Buat Sendiri Racun serangga organik

Author : Cik Rose Cute | 5:04 PM | 5Total Comments |

Buat Sendiri Racun serangga organik
Racun serangga organik daripada pokok mambu (neem). Ia berkhasiat untuk menghindarkan serangga perosak untuk datang ke tanaman kita. Dan yang penting ia organik. ^^
Bahan :
1. 3 ranting (atau lebih) daun mambu
2. 5 sudu kecil bunga cengkih
3. 500ml minyak masak (kelapa sawit)
4. Pendidih dua tingkat
5. Pengisar
Kaedah:
1. Campur dan kisar dedaun mambu dan bunga cengkih bersama minyak masak sehingga halus
2. Panaskan bahan-bahan yang dikisar tadi dengan pendidih dua tingkat. Gunakan api kecil.
3. Masak antara dua hingga tiga jam untuk mengeluarkan ekstrak minyak neem itu
4. Setelah itu, biar sejuk dan tapis ke dalam botol simpanan
Cara penggunaan:
Campurkan 1 sudu meja makan minyak mambu + 1 sudu meja makan cecair pencuci pinggan + 1L air
Sembur pada tanaman yang terkena serangan perosak.
sumber dan kredit:
http://on.fb.me/1hQvRil


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ