24 February 2014

Dude Herlino Resmi Lamar Alyssa Soebandono

Assalamualaikum....

Akhirnya pelakon sinetron Dude Herlino sudah resmi melamar Alyssa Soebandono....Selamat ya...

Pasangan muda Alyssa Soebandono dan Dude Herlino akhirnya meresmikan ikatan cintanya ke tahap yang lebih serius yakni lamaran. Dude dan Icha melakukan prosesi lamaran di kediaman Icha di Kemang, Jakarta Selatan, Minggu (23/2/2014) sekitar pukul 10.00 WIB.
“Hari ini prosesi lamaran, tadi ada dua keluarga besar saya dan Icha, kita bertemu disini di rumah Icha,” ujar Dude di kediaman Icha, Kemang, Jakarta Selatan, Minggu (23/2/2014).
Wajah Dude dan Icha nampak berseri-seri, tanda dari kebahagiaan karena hubungannya kini sudah mencapai tahap yang tak pernah mereka duga. Dude juga mengatakan jika proses lamarannya tersebut berjalan dengan baik.
“Semuanya berjalan dengan baik,” tukas Dude.
Aku suka tengok kedua pelakon nie berlakon...Selamat Bertunang Dude dan Icha...

Kredit SINI

Rasanya Berbaloi Tak Pergi Zoo Negara?

Assalamualaikum...


Aku nak jawab pertanyaan Syasya..berbaloi tak pergi Zoo Negara...Emmm aku malas nak komplen lebih2...Aku ada terbaca satu blog pasal Zoo Negara Nie...mengatakan harga tiket mahal dan tidak berbaloi...Korang baca ler....hihihi


Harga tiket RM30 memasuki Zoo Negara dianggap mahal

KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat Malaysia merasakan bahawa harga tiket sebanyak RM30 yang dikenakan kepada pengunjung Zoo Negara adalah agak mahal.

Tinjauan pandangan dan undianyang dilakukan oleh laman sesawang Astroawani.com mendapati 73.97 peratus orang tidak bersetuju untuk membelanjakan sebanyak RM30 untuk berkunjung ke Zoo Negara kerana merasakannya tidak berbaloi.

Daripada jumlah tersebut, 18.56 peratus pula bersetuju dengan jumlah RM30 yang dikenakan kepada pengunjung itu manakala 7.46 peratus pula, hanya bersetuju untuk membelanjakan jumlah tersebut seandainya Zoo Negara mempunyai tarikan binatang seperti panda.

Zoo Negara

Menerusi laman Facebook Astro AWANI pula, ada yang mencadangkan bahawa harga tiket sepatutnya mengikut hari atau kadar kemasukan pengunjung seperti yang dicadangkan oleh Mansor Ibrahim.

“Harga patut mengikut permintaan, murah hari biasa dan mahal hujung minggu dan cuti awam, cuti sekolah, beri 20 peratus diskaun bagi yang datang balik dalam tiga bulan dengan membawa tiket lama. Kurangkan harga 30 peratus bagi yang membeli lebih dari 10 tiket atau kumpulan melalui bas pelancung. Warga emas, OKU 50 peratus diskaun”.

Selain itu, Muhammad Hazeeq pula merasakan harga tiket sebanyak RM30 itu adalah mahal dan membantutkan rancangan keluarga untuk beriadah bersama.

“Zoo tempat yang bagus untuk beriadah bersama keluarga....tapi caj yang mahal mungkin membantutkan rancangan keluarga tatkala harga barangan semakin naik”.

Rosmizan Roselin pula membidas amalan rakyat Malaysia yang terlalu kedekut untuk mengeluarkan duit seperti membuat sumbangan kepada zoo namun masih lagi mahu meminta diberi pengurangan dari segi harga tiket itu.

“Kalau nak murah bagi la sumbangan. Bukan senang nak murah nak jaga haiwan2 tu semua. Cakap memang senang tetapi berapa banyak syarikat korporat yang menaja haiwan-haiwan itu. Nak harapkan Zoo Negara memang tidak mampu. Sedih tengok orang Malaysia semakin kedekut hendak keluar duit tapi tak malu dan tidak segan silu nak minta duit dari orang lain. Takut nanti dari ada sedikit terus tidak ada langsung. Bersyukurlah dan banyakanlah memberi dari meminta-minta. Mudah-mudahan rezeki lebih murah. Katawhat u give u get back, karma lah tetapi yang ini kedekut pulak.”

Selain itu, pengguna Twitter pula ada yang bersetuju dengan harga RM30 itu sebagai harga tiket masuk namun dengan syarat, pengurusan Zoo Negara perlu berusaha meningkatkan kemudahan zoo itu supaya bertambah baik.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya juga pernah 'tweet' mengenai harga tiket Zoo Negara yang dianggap mahal pada 13 Oktober lalu.


Hari tue...kitaorang masuk dapat harga murah sikit....You all bayangkan my famili seramai 5 orang...dewasa harga tiket satu rm 30.00...kanak2 rm 20.00 kot...ingat2 lupa...you all kiralah...total berapa...kalau beli makanan kat dalam mahal tau....

Waktu kitaorang ronda2 Zoo tue...pihak Zoo sedang renovate tempat panda...memang besar tempatnya....belum siap lagi....Yang aku tak puas hati nak kasi makan gajah pun kena bayar hihihi...kesian gajah2 tue...

Okey Itu Ajer...Terima Kasih

23 February 2014

Meronda Zoo Negara

Assalamualaikum....
Sebelum pergi Teluk Kemang,kami sekeluarga ada pergi Zoo Negara.Sekarang nie kalau masuk Zoo Negara bayarannya memang mahal tau.....tak macam zaman dulu-dulu.....Sekarang nie lagilah...harga barang semua dah naik......susah betul sekarang nak bawak anak-anak jalan-jalan.......

Sebelum masuk haruslah bergambar


Semua orang dah masuk...kitaorang jer belum masuk...sebab tunggu abah beli tiket...kat sini sekadar letak gambar dua jer...nak tgk lagi korang boleh tengok kat Instaragram sebab gambarnya..ambik melalui tab...dan aku tak reti nak buat entry melalui tab...hihihi

Terima kasih...Entry nie..dah lama berada kat draft aku....aku boleh lupa pulak nak publish hihihi...malam nie ada kesempatan...terus publish...

Kita Patut Bersyukur...huhuhu sedih pulak...tgk..

Assalamualaikum....

Sedihnya tengok....kita kat Malaysia sepatutnya rasa bersyukur...kita tidak pernah kekurangan air...kita tidak pernah kekurangan makanan....kita tidak pernah tidak berganti baju....cukup bulan jer beli baju...huhu...boleh di katakan semua cukup...betul tak?...Mereka di sana....sedihnya...kehidupan mereka...

Bersyukur apa yang ada...Terima Kasih Ya Allah...memberi rezeki terhadap keluargaku...
tiba2..tersentuh dan rasa insaf dalam diri melihat gambar di atas...

Blog Design \ Madam Surianie , Rose Zaneza & BuatMu Wanita

Assalamualaikum...

Just Nak share Blog yg telah di edit oleh aku...Blog milik Madam Surienie dan Rose Zaneza...Korang jangan lupa follow ya....hehehe...


Header di atas header tuan punya blog sendiri...aku memang tak reti lukis doodle...tiada kesempatan nak belajar lagi....Kalau korang nak singgah just klik  Sini

Tema light purple,light blue dan light kuning..Akhirnya siap jugak blog Sue...Terima Kasih Sue sudi membuat tempahan dari akak....Kalau korang nak singgah boleh terjah Sini


Blog yg ke tiga adalah blog "BuatMu Wanita" Owner blog nie seorang bisnes online produk Shaklee..Hope Owner Blog suka dengan design tersebut...Nak Singgah blog nie boleh klik Sini


Nampak gayanya...aku tidak dapat berblog walking macam dulu....macam2 hal nak kena buat...edit blog orang,memberi tumpuan terhadap anak aku yang sulong...tentang pelajaran...dan macam2 lagi...Tapi aku akan cuba jugak untuk singgah blog korang...

Terima Kasih


16 February 2014

Template Full Live.Love.laugh

Assalamualaikum...

Tempahan full edit blog dari CPF
Tema Blog : ada kerawang dan bunga
Warna blog: soft pink

maka terhasillah...

Ambik masa dalam 3 atau 4 hari untuk menyiapkan blog nie....pening kepala...Kalau korang nak tgk full klik SINI

Terima kasih kerana sudi membuat tempahan dari akak ya...Sorry sangat2 tak dapat berblogwalking macam dulu huhuhu

13 February 2014

Wanita hina Sultan Selangor ditahan

Assalamualaikum....

Zaman sekarang nie...kalau tak suka orang atasan atau Sultan pasti membuat status kat Facebookkan....Almaklumlah zaman dah canggih...

PETIKAN antara kata-kata yang menghina Sultan Selangor dilakukan Josephine Mary di dalam laman sosial Facebooknya.
SHAH ALAM 12 Feb. - Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung status Facebooknya yang mengandungi hasutan, cacian dan fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Wanita berusia 27 tahun yang dipercayai pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary itu ditahan di rumahnya di Kajang, Hulu Langat dekat sini pada kira-kira pukul 1 pagi ini.
Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan dan dibebaskan pada sebelah petang dengan jaminan polis
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.
Semalam pegawai pengiring kepada Sultan Selangor, Asisten Supritendan Ahmad Rohisham Ahmad membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 di sini terhadap sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook mengandungi hasutan, cacian serta fitnah melampau terhadap baginda.
Laporan itu dibuat Ahmad Rohisham selepas mendapat perkenan baginda.


Header Blog Nurin

Sebenarnya dah lama header nie siap....aku lupa nak buat entry...Okey nak sambung edit blog...

Hari nie...depan rumah aku bising...gara2 aku renovate rumah kat depan tue....

12 February 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

09 February 2014

Senarai Pemenang Anugerah Meletop ERA 2014

Assalamualaikum....

Anugerah Meletop Era....Jom! tengok siapa yang Meletop....walaupun aku tak tengok kat TV....hihihi...



Nampaknya Zizan memang meletop di Era dengan memenangi 4 kategori...Tahniah Zizan...

1-Top Top Meletop (Lelaki)
Zizan Razak

2-Top Top Meletop (Wanita)
Zara Zya
3-Lagu Meletop
Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)
4-Penyanyi Meletop
Hafiz Suip
5-Grup / Duo Meletop
Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
6-Program Radio Meletop
Johara Pagi Era

7-Penyampai Baru Radio Meletop
Nabil (Era fm)
8-Filem Meletop
KL Gangster 2
9-Bintang Filem Meletop
Aaron Aziz (KL Gangster 2)
10-Program TV Meletop
Maharaja Lawak Mega 2012
 11-Bintang TV Meletop
Jep (Super Spontan 2013)
`                                                       
12-Bintang Siber Meletop
Zizan Razak
13-Couple Meletop
Nabil Ahmad & Zira
14-Artis Baru Meletop
Zara Zya
15-Fesyen Meletop
Zizan Razak
16-Artis Serantau Meletop
Sleeq
17-Anugerah WeChat Meletop
Zizan Razak


Sekarang nie macam2 anugerah ada...untuk hiburankan....

08 February 2014

Review Blog Yg Di Tempah

Assalamualaikum....

Tempahan full edit blog ... Kita Dan Vitamin
Tema Blog : Coklat,oren dan pink
Blog Bisnes Shaklee





Kalau you all nak singgah klik SINI

Tempahan full dari Natural Beauty Suplement
Tema Blog: hijau campur biru

Kalau korang nak singgah Klik SINI blog nie masih baru lagi...




Tempahan Full Dari Blog Wanie
Tema Blog : merah

Kalau korang nak singgah klik SINI


Buat masa nie...memang lambat sikit edit blog....gara2 tenet dah lembab...tak tahu kenapa..tiba2 meroyan huhuhu....tuan blog pulak tak berapa sihat...itu sebab blog nie sepi tanpa berita...Blog yg masih belum aku edit...harap sabar menunggu ya...