28 August 2014

FANTASTIC GIVEAWAY BY FR

Assalamualaikum...

Klik banner to join

A contest by sis Farahana. Syarat yang mudah dan simple. Saya tag

Fieda
Izan
Cik Betty

22 August 2014

Segmen I Love Malaysia Bersama Cik POP

Klik Bendera Malaysia kalau you all nak join

Deadline : Sepanjang bulan kemerdekaan :) 11.59pm ( 31 Ogos 2014 ) 


I love Malaysia and I'm from Selangor

p/s : Jom join beramai-ramai. Tak kisah negeri mana janji kita semua rakyat Malaysia.

21 August 2014

Edit Header Dan Footer Blog Bukan Blog Kamu

Assalamualaikum...

Akhirnya siap jugak header dan footer untuk blog Bukan Blog Kamu  Jom! singgah dan tengok

Dekat header tuan blog gitahu tak payah letak gambar just letak nama blog jer...

Nie Footer....simple jer...
Terima kasih sudi menempah dengan akak ya...

19 August 2014

RESEPI KEK KASTARD PANDAN

Resepi kastard.

Bahan (A)
160 gm gula kastor 
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

Cara-cara
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. (Saya gunakan balik acuan yang digunakan untuk memasak kek tadi).
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..


Sedapnya.....teringin nak buat...takut tak jadi kui...kui...

18 August 2014

Cermin English Style

Assalamualaikum...Petang semalam pergi beraya rumah sepupu dekat bukit kuda Klang.Lama jugak aku melepak kat rumahnya...lepas sembahyang maghrib baru aku berangkat balik.Waktu sembahyang maghrib aku ternampak cermin comel nie tersimpan kat bawah...terniat pulak di hati aku ingin bertanya....cermin comel...dia guna ke tidak...lepas sembahyang aku tanya...dia cakap dah tak guna...sekarang nie...deco rumahnya dah lain...aku cakap gan dia...aku nak belilah....hihihi...dia cakap okey...terus angkut masuk kereta...

nielah cerminnya....comel tak....original nie...bukan bunga tamp[al okey...
Sajer nak menyibuk kat sini hihihi
Sebelum tak ada cermin dekat atas kerusi...
Sekarang dah ada cermin hihihi..Korang perasan tak suis utama rumah aku terpampang...sakit mata tengok....korang kasi pendapat camna aku nak tutup kotak tue...kikiki

Bentuk ruang tamu sekarang....sebenarnya...aku nak letak kerusi dua yg ada meja satu tue....tapi budget tak ada lagi...buat sementara...kerusi yg nie aku letak buat sementara.....

Akhirnya dapat jugak cermin tue...dah jimat sikit dah...thanks kepada sepupu aku...harga belum dia cakap lagi...


16 August 2014

Masalah keputihan

Assalamualaikum...



Keputihan adalah masalah yang kerap dialami oleh wanita, lebih-lebih bagi wanita yang sedang hamil dimana secara alaminya akan berlaku perubahan hormon semasa kehamilan  yang akan memicu kepada peningkatan pengeluaran cairan vagina serta penurunan pH. Ketidakstabilan ini juga  adalah antara punca utama yang yang memungkinkan tercetusnya masalah keputihan dikalangan wanita yang hamil.

Keputihan  ketika seseorang wanita itu sedang hamil  boleh dikategorikan sebagai normal jika cairan yang keluar berwarna jernih atau sedikit kekuningan dan kental seperti lendir dengan tidak disertai bau dan kegatalan. Namun jika cairan yang keluar disertai bau, gatal, rasa nyeri  ketika membuang air kecil dan warnanya pula telah bertukar kehijauan atau bercampur sedikit darah maka keputihan tersebut boleh dikatakan sebagai  abnormal dan risiko ianya mengganggu atau membawa kemudaratan kepada kesihatan ibu dan janin tidak terkawal.Maka rawatan yang sesuai semasa kehamilan amat diperlukan segera bagi mengelakkan  perkara –perkara yang tidak diingini.

Mitos dan fakta keputihan ketika hamil

1.   Mitos : Makanan seperti timun atau nenas seringkali dituduh sebagai penyebab keputihan  

Fakta: Keputihan bukan disebabkan oleh makanan tertentu dan tentusekali bukan nenas yang ternyata  kaya dengan vitamin C.Realitinya tiada makanan tertentu yang menjadi punca kepada berlakunya keputihan semasa atau sesudah hamil.

2.   Mitos : Pengunaan intimate wash atau antiseptik yang disangkakan dapat  mencegah keputihan.
  
Fakta: Penggunaan antiseptik sebagai pembersih vagina hanya  akan menyebabkan ‘gangguan’ kepada flora normal yang ada dalam vagina (lactobacillus ). Walhal , flora normal ini amat diperlukan  tubuh untuk mengawal vagina pada pH yg seimbang supaya  flora (kuman) abnormal tidak dapat membiak di kawasan tersebut seterusnya menghindari dari bahaya jangkitan keputihan ketika hamil

Bahaya keputihan ketika hamil

Kulat dan bakteria merupakan antara mikro organisma yang paling dominan dalam masalah keputihan abnormal ketika hamil.Kandidiasis  atau jangkitan kulat kandida  adalah penyebab keputihan terbanyak  yang dialami wanita hamil, diikuti oleh jangkitan bakterial vaginosis,trikomoniasis dan gonorrhoea.

Keputihan abnormal yang dialami wanita hamil boleh membahayakan  kehamilan ibu dan keselamatan  janin jika tidak diberikan perhatian khusus dalam kesegeraan merawatnya. Berikut adalah antara beberapa bahaya dan kemudaratan yang boleh berlaku jika seseoarang wanita mengalami keputihan yang abnormal sewaktu hamil :

1    Chlamydia
Keputihan yang dibawa  oleh   Chlamydia dapat menyebabkan berlakunya kelahiran  pra matang  pada bayi akibat pecahnya selaput ketuban sebelum tiba waktunya. Selain itu  juga boleh mengakibatkan keguguran malahan kematian ibu dan janin jika tidak segera ditangani dengan serius.

2    Kuman Herpes Simpleks
Keputihan yang disebabkan oleh kuman Herpes Simpleks dapat menyebabkan radang pada otak bayi (ensefalitis).

3    Candida Albican
Keputihan yang disebabkan oleh kulat Candida dapat meningkatkan risiko berlakunya (epilepsi) pada bayi.

4    Kuman  HPV
Keputihan yang disebabkan oleh kuman HPV boleh menyebabkan  gangguan penafasan dan gangguan pencernaan bayi sehingga boleh mengakibatkan kematian.

5    Neisserea Gonorrhoea
Keputihan yang disebabkan oleh Neisserea Gonorrhoeae dapat menyebabkan jangkitan pada mata bayi sehingga boleh mengakibatkan buta.

Terdapat banyak tulisan dalam artikel dan nasihat yang telah diberikan oleh pakar kepada wanita-wanita yang hamil supaya tidak memandang ringan masalah keputihan .Amatlah bertepatan sekali jika diamati risiko-risiko yang perlu ditanggung seandainya wanita hamil gagal bertindak dengan bijaksana dalam situasi ini

Plan Perabot Yg Perlu Di letak Di ruang tamu Dan Ruang Makan


Aku sajer nak listkan gambar perabot yg aku angankan di ruang tamu dan ruang makan....supaya senang aku nak ingatkan di kemudian hari....Sebelum beli plan dulu barang apa yg di perlukan sewaktu aku mendeco rumah aku hihihi....betul tak? taklah pening kepala nak fikir balik...

Berangan meja kecik nie....

nak buat reben dan letakkan dekat bantal nie....cute tak....beli jer kain...pastu jahit sendiri...aku ambik contoh kat Sini

frame bunga cute yg cun melecun...



jam comel nie pun aku nak jugak hihihi



Cermin ada pintu



lampu tinggi


rak nie pun cantik



rak nie...kalau letak dlm bilik mesti cantik



letak surat2 penting


rak nie letak atas tv cantik...



boleh susun kereta kecik hiasan kat dlm rak nie....pasti cute....Sebenarnya banyak rak cantik-cantik...malas aku nak google...semua cantik-cantik...harga pun cantik...


Segmen Tingkatkan Trafik Blog by Irsyahealthyhouse

Jom! Join Segmen: Tingkatkan Traffik Blog Anda

Segmen Tingkatkan Trafik Blog By Irsyahealthyhouse.blogspot.com

Jom Join Ramai2..
Nak Join Klik Banner diatas yer..
Due Date-26 Ogos..

kemaruk bunga jepun atau bunga pukul 10.00 pagi

Assalamualaikum....Selamat Petang...

Dah petang baru update entry...kebiasaannya waktu pagi...aku dah mengadap bunga...buang2 kudup-kudup yg dah layu hihihi....Jom Layan gambar bunga...
Kat kawasan perumahan aku...memang depannya ada kebun pokok pisang..tue kebun oarng hihihi...
atas divider..penuh denga bunga ros jepun dengan bunga rose..
kat depan aku punya owning pun aku gantung bunga....ros jepun...bila time pukul 10.00,cantiklah bunganya keluar...warna warni...suka tengok..
gambar dari dekat
tepi divider rumah aku....boleh di katakan penuh bunga....aku tak suka tanam banyak jenis bunga...aku just tanam 3 jenis bunga...ros jepun,bunga rose dan pokok bonsai

Itu ajer nak story...Terima Kasih Kerana sudi baca dan komen..

13 August 2014

Design Blog Eat Yummy Be Healthy Stay Pretty

Assalamualaikum...

Blog nie dah lama siap...baru hari nie nak story...aku sekrg memang sibuk....sibuk menanam bunga kikiki...Nantilah story pasal bunga...hari nie nak story blog yang cute nie....memang cute...perasan giler...


Kalau nak tengok full boleh klik header di atas...kalau korang singgah...boleh follow sekali ya....Okey terima kasih

11 August 2014

TIPS UNTUK SUAMI YANG ISTERI SUKA MEMBEBEL...

Assalamualaikum...

Hari nie terasa ingin share tip-tip untuk suami yang isterinya yg suka membebel....Ha...kepada yang ada isteri sila baca ya...kot-kot isteri you all jenis yg kuat membebel...


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab,
"Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

10 August 2014

Lagu Indonesia Terbaru Solat Malam

Assalamualaikum...


Jika malam kamu tak bisa tidur, Ambil wudhu ayuh tunaikan solat, 
Bersujud sambil kita berdoa, Insha'Allah hidup damai dan sentosa...

Jika fikiran kita sedang bingung, Yakinkan untuk minta pada Allah,
Memohon petunjuk jalan yang benar, In sha'Allah hidup tenang bahagia...

Para pemuda yang susah cari kerja, Ibu bapa yang punya anak lima,
Para gadis yang susah cari jodoh, Ayuh kau lakukan itu...

Mari kita sama-sama berdoa, Mari kita sama-sama memohon
Dekatkan hati kita dengan Tuhan, In sha'Allah masuk syurga...

Best dengar lagu nie....

06 August 2014

deco rumah Ala English Style Tapi Belum Jadi...

Assalamualaikum....para sahabat yg singgah sini...

Biasalahkan....nak raya semua sibuk deco rumah hihihi termasuklah aku.... separuh baru  hias...budget belum cukup...konon2 nak ruang tamu ala english style....belum cukup duit nak beli perhiasannya....beli sikit2...dulukan....ikut kemampuan hihihi

Langsir jahit sendiri....sarung bantal pun sama asalnya nak beli kain langsir tapaknya putih bunga tak kisahlah kaler apa..dah lari budget hihihi....tak mengapalah lain kali boleh beli tapi jangan time raya...memang tak cukup duit sebabnya semua nak beli...pening kepala cik hubby melayan karenah aku kikiki.....sebelum nie aku letak frame anak aku....alih2 aku tukar letak cermin hihihi

Asalnya..macam ginilah....Sebenarnya..banyak lagi nak kena hias..banyak benda yg aku berangan...dan banyak benda yg tgh aku fikir tgk budget dulu baru boleh beli apa yg aku angankan......Insya Allah kalau ada rezeki impian akan menjadi kenyataan...kalau dah cantik  boleh ambik gambar full...betul tak hihihi

korang perasan tak bunga panjang tue....aku gubah sendiri....jimat sikit....kalau beli kat kedai mahal...banyak beza dengan kita gubah sendiri..
.Tepi kiri kanan tue....kalau letak frama gambar kat atas nie lagi berseri-seri hihihi...bilalah dapat beli ya....ada sesiapa nak kasi tak kikiki (gurau aje...)
Gambar yang paling latest sekarang....keadaan ruang tamu...memang aku suka kaler hijau nie....memang cantik....rasa sayang pada cat hijau nie...kaler cat nie...bukan hijau apple tau....Karpet tue...guna karpet lama...karpet nie senang basuh...

Ruang makan dengan ruang tengok tv...belum deco apa-apa lagi.....tunggulah entry akan datang ya....Kat bawah ada tip-tip untuk mendeko ruang tamu ala english kotej...


Selepas sedikit pembacaan , menghias english kotej adalah berdasarkan beberapa elemen . So nanti barulah nampak betul2 english punya . hehe
  • Memilih skim warna anda, memastikan terdapat banyak warna jatuh pada dinding, dan lantai. Warna coklat, kuning, karat, oren dan hijau sesuai untuk melihat kotej Inggeris. Sudah tentu anda juga boleh menggunakan merah jambu .
  • Gambar hitam putih dalam bingkai antik,  rak buku kayu gelap yang dipenuhi dengan buku-buku lama, dan alat muzik yang primitif .
  • Satu mangkuk perak lama yang diisi dengan lemon segar untuk menambah aroma segar dan unsur kejutan.
  • Jika anda tidak mewarisi sekumpulan barangan antik, pergi membeli-belah di kedai berjimat cermat tempatan anda atau pergi jualan garaj. Anda bebas untuk mencari lampu besar lama, cermin berbingkai, lama tembikar dan kaca, pasu indah untuk diisi dengan bunga sama ada kering atau segar.
  • Set pemegang lilin, karpet buatan tangan dan kulit .
  • Langsir atau sheers Lacey bermotif bunga kecil berfungsi dengan baik pada tingkap anda . 
  • Dalam gaya desa Inggeris, dapur akan menjadi sedikit kecil, tetapi sangat terbuka dan lapang. Lantai kayu adalah paling sesuai .
Korang bolehlah tengok tip-tip di atas ya...

Giveaway #CikMielaBukaKedai


Assalamulaikum. Giveaway ini dibawakan oleh Cik Miela sempena pembukaan kedai Ladya Shops


Hadiah:
1x Long dress
1 x Long Tee
1 x Toup RM10 
30 x mystery gift untuk 30 peserta pertama
Gambar hadiah: 


Klik sini untuk join

Marshanda Kini Sudah Buka Jilbab

Assalamualaikum....


Bongkar! Inilah Punca Sebenar Marshanda Buka Tudung, Tidak Berhijab  - Penyanyi dan pelakon Marshanda Indonesia, mengejutkan peminatnya setelah mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lepas.

Dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejak empat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai, lapor portal Kapan Lagi.

Katanya menerusi akaun Instagram, “Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya.

“Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain,”katanya.

Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan penyanyi itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya.

“Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah,” kata peminatnya - Raisyyahrania.blogspot.com


Sedih pulak apabila mengetahui bahawa Marshanda telah bercerai dengan suaminya.....huhuhu

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 

05 August 2014

Gambar Raya 2014

Gambar nie edit guna software dlm tab...
Gambar yg tidak berapa nak cantik....abang ipar yg ambik huhuhu
Muka dah kurus....beza dengan tahun lepas raya.....muka bam-bam...

Gambar raya untuk kenangan....yg penting kaler baju nak ingat....nanti tahun depan tgh fikir kaler apa pulak untuk dipakai di pagi raya...kikiki


04 August 2014

Segmen Blogwalking Ogos By Karya Mahirah


Assalamualaikum & selamat malam.....korang beraya lagi ke? hehehe....Jom! join Segmen nie....kalau nak tengok syarat-syaratnya...boleh klik banner diatas ya...

01 August 2014

50 Fonts Cute Download

Assalamualaikum....

font cantik-cantik untuk korang download...font nie untuk edit tulisan untuk header....


Prévia e Links:
18. Garton; 19. Helve Cursive; 20. Grease; 21. I love what you do!!; 22. I love you; 23. Jump;
24. Rilakkuma 25. Janda Celebration Script; 26. Berkshire Swash (vá ao googlewebfonts, procure pela fonte, clique em add to collection e faça como disse acima ou como nesse turtorial); 27. Kaileen;


kredit Sini