Kapten Norudin : Di Mana Sains Berakhir di Situ Kuasa Allah Bermula

Author : Cik Rose Cute | 10:51 PM | 12Total Comments |
Kapten Norudin  memberikan penerangan yang menginsafkan semasa diwawancara di Tv3 hingga ramai orang tidak menyangka dan terpegun dengan penerangan dan pandangan beliau. Sejauh mana kecanggihan teknologi dan kepakaran manusia, manusia jangan angkuh dan perlu  kembali kepada penciptanya. Beliau adalah bekas Ketua Pilot B777  dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia. Orang yang membuat ujian penerbangan ketika pertama kali B777 dibawa ke Malaysia. Beliau dan Kapten Zaharie pilot yang menerbangkan pesawat MH370 adalah rakan baik.
Kapten Norudin Abd Majid  sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh,kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah PilotMH370 (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.
Norudin rapat dengan Zaharie
Semasa mula bertugas dengan Mas, Kapten Zaharie pernah tinggal bersama dengan Kapten Norudin, secara peribadi , Norudin sangat mengenali Zaharie dan keluarganya.  Norudin menyifatkan Zaharie sangat berdedikasi, bertanggungjawab, sangat meminati penerbangan, terlibat dengan R & D B777.
gambar dari facebook
Kapten Norudin di MHI
Beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.

“Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya.”
“Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke atasnya. Allah berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja.”
di mana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula”
-Kapten Norudin


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Koleksi Blog Yang Membuat Tempahan

Author : Cik Rose Cute | 10:48 PM | 8Total Comments |

Blog Pertama dari blog De Bella :Diari Kecantikan Mu blog nie berkisarkan tentang produk kecantikan...kalau you all nak tahu lebih detail bloeh kilik nama blog tersebut.


Blog Kedua pulak tempahan dari Blogger Lin Azlina tema blog adalah bunga sakura dan campuran warna peach pink....I like kalernya....lebih kurang kaler blog I hihihi...Hope Lin suka dengan design tersebut...

Blog ketiga sangat mudah untuk aku...sebab owner blog serah bulat2 untuk aku designkan blognya...Blog nie sekadar menjual produk Shaklee sahaja...Kalau you all tergerak hati nak order boleh klik Vitamin Dalam Diriku  Okey itu sahaja....nak sambung lagi edit blog...

Blog yang ke empat adalah blog Cheritera Cinta Shaklee  tuan punya blog just kasi background pastu edit mengikut warna background tersebut...tup-tup...terhasillah header seperti tersebut....nak tgk full boleh klik Sini

Blog yang ke lima blog bisnes jugak....blog bisnes Shaklee..tuan punya blog suka bunga matahari katanya...Doodle tue...tuan blog kasi untuk letak kat header...Korang nak tgk full klik Citer Saya Dan Shaklee okey...jangan lupa..sudi-sudilah follow hihihi

Blog yang Ke enam...emmm banyak tak aku edit blog? hihihi...kalau tengok gambar header tue...tentu korang dah tahu blog nie berkisarkan apakan....Okey...Jemput singgah dan follow Blog Healthy U Zone ya...

Sekarang nie isu kapal terbang hilang huhuhu...Peristiwa paling terbesar berlaku kat negara kita...Semoga kapal terbang tersebut di jumpai....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ