Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com

Author : Cik Rose Cute | 3:07 PM | 3Total Comments |

Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com bermula pada hari ini sahaja, 19 Julai 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Kad Raya 2014 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

20 blogger yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan akan menerima kad raya dari Mia Liana. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Julai 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pesawat MH17 Ditembak Jatuh (Bukti dan Video)

Author : Cik Rose Cute | 12:46 PM | 0Total Comments |
Pesawat MH17 Ditembak Jatuh
KUALA LUMPUR: Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

The Kyiv Post, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, melaporkan bahawa perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu

Perbualan telefon kedua pula membabitkan anggota pemberontak bernama Major dan Greek.

Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.

Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.

Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).

Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.

Major: Mengenai pesawat ditembak jatuh di kawasan-Snizhne Torez. Ia adalah pesawat komersial. Jatuh berhampiran Grabove. Terdapat banyak mayat-mayat wanita dan kanak-kanak. Penduduk sedang melihat semua ini.

Siaran televisyen berkata ia sebuah pesawat pengangkut AN-26, tetapi ada perkataan Malaysia Airlines atas pesawat itu. Apa yang ia lakukan di wilayah Ukraine?

Soalannya dibalas oleh seorang komander militan.

“Ini bermakna pesawat itu membawa kumpulan pengintip. Mereka tidak seharusnya terbang. Perang sedang berlangsung. - astroawani





Kredit SINI


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Segmen: Kad Raya CikkMIraDotCom

Author : Cik Rose Cute | 7:32 AM | 2Total Comments |
Assalamualaikum, selamat pagi semua.. Pasti korang semua terkejut sebab pagi2 lagi Atikah dh join sebanyak 6 GIVEWAY termasuklah giveaway nii ... hah ?? Sbb nyerr dlm bulan RAMADHAN nii Atikah blm lagi join mana2 giveaway, n Atikah nk sangat2 kad hari raya.. hehe.. hope dpt ? :)

Jom join GIVEAWAY nii, comel betol kad hari raya nii :D


Tarikh Tamat : 20/07/2014
Tepat pukul 12:00 MLM

Siapa cepat Dia dapat..
Hanya 20 Orang SAHAJA tau ! 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Slot Akasia TV3

Author : Cik Rose Cute | 8:06 AM | 6Total Comments |


Sinopsis Drama Rindu Awak 200% Peratus Slot Akasia Terbaru TV3. Drama dari adaptasi Novel Rindu Awak 200 Liyana Hazim akan bersiaran mulai 15 Julai 2014 bagi mengisi Slot Akasia TV3. Drama terbitan Creative Skill Solution menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Zul Ariffin, Ayda Jebat, Jonathan Putra,Afzan Rahman, Karl Shafek serta ramai lagi. Jangan lupa saksikan drama Rindu Awak 200%  pada setiap isnin hingga khamis pukul 7.00 malam di Slot Akasia TV3.


rindu-awak-200

Barisan Pelakon Drama Sayang Awak 200%
  • Zul Ariffin sebagai Zill Faezrul Iqba
  • Ayda Jebat sebagai Armel Aisya
  • Mimi Ernida sebagai Daria
  • Zuhairi sebagai Zahirin
  • Jonathan Putra  sebagai Raizil
  • Adeline Tsen sebagai Irene
  • Karl Shafek Ibrahim sebagai Ilhan Darwisy
  • Afzan A.Rahman sebagai Azad
  • Fazahmaddaud sebagai Raziqah
  • Fathildani sebagai Iqbal
  • Fazah Mad Daud
  • Ika Nabella sebagai Nazneen
Sinopsis Drama Sayang Awak 200% Akasia TV3
Zill Faezrul terpaksa berkahwin dengan Armel Aisya kerana atas pilihan kedua ibu bapanya. Zill Faezrul pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan Armel Aisya kerana masih lagi terkenang akan kekasihnya yang sudah meninggal dunia sejak 5 tahun lalu. Manakala, Armel Aisya juga tidak bersetuju pada mulanya untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Namun untuk membuatkan bekas teman lelaki Armel Aisya cemburu dan membuktikan bahawa dia juga boleh bahagia, Armel akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan Zill Faezrul. Selepas berkahwin, masing-masing membuat haluan sendiri. Mereka juga tidak bersefahaman dan saling tidak melengkapi antara satu sama yang lain. Armel juga langsung tidak mengenali Zill Faezrul iaitu suaminya sendiri. Zill Faezrul yang sentiasa menghilangkan diri juga menimbulkan tanda tanya kepada Armel. Ada kalanya, Armel juga pernah berfikir siapakah gerangan Zill Faerul seorang jejaka kampung yang mampu memiliki sebuah kereta Range Rover Evoque.
Promo Drama Sayang Awak 200% Akasia TV3


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Luahan Hati Anak Lelaki Uncle Yang Langgar Peugeot CDM25

Author : Cik Rose Cute | 8:00 AM | 8Total Comments |
Assalamualaikum....Selamat Pagi..

Sekarang nie...heboh pasal video kes langgar kereta Peugeot CDM25 tuekan....Kalau you all  tengok video tue....macam tak berbaloi jer tuan punya kereta Peugeot CDm25 maki pakcik cina tue..Perempuan Islam yang memalukan diri sendiri...dahlah pakai tudung campur pulak dengan bulan ramadhan.Tak tahu menjaga tatertib dan sopan santun yg mulia menghormati orang yg lebih tua tak kiralah bangsa dan agama.Ramadhan gagal mendidik beliau kerana mengikut nafsu.Berdosa mengherdik orang yg lebih tua daripada kita walaupun apa kesalahannya dan apa bangsanya...Islam tidak mengajar kita seperti itu...Kat bawah nie luahan anak pakcik cina tue....  


Susulan dari insiden Peugeot CDM25 dilanggar oleh lelaki yang agak berusia berbangsa cina semalam kali ini anaknya tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan biadab pemilik CDM25.

Berikut luahan hati beliau:

To The driver of CDM 25, white color Peugeot 208, that was my father that you bullied. I am going to share this video with the whole f**king world to show what a f**king b**ch you can be even though your religion forbids it. And the worst thing is you harassed my father in the holy month of Ramadan.

What do you expect an elderly man will be capable of that you need to take the steering lock to hit my father’s car? I hope this rays you will reflect that you could be in lock up if my proceeded to charge you of harassment. 

But because my father has a kind heart, but i don’t. Especially to b**ches like you. You are now the f**king God Mother of all b**ches. - Robin Sim



Sumber mymediahubonline.blogspot.com

kami org2 Islam@Melayu memohon maaf kepada uncle berkenaan disebabkan perangai buruk perempuan ni. Dalam Islam, kami tidak diajar bersikap demikian dengan org yg berlainan agama. Adat dan adab Melayu kami juga mengajar supaya sentiasa bersopan dan saling menghormati. Jgn kerana perempuan ini, kami semua dianggap "tidak bertamadun".


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Full Template Ay Liana Ramli

Author : Cik Rose Cute | 8:23 AM | 2Total Comments |
Sebenarnya...blog dah lama aku edit....baru hari nie kesempatan nak wat entry..

Design full template dari Amy Liana Ramlan  tema blog adalah pink campur purple sikit-sikit...Kalau korang nak tgk full klik jer nama tuan blog tue...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Hukum Murtad

Author : Cik Rose Cute | 7:46 AM | 7Total Comments |
Bangga dapat tukar Agama huhuhu sedih pulak baca isu sebegini...



Wahida Abd Rahim? Kenapa Kau Isytiharkan Keluar Islam dan Peluk Agama Kristian Secara Terbuka? | Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah : Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ.
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.[6]

Ada pun berkenaan permintaan taubat, terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan dan ia menghasilkan lima pendapat:[7]
Wajib meminta orang murtad untuk bertaubat.
Dianjurkan meminta orang murtad untuk bertaubat.
Harus meminta orang murtad untuk bertaubat.
Wajib meminta taubat kepada orang yang asalnya kafir, kemudian memeluk Islam, kemudian murtad. Permintaan taubat tidak dibolehkan bagi orang yang asalnya Islam, kemudian murtad.
Orang yang murtad tidak perlu diminta untuk bertaubat melainkan memadai diperintahkan untuk kembali kepada Islam sambil diacukan pedang di lehernya.
Setelah mengemukakan lima pendapat di atas serta menganalisa dalil-dalil setiap pendapat, Syaikh Abu Malik Kamal bin al-Sayyid Salim hafizhahullah menjelaskan pendapat yang terkuat:[8]
Dalam pandangan saya, dan Allah sahaja yang lebih mengetahui, bahawa nas yang disampaikan secara terus kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hanya menunjukkan kewajipan hukuman mati terhadap orang yang murtad. Dan ini sudah merupakan ketetapan dasarnya. Akan tetapi jika imam (atau hakim) berpendapat untuk menundakan (hukuman) dan menilai permintaan taubat terhadap orang yang murtad sebagai langkah kebijaksanaan yang memiliki maslahat, maka hal itu boleh dilakukan, sesuai dengan perbuatan para sahabat yang (sememangnya) terpercaya.
Juga atas dasar keumuman firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Kemudian jika mereka bertaubat dan mendirikan solat serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Taubah 9:05]
Saya turut bersetuju dengan kesimpulan di atas. Dalam suasana banyaknya fitnah kepada Islam pada akhir zaman ini, sama ada dari kalangan umat Islam sendiri atau dari kalangan bukan Islam, adalah dianjurkan agar hakim menunda hukuman untuk tempoh yang tertentu agar orang yang menzahirkan tindakan murtadnya diberi kaunseling dan diajak untuk bertaubat.
Jika dirujuk kepada hukuman para tokoh al-Salaf al-Shalih rahimahumullah, akan didapati bahawa mereka berbeza-beza dalam menundakan hukuman.[9] Ada yang menjatuhkan hukuman bunuh serta merta, ada yang menundanya selama 3 hari, 20 hari, sebulan dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada kemaslahatan yang ingin dicapai dalam kes yang berbeza-beza. Walaubagaimana pun ingin ditegaskan bahawa sekali pun mereka berbeza-beza dalam tempoh penundaan, pada akhirnya hukuman bunuh tetap dijatuhkan jika orang yang murtad enggan bertaubat atau tidak menunjukkan harapan untuk bertaubat.

Dan jika mengikut Hadith sahih , ada tiga perkara yang menghalalkan darah Umat Islam dilalirkan jatuh kemuka Bumi ini ,

1. Murtad dan Tanpa sesal malah berbangga bila Murtad itu
2. Bermukah dengan Isteri orang lain
3. Hutang darah dibayar darah

Saya sokong hudud , jika tidak dibuat Begini Akan ramai lagi Umat Islam yang Bakal tidak hormat dan patuh kepada Islam ... Keluar masuk sesuka hati ..

Hari ini jika ada Melayu yang Cuba Murtad tidak Dibenarkan malah Akan Di kaunseling dulu kita nak tahu kenapa mereka ini nak Murtad ... Sehingga hari ini kita Umat Islam yang berbangsa Melayu Di malaysia tidak pernah ada Surat beranak Atau IC yang tulis Bangsa : Melayu .... Agama : lain lain . Allahuakbar

Dan bagi yang bukan Islam Cuba faham , hudud tidak terlibat dengan anda semua yang beragama lain .


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

bunga rose ala cik rose cute

Author : Cik Rose Cute | 7:08 AM | 1Total Comments |
Assalamualaikum......
nak story sikit pasal bunga yg aku tanam iaitu bunga ros.Aku memang minat bunga ros.....walaupun bunga ros nie cerewet untuk kita jaga......tetapi bila keluar bunga.......seronok rasanya.

Comel tak? hihihi hobi baru aku....kat depan rumah penuh dengan pasu gantung bunga rose jepun atau orang panggil bunga pukul 10 pagi...nanti banyak bunga baru snap dah story kat sini....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pelakon Filem Harry Potter Meninggal Dunia

Author : Cik Rose Cute | 5:46 PM | 3Total Comments |

New York - Pelakon filem "Harry Potter" ditemui meninggal dunia di daerah Death Valley, kata pihak berkuasa California, Jumaat. Ketua Polis Inyo County berkata, mayat beliau ditemui oleh pejalan kaki pada pagi hari tersebut, dan dipindahkan menggunakan helikopte.

"David Legeno yang melakonkan watak sebagai manusia serigala dalam filem "Harry Potter" disyaki meninggal akibat diserang demam panas, tetapi pemeriksaan forensik sedang dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.

Tiada tanda-tanda kekerasan ditemui," kata pihak polis


Bintang berbadan tegap kelahiran London itu adalah petinju profesional dan atlet bela diri yang melakonkan watak sebagai Fenrir Greyback, manusia serigala yang ganas dalam film Harry Potter.

Ia juga tampil dalam beberapa siri television dan film termasuklah "Snow White and the Huntsman", "Snatch", "Centurion" dan "Batman Begins".


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ