Pelik Tapi Benar

Author : Cik Rose Cute | 9:15 PM | 11Total Comments |
Sebenarnya aku nak nak citer sikit dengan korang pasal blog  Contest aku yang telah aku delete...Tapi yang peliknya...link url blog tue still masih ada...Kalau korang tak caya korang boleh klik link yang aku kasi kat bawah...bila pulak aku bukak bisnes huhuhu...


aku baru tahu 3 hari lepas...tuan punya blog tue adalah lelaki...yang paling..paling..paling...paling...aku pelik...link url blognya ada...kenapa link url contest aku tersangkut paut pulak dengan mamat nie...padahal dah delete blog tue....link url kat bawah nie pulak..adalah link url blog mamat tue...


Kadang2 tue...bila aku follow blog blogger lain..masih ada gambar yang aku letak kat blog contest tue...Sebenarnya blog tue dah tak wujud...sebab aku ada war2kan blog tue dah tak wujud..Klik  SINI
Cuba korang tengok tulisan yg kaler pink tue...pelikkan...

Nota Pink:Blog Contest aku...aku dah delete....hehehe...tue sebab join kat sini...aku dah tak kemaruk join contest dah...kalau sempat jer join....

Camna ya...nak buang url tue...huhuhu


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Template Full Blog Mencari Dalam Kesamaran

Author : Cik Rose Cute | 8:50 PM | 6Total Comments |
Assalamualaikum....

Tempahan full edit blog Untuk kawan aku... Mencari Dalam KeSamaran
Tema Blog : Tema Keislaman...sikit2..
Warna blog: hitam,purple dan pink..


Kalau korang nak tgk full boleh klik SINI
Sebenarnya...kawan aku jarang update blog hihihi...Sudi-sudilah follow kawan aku nie ya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Sakit dada bukan hal remeh

Author : Cik Rose Cute | 9:16 AM | 11Total Comments |
Jangan anggap ringan jika anda tiba-tiba diserang sakit dada kerana ada kemungkinan ia gejala kepada masalah lebih serius iaitu penyakit jantung koronari atau arteri koronari.
Sakit ini yang juga dipanggil angina pektoris dialami pada bahagian tengah atau sebelah kiri dada.
Mereka yang diserang sakit dada seperti ini akan terasa seolah-olah ada cengkaman kuat atau dicucuk benda tajam pada dada.
Pesakit juga mungkin terasa seperti dadanya ditekan dengan benda berat, menyebabkannya sesak sehingga sukar bernafas.
Kesakitan itu kemudian merebak pada leher, lengan, bahu dan bahagian belakang.
Mudah juga merasa pening, berpeluh, loya dan ingin muntah.
Pakar Kardiologi Intervensi dan Elektrofisiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr Ernest Ng Wee Oon berkata, serangan angina pektoris berpunca daripada kekurangan aliran darah kepada otot jantung berikutan saluran darah sempit.

“Sakit dada yang dikaitkan dengan angina pektoris boleh dijelaskan seperti mengalami tekanan, cengkaman dan kesakitan yang amat sangat di bahagian tengah dada.
“Tahap dan tempoh serangan serta jenis sakit dada berbeza-beza.
Foto
PESAKIT perlu dirawat segera jika mengalami sakit dada yang serius.

Ini kerana serangan sakit dada boleh jadi jenis stabil akibat kita melakukan senaman, mengangkat beban berat atau batuk dengan kuat.
Biasanya sakit dada seperti ini akan hilang selepas berehat.

“Namun, sakit ini mungkin disebabkan kita menghidap penyakit jantung koronari jika kesakitan pada dada dirasai berulang-ulang dan berpanjangan walaupun dengan melakukan aktiviti ringan atau ketika rehat,” katanya.
Jika ketidakselesaan pada dada itu baru saja dialami, penting untuk kita berjumpa doktor bagi mengetahui puncanya dan mendapatkan rawatan sewajarnya.
Ini berikutan serangan angina pektoris disebabkan seseorang menghidap penyakit jantung koronari.
Penyebab utama sakit jantung koronari ialah pembentukan kolesterol dalam saluran darah jantung.

Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan biasa bermula sejak usia muda.

Jantung membabitkan otot dan empat injap.

Organ ini memerlukan bekalan oksigen mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
Bekalan oksigen diperoleh dari saluran darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri koronari.

Setiap individu mempunyai tiga saluran darah utama yang membekalkan otot jantung dengan oksigen dan zat makanan.
Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit disebabkan pemendapan kolesterol dan pembentukan plak membabitkan kolesterol dan parut tisu.

“Sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah menjejaskan aliran darah ke jantung.

Apabila aliran darah tersumbat, oksigen tidak dapat diangkut ke organ terpenting ini.
“Antara faktor penyumbang kepada penyakit jantung koronari ialah merokok, kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, tekanan perasaan, kegemukan, kurang melakukan senaman dan sejarah keluarga yang pernah menghidap penyakit berkenaan.
“Bagi merawat angina pektoris, perlu dirawat dulu penyakit jantung koronari.

Doktor akan mendiagnosis penyakit berkenaan dengan melakukan pemeriksaan fizikal dan mendapatkan maklumat mengenai gejala dirasai pesakit,” katanya.
Doktor akan melakukan beberapa ujian bagi mengesan sama ada sakit dada itu disebabkan penyakit jantung koronari atau bukan.
Ujian yang akan dilakukan seperti Elektrokardiogram (ECG) yang akan mencetuskan setiap denyut jantung dengan getaran elektrik daripada sel khas dalam organ berkenaan.
Ujian tekanan juga dijalankan dengan meminta pesakit berjalan di atas alat senaman ‘treadmill’.

Ketika itu tekanan darah dipantau dan bacaan ECG diambil.

Doktor juga akan menjalankan ujian darah dan tahap kolesterol.
“Angiogram koronari antara ujian tepat bagi mengesan penyakit jantung koronari.

Bagi ujian ini, tiub kateter dimasukkan ke dalam sistem pembuluh darah jantung sama ada di celah pangkal paha atau salur darah pada lengan.

“Kemudian pewarna akan disuntik melalui kateter dan imej pembuluh darah jantung diambil bagi mendapatkan gambaran jelas bahagian tersumbat.

“Selepas angiogram dilakukan, doktor akan berbincang dengan pesakit dan keluarga mengenai pilihan rawatan terbaik berdasarkan keadaan pembuluh darah jantung,” katanya.
Dr Ernest berkata, pesakit boleh memilih sama ada mengambil ubat mencairkan darah seperti aspirin atau mengurangkan paras kolesterol iaitu statin, melakukan pembedahan pintasan pembuluh darah jantung atau angioplasti koronari.
“Kaedah angioplasti sama seperti angiogram apabila tiub kateter dimasukkan melalui saluran darah pangkal paha atau saluran darah di lengan.
“Pada hujung kateter ini, ada belon akan dikembangkan untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah.

Melalui kateter juga, satu gegelung besi halus dipanggil sten, dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang tersumbat dan mengekang plak itu daripada menghalang aliran darah.
“Bagaimanapun, pesakit boleh mengalami penyempitan pembuluh darah semula dan bagi menangani masalah ini, sten yang disaluti ubatan boleh larut diperkenalkan.
“Ubatan itu akan melepaskan bahan bagi menghalang proses pembentukan plak serta pembekuan darah,” katanya.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Rita Rudaini Dan Gambar Bekas Suami Pertama

Author : Cik Rose Cute | 3:38 PM | 25Total Comments |
Assalamualaikum....

Tadi terbaca kat satu blog tentang suami pertama Rita Rudaini...first time aku tgk rupa suami Rita Rudaini...yg pertama...rupa-rupanya suami petamanya pengulas sukan iaitu Akhbar Shaari...you all tahu ke...atau aku yg belum tahu..Dibawah biodata sepenuhnya Rita Rudaini





Nama penuh: Rita Rudaini Mokhtar

Nama panggilan: Rita Rudaini 

Tarikh lahir: 11 April 1976

Tempat lahir: Kampung Sentua, Utan Aji, Kangar, Perlis

Tinggi: 160sm

Berat: 55 kilogram

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia

Kerjaya: Pelakon dan model.


-Adil Zafuan - turut berpisah pada tahun 2013.


-Akbar Shaari - berkahwin pada 23Mei 1999,merupakan seorang pengulas sukan. Berpisah pada 2001. 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Drama Korea You Came From the Stars

Author : Cik Rose Cute | 10:30 PM | 11Total Comments |
Assalamualaikum...nak kongsi drama korea yang menarik nie....tak rugi kalau tgk





Detail serial drama :
  • Judul: 별에서 온 그대 / Byeoleseo On Geudae
  • dikenal sebagai: You Came From the Stars / My Lover From The Stars / You From Another Star / My Love From Another Star
  • sebelumya dikenal dengan: 별에서 온 남자 / Byeolyeseo On Namja (Man From the Stars)
  • Genre: Romance, comedy, fantasy, melodrama
  • Jumlah episode: 20
  • Chanel TV: SBS
  • Masa tayang: 18 Desember 2013 s/d selesai
  • Jam tayang: Rabu & Kamis 22:00
Pemeran serial drama :
  • Jun Ji Hyun sebagai Chun Song Yi 
  • Kim Hyun Soo sebagai young Chun Song Yi
  • Kim Soo Hyun sebagai Do Min Joon
  • Park Hae Jin sebagai Lee Hwi Kyung 
  • Jo Seung Hyun (조승현) sebagai young Hwi Kyung
  • Yoo In Na sebagai Yoo Se Mi
Sinopsis ringkas serial drama :
Do Min Joon adalah alien yang datang ke bumi pada tahun 1609 dan tanah di era Joseon, maka hidup melalui empat ratus tahun ke depan untuk hari ini di mana ia bekerja sebagai profesor universitas dan jatuh cinta dengan aktris top hallyu angkuh, Chun Song Yi.

Kalau Korang nak baca Sinopsis boleh klik SINI 


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Template Full Blog Zahra Amani Official Blog

Author : Cik Rose Cute | 10:13 PM | 4Total Comments |
Akhirnya siap jugak blog Zahra Amani lama jugak duk perah otak nak design header hihihi

Tempahan full edit blog Untuk Zahra Amani Official Blog
Tema Blog : Design lebih kurang cam blog aku...
Warna blog:coklat,biru dan hijau


Jom! Singgah dan follow blog Nurul nie...Blog nie jugak ada buat bisnes shaklee...kalau korang nak singgah klik Sini

Terima Kasih Nurul kerana sudi membuat tempahan dari akak...Semoga Puashati dengan design yg akak edit...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Template Full Bukan Blog Kamu

Author : Cik Rose Cute | 9:55 PM | 7Total Comments |
Assalamualaikum....

Tempahan full edit blog Untuk Bukan Blog Kamu
Tema Blog : bunga dan kerawang
Warna blog:hijau lembut campur pink

Kalau korang nak tgk full template blognya klik Bukan Blog Kamu
Thanks bert sudi membuat tempahan dari akak...ya...

Memang pening nak berwalking lagi nak edit blog customer banyak benda nak kena buat...Sorry sangat2 tak dapat singgah blog korang...aku singgah yg mana dan jer ..


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ