14 May 2014

Giveaway Eikingg





-Tekan Banner untuk join-


Hadiah yang ditawarkan : 
1. Blouse Black White
2. Peplum Maroon Baldu
3. Egg White Face Mask x 2
4.Shiseido Mask + Crystal Collagen Eye Mask x 2
5. Topup RM10


What I choose : 
1. Blouse Black White
2. Egg White Face Mask x 2
3. Topup RM 10


Tarikh tamat : 1 / 6 / 2014


10 May 2014

Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

09 May 2014

Drama Korea- Angel Eyes

Assalamualaikum....

Aku nak kongsi dengan korang...Drama Korea yang bertajuk " Angel Eyes ".Drama nie..memang menyentuh jiwa dan banyak bermain airmata...Malam tadi sempat jugaklah aku layan..sebelum tengok sediakan tisu.



Detail Drama:
  • Judul Drama: 엔젤아이즈 / Angel Eyes
  • Judul Cina: 天使之眼
  • Genre: Melodrama, Romance, Family
  • Jumlah Episode: 20 (To Be Confirmed)
  • Stasiun TV: SBS
  • Periode Tayang: 2014-April-05 sampai 2014-June-08
  • Jadwal Tayang: Sabtu & Minggu 21:55 WK
Sinopsis Singkatnya:
Dalam cerita ini, Park Dong Joo yang di lakonkan oleh (Lee Sang Yoon) dia adalah seorang doktor bedah. Dan sementara itu,Yoon Soo Wan yang di lakonkan oleh (Koo Hye Sun) adalah seorang pekerja emergency 119...Dan  ketika dia masih muda dia telah mengalami kemalangan bersama ibu kerana kemalangan itu Yoon Soo Wan buta dan ibunya meninggal, tapi operasi transplantasi mata memungkinkannya untuk bisa Yoon Soo Wan  melihat kembali... dan di saat itu juga mereka pertama kali saling jatuh cinta satu sama lain,,, akan tetapi suatu saat cinta mereka harus terpisah di sebabkan ada kejadian yang menimpa Park Dong Joo bahawa ibunya meninggal dunia akan tetapi Yoon Soo Wan tidak mengetahui bahawa ibu Park Dong Joo telah menderma mata kepada Yoon Soo Wan.Di sebabkan peristiwa itu Park Dong Joo terpaksa ke Amerika tinggal bersama untienya di sana.Namun, mereka bertemu kembali  12 tahun kemudian... bagaimanakah kisah selanjutnya,,Korang layanlah sendiri ya...
Pemeran / Pemain:
  • Lee Sang Yoon sebagai Park Dong Joo
  • - Kang Ha Neul sebagai Park Dong Joo (young)
  • Koo Hye Sun sebagai Yoon Soo Wan
  • - Nam Ji Hyun sebagai Yoon Soo Wan (young)
  • Kim Ji Suk sebagai Kang Ji Woon
  • Gong Hyung Jin sebagai Ghi Woon Chan
  • Seung Ri sebagai Teddy Seo
  • Hyun Jyu Ni sebagai Cha Min Soo
  • Jung Jin Young
  • Kim Yeo Jin
  • Lee Ha Yool
Tim Produksi:
  • Producer: Choi Moon Suk
  • Director: Park Shin Woo
  • ScriptWriter: Yoon Ji Ryun

Kesan ambil karbohidrat berlebihan

Assalamualaikum...

Dekat 2 minggu aku tak bukak blog gara2 desktop komputer problem...punca masalahnya adalah kipas tak pusing....sekarang kipas dah ganti baru...harap-harap tidak akan ada problem lagi pasni...banyak blog yang tertunggak...yang belum aku edit...kesian diaorang...Aku minta maaf sangat2...

Hari nie nak kongsi tentang kesan ambil karbohidrat berlebihan....sekarang aku dah kurangkan makan nasi....Alhamdulillah...berat aku berjaya turun dari berat 73kg hingga 66kg....tengah usaha lagi nak berat 55kg...harap-harap dapat target tersebut...

Tanpa karbohidrat, kita berasa letih dan lesu serta tidak bermaya kerana tubuh kekurangan glukosa. Tanpa disedari, setiap hari kita makan secara berlebihan, terutama makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, kuih-muih, kek, pastri, tepung gandum, kentang dan gula. 
Kita mengambil jumlah karbohidrat berlebihan tanpa disedari, sedangkan kalori diambil daripada karbohidrat tidak diguna disebabkan kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal. 

Kesan jangka panjang mengakibatkan terjadinya sindrom metabolik (Insulin Resistance Syndrome) yang juga dikenali sebagai Sindrom X.
Foto
KARBOHIDRAT menyebabkan kegemukan.

Sindrom X akhirnya menyebabkan seseorang menghidap penyakit kencing manis (diabetis mellitus) dan masalah kegemukan. Masalah ini berpunca daripada kesan turun naik melampau paras gula dalam darah setiap kali kita makan makanan berkarbohidrat tinggi.
Sebenarnya karbohidrat penting untuk kesihatan tubuh tetapi bukan semua orang sama. Ia dikategorikan mengikut kesannya pada paras glukosa dalam darah selepas makan dan ini dipanggil sebagai indeks glisemik (GI). 


Apakah indeks glisemik (GI)? 

Diperkenalkan pada 1981 oleh ahli sains, Dr Jenkins, GI dibentangkan dalam American Journal of Clinical Nutrition dan dijadikan panduan untuk menilai jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah serta kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia. 

GI dinilai antara kosong hingga 100. Nilai kosong ialah apabila makanan tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan paras glukosa adalah 100. Seterusnya nilai GI dipecahkan kepada GI rendah, sederhana dan tinggi. 

Makanan yang cepat hadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi (high glycemic index) dengan nilai GI lebih daripada 70. Makanan lebih lambat menjadi glukosa pula dipanggil GI Rendah (low glycemic index) dengan nilai GI kurang daripada 55. 

Nilai GI antara 56 hingga 69 pula dipanggil GI Sederhana (Medium glycemic index). Makanan tinggi GI menyebabkan kenaikan cepat paras glukosa dalam darah. 
Sebaliknya, makanan rendah GI menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur. 

Kadar kenaikan paras glukosa yang terlalu tinggi selepas makan tidak baik untuk kesihatan dalam jangka panjang. Kita perlu menstabilkan paras glukosa darah selepas makan untuk mendapat kesihatan lebih baik dan mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes), darah tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi, strok dan kanser. 

Oleh itu kita perlu memilih makanan berkarbohidrat dengan nilai GI rendah dan sederhana dalam pemakanan seharian dan perlu mengurangkan makanan mempunyai nilai GI tinggi. 

Nilai GI sesuatu makanan boleh dirujuk dalam buku tulisan saya “Lapan Rahsia Menguruskan Badan Tanpa Berdiet” atau membuat carian di Internet dengan menaip ‘Glycemic Index’ seperti dalam senarai di bawah. 


Contoh Makanan/ Nilai GI 

1. Roti dan Bijirin
 
• Roti Putih - 78 
• Nasi Putih - 77 
• Kentang Lenyek - 82 
• Beras Perang - 55 
• Pasta - 60 
• Mi - 80 
• Tepung Gandum - 75 
• Oat - 80 
• Bijirin Jagung - 54 

2. Sayur-sayuran 
• Lobak merah - 50 
• Asparagus - 15 
• Brokoliv15 
• Kacang Buncis - 30 

3. Buah-buahan 
• Epal - 39 
• Oren - 42 
• Pisang - 40 
• Kismis - 64 

4. Minuman/makanan ringan 
• Minuman bergas - 70 
• Teh tarik - 72 
• Gula pasir - 70 
• Madu - 87 
• Jus Oren - 80 
• Kacang pea - 10 
• Kentang goreng - 58 

Secara umumnya jika sesuatu makanan mempunyai GI tinggi, kita patut makan sedikit saja dan jika mempunyai GI rendah, kita perlu makan lebih banyak. 

Kita perlu memikirkan nilai GI sesuatu makanan berkarbohidrat sebelum makan. Contohnya, roti putih mempunyai GI=78 dan buah epal GI=39. 

Oleh itu, makan epal tidak akan memuncakkan paras glukosa dalam darah berbanding makan roti putih, menyebabkan kita lebih elok makan lebih banyak buah- buahan dan sayur-sayuran dalam pemakanan seharian untuk kesihatan yang baik. 

Journal of American Medical Association (JAMA) edisi Mei 2002 melaporkan, lebih 311 kajian berkenaan GI dijalankan dan kebenaran teori ini dibuktikan secara saintifik. 

Ia dijadikan rujukan berhubung cara pemakanan sihat, terutama untuk pesakit diabetes di Kanada sebagaimana dicadangkan Persatuan Diabetes Kanada dalam risalah yang menggalakkan pesakit diabetes mengamalkan makanan dengan indeks glisemik rendah dan sederhana sebagai cara mengawal paras glukosa dalam darah dan mengelak komplikasi diabetes jangka masa panjang. 


Mengapa kita perlu makan makanan yang mempunyai GI rendah dan sederhana? 

Apabila memakan makanan mempunyai GI rendah seperti beras perang dan oat, paras glukosa dalam darah lebih mudah dikawal selain membantu menurunkan paras kolesterol. 

Amalan makan makanan GI rendah seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berserat tinggi akan mengawal selera makan serta kajian mendapati ia menurunkan risiko mendapat penyakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi dan membantu mengelak masalah kegemukan. 

Makanan yang mempunyai GI rendah menyebabkan paras insulin menurun dan bagi pesakit diabetes, pengawalan paras glukosa darah menjadi lebih mudah. 

Makan makanan mempunyai GI tinggi secara berlebihan menyebabkan masalah perut buncit dan kegemukan. Ini kerana makanan ini menyebabkan glukosa berlebihan dalam darah disimpan sebagai lemak dalam sel lemak, terutama di kawasan perut dan dalam abdomen di sekeliling organ dalaman seperti hati, limpa dan usus. Keadaan ini menyebabkan seseorang kelihatan ‘buncit’. 

Kajian mendapati kebanyakan makanan proses seperti biskut, kek, pastri, roti, kuih-muih, kerepek, donut, mi, pasta, mi segera kaya dengan gula mempunyai nilai GI tinggi. 

Makanan ini mudah didapati di kedai dan menjadi pilihan kebanyakan kita. Tidak hairan masalah diabetes atau kencing manis semakin meningkat. 

Tepung apabila dimakan memuncakkan paras glukosa dengan cepat dalam badan, malah ia lebih cepat daripada kita makan sesudu gula. Ini kerana ia mempunyai nilai GI lebih tinggi berbanding gula pasir. 

Tepung gandum bahan asas kepada pembuatan kek, roti, biskut, mi, roti canai, jemput-jemput, kuih-muih dan pelbagai jenis masakan. Makanan ini kegemaran masyarakat umumnya di Malaysia, menyebabkan masalah kegemukan semakin bertambah setiap tahun. 

Di Amerika Syarikat, NCEP (National Cholesterol Education Program) – ATP (Adult Treatment Panel) III pada 2001 memberi beberapa kriteria sindrom X ini. 

Sindrom X terjadi akibat pemakanan tinggi karbohidrat yang mempunyai GI tinggi secara berterusan bertahun lamanya. Akhirnya ia menyebabkan keadaan pra- diabetik, meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, kolesterol dan kencing manis (diabetes mellitus). 

Tanda di atas mudah kita lihat dalam masyarakat sekarang, terutama apabila umur meningkat melebihi 30 tahun. Berat badan dan saiz pinggang bertambah manakala perut semakin buncit. 

Ujian darah menunjukkan paras kolesterol tinggi. Ini tanda anda mempunyai Sindrom ‘X’ yang meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 50 peratus. Tidak hairan ramai dalam kalangan masyarakat sekarang mendapat serangan jantung seawal usia 30-an. 

Menurut kajian sains perubatan terbaru, perut buncit sangat berkaitan dengan risiko serangan jantung. Banyak kajian membuktikan kaitan antara ukur lilit pinggang yang besar dengan risiko tinggi menghidap penyakit jantung.