Saleem : Firasat Kasihku tiba-tiba.....teringat..

Author : Cik Rose Cute | 2:39 PM | 12Total Comments |
Rindu suara saleem yg serak2 basah...artis sekarang mana ada suara macam saleemkan....Saleem kalau nyanyi lagu balada memang best...lagi2 kalau tgh angau bercinta...layan pulak lagu saleem emmm tangkap jiwang habis hihihi...

Tiba2....teringat kenangan lama...


Semua lagunya aku suka...Aku ingat lagi sewaktu sekolah menengah...aku tinggal asrama,asrama aku berhampiran dengan rumah DO (Orang kaya).DO (orang kaya) nie..selalu buat majlis dan selalu jemput Saleem buat persembahan...So dari asrama  suara saleem dengar dari asrama aku...walaupun tak dapat pergi rumah DO (orang kaya) tue...Pada zaman 1990an.. Saleem memang popular dengan lagu-lagunya dan ramai orang suka..Indonesia pun kenal Saleem.......banyak lagu Saleem aku hafal.

Tiba2 citer pasal Saleem hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tempahan Blog Iris Shop

Author : Cik Rose Cute | 2:07 PM | 6Total Comments |
Assalamualaikum...

Emmm...Story tentang edit  blog lagi hihihi mungkin korang boringkan....sekarang nie view kat blog nie tak berapa sangat...dah...mungkin aku kurang publish entry...tak mengapalah hihihi...tgh sibuk edit blog yg sudi membuat tempahan dariku...

details :
*header - gambar mcm satu butik online jual baju baby dlm bentuk kartun dan ada gambar fullset produk shaklee.

template blog
* color hijau dan pink - bunga2 / polkadot - janji nmpak comel dan cantik..hehe

bahagian bawah blog
nak letak perkataan " terima kasih kerana sudi singgah dan membaca entri saya!!"

Owner Blog Mrs Firdxora.ila
Link Blog:http://irisdamiashop.blogspot.com/  (Click)

Rasa macam nak demam jer huhuhu...ada 2 blog lagi tgh waiting...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Tempahan Blog Shaklee & Catalyst Lover

Author : Cik Rose Cute | 1:11 PM | 14Total Comments |
Assalamualaikum...

Update pasal blog yang dah siap aku edit...hope owner blog suka dengan design tersebut..

Color Thema yg di pinta: Pink + Biru
Full Edit Blog yg di request
Owner Blog Sha Milla
Link Blog:http://nurulshaidah-shasha.blogspot.com/  (Click)


Terima Kasih kerana sudi buat order tempahan dari akak ya...


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Slot Akasia: Wedding Breaker/ Ariana Rose

Author : Cik Rose Cute | 3:38 PM | 16Total Comments |


Assalammualaikum,
Tidak lama lagi drama dari novel Wedding Breaker bakal di tayangkan pada 31/12/2013. Tajuk  drama  telah ditukar kepada Ariana Rose.So sesiapa yg pernah baca novel nie pasti tak sabar nak tgk drama niekan....



Sinopsis:

Ia mengisahkan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita setuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker. Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.
Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu. 
Tengku Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar.
Sejak itu, Ariana membenci Tengku Kamil. 
Untuk melupakan sejarah hitam itu.Ariana mula melakukan kerja-kerja amal.Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam.

Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai.Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan.Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.

Ending- Mestilah happy

Pelakon Utama:


Keith Foo - Tengku Kamil
Nur Fathia- Ariana Ros
Tasha Shilla- Tengku Juwita
Hisyam Hamid- Harith
Nabila Huda- Liyana
Arja Lee- Ramzul
Syatilla Melzin- Sophie
Mustapha Kamal - Tan Sri Tengku Muhriz
Liza Abdullah- Puan sri Lisdania
Datin Ziela Jalil- Datin Asra
Jalaludin Hassan- Datuk Wan Jusoh.
              





Harap-harap drama nie meletop hihihi


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

Pemenang Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20)

Author : Cik Rose Cute | 3:10 PM | 4Total Comments |

Pemenang Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20). keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20), Pemenang Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM 20) tahun 2013

Assalamualaikum...jom! tgk keputusan Anugerah AIM20

aku tak sempat tengok....

Keputusan penuh pemenang Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20):

Artis Baru Terbaik
Alex Subryn

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki
Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita
Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
Saujana – Salam Atasmu

Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)

Kulit Album Terbaik
Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)

Rakaman Album Terbaik
Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh)

Video Muzik Terbaik
#1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)

Lagu Nasyid Terbaik
Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)

Lagu Rock Terbaik
Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)

Lagu Pop Terbaik
Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)

Lagu Hip Hop Terbaik
Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet & Ze!)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara
Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)

Anugerah Kembara
Shila Amzah

Anugerah Sri Wirama
Tan Sri Tony Fernandez

Lagu Terbaik
Yuna – Lelaki

Album Terbaik
Hafiz Suip - Luahan Hati Anak Seni


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ