemikian rupa.

Pernah suatu hari, sewaktu mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam, kedua-dua tangan Anneliese secara misteri membengkak secara mendadak sebelum dia terlambung ke belakang daripada kerusi yang didudukinya. Gadis itu hanya mampu menjerit meminta pertolongan.

Josef dan Anna tahu ada benda misteri berlaku dan menggangu Anneliese. Apatah lagi keadaan gadis itu semakin buruk setiap hari. Dia mula mengamuk dan melakukan perkara pelik dan misteri termasuklah menjilat air kencingnya sendiri.

Anneliese memakan lalat, labah-labah dan juga pernah menelan kepala burung yang sudah mati. Pada ketika yang lain, gadis itu akan merangkak masuk ke bawah meja dan menyalak seperti anjing selama dua hari.

Menjerit dan mengoyakkan bajunya sudah menjadi aktiviti misteri yang dilakukannya setiap hari.

Tidak sanggup melihat anak gadis mereka terseksa, pasangan suami isteri itu bertindak menghubungi paderi, dengan harapan paderi akan menggunakan cara alternatif untuk memulihkan keadaan misteri yang dialami Anneliese.

Sebelum bersetuju memberikan khidmat exorcism kepada Anneliese, Paderi Arnold pernah membawa gadis itu bertemu ramai doktor untuk merawat penyakit misteri itu namun buntu.

Menurut doktor, Anneliese menghidap sejenis sawan dan hanya diberikan pil bagi membantu menenangkan dirinya.

Dua orang paderi yang mulanya tidak percaya Anneliese dirasuk terdiam apabila mereka menyaksikan sendiri bagaimana gadis itu dilambung dan dihempas secara misteri ke lantai tanpa ada sesiapa yang mengangkat atau mencampakkannya.

Melihatkan keadaan misteri yang mengganggu gadis itu, pada tahun 1975, ketua paderi dikawasan tersebut telah memberi kebenaran kepada Paderi Arnold Renz dan Paderi Ernst Alt untuk menjalankan ritual exorcism (pengusiran syaitan) terhadap Anneliese.

Rawatan berlangsung selama 10 bulan untuk merawat penyakit misteri tersebut. Dalam tempoh itu, sebanyak 67 kali ritual tersebut dijalankan.

Setiap minggu, beberapa kali gadis itu menjalani kaedah spiritual yang menyeksakan. Kesemua ritual untuk menghalau gangguan misteri itu turut dirakamkan dalam bentuk audio.

Anneliese turut menghadapi kecederaan lutut yang serius sepanjang menjalani proses exorcism. Gadis ini perlu melutut lebih daripada 600 kali setiap kali ritual yang memakan masa berjam-jam lamanya.

Hasil daripada ritual untuk menghalau gangguan misteri tersebut, kedua-dua paderi mendakwa dapat mengesan enam jenis syaitan yang telah merasuk Anneliese iaitu Judas, Lucifer, Hitler, Nero, Fallen Priest dan Cain.

Sekalipun telah berpuluh-puluh ritual dijalankan untuk menghalau syaitan misteri yang dikatakan merasuk tubuh gadis itu, semuanya gagal.

Anneliese terus hidup terseksa dan akhirnya meninggal dunia pada 1 Julai 1976, selepas lapan tahun bertarung dengan 'penunggu misteri' yang menguasai dirinya.

Hasil bedah siasat mendapati kematian misteri Anneliese Michel disebabkan kekurangan air dan zat makanan. Dia juga menghidapi demam panas dan Pneumonia ketika itu. Berat badan Anneliese sewaktu kematiannya hanyalah lebih kurang 30 kilogram.

Dua tahun selepas peristiwa misteri itu, mahkamah memutuskan kedua-dua ibu bapa Anneliese beserta dua paderi yang merawatnya didapati bersalah atau tuduhan menyebabkan kematian Anneliese. Kesemua mereka dipenjarakan selama enam bulan.

Selepas lebih 30 tahun kematian Anneliese yang begitu misteri, banyak pihak yang semakin meragui dia benar-benar dirasuk. Mereka mempersoalkan ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.

Ramai yang bersetuju bahawa Anneliese mungkin menderita kerana penyakit schizophrenia atau sejenis gangguan mental. Jika diberikan rawatan yang betul, mungkin Anneliese masih boleh diselamatkan.

Namun, dari sudut lain pula, tiada siapa mampu menerangkan kejadian misteri bagaimana gadis itu dilambung dan dihempas ke tanah.

Begitu juga dengan rakaman audio yang memperdengarkan suara misteri yang pelik Anneliese yang dikatakan berbicara dalam bahasa kuno lama yang sudah tidak digunakan lagi ketika itu.

Sehingga kini, persoalan misteri apa sebenarnya yang membunuh Anneliese masih menjadi tanda tanya. Tiada jawapan tepat yang dapat diberikan.


Malah, kisah misteri yang menimpa Anneliese turut diangkat ke layar perak menerusi filem seram, The Exorcism of Emily Rose yang ditayangkan pada tahun 2005.

Sumber infoduniaaku.blogspot.com

♥ BUY ★ SHARE & WIN!!!


posted from Bloggeroid


Assalamualaikum semua rakan blogger.. Belek-belek feed blog tadi.. tiba2 dapat lak idea nak buatPROMOSI BELI - SUSTAINED RELEASED VITA-C nie dgn HARGA RM80 (including postage) & dapat FREE BUTTERFLY SHAWL GLITTER yg sweet sgt nieee!! 
Sapa tak kenal produk Shaklee yang semakin mendapat nama dalam kalangan rakyat Malaysia kan?
Semua blogger dijemput untuk menyertai ♥ BUY ★ SHARE & WIN!!!  ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog ini

2. Like Fanpage Sponsor

 https://m.facebook.com/Momshealthbeauty

3. Buat entri bertajuk : ♥ BUY ★ SHARE & WIN!!

4. Copy image location


dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.


5. Buat pembelian 1 botol Sustained Release Vita-C nie dengan & Sms/whatsapp resit pembayaran sekali.
❤ Azah 
❤ Sms/Wasup : 013-7385750

6. Selepas selesai pembelian...Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI 
komen 
Saya suka dengan vitamin shaklee ni sebab hadiahnya sangat menarik dan VITA-C ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang inginkan kulit yang cantik!
Nyatakan sekali Bulan Kelahiran korang ye utk saya letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus bolehla wish birthday nanti ye (x_X)

*** Saya akan pilih 10 pemenang yg bertuah memiliki "Shawl butterfly glitter" nie ye! Mengikut kerajinan uoolss blogwalking di blog sy nie...sila komen kat shoutbox ye! So kira yg paling kerap singgah di blog nie ye! mudahkan..ok (^^)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014
 ** Nie 1st time saya wat Promosi Beli & Menang nie! Diharap mendapat sambutan & sudi2la uoollss join ye! Insyaallah lepas nie mana tau saya nak bagi vitamin free pulak kann kat uoollsss yg join ♥ BUY ★ SHARE & WIN nie ye!!!

THANK YOU!!!!

14 October 2014

Cadar patchwork..100% cotton

Assalamualaikum....

Selamat petang semua....hari nie nak story pasal cadar yg tgh hot di pasaran dan menjadi trending di dunia online

Cadar patchwork ...100%  cotton,selesa..mudah  di kemas dan yang paling penting  corak2nya sangat2 cantik...

Saya juga dah fall in love dengan cadar patchwork,saya jual dengan harga murah....jemput2 followers semua cuci mata dekat Facebook Jijah if berkenan  apa lagi cepat-cepatlah order sebab cadar patchwork saya nie...terlajaklah laris selalu sold out...apa tunggu lagi....Saya jual dengan harga yang sangat2 murah berbeza dengan bisnes online yg lain...Nanti bila kehabisan stock barulah menyesal...Kalau  you all dah berkenan...cepat2 booking dan bayar payment cepat2...sebab saya guna konsep "siapa cepat dia dapat"

Kalau you all betul2 berkenan boleh whatshapp,Wechat  atau add saya kat Facebook

Wechat id: hms_jijah
Wasup:017-5196218
Facebook: hamizah mieza


Sekian Terima Kasih


Aku tolong promote...korang nak cadar murah boleh singgah ya...





12 October 2014

PROFIL KIM TAE HEE

Profile
Name: 김태희 / Kim Tae Hee (Kim Tae Hui)
Nickname: Angel
Profession: Actress and model
Birthdate: 1980-Mar-29
Birthplace: Ulsan, South Korea
Height: 165cm
Weight: 45kg
Star sign: Aries
Blood type: O
Family: Older sister and younger brother/actor Lee Wan
Talent agency: Namoo Actors
TV Shows
My Princess (SBS, 2010) as Lee Seol
IRIS (KBS2, 2009) as Choi Seung Hee
Love Story in Harvard (SBS, 2004) as Lee Soo-in
Nine Tailed Fox (KBS2, 2004)
Stairway to Heaven (SBS, 2003) as Han Yu-ri
A Problem At My Younger Brother’s House (SBS, 2003) as Park Soo-jin
Screen (SBS, 2003) as Kim So-Hyun
Let’s Go (SBS, 2002) sitcom
Mr. Q (SBS, 1998) as

Movies
Grand Prix (2010)
Quarrel / Venus And Mars (2007)
The Restless (2006)
New Citizen (2002) short Indie film
Last Present (2001, cameo)
Awards
2009 : KBS Drama Awards: Best Couple Award (with Lee Byung Hun in IRIS)
2009 : KBS Drama Awards: Novella Drama Excellence Award – Actress (IRIS)
2007 : 44th Grand Bell Awards: Overseas Popularity Award
2007 : 43rd Baeksang Awards: Popularity Award
2005 : 41st Baeksang Arts Awards: Drama Popular Award
2004 : SBS Acting Awards: Best Popularity Award for Love Story in Harvard
2004 : SBS Acting Awards: 10 Stars Award
2004 : KBS Acting Awards: New Actor Award for Nine Tailed Fox
2003 : SBS Acting Awards: New Star Award for Stairway to Heaven

Endorsements
LG Cyon (phones) , S-Oil (oil company) , Ohui (cosmetics)
Iriver (electronics) , Vivien (underwear brand) , Crencia
Klasse (appliances) , Coca-cola Fresh Healthy Tea (Japanese Green Tea) , KT , Hera (cosmetics) , Hyundai card – Hyundai capital
SI (clothing brand) , Nestea , Daewoo LCD TV , Zec , Innisfree Haustory , My House My Root , HBC Bank , Calli Cosmetics
Beans Avenue Coffee , Crown Cookie , Caspi Conus
Jinro , Laneige , Hime , Vince , My Jet
Trivia
Debut: CF Model
Education: Ulsan Women High School, Seoul National University (Bachelor’s degree in Fashion Design)
Religion: Christian (Roman Catholic)

SINOPSIS My Lovely Girl / She's So Lovable

Drama Korea Terbaru " My Lovely Girl" akan di tayangkan tidak laa lagi....tak sabar nak tengok Rain berlakon baik....Heroin Kristal


Jom Baca Sinopsis Lanjut


  • Judul : 내겐 너무 사랑스러운 그녀 / Naegen Neomu Sarangseureowoon Geunyeo
  • Judul Lain: My Lovely Girl / The Woman Who's So Lovable to Me
  • Juga Dikenal Dengan: 송포유 / Song for You
  • Genre: Music, Romance
  • Episodes: 16
  • StasiunTV: SBS
  • Masa Tayang : 2014-Sep-17 s/d 2014-Nov-06
  • Jam Tayang : Rabu & Kamis PKL. 21:55
  • Sinopsis Ringkas :
    Drama Korea My Lovely Girl bercerita tentang Hyun-Wook (Rain) adalah seorang presiden/Ceo sebuah perusahaan hiburan, komposer & produser handal. Dia kehilangan kekasihnya dalam Insiden kecelakaan/kemalangan. Hyun-Wook kemudian bertemu dengan adik dari bekas kekasihnya yg telah meninggal bernama Se-Na lakonan Kristal. dan seiring perjalanannya waktu Hyun-Wook (Rain) dan Se-na (kristal) jatuh cinta.

    Hyun Wook (Bi) adalah CEO dari Perusahaan sebuah agen bakat/hiburan bernama  AnA . Dia adalah penulis lagu yang hebat dan seorang produser yg dingin yg tidak  ambil peduli apa-apa  di luaran namun sebenarnya ia memiliki sifat yg sensitif dan baik hati. Hyun Wook Hidup dalam kesulitan karena ia tidak dapat melupakan bekas kekasihnya yang meninggal dalam Insiden kecelakaan, dia menyaksikan kemalangan tersebut di depan matanya sendiri...di saat terakhir bekas kemalangan itu kekasihnya meninggal di pangkuannya..

    Sehinggalah adik dari bekas kekasihnya , Se Na (Krystal Jung), pindah ke Seoul untuk mengejar kariar  menjadi  seorang penyanyi.Mimpinya di Dunia Musik dan Hyun Wook  membantu Se Na untuk mencapainya. Bagaimanakah kisah selanjut....Jom! tengok online ataupun dekat Astro 393

    Menarik jugak sinopsisnya....nak tengoklah nanti...

    Dapat Doodle....Alahai Cutenya...

    Assalamualaikum....

    Aku sebenarnya dah lama tak buat entry....sibuk memanjang....pagi2 lagi...aku duk  sibuk jenguk pokok bunga,sekrg nie tgh kemaruk tanam bunga rose jepun dengan bunga rose...

    Dah melalut...sebenarnya aku nak citer aku dapat doodle...dapat doodle free sebab aku follow satu blog adik nie.....rupa2nya aku followers yang ke 100....Alhamdulillah...dah lama tak dapat benda free hihihi..

    kat bawah nie aku copy paste jer...apa yg tertulis kat blognya...Kalau korang nak singgah atau follow boleh klik SINI

    Doodle Untuk Followers #100 - Cik Rose Cute

    Assalamualaikum and Peace be Upon You 


    Dah buka internet awal-awal. Tapi waktu tu baru 99 followers. Kemudian, pergi lukis doodle apa tah sampaii berapa jam. Tengok-tengok internet balik.. Eh, dah 101 followers (waktu tu)? 


    Dah lama rancang bila followers dah cecah 100, akan buat hadiah untuk followers nombor yang 'special'...Dan juga pemberi komen terbanyak setiap bulan. (Tapi yang tu tangguh dulu, sebab tak ramai orang yang sama komen. '--') 

    Okey! Cukuplah intro yang meleret tu. Sekarang dirasmikan.. Doodle Untuk Followers! ^_^ Simple saja. Cuma follow blog ni, dan jika nombor anda special bagi saya, akan dapat doodle! Mudah kan? :3 

    Tapi! Itu tak adil untuk Blogger yang dah lama follow. Oleh itu, untuk siapa-siapa yang sudah siada asal follow tu, boleh dapat doodle free juga! Melalui art trade atau pengomen terbanyak setiap bulan.

    ----

    And here, for Cik Rose Cute~ ^_^
    Ini untuk Cik Rose Cute saja okey sayangs? Kalau aku tahu ada orang (selain Cik Rose Cute) save, siap kau! -_-   

    Macam pelik saja kan? Huhu, terutama bahagian ros dia tu. :p Al-maklumlah, doodler seorang ni baru tahap newbie, tak pandai lukis ros. '--' Jadi, tampal sajalah bunga ros di PicMonkey tu~ >.< Inilah jadinya.
    Apa-apa pun, harap Cik Rose Cute suka ya? ^_^ 

    Terima kasih semua yang menyokong! :) Akhirnya.. Newbie ni sudah mencapai 100 followers! TT^TT Huu~ See you next time, InshaALLAH! *tata*

    p/s: Sorry bahasa macam rush semacam. Tangan tengah letih sangat-sangat ni. Seharian mendoodle, dah lah tak makan lagi, huhu.

    -tamat-

    Terima kasih ya dik...

    04 October 2014

    Tips hilangkan bintik-bintik chicken pox tanpa menyebabkan parut di Muka

    Assalamualaikum....

    Sekarang niekan musim chicken pox...So di sini aku ingin kongsikan tip yang menarik hilangkan bintik-bintik chicken pox tanpa menyebabkan parut di muka...kalau ada parut kat muka...kan susah....aku ada satu parut chicken pox kat muka...betul2 kat tengah dahi tau...dah susah dah nak hilang parut kat muka aku....aku kena chicken pox waktu aku darjah 6...tak mau dah nak hilangkan sekrg....aku syorkan petua nie untuk chicken pox yg masih baru lagi...

    Pemuda 1. 
    (Kenapa pemuda? sebabnye orang muda yang kate bukan orang tua. kihkih.)

    Cara ni sebelum ade parut maksudnya untuk elakkan parut. First skali, biarkan bintik-bintik tu semua kering sepenuhnya. Dia akan turns colour to dark choco tak pun kehitaman. Tu maksudnya dah kering la. Kalau belum jangan buat lagi sebab mungkin akan berdarah and confirm akan jadi parut.

    Second, amik vaseline. Murah je RM 5 untuk botol kecik boleh beli dekat farmasi. Colet dan letakkan kat atas bintik-bintik yang dah kering tu. Letak banyak sikit pun taper. Ingat tau letak banyak sikit. Tunggu lebih kurang 10 minit and try remove bintik tu. Youolls akan rasa senang je nak remove, tak sakit, tak berdarah and takkan tinggal parut compared kalau kopek begitu saja. Sakit wooo.


    Petua 1. 
    (Yang ni baru orang tua yang kata.)

    Cara ni pulak kalau memang dah ade parut. Contohnya kalau kudis yang belum kering lepas tu korang kopek pulak kan mesti ade parut nanti so bleh cuba petua ni. Tumbuk kan sikit kulit kayu manis yang buat masak tu. Tumbuk biar hancur sikit lah. Lepastu campurkan dengan bedak sejuk dan lumurkan pada tempat yang berparut. Cara ni lambat sikit memerlukan masa. Takpe nak cantik kan? kene sabar ye. heee.

    Sebenarnya aku baru jer terbaca kat blog LabyRinth  terus aku share kat sini....mudah untuk aku....manalah tahu anak aku pulak yg terkena penyakit nie...boleh guna tip nie....hihihi

    03 October 2014

    Dekorasi Bilik Tidur Anak


    dekorasi bilik tidur
    Assalamualaikum... Sebenarnya entri ini aku sajer publish kat sini senang nanti aku rujuk balik bila ada masa akan ku deko bilik anak dara aku hihihi....  banyak gambar yang menarik untuk tatapan korang  sebagai idea dan inspirasi.. Dekorasi kreatif bilik tidur ini sesuai untuk anak-anak kecil mahupun anak remaja korang okey...

    Pentingnya susunan perabot didalam bilik kerana ianya dapat memberi ruang yang selesa jika pandai menyusunnya. Rekabentuk dan saiz katil dan almari juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan ruang yang diingini.

    Jumlah penghuni bilik tidur juga penting untuk memilih katil dan almari yang sesuai untuk digunakan serta susunan yang sesuai. Peralatan tambahan seperti kerusi, meja dan rak juga perlu diambil kira agar bilik tidak kelihatan sempit dan sesak.

    Untuk kelihatan menarik, permainan warna dan hiasan bilik perlulah berpadanan agar suasana bilik menjadi menarik, segar, selesa dan tenang. Apa yang anda akan saksikan hanyalah sekadar idea untuk ilham serta inspirasi buat anda dalam mendekorasikan kreativiti untuk bilik tidur anak anda.

    dekorasi bilik tidur

    Untuk dekorasi bilik tidur agar ruang bilik kelihatan luas, Pilihan terbaik adalah semua perabot dan peralatan di letakkan rapat kedinding. Ini akan memberi lebih ruang kosong kepada bilik. 

    Sebaiknya juga pemilihan almari tidaklah terlalu besar. Jika tidak mencukupi, dapatkan almari yang rekaannya meninggi. Jika mahukan lebih ruang simpanan, dapatkan katil yang mempunyai ruang simpanan dibawahnya. Rak pula dapatkan jenis yang melekat di dinding.

    dekorasi bilik tidur dekorasi bilik tidur

    Untuk jenis perabot pula, dapatkan perabot yang kreatif rekabentuknya yang memberi kepelbagaian kegunaan. Ianya amat praktikal untuk meluaskan ruang bilik anda. Anda biasa menggunakan keluasan lantai untuk mengukur dan menyusun tapi ketinggian juga penting. Ruang kosong diatas pun jangan pula dibazirkan. Inilah pentingnya pengetahuan dalam dekorasi dan perlu kreatif.

    dekorasi bilik tidur 
    dekorasi bilik tidur

    Untuk sebuah bilik tidur yang di huni lebih dari seorang...Susunan dan rekabentuk perabot amat memainkan peranan penting dalam memberi keselesaan. Katil yang berfungsi 2 atau 3 dalam satu amat praktikal.  Rekaan kreatif seperti ini memang amat membantu dalam mengurangkan kepenggunaan ruang bilik.

    Jangan berlebih-lebih dalam dekorasi bilik tidur, biarlah sederhana tapi yang penting dapat memberi keselesaan buat penghuninya. 

    dekorasi bilik tidur 
    dekorasi bilik tidur 
    dekorasi bilik tidur

    Hiasan di dalam bilik tidur pula terpulang kepada minat dan kesukaan anak anda. Jangan pula anda terlalu mengikut citarasa sendiri. 

    Minta pandangan mereka dan beri sedikit kebebasan kepada mereka untuk menghias bilik tidur mereka. Tunjukkan contoh-contoh dekorasi bilik tidur kepada mereka sebagai panduan. Mungkin idea mereka lebih kreatif dari anda.

    dekorasi bilik tidur 
    dekorasi bilik tidur 
    dekorasi bilik tidur

    Begitu juga dalam pemilihan warna untuk dinding dan perabot. Berikan tunjuk ajar kepada anak anda dalam memilih warna yang sesuai. Jika anak anda berminat dengan satu warna, dapat tona warna yang sesuai. Terang dan gelap warna yang sama juga memberi variasi yang berbeza-beza.


    dekorasi bilik tidur 
    dekorasi bilik tidur 
    dekorasi bilik tidur

    Tidak salah juga jika kepelbagaian warna digunakan. Namun anda harus pandai menyusun kedudukan warna dan kesesuaiannya agar dekorasi bilik tidur tidak nampak berserabut dan janggal. Jika anda bijak bermain warna...suasana ruang akan menjadi menarik, yang sempit tampak luas dan yang suram menjadi ceria.

    dekorasi bilik tidur 
    dekorasi bilik tidur

    Semoga anda mendapat sedikit idea dan inspirasi dalam dekorasi bilik tidur anak anda. Anda perlu kreatif, dapatkan pelbagai rujukan agar anda tidak tersilap langkah. Penting juga idea dan pandangan anak anda dalam memilih dan menghias. 

    Bilik tidur adalah tempat peribadi...pastikan ianya kemas, selesa dan tidak membosankan untuk ketenangan dan kerehatan jasmani dan minda.

    Artikel ini ditulis diatas idea sendiri...Penulis bukanlah pakar dalam dekorasi tetapi sekadar berkongsi apa yang dipelajari dari pengalaman, pemerhatian dan bacaan. Terima kasih kerana bersama Relaks Minda

    Rujuk Deko

    01 October 2014

    Tempahan header dari Momshealth & Beauty

    Akhirnya selesai sudah...kerja mengedit...kalau tak sakit kepala...memikirkan tempahan yg belum di siapkan....hope you all puas hati ya...


    header nie yang terakhir...yg last aku siapkan....Pasni boleh relek sikit...hihihi...yang jadi lambat puncanya komputer aku asyik padam jer....tak tahu kenapa...huhuhu...Kalau nak tgk full boleh singgah Momshealth & Beauty  okey terima kasih

    Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, boleh tempah melalui:
    Facebook : FB Cherosliza Che Mat

    Whatsapp: 017-6302950